Tanya diri kita sendiri. Siapa kita pada hari semalam? Apakah semalam kita lebih baik dari hari ini atau sebaliknya? Apakah kita hari ini hijrah ke arah kebaikan atau sebaliknya?
Kita semua, kalian dan saya, masing-masing punya sejarah yang tersendiri. Kita semua - ada masa silam tidak kira samada warnanya putih, hitam, atau warna-warni. Kerana kita ada hari ini setelah kita berjaya melewati hari semalam. Kerana kita pada hari ini adalah impak dan refleksi daripada 'kita' pada hari semalam.

Benar kata bijak pandai. Semalam adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan dan esok, cuma mimpi.
Hanya kita dan Allah swt yang lebih mengetahui - bagaimana kita pada hari semalam yang kini telah menjadi sejarah. Mungkinkah sejarah kita sesuci bayi yang baru keluar dari rahim ibu? Atau mungkinkah kita sekotor besi yang berkarat sarat dengan kotoran?
Ia tertulis dalam lipatan sejarah, tersimpan kemas dan rapi dalam ingatan. Dan buku catitan amalan kita. Antara tanda rahmat Allah swt adalah, Dia menyembunyikan aib kita ketika di dunia. Bayangkanlah bagaimana agaknya kita, sekiranya setiap dosa yang kita lakukan, 'tandanya' timbul di wajah umpama jerawat.
Makin banyak dosa, makin banyak 'tanda' di muka. Betapa besarnya aib kita! Tapi Allah swt yang Maha Pencipta, Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dia tutup aib kita sementara waktu - memberi peluang untuk kita bertaubat dan memohon keampunan selagi nyawa dikandung jasad. Di Padang Mahsyar kelak, semua amalan kita, samada baik atau buruk - akan ditayang tanpa dapat kita berselindung lagi. Bagaimana agaknya kita??

Sebelum tiba saat itu. Pintu taubat sentiasa terbuka..
Allah berfirman dalam Surah Az-Zumar, ayat ke-53;
Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih"
Selagi belum terlambat. Ayuh! Lupakanlah hari semalam yang mungkin hitam, kotor. Ayuh! Mulakanlah hidup yang baru. Insaf dan taubatlah. Biarlah yang berlaku terus berlalu, fahamilah dan pujuklah diri sendiri - "Masa lalu tidak mampu membunuhku hari ini! Kerana aku hari ini adalah orang yang baru, orang yang lebih kuat, orang yang lebih baik, orang yang lebih mencintai Allah swt melebihi segalanya. "
Berjalanlah ke hadapan jangan ke belakang. Jikalau penat, berilah ruang untuk dirimu istirehat. Jikalau tersilap arah, berilah ruang untuk dirimu bermuhasabah. Jikalau terkeliru, berilah ruang untuk dirimu berguru. Jikalau terasa lemah, pujuklah dirimu agar tidak mengalah!
Ingat, Allah swt sentiasa ada bersamamu. Orang yang bertaubat nasuha, bersungguh-sungguh menginsafi kesalahan dirinya dan berusaha agar tidak mengulangi dosa silam ibarat bayi yang memulakan kehidupan yang baru.
Kita semua, juga punya peluang dan ruang untuk mempunyai kehidupan yang baru. Ayuh! Teruskan langkah.
No comments:
Post a Comment