+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, December 30, 2014

Dia Yang Ku Sakiti

Jam pada dinding jarum panjangnya berada pada nombor 12 manakala jarum pendeknya terletak pada nombor 9. Lambat 15 minit daripada jam tangan yang melekat di pergelangan tangan kiriku. Suasana di tempat kerja sunyi sepi, semua rakan sekerja sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal aku seorang diri menghadap skrin komputer. 

Kalau nak tunggu kerja siap, memang sampai bila-bila pun kerja aku takkan siap. Itulah hakikatnya. Tapi, sepatutnya, esok aku boleh saja sambung kerja-kerja ku itu. Sepatutnya juga, tadi jam 6 petang aku dah boleh pulang ke rumah, namun, hati ini terasa sangat keberatan. Rumahku bukan lagi syurgaku. Rumahku bukan lagi tempat yang menenangkan hati mendamaikan fikiran. Malah, bertambah kusut fikiranku sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Telefon bimbitku berdering lagi- untuk kali yang aku sendiri tidak terhitung. Aku jawab panggilan malas-malas. "Ya. Balik lewat sikit. Banyak kerja." Diam. Panggilan diputuskan. Aku menyandarkan belakangku pada kerusi. Memandang ke arah skrin dengan pandangan yang kosong.

Friday, November 28, 2014

Jauhilah Diri dan Keluarga dari Azab Api Neraka.




Antara keistimewaan orang Melayu adalah mereka kaya dengan bahasa. Suka cakap berkias, berlapik. Berpantun, berbidalan. Berbunga-bunga dalam menyusun kata. Barangkali, orang Melayu dulu-dulu faham benar, bahawasanya orang Melayu, sangat lembut hatinya, mudah terasa, mudah tersinggung.

Apakah keadaan itu masih lagi sama hingga sekarang? Pada zaman milineum ini, orang Melayu juga tidak ketinggalan 'berevolusi' seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Bukan sahaja tidak lagi berbahasa bunga-bunga, malah, makin ramai yang jadi kian tidak beradab!

Lihat saja komen-komen pembaca di laman sosial contohnya di Facebook. Bahasanya? MasyaAllah. Mencarut. Memaki hamun. Seakan perkara biasa. Mana salah dan mana silapnya? Apa dah jadi, apa nak jadi?

Bagaimana kita hari ini, begini, dan bagaimana pula anak cucu kita esok dan lusa? Jika sekarang sudah begini, bagaimana pula keadaan pada hari-hari mendatang?


Saturday, November 22, 2014

Kita Nak Ke Mana, Nak Ikut Siapa?

Maaflah.

Lama tidak menulis, terasa kekok sungguh. Janggal. Terasing di ruangan sendiri. Kalau dulu, dalam 30 minit saya boleh siapkan satu entri blog, sekarang ini, MasyaAllah! Susah sungguh. Ilham tidak mahu datang. Idea tiada. Mahu menyusun perkataan menjadi satu ayat pun terasa payah. Benar kata orang tua, pedang yang tajam - kalau lama disimpan akan berkarat - boleh jadi tumpul! 

Sahih! 

Apapun.

Jatuh, bangkit semula. 

Friday, November 21, 2014

Datang dan Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Aku bersaksi, tiada Tuhan disembah melainkan ALlah. Aku bersaksi, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semuanya? Apa khabar jasad kita? Sihat-sihat kah? Apa khabar akal kita? Baik-baik kah? Apa khabar iman kita? Selamat-selamat kah? Maha suci Allah, alhamdulillah kerana hingga ke saat ini, kita masih lagi bernafas, kita masih lagi diberi keizinan oleh-Nya untuk terus hidup. Mudah-mudahan, dengan peluang yang ada ini, dapatlah kita manfaatkan untuk perbaiki diri, perbaiki amalan kita, perteguhkan lagi iman kita. InsyaAllah.

Sahabat yang saya rindui..

Lama sungguh saya tidak bersuara - bisu -  di sini. Seiring dengan peredaran masa, pertambahan usia, bertambah pula peranan dan tanggunjawab, ruangan waktu untuk blog ini terpaksa saya sempitkan. Maafkan saya! Pun begitu, saya sangat terharu dan sangat menghargai pengunjung blog ini, yang walaupun sudah berbulan lamanya tiada sebarang entri baru - namun masih ada yang sudi mengunjungi. Bahkan, purata dalam sehari blog ini di -view juga sentiasa memberangsangkan. MasyaAllah. Malu saya dibuatnya... Terasa sangat rendah diri, kerdil. Terasa sangat tidak bermanfaat, tidak menyumbang apa-apa. Sekali lagi maafkan saya.


Thursday, May 1, 2014

Apabila Di Zalimi - Surah As Syuara

Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah, kali ini kita sama-sama tadabur Surah As Syuara, ayat 36 hingga ayat 42 ya. 


Sebagai permulaanya, pada ayat ke 36 Allah swt mulakannya dengan 'begin with end in mind'. Apa hasilnya, diceritakan terlebih dahulu. Kemudian selepas itu barulah diceritakan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Siapa yang berhak mendapatkannya.

Dalam Surah As Syuaara, ayat ke 36, Allah swt berfirman;

"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;"

Dapat apa?

Nikmat kesenangan dari Allah swt yang lebih baik dan lebih kekal di akhirat.


Seterusnya, siapa dan bagaimana nak dapat habuan itu?

Tuesday, April 8, 2014

Bacalah Al Quran, Sehari Satu Juz


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Syukur alhamdulillah, kita masih lagi diberikan keizinan olehNya untuk bernafas lagi hingga ke detik ini. Firman Allah swt, apabila sampai waktu ajal manusia, tiada siapa yang boleh melambatkannya atau mempercepatkannya, walau cuma sesaat. Maka, sebelum sampai saat itu, ayuhlah kita mengambil peluang untuk memohon taubat dan ampunan dariNya, ayuhlah kita mengumpul amal kebaikan agar dapat dijadikan bekalan di akhirat sana. InsyaAllah.

Setiap hari kita tidur, kemudian bangkit pada keesokan harinya, sedarkah kita, itu membawa makna bahawa usia kita kian pendek dan kematian makin menghampiri? Datuk kita yang dulu bersama-sama kita berjalan ke surau, hari ini sudah tiada. Nenek kita yang dulu mengajar kita mengaji Quran kini sudah kembali ke alam barzakh. Ayah kita yang dulu membesarkan kita juga sudah pergi ke pangkuan Sang Pencipta. Seorang demi seorang telah pergi meninggalkan kita. Giliran kita menyusul pula bila? Mungkin bila-bila masa sahaja. 

Bersediakah kita? Bersediakah saya? Soalan begini, sejujurnya saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan yakin. Terlalu banyak kekurangan diri, terlalu sedikit amal ibadah yang telah dilakukan. Diri ini sesungguhnya belum layak untuk mendapat syurga Allah, pun begitu, tidak sanggup diri ini menerima seksa azab api neraka..

Bagaimana cara menyelematkan diri dari azab api neraka?

Lakukan semua suruhan Allah swt, dan, jauhi segala laranganNya. Berusaha dan berdoa agar kita sentiasa di jalan yang lurus, berada di jalan yang Allah swt redhai. Berpegang teguhlah pada Al Quran dan As Sunnah, semoga kita sentiasa dipelihara oleh Allah swt..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan."
(Al-Maaidah 5:35)

Thursday, March 13, 2014

Sepi itu Indah, Jika Kau Mengerti

"Assalamualaikum", aku menyapa sebaik sahaja mendekati dia. Dia kelihatan tenang, seperti tenangnya air di kali.

"Waalaikumussalam.. Hai! Lama tak nampak.." Dia menjawab salamku, tersenyum manis.

"Kenapa, kau rindu aku?" Sinis aku menyoal, seakan dapat mengagak apa yang bermain di fikirannya. Dia tidak membalas, hanya mengukir senyum yang sentiasa indah pada mataku.

"Kau merajuk ke?" Bukan saja tidak menjawab soalan, aku menyoal dia semula. Sebelum dia membuka mulutnya untuk bersuara, aku menyambung kata-kataku.

"Maafkan aku, kebelakangan ini aku sememangnya sibuk. Tapi, bukankah ini suatu petanda yang baik buat kita?" Aku menatap wajahnya tanpa rasa ingin mengalihkan pandanganku walau sekelip mata cuma.

Monday, March 3, 2014

1 Day 1 Juz Tak Masuk Akal


 




Has ada sebuah kereta Ferrari. Expert memandu. Keretanya itu pulak sekali tekan pedal minyak selamba aje memecut 200 km/hr. Has juga dah ada banyak pengalaman memandu. Berlumba pun dia dah banyak kali menang. Kira memang dia ini seorang yang hebatlah!

Tapi Has ni lama-kelamaan dia jadi malas membawa kereta. Dah bosan. Dah tak ada semangat dah. Kadang-kadang saja dia memandu. Banyak jalan dia tak tahu selok beloknya.. Banyak benda dia dah lupa. Kemahirannya sudah menjadi tumpul.

Saturday, February 22, 2014

Kasut Kita Mungkin Sama, Tapi....

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Semoga kita semua sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kita masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Walau sesukar mana pun jalan yang terpaksa kita tempuhi, alhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk berusaha perbaiki diri dan mencuba jadi insan yang lebih baik. Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
 
Ujian dan  dugaan hidup setiap dari kita berbeza-beza. Allah swt berfirman, apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dimasukkan ke syurga sedangkan kamu belum diuji? Nah. Redhalah dan terimalah segala apa jua ujian yang menimpa kita kerana sesungguhnya, setiap apa jua yang Allah ciptakan, tiada apa yang dijadikan sia-sia. 

Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah swt. Buruk pada pandangan kita mungkin baik pada pandangan Allah swt, kita ini hamba, ada banyak yang kita tidak tahu sedangkan Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ilmu Allah, jika digunakan seluruh lautan sebagai dakwat, dan apabila habis di tambah lagi sebanyak seluruh lautan, masih belum cukup untuk menulisnya. Allah Maha Besar. Kita ini hanyalah hamba yang kerdil.