+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, March 11, 2012

PRU-13

Kerap saya terbaca perkongsian status FB sahabat-sahabat saya yang bunyinya lebih kurang begini, "Tak sabar menanti PRU-13 berakhir. Sudah penat melihat tv dan membaca akhbar yang 'tidak normal' ".

Kalau setuju dengan status FB sahabat kita, biasanya kita terdetik dalam hati 'a-ah betullah!', kadang-kadang kita tekan 'like' atau 'share'. Kadangkala kita reply comment bila setuju atau pun tidak bagi melanjutkan lagi perbincangan.
 
Kalau dulu, ketika bertugas sebagai moderator di salah sebuah forum laman web, waktu sebegini adalah waktu yang paling sibuk, hectic, memeningkan kepala, mencabar minda dan menguji kesabaran.

Manakan tidak. Pengunjung forum beribu-ribu dan setiap dari mereka ada pandangan dan fahaman yang tersendiri. Ada ideologi dan prinsip yang berbeza-beza. Cara pemikiran dan penyampaian serta penerimaan juga tidak sama. Kami, para moderator inilah yang selalu kusut. Iyalah. Semua user mesti diraikan. Keamanan dan kedamaian forum juga perlu dijaga - jauhi provokasi dan mencantas pergaduhan dikalangan user. Ada masanya, kami pula yang dihentam. Lucu juga rasanya. Oh. Itu cerita kenangan ketika PRU-12. Zaman ketika saya sentiasa peka dan update tentang isu-isu semasa.

Kini? Saya salahkan diri sendiri. Kurang membaca lalu kurang pengetahuan. Kurang bergaul maka kuranglah percambahan minda. Akhir-akhir ini, saya akui, saya agak 'slow' dalam pelbagai aspek. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya. Dan kalau kelak Allah tanya saya apa sumbangan saya kepada ummah, moga-moga saya ada jawapannya. Amin..

Kembali kepada PRU-13. Sejak pertengahan tahun 2011 kita dapat saksikan ke dua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang sudah mula cergas berkempen. Cuma, seperti tahun-tahun yang lalu, pihak kerajaan mempunyai lebih banyak advantage kerana media utama negara kita ini, di bawah pengaruh kuasa kerajaan. Maka, lumrah seperti biasa, di canang-canang kebaikan pihak kerajaan dan disorok-sorok kebaikan pihak pembangkang. Dicanang-canang keburukan pihak pembangkang dan disorok-sorok keburukan sendiri. Ini biasa kita lihat.

Namun, sejak PRU-12, media masa elektronik seperti internet sangat banyak membantu dan mencipta suatu fenomena baru. Kalaupun tidak dapat mengimbangi, sekurang-kurangnya menyediakan altenatif lain kepada pembaca. Waktu itu, website, blog dan forum menjadi tarikan dan medan untuk berkongsi maklumat juga perdebatan, sekarang nampaknya Facebook telah berjaya mengambil alih. Boleh dikatakan, setiap pemimpin politik termasuk PM juga ada fb.

Kempen kian hebat, tetapi tarikh PRU masih tidak diketahui oleh rakyat marhaen seperti saya. Kita masih berteka-teki pada masa yang sama, memerhati dan menilai ke dua-dua pihak. Kedua-duanya rancak mengatur strategi, mencuri hati rakyat bagi meraih undi.

Kempen orang banyak duit lain caranya. Kempen orang yang cuma bermodalkan air liur, lain pula caranya. Mereka lebih bijak dalam memonipulasi isu dan fakta. Ya lah! Duit tak banyak..

Antara isu menarik yang mendapat sambutan adalah, Perhimpunan Bersih, perbicaraan kes liwat DSAI, salah guna kuasa PM dan isteri dalam perbelanjaan - bercuti dan membeli belah di luar negara dengan kos yang tinggi, skandal cincin RM 24 juta dan terkini, PM dikatakan menggunakan duit rakyat sempena majlis pertunangan anaknya. Tidak ketinggalan, isu belanjawan 2012 yang dikatakan 'melulu' dan semberono. Kenaikan harga barang ditambah pula dengat cukai GST. Rakyat digula-gulakan dengan kedai 1Malaysia tapi cuma segelintir yang mendapat manfaatnya sedangkan majoritinya terpaksa menanggung beban kenaikan harga.

Tak ketinggalan, isu Hassan Ali yang dipecat, pergolakan di Kedah, kes tangkap khalwat, isu serbuan JAIS di salah sebuah gereja, debat sana-sini dan macam-macam hal. Ada-ada saja berita hangat mencuri perhatian. Dan kita, terus memerhati.

Pilihanraya masih belum berakhir. Masa terus berjalan. Pasti ada lebih banyak isu yang menarik, namun, sangat berharap agar persaingan antara kedua-dua belah pihak berlangsung dengan sihat. Amin..

No comments: