"Saya puasa hari ini.." Saya menjawab apabila seorang teman bertanya.
"Puasa kerana apa?" Dia bertanya lagi.
Dalam hati saya bermonolog, dah tentu sekarang ini bukan bulan Ramadhan, dia pun sudah tahu saya telah habis ganti puasa yang 'tercicir' ketika bulan Ramadhan tempoh hari - hari ini hari Khamis, tentulah puasa sunat hari Khamis. Sedang saya berkira-kira mahu meluahkan apa yang terpendam di hati, dia menyambung bicara.
"Kalau puasa kerana nak kurus, dapatlah kurus," Sinis dia bersuara.
Cepat-cepat saya menjawab. "Bukan sebab nak kurus, sebab nak pahala puasa sunat hari Khamis la. Lagipun, hari ini sepatutnya ada gangguan air kat tempat kerja, jadi, nak kurangkan makan sebab taknak selalu pergi tandas. As nak pahala, nak macam-macam.." Opps! Saya mempertahankan diri, kemudiannya tersedar sesuatu - apa niat sebenar saya berpuasa sebenarnya? Nah. Terkena! Seperti yang dijangka, tanpa sempat saya menyambung bicara, dia bersuara lagi.
"Kita manusia ni memanglah nak macam-macam. Tapi jangan terkejut nanti apabila kat akhirat, kita tak dapat apa-apa.. Apa pun tarak (tiada)!" Waduh! The sharpshooter. Tepat menuju sasaran. Apa lagi yang boleh saya bidas? Kata-katanya itu memang tidak lagi boleh disangkal.
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
Maksudnya:
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. "
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih” Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Keterangan hadith:
1. Niat adalah penting untuk membezakan antara ibadat dengan adat. Niat itu penting untuk membezakan antara amalan yang ditujukan kepada Allah atau kepada yang lain selain Allah.
2. Ibadah, seperti solah dan puasa, wajib diniatkan kepada Allah agar diterima oleh Allah Subhanahuwata’ala.
3. Perkara atau amalan yang diharuskan oleh syara’ jika ditujukan kepada Allah akan menghampirkan seseorang dengan Allah dan akan diberi pahala serta dikira sebagai ibadah. Contohnya, makan minum, memberi nafkah kepada anak/isteri, bergaul dengan isteri – akan dikira ibadah sekiranya dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Pengajaran-pengajaran:
1. Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik.
2. Amalan yang buruk tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
3. Amalan yang dianggap baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
4. Demikian juga, amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seperti kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
5. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
6. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
7. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
8. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
(Dari Hadith Arbain, Imam Nawawi) - Sumber Rujukan : KLIK SINI.
Sekali sekala terpukul begini enak juga rasanya. Kadang-kadang kita manusia sukar menerima teguran secara halus, berkias, beranalogi dan sebagainya. Bila terus 'straight-to-the-point' lagi mudah berbekas di hati. Suatu peringatan yang baik dari seorang teman yang bijaksana lagi dihormati. Sayanglah kalau saya sia-siakan pesanan itu.
InsyaAllah, pada masa hadapan saya patut lebih berhati-hati dalam menjaga hati dan niat. Benar, niat kita hanya Allah yang tahu - dan kerana itulah - kerana ingin mengharapkan ganjaran semata-mata dariNya, maka - niatlah dengan sebaik-baik niat.
Tidak mahulah saya nanti, kononnya di dunia banyak amalan, rupanya syok sendiri! Semuanya ditolak kerana niat ini tidak fokus semata-mata hanya untuk Dia.
No comments:
Post a Comment