Mustafa membuka matanya perlahan-lahan. Bunyi tembakan senapang, pekik tangis manusia bersilih ganti tidak lagi kedengaran. Kesunyian kini memenuhi ruang. Darah masih belum berhenti mengalir dari perutnya. Mustafa mula terasa kedinginan.
Teratak Ilmu, di situlah Mustafa dilahirkan dan dibesarkan. Begitu juga Wardah dan Malik. Juga Haikal, Hanim, Hanum dan ramai lagi. Di bawah bumbung teratak itulah mereka bernaung dan berteduh. Dan di teratak itu jugalah, ramai pemuda-pemudi dari segenap pelosok negeri datang berkumpul demi menuntut ilmu. Mereka datang membawa sejuta harapan dengan satu niat, semuanya kerana Allah Taala.

Mustafa mengumpul kekuatan. Suara unggas dan langau mulai kedengaran. Barangkali makhluk ciptaan Allah itu sudah dapat menghidu bau darah yang berserakan. Percikkan darah ada kelihatan di mana-mana, menyimbah pada lantai dan dinding. Bau hanyir darah menusuk hidung. Jasad-jasad kaku penghuni Teratak Ilmu bergelimpangan di segenap ruang. Mustafa memejamkan matanya erat, menyebut nama Tuhan berulang kali.
Mustafa kenal jasad-jasad itu. Semuanya dia kenal. Mereka semuanya bersaudara. Bernaung di bawah bumbung yang sama, berpegang teguh pada aqidah yang satu. Berhimpun di Teratak Ilmu menimba ilmu bagi mendekatkan lagi diri kepada Ilahi. Mustafa kasih pada semuanya.
Mustafa merenung jasad-jasad kaku. Yang paling dekat dengannya adalah jasad Yusuf, abang segurunya yang paling berbudi bahasa. Di sebelahnya adalah Khalid yang datang dari jauh meninggalkan kampung halaman dan keluarga demi ilmu. Di sebelah kanan Khalid adalah Jaafar. Jaafar merupakan seorang penuntut yang paling dikagumi kerana kecerdasannya menghafal Al-Quran dan kitab-kitab pengajian.
'Innalillahiwaniinailahirajiun... KepadaMu jualah ya Allah, kami akan kembali.. ' bisik Mustafa pilu bagai memujuk hatinya sendiri.
Mata Mustafa melilau, masih lagi mencari-cari kelibat keluarga dan saudaranya yang lain. Jauh di lubuk hatinya dia benar-benar berharap dan berdoa agar walid dan umi dilindungi Allah dan masih lagi bernafas. Masih lagi hidup. Namun Mustafa cuma mampu berdoa.
Dia mencerap lagi. Memerhati ke seluruh ruang utama Teratak Ilmu. Ruang di mana kali terakhir dia nampak jasad bernyawa umi dan walid. Berhampiran dengan pintu utama ada jasad Taufik, Ismail dan Hassan. Semuanya sebaya, umur mereka 19 tahun. 2 tahun lebih tua daripadanya. Semuanya terbaring kaku. Banyak sungguh jasad kaku bergelimpangan. Mustafa jadi penat menghitung namun dia belum berputus asa, mencari lagi. Di dalam hati dia terus berdoa agar umi dan walid masih hidup.
Namun... Mustafa hampa. Harapannya punah ranah sebaik sahaja dia terlihat dua jasad kaku bersalut darah tidak jauh dengan tempat duduk kegemaran walid ketika berhimpun dengan penuntut-penuntutnya. Ya. Mustafa tidak tersilap lihat.
Jasad yang berjubah putih berserban putih terbaring kaku itu adalah walidnya. Walid yang sangat dia kasihi. Di sebelah jasad walid pula kelihatan tubuh umi terbaring kaku. Dada Mustafa bagaikan ingin pecah. Hatinya luluh, hancur berkecai. Sederas darah yang mengalir, air mata Mustafa juga kini meluncur laju di kedua belah pipinya.
Mustafa berasa sangat sedih tidak tertahankan lagi. Senyuman umi terbayang-bayang di fikirannya. Senyuman yang tidak pernah lekang di wajah umi pasti akan dirindui. Renungan tajam mata walid terlakar di ingatannya. Suara tegas walid dalam mendidik pasti tidak kedengaran lagi. Mustafa benar-benar terasa pilu.

Umi yang mengandungkannya selama sembilan purnama kini tidak bernafas lagi. Umi yang bertarung nyawa ketika melahirkanya kini telah terpisah nyawa dengan jasadnya. Dan walid yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang, mendidiknya agar mengenal Allah dan Rasulnya juga telah pergi meninggalkannya. Selama-lamanya. Dia kini telah menjadi anak yatim. 'Oh Tuhan..' Bisik Mustafa.
Dada Mustafa terasa sakit yang tidak terperi. Luka pada jasad nampak darah, namun luka di hati hanya Allah yang tahu. Mustafa menangis semahunya.
Dada Mustafa terasa sakit yang tidak terperi. Luka pada jasad nampak darah, namun luka di hati hanya Allah yang tahu. Mustafa menangis semahunya.
Berbekalkan kudrat yang sedikit, Mustafa berusaha sedaya upayanya, mengengsot perlahan-lahan cuba mendapatkan walid dan uminya. Pedih pada luka terasa peritnya namun pedih di dalam hati lebih perit dari itu. Mustafa menangis lagi bagai terlupa pada takdir Tuhan yang menentukan segalanya.
Mustafa kini berada di sisi jasad umi dan walid. Mustafa memeluk jasad mereka erat-erat. Bagai tidak merelakan pemergian insan yang dia kasihi. Sungguh Mustafa berasa lemah tidak berdaya. Dia mula lupa pesan walid, bahawa setiap yang berlaku hanya pasti akan berlaku dengan izin Allah. Mustafa mulai lupa segalanya, kesedihan mendesak-desak dadanya, membuatkan dia menjadi lupa.
'Ya Allah.. Kenapa Kau benarkan aku hidup? Kenapa Kau tak ambil nyawaku? Kenapa Kau ambil nyawa mereka?' Mustafa merintih lagi. Dia berasa lemah dan tidak cukup kuat untuk menghadapi hidup mendatang seorang diri.
Masih terbayang-bayang di ruang matanya bagaimana musuh-musuh bertopeng tiba-tiba datang menyerang tanpa belas kasihan. Tanpa salam mereka menceroboh dan menodai Teratak Ilmu. Menzalimi penghuni-penghuni Teratak Ilmu. Mereka mengusung senapang menembak penghuni Teratak Ilmu bagai di rasuk syaitan.
Mustafa masih ingat bagaimana umi menerpa laju cuba membentengi walid dari peluru tidak bermata. Seiringan dengan laungan 'Allahuakbar', kedua-dua jasad itu akhirnya rebah di hadapan matanya.
Mustafa masih ingat bagaimana umi menerpa laju cuba membentengi walid dari peluru tidak bermata. Seiringan dengan laungan 'Allahuakbar', kedua-dua jasad itu akhirnya rebah di hadapan matanya.
Mustafa juga ingat bagaimana manusia-manusia keji itu menyelak jubah penghuni-penghuni wanita lalu merentapnya kasar. Menelanjangkan mereka tanpa perikemanusiaan. Wanita-wanita lemah yang tidak berdaya diperlakukan sesuka hati mereka, kemudiannya, kebanyakan daripada mereka ditembak mati. Darah terpercik memenuhi ruang. Ada juga yang diseret dan diheret pergi dengan paksaan. Kejam! Mereka bukan manusia, mereka lebih dasyat daripada binatang! Mereka syaitan bertopengkan manusia barangkali.
Mustafa menjerit perit apabila terkenangkan kezaliman yang berlaku di hadapan matanya namun suaranya tiada siapa yang dengar. Kakaknya Wardah juga diheret pergi dengan kasar. Lima orang semuanya yang menarik dan memaksa Wardah keluar dari Teratak Ilmu. Bukan Mustafa tidak berusaha untuk melarang, mempertahankan kakaknya yang menangis dan meronta-ronta minta dilepaskan. Namun makhluk kejam itu beramai-ramai membelasah Mustafa. Puas dipukul, disepak dan diterajang, akhirnya Mustafa ditembak. Terkena tepat pada perutnya. Pandangan mata Mustafa menjadi gelap lalu Mustafa tidak ingat apa-apa lagi yang terjadi selepas itu. Mustafa sudah tidak sedarkan diri.
Dan kini, apabila dia bangkit, semuanya sudah berakhir. Dentuman senapang sudah tidak kedengaran. Laungan takbir juga tidak kedengaran. Tangisan dan pekikan wanita yang diperkosa dan dipaksa pergi juga tidak lagi kedengaran.

Tiba-tiba, suara Malik memecah kesunyian.
"Walid! Umi! Walid!" Suara Malik kedengaran dari jauh. Makin lama, makin dekat dan akhirnya Malik muncul di muka pintu. Dia termengah-mengah, nafasnya tersekat-sekat, namun dia tidak berlengah, terus meluru masuk ke ruang utama Teratak Ilmu. Malik tercari-cari. Matanya melilau ke segenap ruang.
"Walid!!" Jerit Malik sebaik sahaja ternampak jasad walid. Dia menerpa laju lalu memeluk jasad kaku walid. "Walid... Ampunkan Malik.. Ampunkan Malik.. " Tangis Malik. Malik mengucup dahi walid berulang-ulang kali. Malik memohon keampunan daripada jasad kaku itu. Permohonan yang sia-sia. Malik bagaikan hilang pertimbangan.
Mustafa rasa tersentuh. Malik yang Mustafa kenal selama ini seorang anak yang degil, suka memberontak, sering melawan kata kini sedang menangis bagaikan anak kecil. Malik yang suka menentang kata walid kini sedang memeluk jasad kaku walid dan umi bergilir-gilir. Mustafa yang duduk berhampiran menyaksikan semua itu dengan kedua bola matanya. Rasa sayu dan sebak menikam-nikam jantung hatinya. Mungkin itu jugalah yang sedang Malik rasai hinggakan kewujudan Mustafa di sisi tidak dia endahkan, fikir Mustafa.
"Kak Wardah! Kakak! Mustafa! Adik!" Bagaikan teringat sesuatu, Malik meleraikan pelukannya, merebahkan kepala walid kembali ke lantai perlahan-lahan. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri bagai mencari sesuatu. Kemudian cuba bangkit berdiri.
Mustafa mulai gusar. Dia cuba memegang bahu Malik namun pegangannya terlepas. Barangkali pergerakan Malik tersangat laju maka Mustafa tidak sempat menyentuhnya. Itu kemungkinan yang bermain di fikiran Mustafa. Malik berdiri tegak. Mustafa masih duduk di sisi jasad walid dan umi. Perutnya teramat sakit, mustahil untuknya ikut berdiri. Jiwanya berkecamuk. Dia ada di situ, tapi kenapa Malik masih tercari-cari?

"Abang Malik.. " Suara Mustafa bergetar memanggil Malik. Namun tiada tindakbalas daripada Malik. Malah, Malik mula menjerit memanggil-manggil nama adiknya.
"Mustafa! Mustafa!" Malik bingkas bangun dan duduk, membelek jasad kaku di lantai satu persatu. Matanya penuh dengan airmata. Nuraninya penuh dengan pengharapan. Harapan agar adiknya Mustafa ditemui masih bernyawa. Sihat walafiat. Adiknya masih muda remaja, baru mengenal dunia. Janganlah dia diapa-apakan. Itulah harapan Malik.
Dia masih mencari. Usahkan tubuh bernyawa Mustafa, jasad kaku Mustafa juga dia tidak temui.
Dia masih mencari. Usahkan tubuh bernyawa Mustafa, jasad kaku Mustafa juga dia tidak temui.
Mustafa belum ditemui. Kemudian Malik masuk ke ruangan muslimah. Dia mengucap panjang, beristghfar menyebut nama Allah sebaik sahaja melihat mayat-mayat dalam keadaan mengaibkan dan mengerikan. Dia tabahkan hati, meninjau keadaan sekeliling dengan perasaan yang bercampur baur. Namun, yang dicari tidak ditemui.
Mayat kakaknya Wardah tiada. Mayat Mustafa juga tiada. Harapan bahawa mereka masih hidup, masih ada. Malik berdoa agar kakak dan adiknya selamat. Akhirnya kini, Malik ingat Allah dengan setulus hatinya. Allah yang selama ini dia sering lupakan. Allah yang selama ini dia jauhkan diri.
Kini, Malik sudah tiada sesiapa lagi untuk digantungkan harapan melainkan berserah segalanya pada Allah sepenuh hati, berharap agar Allah memelihara kakak dan adiknya, hingga sampai waktu dia sendiri akan menyelamatkan keduanya.

Malik kembali dekat dengan jasad umi dan walid..
"Umi, walid.. Mereka telah bawa Wardah dan Mustafa pergi. Sekarang cuma tinggal Malik seorang diri. Umi, walid.. Malik akan cari mereka sampai dapat, Malik akan selamatkan Wardah dan Mustafa, Malik janji.. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Berikanlah aku kekuatan... " Dalam esakan, Malik bersumpah akan menyelamatkan saudara-saudaranya yang telah dibawa pergi. Kakak dan adik yang sangat dia kasihi.
Mustafa masih lagi di situ, tidak berganjak, tidak jauh dengan Malik. Matanya berkaca-kaca. Dadanya terasa sebak. Berulang kali dia memanggil nama Malik, namun Malik tetap jua tidak menoleh ke arahnya. Malahan Malik juga telah bersumpah akan menyelamatkannya.
Mustafa bertambah bingung, 'Ya Allah, ujian apakah ini? Kenapa Malik tidak dapat melihat aku? Apakah aku masih hidup ataupun sebenarnya aku sudah mati? Ya Allah.. Hebat sungguh ujianMu buat kami, bantulah kami untuk menempuhinya dengan tabah...' bisik Mustafa di dalam hati.
Air yang bertakung di kolam matanya kini meluncur laju.
====================
Tamat episod satu.

2 comments:
Akak! kekejaman apa yang akak lakukan pada saya? sampai hati kena tunggu lagi episod dua :(. Saya memang tak sabo nak tanya tapi tunggulah bahagian kedua.
Best!, saya suka cara akak susun ayat. hehe..
-Ikhwana-
Hehehe.. Hobi akak mendera org. Keke. Nway, lama tak menulis, akak perasan byk juga ayat2 janggal dan kekok dlm tu. Need to improve. Insyaallah episod 2 nnt ye
Post a Comment