+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, March 9, 2012

Terima Kasih "Anonymous"

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Semoga dirahmati Allah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas segalanya. Yang mencetuskan ilham, yang memberi idea kepada saya untuk terus menconteng dan berceloteh di sini. Alhamdulillah. Jika sebelum ini, saya sering rasa bersalah kerana kurang 'memberi' kepada ummah. Jarang update blog. Tiada perkongsian menarik apatah lagi bermanfaat untuk saya coretkan di ruangan blog saya ini. Namun syukur alhamdulillah, Allah kirimkan sahabat-sahabat seperjuangan untuk saya mencabar diri saya sendiri dan sekaligus mencetuskan idea untuk berkongsi di sini. Terima kasih Allah.

Melalui entri blog saya "Utamakan yang Lebih Utama" yang ditulis pada tarikh 20 Julai 2010, setelah lebih setahun, alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat feedback dari 'secret admirer' yang merahsiakan namanya. Barangkali beliau terlupa, saya mula menulis blog sejak tahun 2007. Atau tidak tahu bahawa saya menulis atas niat 'memberi kepada ummah'. Kerana sedar diri bahawa saya ini tiada banyak harta untuk disedekahkan. Tapi, tak mengapalah. Kerana menghargai usahanya yang telah gigih menulis untuk saya, suka saya kongsikan untuk peringatan buat diri ini pada masa hadapan. InsyaAllah. 



Anonymous said...

Quran dan hadis smmemangnya adlh kbenaran,kbenaran yg kekal hingga ke hari kiamat.Cuma manusia yg dri zman ke zman kdang2 mnyalah gnakan dn mnggunakannya mngikut selera serta pndangan masing2 shingga Quran dn hadis yg spatutnya mmbawa kpda kasih-sayang,kgembiraan,ikatan silaturrahim dn sgala mcm kbaikan,d gunakan untk kpentingan pribadi dn kmpulan trtentu. Shingga trjadilah tuduh-mnuduh,kta-mngata,hukum-mghukum ssama sndiri untk mnonjolkn khebatan diri,mrendah-rndahkankn orng lain dn yg paling mnyedihkan adlh kta ssama islam ssuka hati mngkafirkn satu sma lain,dimanakah ksician dn kindahan islam itu?apatah lgi Quran dn hadis d libatkn dlm prkara yg kotor ini.. 

Apa tdak malukah kita kpada bangsa lain?,inikah yg nak kita prlihatkn kepada mereka ttng islam.Bla bangsa lain mngatakan islam itu agama kganasan kita marah tpi itulah sama adsa sedar atu tdak yg kta prsembahkan kpda orng dn bangsa lain.Dlm apa keadaan skalipun ajaran islam yg brpandukan Quran dn hadis itu hndaklah dismpaikan dgn prasaan kasih-sayang srta ikhlas krna Allah brulah trlihat akn keindahan islam itu d mata orng dn bangsa lain,bukn dgn kemarahan,dendam,mengherdik,mngata orng itu-ini,mngata orng sana-sini. 

Mmang Allah ada mngatakan bhawa kta boleh mmbalas yg sama dgn apa yg orng prbuat pda kita,tpi dihujung tiap prkataan itu Allah jga mngatakn bhawa"Sabar itu lebih baik jka kamu mngetahuai..".Dngan pnnyampaian dn pringatan yg baik barulah terserlah dn trlihat akan keindahan islam itu,maka pilihlah yg lbih baik krna klu tidak diri kta sndirinya yg mnyampaikn nya tiada brubah dn maju dlm serta sbagai umat islam hamba Allah. Quran dn hadis itu agama srta kbenaran dri Allah,jngn kita pula yg merosakannya dgn hawa nafsu kita.Kalau itu brlaku maka benarlah kata Allah bhawa"ssungguhnya tangan2 manusialah yg melakukan kerosakan..",yg mengadakan yg tiada dn sbagainya...Ilmu Quran dn hadis bukn d smpaikan untk atau dgn brtujuan untk mengaibkn orng,mrendah-rendahkn diri sseorang apatah lgi mengata,menghukum dn mengkafirkan orng,itu smua urusan Allah yg Maha Esa kta cma mnyampaikn dn mnyebarkan agama Allah yg suci itu.Seperti kata Allah"Di atas segala perkara kpada Aku kembali sgala urusan"( dosa pahala syurga pahala dn sbgainya ).Brsesuaianlah dgn sifatnya yg Maha Mengetahuai zahir dn batin serta dialah tuhan semesta alam,bukn kita yg trbatas kmampuannya. 

Kekadang yg zahir pn kita boleh trsalah tafsir apatah lgi yg batin..,maka biarlah Allah yg Maha Mengetahuai mnguruskan nya...Manusian itu sama d sisi Allah yg membezakan adlh ilmu dn ketakwaan kta kpda yg Esa,keimanan dn ktakwaan itu bukn d tentukan oleh bijak pandainya,keturunan atau tingginya pmbelajaran kita.Ia adlah kurniaan Allah yg Esa kpda ssiapa yg d khendakinya,kerana katanya"Aku mengajarkan ilmu kepada ssiapa yg Aku Kehendaki",maka janganlh kita hina srta mrendahkan orng lain dlm pnyampaian agama krna mgkin dia/mereka lbih hebat dn lbih dekat dgn Allah..Orang yg betul2 beriman tidak akn mengaku dia beriman,krna bgi mereka kimanan itu adlah di atas ketentuan Allah yg Esa... KESUCIAN ISLAM...


March 5, 2012 9:14 PM

Anonymous said...

Kta kkadang trlalu bnyak mmperbetul dn mmpertikai khidupan orng lain,sdngkn mgkn diri kta sndiri bnyk kkurangn srta kpincangan.Tpi demi maruah dn air muka kta mngunakn agama untk mnutup kkurangan kta itu,ingtlh kta mgkn bleh mnutup dn mnipu orng d sana sini tpi tdak dri pngethuan Allah.Allah ble brbuat apa yg d khendakinya,cuma waktu dn tempat yg akn mnentukannya..

Smpaiknlh ilmu Allah itu dgn Ikhlas dn tertib,ssunguhnya didik,ajar,prbaiki klemahan dn kepincangan diri kta sndiri trlbh dhulu sblum kta hndk mprbetulkn orng lain.Kita kkadang bla d uji dngn ilmu yg kita ada olh Allah yg Esa dlm khidupan kta yg sbenar,kta lari,mngelak dn yg lbih teruk kita sifat keislaman kita kita sorok dn buangkan..Itu kh keislaman kita?,smpikn dn prjuangkn lh ilmu milik Allah itu dgn Ikhlas dn tertib spaya kta tk mnjadi diantra dua golongan ini.

PRTAMA:Glongan pjuang islam yg hbat brperang d jln Allah,mndpt bnyk kmenangn,pingat dn gelaran.

KDUA:Pnceramah dn pnyampai agama Allah yg hebat srta mmpunyai rmai pngikut srta bnyk mndpat gelaran yg baik.Di minta Allah buku amalan mereka untk d hisab dn trnya hebat,stelah d teliti olh Allah dgn nada yg keras Allah brkata kpda kdua-dua golongan trsebut"KAMU DUSTA!!!".KAMU melakukannya krna untk d puji,d sanjung serta kamu tidak IKHLAS!!,lalu d hadap dn dicampak kdua glongan trsebut kedalam NERAKA JAHANAM...!!.

Maka IKHLAS dn TERTIB lh dlm mnyampai dn mngajar kn ilmu yg mnjadi hak mutlak Allah yg Esa..Bukn dgn sifat dendam,dengki srta amarah..,tpi dgn kasih sayang dn IKHLAS...,salam.KESUCIAN ISLAM. March 7, 2012 5:04 PM

 

Jawapan saya cukup ringkas;


AsNiza said...

Subhanallah, alhamdulillah.. Terima kasih banyak2 saudara/i anonymous atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah. JZKK.. Teruskan berkongsi. Kalau saudara/i ada blog, harap dapat sertakan link - bolehlah kita bertukar-tukar pandangan. =)

Dengan perkongsian yang sebegini, insyaAllah dapat mencambahkan lagi pemikiran ke arah yang lebih positif. 

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Nabi juga berpesan, 'sampaikanlah walau sepatah ayat'. Moga mendapat sebaik2 ganjaran dari Allah atas perkongsian ilmu yg bermanfaat. Bukankah bilamana matinya anak adam, terputus segalanya kecuali 3, anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Kalau kita tak banyak duit untuk bersedekah, moga2, perkongsian ilmu kita ini dikira sebagai sedekah jariah dan kita dapat ganjaran pahalanya hingga ke liang lahad. Itulah sebabnya saya suka berkongsi hadis dan ayat2 quran. Mencoret dan menconteng di blog ini. Kerana mengharapkan ganjaran dari Allah swt. Moga dapat dijadikan bekalan hingga ke alam kubur. 

Sedih, andai kita berilmu, berpengetahuan - tapi kita gagal memanfaatkannya untuk kebaikan sendiri, malahan, berterus-terusan berfikiran negatif dan menganggap orang lain negatif sama dengan kita. Kerana kita gagal untuk ikhlas, kita anggap orang lain juga tidak ikhlas. Jangan zalim. Allah itu maha adil, Allah itu maha tahu! 

Siapa kita untuk menilai keikhlasan orang? Allahuakbar! Manusia memang kejam... 

Walau apapun, terima kasih banyak2 saya ucapkan. Alhamdulillah, saya masih tetap yakin dan teguh di jalan saya. Berkongsi untuk ummah. Moga yang baik dapat dijadikan teladan oleh saudara seagama saya, yang buruk, jadikanlah sempadan. Tiada manusia yang sempurna kerana kita bukan maksum. Saya juga tidak sempurna. Mohon ampun maaf atas dosa dan khilaf. Wassalam.


March 9, 2012 10:06 PM

No comments: