+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 23, 2009

Tag: Cerita Zaman Muda

Assalamualaikum wbt.. Kali ini saya di tag oleh Syawal, Asma dan Arisha.. tag yang serupa, maka demi tidak mengecewakan mereka, saya jawab yer tag tersebut..^_^

Tag itu berbunyi (dengar ke, hehe) :

1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!

Jawapan:

Story behind the picture? ermm.. sape yg ambik gambar nie? 90% saya yakin, fotografer adalah Aiza sebab kami berenam selalunya sentiasa bersama. Gambar ini di ambil ketika saya tahun satu di UTM . Lokasi yang lebih terperinci adalah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli.

Senibina fakulti ini sangat unik, hampir pembelajaran satu semester pun saya masih sesat, tak jumpa carik kelas. haha.. Selalu ikut member je, bila terpisah ngan member, ada hal lain etc, konfem menggagau carik bilik kuliah kat ner, tak jumpa.. sob3.. apa2 pun, saya sayang dan bangga dengan fakulti saya..fakulti hijau yang tersergam indah di atas bukit di UTM..=)

Okey, mari nak perkenalkan insan2 kaku di dalam gambar tersebut.. muda remaja belaka, masing-masing dari latar belakang berbeza, ada yang datang dari sekolah biasa, ada yang dari sekolah berasrama penuh dan ada yang dari MRSM. Di UTM kami ditemukan dan akhirnya menjadi sahabat baik.

Dari kiri hadapan: X, Bed, Diana

Dari kiri belakang: Ghan, Reen..

(Cerita terkini, Bed, Reen, dan Diana masing-masing sedang mengandung anak sulung, semoga semuanya selamat belaka..^_^)

Cerita sikit.. Pertama kali saya kenal/bersua dengan Diana adalah ketika hari pertama pendaftaran di UTM, dia adalah rakan sebilik saya selama dua semester, bilik kami adalah L13, 305. Gadis berasal dari Johor dan selalu sakit-sakit semasa minggu haluan siswa. Huhu.. kerana tunggu die, saya pernah kena ketuk ketampi di hadapan ramai orang.. dan hingga kini, she is still my best fren, kite sayang Diana..^_^

Kali pertama saya bersua dengan Ghan dan Bed adalah ketika minggu haluan siswa juga. Kami sama blok, sama aras, tapi tak pernah bersua. Ditakdirkan Tuhan, kami 'cuti' serentak, ketika sahabat lain sedang solat berjemaah di masjid, kami berkumpul di luar masjid. Sambil2 menanti, bertemu geng, kamcing pulak sampai sekarang.. Alhamdulillah..

Reen dan Aiza pula adalah rakan sekelas Ghan dan Diana. Kelas semester pertama di atur ikut abjab nama, saya H so kelas/seksyen satu. Ghan (Noraini), Diana (Nor Diana), Aiza (Noraiza) dan Reen (Norazreen) pula adalah sekelas so .. selalu sama2 lama2 kami jadi satu geng. Bed (Siti Zubaidah) pula kelas berbeza, yakni seksyen empat.. namun kerana kami satu blok, satu aras, mengeratkan lagi hubungan kami. Masuk sem dua, saya tukar kelas semua sama dengan mereka meninggalkan geng sekelas saya..(Sori to Nane, Fizan, Ayu, Juli dan Emy)..

Apa-apa pun, saya sayang semuanya.. dulu kini dan selamanya..^__^

Okey, selesai cerita di sebalik gambar tersebut.. sekarang giliran saya pulak kenakan orang, hehehe..

Mangsa seterusnya untuk menjawab tag ini adalah, jeng jeng jeng..:

1-Atul/Ukhwah
2-Suhana/Ya Habibi
3-Nurul Huda
4-nudra shafini
5-iqah_sfa
6-Thuaibah

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga terhibur yer..

Wassalam.

6 comments:

UkhwAh said...

salam..

kena tag?
yang ila punya pun xjawab lagi..
wakaka..

kumpul banyak2..kui3..

arnamee said...

salam..

sweet je jwb tag .

p/s: tak tau nape anem suke bce org jwb tag, tapi bila dpt, anem larikk..ihik..

iqah_sFa~ said...

ni nak nanges ni...

xm0 r...

=(..

kak As!!!!

nUrUl HuDa... said...

salam akak...

emm sape nurul huda yg akak "tag" kan tu...?

sy ke..?
hehehehe...

waduh2 apa2an sih!!! (n_n)

Lisam said...

rajin makngah men tag skrg..

kalo dulu, 1 tag sy kasik, 5 kali makngah xjawab..

Ya Habibi said...

wawawa~

makNgah mengetag diriku...

habis laa.. banyak homework dari kakak2 senior.. nie membuli namanya nie! hahaha~