+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, March 8, 2012

Puncanya Adalah Variasi




Selawat dan salam buat Nabi junjungan. Moga kita diberi syafaat.

Kalau dihitung dengan jari, saya sendiri tidak mampu menghitung kerana telah berulang kali saya mencoret, menulis, bercerita dan berkongsi tentang persepsi, fahaman, ideologi, cara melihat atau way of thinking dan sewaktu dengannya. Maaflah. Memandangkan saya kali ini menulis menggunakan handphone, maka ianya agak terbatas. Tidak boleh minimize, tidak pula boleh buka beberapa halaman website pada satu-satu masa, juga tidak boleh copy link rujukan, maka, terimalah entri kali ini seadanya.

Baik. Kenapa hari ini saya ingin mengulang dan mengimbas kembali perkara yang sama sekali lagi?

Jawapannya kerana semalam, alhamdulillah, ada sahabat yang memberi response terhadap entri blog saya. Suatu tindakan yang sangat wajar dipuji kerana melalui perbincangan itu, wujujd komunikasi dua hala, sekurang-kurangnya saya tahu apa yang bermain di dalam kepalanya dan saya pula diberi peluang untuk membuat penjelasan yang lebih terperinci. Alhamdulillah.

Ada beberapa perkara yang beliau utarakan. Antaranya, menurut beliau tulisan saya membawa maksud orang yang tiada pelajaran ilmu agamanya juga kurang. Begitulah lebih kurang maksudnya. Seolah-olah saya merendahkan dan membuat penilaian terhadap seseorang berdasarkan tahap pendidikan.

Saya istighfar di dalam hati. Kerana sungguh, saya jelas dan yakin dengan apa yang pernah saya tulis. Terutamanya tentang bab ini kerana saya tidak pernah menilai agama seseorang, siapalah saya ini? Saya memang tak layak menilai orang. Yang layak cuma Allah!

Dan saya sangat pasti dan yakin kerana saya telah menulis berulang kali tentang perkara ini - menurut pendapat saya, cara melihat atau way of thinking, pemahaman atau cara penilaian seseorang, cara menyelesaikan masalah - bergantung atau dipengaruhi oleh TAHAP PENDIDIKAN, latar belakang keluarga, persekitaran, cara hidup, teman sekeliling, pengalaman hidup, didikan agama dan lain-lain.

Tidak pula saya merendah-rendahkan orang yang tidak belajar tinggi, sungguh! Kerana saya mengerti, pada penilaian Allah, ijazah dan sijìl tiada maknanya. Yang penting cuma iman dan takwa. Noktah!

Dan saya juga ada banyak sahabat yang telah belajar hingga ke peringkat Master, Phd pun ada. Apakah saya ini sengaja merendahkan diri saya sendiri dengan bersahabat dengan mereka yang lebih tinggi tahap pendidikannya?

Bukankah perkara ini sungguh mudah untuk dimengertikan duhai sahabat? Kenapa pula disulitkan?

Bukankah kita sama-sama setuju, cara penerimaan, cara pemikiran, pemahaman setiap orang berbeza-beza. Dan ketahuilah. Puncanya adalah variasi!

Saya cuma lanjutkan lagi. Apa yang membuatkannya berbeza? Apa puncanya?

Dan seperti yang saya jelaskan sebelum ini, latar belakang, pendidikan, pengalaman hidup dan lain-lain itulah sebabnya kenapa pemikiran dan pemahaman kita berbeza-beza.. Tiada manusia yang sama serupa. Kita istimewa. Kita unik.

Moga dapat difahami dengan jelas, insyaallah..

Allah berfirman dan melarang orang Muslim mengatakan apa yang tidak dia kerjakan. Jadi, sahabat. Mohon doakan saya. Moga saya dikasihi Allah dan tidak melakukan perkara2 yang dilarang.

Al-quran dan sunnah jadi pegangan. Biar apapun jua dugaan mendatang, insyaallah, semuanya no problem. ;-)

5 comments:

LadyBird said...

salam akak.. dah lama x dtg sini..
lady setuju dgn pendapat akak..

AsNiza said...

Wslm wbt cik lady.. Jzkk sudi bertandang.. Kalau ada yg tk setuju pn, hopefully sudila kongsi ye..

Anonymous said...

A'kum,
Kita mungkin ada membuat kesilapan tapi dek sudah biasa mendapat pujian serta sanjungan dari manusia lain kita malu untuk mengaku,kita ni kalau balam pembelajaran atau penyampaian mesti sentiasa merendah diri dan berserdehana.Kita kene menerima teguran dan kalau silap kena mengaku kesilapan,barulah sempurna,bertambah serta berkat ilmu dan keimanan kita..Kita selagi bernama manusia takkan sentiasa sempurna serta betul,juga tidak ada yang salah serta melakukan kesilapan.
Yang penting ilmu itu apatah jagi Quran dan hadis hendaklah diajar dengan tertib serta kasih sayang,jangan kita melibatkan/mengkususkan orang,seseorang atau kumpulan untuk kita umpamakan dengan ilmu itu apatah lagi yang berkaitan dosa,pahala,syurga atau neraka.Kerana nanti sama ada sedar atau tidak kita menyingung serta menyakitkan hati dan perasaan orang.Biarlahlah ilmu itu diajar dengan secara umum.Jangan bila kita cerita pasal dosa,pahala,syurga dan neraka kita libatkan dan mengandaikan serta mengumpamakan dengan kawan,saudara,tempat kerja dan sebagainya,nanti klu orang/tempat yang diumpamakan itu terdengar dan terbaca lain pula jadinya...bukan begitu?.Maka sampaikanlah dengan baik,tertib serta secara umum kerana Agama Allah itu untuk semua seluruh alam....
Quran dan hadis itu benar,cuma diri kita yang kekurangan serta kelemahan...
SAMPAIKAN LAH.

KESUCIAN ISLAM.

AsNiza said...

W'slm wbt..

Jzkk. Terima kasih byk atas peringatan dan saya akan lebih menghargai jikalau saudara/i juga menjaga adab dalam menegur. Pertama. Silalah takruf dulu, perkenalkanlah diri tuan hamba yg bijak lg arif ini..

Memandangkan ini comment yg ke-5 dr saudara/i dan masih lg berkisar pada permasalahan yg sama, masih tiada anjakan, saya kira tidak perlulah saya buang masa dgn org yg ego dan tidak sudi mendengar penjelasan org, terlalu yakin dgn dri sendiri sehingga tertutup sudah pintu hati untuk menerima pencerahan dari saya.

Tuan/puan,

Blog ini, saya yang punya. Allah pinjamkan kpd saya untuk berkongsi dgn niat utk dptkn sebanyak2 ganjaran pahala dariNya. Bukan untuk menyakitkan hati org apatah lagi mendapat dosa dek penyakit hati spt riak, angkuh dan lain2. Saya sudahpun menulis sejak tahun 2007 dan ini memang cara saya. Aplikasikan pengalaman dan peristiwa sekeliling, dalam bentuk perumpamaan mahupun analogi agar mudah diterima. Jika tuan atau puan tidak suka dgn apa yg tercatit di sini. Tak perlu buang masa menziarah blog saya. Boleh?

Atau jika sudi, tolong jelaskan. Apa motif tuan/puan berkunjung ke blog saya kalau cuma untuk menyakitkan hati sendiri? Allah! Saya tak dapat pahala kalau tuan/puan terusan begini. Saya luangkan masa, perah otak untuk menulis sbb nak pahala, tahukah?

Tolonglah. Istighfar dan ingat Allah sebelum masuk ke blog saya. Kalau hati tuan/puan bersih insyaallah tuan/puan faham apa maksud yg ingin saya sampaikan kerana saya percaya dan yakin, tuan/puan org yg bijaksana dan berilmu. Alhamdulillah. Syukurilah nikmat iman dan ilmu yg kita miliki, jgn kotorinya, demi Allah. Wassalam..

AsNiza said...

Salam hormat, saudara/i anonymous..

Maaf. Saya tidak tahu apa permusuhan antara kita sehinggakan dapat saya rasakan, setiap komen tuan/puan seolah2 mencari kelemahan dan kesalahan saya. Dan sedihnya, kebanyakan dr hujah tuan/puan adalah tidak berasas. Saya tidak nafikan sebahagiannya ada juga yg betul. Tapi, sebagai manusi biasa, saya kecewa dgn sikap anda yang ibarat mata lalat ini..

Dalam sekebun bunga-mencari najis dan sampah! Dalam perkongsian saya yang banyak beratus-ratus ini, anda pilih untuk cari keburukan. Kenapa? Adakah kita ada permusuhan?

Dari tulisan tuan/puan, saya dapat rasakan anda seorang yg berilmu. Alhamdulillah. Tapi, sayanglah kalau ilmu itu tidak dimanfaatkn sebaik yg mungkin. Bukankah indah jika tuan/puan dpt gunakan ilmu itu utk mendapat ganjaran pahala dr Allah?

Saya hargai niat baik tuan/puan untuk mengingatkan saya. Alhamdulillah. Tapi, saya mohon, silakan husnuzon dan positif terlebih dahulu sebelum mempositifkan org lain.

Entri ini bukan entri pertama yg saya tulis. Sebelum ini pun saya ada menulis tentang pengalaman bersama sahabat, rakan sekerja dan keluarga.

Cerita tentang sapuman juga telah lebih drp dua entri yg saya tulis. Pertama, kerana senyuman dan yg kedua, bukan superman. Apa masalahnya??

Tuan/puan, blog ini saya yg punya, Allah pinjamkan pada saya. Jadi, terserahlah kpd saya untuk menulis apa. Dan kalaupun saya menulis tentang anda (maka sbb itu anda terasa) tolonglah faham, niat saya baik untuk menjelaskan keadaan sebenar. Apa sebab tuan/puan perlu terasa? Adakah saya menyebut nama tuan/puan atau menjatuhkan maruah tuan/puan?

Saya ini, org yg suka berfikir. Kaitkan setiap kejadian di sekeliling saya dan cuba mengutip ibrah.

Bukankah manusia berbeza2. Kita tidak sama. Jadi, adalah tidak adil jika tuan/puan menilai saya berdasarkan justifikasi anda sendiri. Jgn jd org yg zalim. Meletakkan sesuatu bukan pd
Tempatnya. Allah murka.

Memandangkan tuan/puan org yg bijaksana. Silakanlah muhasabah. Benar saya tidak sempurna dan tak lepas dari kesalahan. Tapi saya juga tidak berdaya berhadapan dgn manusia 'lalat' seperti anda. Cuma tahu cari keburukan.

Bukan tak boleh menegur dan saya juga bukan tak mahu terima kesalahan sendiri. Tp, setelah mengkaji ritma komen2 tuan/puan, dpt saya rasakan, tujuan anda masuk ke blog saya bukanlah seperti yg saya harapkan. Saya berharap agar dpt berkongsi cerita, pengalaman, kisah hidup agar kita dpt sama2 kutip teladan, ambil ibrah dan hikmah - seterusnya sy dpt pahala. Tp anda? Entahlah..

Maafkan saya atas segala kekasaran, tapi, sudah tiba masanya saya bertegas. Sekali lg terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Jom, doakan moga Allah jaga hati2 kita. Wassalam.