+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, March 18, 2012

Ibu yang Pelik






Bukan sekali atau dua,
Mungkin berpuluh-puluh kali,
Pinggan mangkuk ibu aku pecahkan,
Tapi ibu tak pernah marah walau sekali,
Bahkan bila aku menangis kerana kesal,
Ibu memujuk, kata ibu "Benda dah jadi, biarlah"

Bukan sekali atau dua,
Mungkin beratus-ratus kali,
Aku ringan tulang membantu di dapur,
Ibu melarang katanya biar-biarlah,
Tak perlu cuci nanti ibu yang buat.

Bukan sekali atau dua,
Mungkin beribu-ribu kali,
Aku berkasar dan melawan kata ibu,
Pernah juga ibu diam memendam rasa,
Tapi sekejap kemudiannya ibu tersenyum,
Bila aku ketawa memujuk ibu.

Hah! Itulah ibuku.
Ibu yang paling pelik di dunia.
Ibu yang terbaik untukku.

Moga di syurga nanti, kita bersama lagi.

No comments: