Pada suatu hari, saya berjalan-jalan di Facebook. Sekali-sekala bila ada masa terluang, suka juga saya membaca status-status yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat saya pada 'wall' Facebook. Alhamdulillah, kalau ada orang selalu kata, Facebook banyak membawa kemudaratan, tapi pada saya, dalam kemudaratan itu, ada juga manfaatnya.
Pada pendapat saya, ini bergantung kepada siapa rakan-rakan dalam 'friendlist' kita. Page apa yang kita Like. Jika kawan-kawan Facebook kita, kita pilih dengan baik, dengan niat yang baik, insyaAllah Allah akan lorongkan kita ke arahnya. Jika niat kita untuk menyambung silaturrahim, menambahkan ilmu pengetahuan, dengan izin Allah jugalah, kita akan dapat semua itu.
Berbalik kepada kisah perjalanan saya di Facebook tadi. Ketika membaca banyak status, saya tertarik dengan satu status dari sahabat yang saya kasihi, bunyinya lebih kurang begini..
"Semalam ketika pulang dari kerja, saya terdengar satu rancangan di radio. Ustaz tersebut (lupa nama apa) ada berkongsi hadis tentang riba.Umpamanya, riba itu ibarat zina. Saya kurang ilmu, mohon sesiapa bantu. Adakah benar apa yang ustaz tersebut katakan. Jika benar, dah berapa banyak zina yang telah saya lakukan?"
Begitulah lebih kurang. Mohon maaf mana terlebih mana terkurang tapi begitulah maksud yang ingin dia sampaikan. Yang bertanya, pada pendapat saya tidaklah salah. Benar, malu bertanya sesat jalan. Dan benar juga, bila menerima sesuatu ilmu baru, jangan terus menerima bulat-bulat, elok juga diselidik terlebih dahulu. 'Tabik spring' untuk sahabat saya ini.
Cuma, yang menyedihkan saya adalah jawapan balas teman-temannya. Ada satu komen yang telah mencuri perhatian saya. Kata temannya lebih kurang begini,
"Selama ni tak pernah dengar pula hadis tentang riba dan zina. Mungkin ustaz tu bagi hadis yang tak betul, elok tanya ustaz lain terlebih dahulu.."
Begitulah lebih kurang. Terkedu saya. Dan saya mula terfikir, 'Ya, benar, Facebook juga ada keburukannya'.
Ini kerana saya tahu rancangan apa yang sahabat saya maksudkan di radio itu. Saya sering mengikutinya. Saya tahu siapa ustaz yang dijemput untuk mengendalikan rancangan petang itu. Setiap petang Rabu, bermula jam 5.00 petang, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman merupakan tetamu jemputan untuk membincangkan tentang muamalam dalam Slot Bicara Muamalat di radio ikim.fm. KLIK SINI untuk blog beliau.
Ini profile beliau yang saya ambil daripada laman blog beliau;
Jawatan Sekarang
Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ahli, Panel Kajian Shariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ahli Majlis, IIUM Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Al Rajhi Bank Malaysia Berhad
Ahli, Majlis Penasihat Shariah, ACR ReTakaful Berhad, Malaysia
Ahli, Majlis Penasihat Shariah ACR MEA Takaful, Bahrain
Perunding Shariah, UEM Land Berhad
Penasihat Shariah & Board Member, Al-Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd, Global Islamic Advisory & Consultancy
Penasihat Shariah, Siraj Capital Ltd, Jeddah
Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd
Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd
Penerima Anugerah Media Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik
Associate Lecturer, The Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom
Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
Kolumnis Majalah Fardhu 'Ain, (Ruangan Fiqh Jenayah) terbitan Kalimat Cinta Sdn Bhd
Kelulusan
B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom ( Candidate)
Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Ijazah Ilmiah dari Syeikh Al-Imam Dr Yusuf Al-Qaradawi
Pengalaman
Kaunselor Shariah, Ingress Corporation Bhd
Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti & Masyarakat Madani
Kolumnis, RHB ISLAMIC Speaks, NST Business Times
Kolumnis Ruangan An- Nur, Akhbar METRO AHAD
Pengurus Kanan, Shariah Compliance Department, RHB ISLAMIC Bank Berhad
Setiausaha Majlis Penasihat Shariah, Asian Finance Bank Bhd ( Anak Syarikat Qatar Islamic Bank)
Penasihat Shariah Luaran, RHB Islamic Bank Berhad
Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
Pensyarah Sambilan, (mengajar subjek Fiqh Muamalat dan Usul Fiqh) European Institute of Human Science, Wales, UK
Buku ( Books published / to be )
Wang, Anda dan Islam terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2007) - 7,000 copies in 12 months
Money You and Islam, terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2008)
Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (March 2008) - Best Seller 14,000 copies in 9 months
Untukmu Wanita, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (Ogos 2009)
Untukmu Umat, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd (Julai 2009)
Riba dan Isu Semasa Kewangan, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Feb 2010)
Kontrak and Produk Perbankan Islam, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Oktober 2009)
Islamic banking Products and issues, terbitan Cert Publication Sdn Bhd
Maqasid As-Shariah Fi Ahkam al-Buyu' (in arabic), terbitan IIUM Press (April 2009)
Comprehensive Prayer Formula, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Nov 2009)
Murabahah : Teori, Isu dan Aplikasi, terbitan True Wealth Sdn Bhd (June 2009)
Ledakan Facebook : Antara Dosa & Pahala, terbitan PTS Islamika (Jan 2012)
Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (April 2012)
Di sini, bukan niat saya memperkecilkan sesiapa, bukan juga niat saya untuk membela UZAR, tapi suka saya mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian. Berhati-hatilah dalam 'menghukum' orang lain.
Jangan kerana kecetekan ilmu kita, kita kata orang lain yang tidak berilmu. Jangan kerana kebodohan kita, kita kata orang lain yang tidak tahu. Jangan kerana kejahilan kita, kita kata orang lain yang cuba menyesatkan kita. Jangan kerana kedangkalan kita, kita kata orang yang dangkal. Janganlah zalim. Selidiklah dulu sebelum mengata orang atau membuat tuduhan terhadap mana-mana individu. Sebelum mengata hadis itu palsu atau dhaif, selidiklah dulu.
Bukan suatu kesalahan andai kita tidak tahu, tapi, berterusan selama-lamanya tidak tahu kerana tidak mahu belajar boleh menjadi kesalahan. Islam menggalakkan ummatnya menuntut ilmu menambahkan lagi pengetahuan. Islam juga melarang ummatnya beramal tanpa ilmu. Dan Islam juga melarang kita 'menghukum' tanpa usul periksa.
Demikian serba sedkit perkongsian daripada saya. Saya juga mungkin ada tersilap, mohon ditunjukkan jika ternampak, semoga kita sama-sama dapat perbaiki diri, insyaAllah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment