+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, March 13, 2012

Bahaya Facebook


Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak rakyatnya mempunyai akaun Facebook (FB) - berdasarkan jumlah populasi. Manakan tidak, saya ada akaun FB, kakak saya dan adik-adik saya juga ada. Malah, anak saudara saya, Alya (11 tahun) dan Ashraf (8 tahun) juga mempunyai akaun FB. 'Amazing'?! Kan?

Saya ini, bukanlah 'public figure', tiada sebarang keistimewaan, tiada apa-apa pun, cuma rakyat marhaen tapi kawan FB saya melebihi 800 orang. Saya kira, hanya kurang separuh dari jumlah itu yang benar-benar saya kenal. Selebihnya adalah 'stranger'.

Banyak juga sahabat saya yang menghadkan senarai rakan FB mereka. Add atau approve orang yang mereka kenal saja. Itu suatu teladan yang bagus tapi saya lakukan yang sebaliknya pula. Siapa yang add, selalunya saya akan approve. Cuma baca 'bismillah', pasang niat 'sahaja aku approve supaya dapat berkongsi manfaat' kemudian terus tekan butang 'confirm'. Penapisan saya cuma semudah itu, longgar, selebihnya adalah tawakal kepada Allah swt.

Bukan perkara baru orang bercerita tentang kebaikan dan keburukan FB. Saya juga, suatu ketika dulu sewaktu aktif berforum - sekeras-kerasnya menolak FB. Waktu itu FB adalah sesuatu yang baru namun sedari awal saya dapat mencium impaknya kepada forum kesayangan saya. Dan terbukti, ramalan saya benar belaka. User dah kurang minat berforum - banyak sangat pantang larang, moderator yang banyak songeh dan macam-macam peraturan! Tapi dengan FB, mereka bebas seperti ikan di laut, seperti burung di awan. Forum pun berkubur. Mereka beralih kepada FB.

Saya tidak menafikan sisi positif FB, saya juga mendapat banyak manfaat darinya. Cuma kali ini, suka saya luahkan pandangan saya yang tidak seberapa tentang mudarat FB.

Pertama. Anak saudara saya Ashraf, sejak umur 7 tahun dah leka bermain game di FB. Antara game kegemaran dia adalah game yang ganas, yang mengajar pemainnya berfikir dan bertindak sebagai seorang penjenayah - merompak, mencuri, pukul orang dan lain-lain. Terang-terangan ia menunjukkan teladan yang tidak baik. Jika tidak dipantau, ginilah jadinya.

Kedua. Maklumat yang belum tentu sahih atau besar kemungkinan adalah fitnah - tersebar dengan begitu cepat. Seolah-olah tidak terkawal. Saranan Islam dan Al-quran supaya menyiasat terlebih dahulu setiap sumber berita terus diabaikan. 
 
Begini Allah berfirman, yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Ketiga. Lontar batu sembunyi tangan kian berleluasa. Menulis status dalam keadaan marah dan penuh emosi, kadang-kadang tanpa berfikir panjang, terus update status mengikut apa saja yang terlintas dalam fikiran saat itu. Benci itu marah ini. Maki sana carut sini. Kadang-kadang orang lain pula yang terasa walaupun status itu tidak ditujukan kepada mereka, seperti mereka yang dimaki. 

Ini boleh mencetuskan perbalahan, lagi teruk kalau rakan FB juga adalah rakan 'face to face' - setiap hari bertemu. Jangan kerana status di FB, tak pasal-pasal jadi bermasam muka. Dan kadang-kadang status tersebut memang ditujukan tepat kepada Mamat, tapi bila Mamat minta penjelasan - terus pula menafikan. Lontar batu, tangan disembunyikan kemudiannya.

Keempat. Tulisan tanpa intonasi mudah menimbulkan salah faham. Tambahan pula, ayat yang dikongsi terlalu pendek tanpa penjelasan yang lebih mendalam. Kita tulis perang maksudnya warna perang orang yang baca tafsirkan perang adalah bergaduh. Kita bergurau dan melawak orang kata kita serius dan sungguh-sungguh. Kita menasihati orang kata kita riak dan tunjuk bagus. Aduhai..

Kelima. Terbawa-bawa 'cerita'  FB ke alam nyata. Pergaduhan dan perselisihan pandangan menjejaskan hubungan sesama kawan 'face to face'. Ada yang tidak profesional dalam percanggahan pendapat, ada juga yang gagal memisahkan 'perdebatan' alam maya dengan kehidupan nyata. Pada saya, tiada salahnya berbeza pendapat. Lumrah manusia kan berbeza-beza. Ini yang saya belajar dari forum. Kami bergaduh, berdebat bagai nak makan orang seorang demi seorang, demi menegakkan pendapat masing-masing. Tapi dalam masa yang sama, kami selalu diingatkan agar sentiasa berlapang dada, selalu memaafkan dan mencari titik persamaan dalam jutaan perbezaan. Case close. 

Namun, ternyata sukar mengaplikasikannya ke dalam dunia FB vs facetoface.

Seterusnya banyak lagi. Namun cukup setakat ini celoteh saya. Atas pelbagai sebab yang memudaratkan itu, saya susun sepuluh jari mohon ampun maaf, saya terpaksa remove - unfriend dengan segelintir kawan-kawan facetoface. Dah hari-hari jumpa, apa gunanya fb. 

Lagi baik kita jumpa terus. Tambahan pula, saya sayangkan persahabatan saya. Tak mahulah kerana fb semua jadi haru biru. I need to make a decision and put distance between us. Jarak dalam fb, saya hapuskan. Hak kalian untuk menulis apa pun di FB kalian. Terserah pada kalian. Yang penting, saya ingin jaga hati ini agar sentiasa mendapat redha Allah, itu yang lebih utama. Baik. May God bless us, forgive us for every mistakes. Amin..

No comments: