+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, March 16, 2012

Iktibar dari Pergaduhan di KFC : Siapa Rasis?




"Mc Donald atau KFC?" Saya bertanya kepada teman sekerja saya yang berbangsa Cina, Ms. T. Sempena hari ulangtahun kelahirannya, saya bercadang untuk makan tengah hari bersama dengannya hari ini.

"Mc Donald!" Dia memilih. Saya sekadar setuju sahaja, fikir saya - dia memang teringin makan Mc Donald, lagi suka makan Mc Donald. Itu saja. Lansung saya terlupa tentang perdebatan kami sebelum ini.

Suatu ketika. Beberapa minggu sebelum itu.

"As, you tau aa.. Kita orang Cina dah tak nak makan KFC lagi, nanti kena pukul" Teman saya itu berkata. Menyirap juga darah saya. Mentang-mentanglah pelanggan yang dipukul di KFC tempoh hari adalah berbangsa Cina, mudah-mudah saja mereka membuat tindakan.

"KFC dah berapa puluh tahun kat Malaysia, selama ni tak pernah pun ada orang kena pukul. Pelanggan tu pun satu hal. Cuba letak diri dia kat tempat pekerja KFC. Dah lah orang tu penat seharian bekerja, dia cakap tengking-tengking tak puas hati. Itu dah kira provok. Dah tu, boleh pula dia keluar - masuk balik semata-mata nak ambil gambar, kalau As kat tempat pekerja tu pun As akan marah." Saya cuba mempertahankan. Lagipula, saya memang sedari awal mengikuti perkembangan pekerja KFC i-City yang dilaporkan telah memukul seorang pelanggan berbangsa Cina.

Teman sekerja saya itu diam waktu itu. Mungkin dia tahu saya marah. Beberapa hari berikutnya, dengan bangganya dia berkata lagi,

"As, you tau kaa.. pekerja KFC tu yang pukul orang, kena minta maaf pada pelanggan. Sebab ada akhbar Cina tulis aa.. Jangan bagi orang Cina makan dekat KFC lagi,"

Pergh. Bertambah menyirap darah saya. "Ya lah, dia boleh menang sebab ramai orang sokong dia. Customer always right! Tapi telah disalahguna." Saya membalas. Malas nak panjangkan lagi. Geram pun ada sebenarnya.

Okey, berbalik kepada makan tengah hari di Mc Donald.

Sewaktu mula-mula masuk ke dalam Mc Donald, saya masih tidak terfikir apa-apa. Walaupun melihat pelanggan penuh meja, saya lansung tidak terlintas. Dan memang benar, boleh dikatakan hampir 80% pelanggan adalah berbangsa Cina.

Saya membeli makanan kemudian duduk di meja berhadapan dengan Ms. T. Dia menoleh kiri kanan depan belakang, seakan-akan kelihatan bangga. Hairan juga saya melihatnya. Akhirnya, kebingungan saya terjawab apabila dia membuka mulut dan berkata,

"Ramai oh orang kat Mc Donald. KFC dah tak ada orang..."

Lah! Rupa-rupanya itu yang bermain di kepalanya dan, secara logikanya, kata-katanya benar. Semua meja di dalam restoran Mc Donald waktu itu penuh! Pelanggan sedang beratur untuk mendapatkan makanan juga masih ramai. Dan benar, beberapa hari sebelumnya, dan agak lama juga, KFC yang saya lewati agak lengang - kurang pelanggan. Saya terdiam. Malas nak menimbulkan perbalahan. Biarlah tengah hari itu kami makan dengan tenang. Lagipula, saya belanja dia makan sempena hari ulangtahun kelahirannya. Biarlah dia dengan 'kemenangannya' itu.


Apa yang saya nak cerita sebenarnya?

Maaf kalau kali ini, entri saya berbaur rasis. Benar saya faham bahawa Allah tidak menciptakan kita berbagai bangsa tanpa sebab, sebagaimana firmanNya;

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)". (Al-Hujuraat 49:13)

Sebelum ini juga saya pernah menulis sebuah entri yang 'berunsurkan' bangsa. : Warna Kita Berbeza? KLIK SINI

Saya mengerti bahawa Allah tidak membeza-bezakan hambaNya berdasarkan warna kulit. Apa yang penting di sisi Allah cuma iman dan takwa. Tapi, suka saya tekankan di sini. Sampai bila kita harus bersikap acuh-tak-acuh? Memandang ringan segenap perkara sedangkan pihak 'lagi satu' makin kuat dan bertambah kuat? Mereka diam-diam, ubi berisi. Tanpa perlu mewar-warkan pada semua orang, diam-diam mereka bersatu, seia-sekata dalam diam membina kekuatan.

Kita orang Melayu, bercakap berkobar-kobar penuh semangat, tapi hakikatnya, dalam tindakan kita nothing! Hampas! Malu lah wahai Melayu. 

Ada satu pihak, di hadapan pengundi BN bercerita sungguh-sungguh tentang 1 Malaysia (semua bangsa sama di Malaysia). Tapi di hadapan pengundi UMNO, sungguh-sungguh menghunus keris - kononnya tanda setia pada bangsa. Hakikatnya, bila mendapat pangkat dan jawatan - masing-masing berusaha keras untuk memenuhkan poket sendiri! Siapa yang akan bela bangsa kita? Siapa? 

Ada pula satu pihak, menolak hak-hak keistimewaan orang Melayu, kononnya semua bangsa layak mendapat hak yang sama. Man jadda wa jadda. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Nah. Siapa yang akan bela bangsa kita?

Maaflah kalau saya emosional, dan rasis pula. Bukan niat saya mengapi-apikan sikap perkauman. Cuma sekadar ingin mengajak kita orang Melayu berfikir lebih sedikit. Sebagaimana firman Allah, berkenal mesralah dengan kaum lain. Mana yang baik, kita jadikan contoh. Mana yang buruk, kita jadikan sempadan. Lihatlah mereka, kerana KFC (yang kita rasa isu kecil) mereka boleh seia-sekata bersatu memboikot. Tapi kita -bercerai berai. Dengan jiran sebelah rumah tidak bertegur sapa. Astagfirullahalazim. Larangan Allah tidak diendahkan. Kita ini mahu jadi apa?

Saya setuju satu perkara. Islam memartabatkan Melayu, bukan Melayu memartabatkan Islam. Tapi, ayuh tanya diri kita sendiri. Sejauh manakah Islam telah memartabatkan kita? Setinggi manakah martabat kita? Kalau agama setakat pada kad pengenalan. Kononnya solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadhan sudah cukup untuk menggambarkan kita ini orang Islam. Sunnah-sunnah Rasulullah tidak diikut. Hadis dan Al-Quran bukan lagi pegangan. Kita ini nak jadi apa?

Mengimbas kembali, zaman di universiti. Saya mula menjejakkan kaki di Universiti Teknologi Malaysia, dalam bidang kejuruteraan pada tahun 2000. Jika saya tidak silap, sistem kuota masih dilaksanakan waktu itu. Kiranya, pelajar non-bumiputera dihadkan bilangannya. Jadi, orang Cina atau India yang dapat masuk ke universiti adalah pelajar yang terbaik antara yang terbaik.

Apa yang dapat saya belajar daripada rakan-rakan bangsa Cina saya waktu itu, mereka 'berbaik' dengan pelajar Melayu cuma kerana beberapa sebab;

1) Ingin mendapatkan sesuatu/pertolongan etc. Which is, ada udang di sebalik batu.

2) Bila mereka seorang diri dalam kalangan orang Melayu.

3) Saja-saja. Bermuka-muka untuk 'cover line'

4) Segelintir sahaja yang mementingkan persahabatan tidak mengira bangsa.


Mungkin ini tuduhan berat yang boleh disangkal. Ah. Saya pun bukanlah sempurna mana. Tapi, pendapat saya ini berasas. Pernah waktu itu - kami pelajar Melayu dapat tahu - ada pelajar Cina yang dimarahi oleh rakan sebangsa mereka kerana 'membocorkan' nota pelajaran kepada kami. Kedekutnya! Tambah meyakinkan apabila sekarang saya bekerja di syarikat milik Cina tempatan. Sikap 'rasis' mereka benar-benar ketara. Sikap mereka saling tolong menolong sesama bangsa benar-benar menonjol. 
Kantin di dalam kilang kami ada tiga, semuanya milik saudara mara mereka. Yang bekerja di dalam kilang pula - kebanyakkannya ada tali persaudaraan. Adik-beradik, ipar duai, biras dan lain-lain. Maaf kata, kebanyakkan mereka bukanlah mempunyai pencapaian akedemik tapi jawatan mereka lebih tinggi daripada orang Melayu yang berkelayakan yang lebih tinggi. Dan kalau jawatan kami sama, tangga gaji dan bonus tahunan -  mungkin tidak sama. Kenapa? Kerana mereka ada keinginan untuk saling membantu sesama mereka! Orang Cina tolong orang Cina!

Sedangkan kita orang Melayu, kebanyakkannya Islam - kononnya kita ini bersaudara tapi kita lebih suka berpecah belah, bermusuhan, berbalah, tidak bertegur sapa. Dari sekecil-kecil sebab - hinggalah ke sebesar-besarnnya. Kerana perbezaan pendapat dan fahaman kita bermusuhan. Bagai ingin berperang. Tapi lihat mereka, bersatu seia sekata! Malulah wahai orang Melayu.

Sebelum berundur. Suka sekali lagi saya ingatkan, bukan niat saya untuk mencetuskan api perkauman. Sekadar menjentik minda mereka yang ingin berfikir. Apa guna kita cemburu melihat kaum lain bersatu sedangkan kita sendiri tiada usaha untuk bersatu? Apa guna kita menyalahkan orang lain memijak kepala kita sedangkan kita sendiri tiada usaha untuk memanjat lebih tinggi ke atas?

Janganlah kita 'rasis' cuma di mulut, dalam tindakan kita tidak membantu apa-apa. Ingatlah, mereka 'rasis' di hati, dalam tindakan mereka teguh. Mari kita martabatkan bangsa kita dengan satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah swt, Islam agamaku. Melayu bangsaku! Ayuh bangkit. jangan tidur lagi! Jangan terkebelakang kerana orang berlumba-lumba untuk berada di hadapan! Bijaklah dalam berfikir dan bertindak.

Wassalam.







2 comments:

fahmi fauzi said...

saya pon dok follow gak citer kfc ni, nak taw mana betul... kdg2 pns gak telinga...

Muhammad Naim Abdullah said...

Pi kfc teman kawan ja.. naim pilih RFC.. dan Pas. haha

opps hehe