Benarlah, "Mengharap senang dalam berjuang, bagaikan merindu rembulan di tengah siang". Kalau benarlah berdakwah itu mudah, maka sudah tentu ramai dalam kalangan manusia yang melakukan kerja-kerja dakwah. Tapi lihatlah hari ini, kita lebih suka mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain, nak jadi apa-jadilah. Nak buat apa, buatlah. Sedangkan Nabi Muhammad saw bersabda,
“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
Saya ini, bukanlah orang yang sempurna, tapi Alhamdulillah, Allah campakkan rasa keinginan untuk berdakwah, menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kemungkaran. Bukan kerana saya merasakan diri ini telah cukup sempurna, tapi kerana saya sedar, amar makruf nahi munkar adalah kewajipan bagi setiap muslim yang mencintai saudara seagamanya.
Kerana saya telah menikmati keindahan rasa apabila kita menyerahkan segala penggantungan dan pengharapan kepada Allah, kerana saya merasai betapa hidup di dunia ini cumalah sementara, sekadar taman bersenda gurau (sebagaimana firman Allah), sekadar tempat untuk bercucuk tanam mengumpul bekalan menuju hari akhirat yang kekal abadi.
Kerana saya ada rasa keinginan, agar saudara-saudara saya juga merasai keindahan yang serupa, kerana saya ingin, saudara-saudara saya di dunia ini, menjadi saudara-saudara saya di syurga kelak. Maka, sengajalah saya mencari masalah dalam berdakwah, menempuh kesukaran sedangkan saya boleh memilih untuk mengabaikan segalanya. Bukankah duit saya sudah cukup, saya tak perlukan bantuan simpati dari sesiapa, bukankah jawatan saya sudah memuaskan, saya tak perlukan dokongan dari sesiapa. Bukankah saya dikasihi dan disayangi oleh insan-insan yang saya kasihi, saya tak perlukan belas kasih dari orang. Bukankah kebergantungan saya cuma pada Allah, saya tak perlukan simpati orang.
Tapi sungguh, keinginan saya untuk berdakwah membuak-buak. Jika dulu, saya aktif berdakwah melalui forum dan blog. Memandangkan saya kini bekerja dalam industri perkilangan - ramai rakan sekerja, maka terbit niat untuk berdakwah secara nyata. Sebagaimana saya pernah menulis di sini.
Kerana saya penuh sedar. Kerana cintakan syurga, kerana mahukan saudara-saudara saya bersama di syurga. Saya memasang niat untuk tebarkan kasih sayang, sebarkan ilmu Allah, sampaikan kebaikan, cegah kemungkaran. Makbulkan doa hambaMu ini ya Allah.
Berpesan-pesan pada kebenaran (وتواصوا بالحق ), kalimah berpesan-pesan itu ( التواصي ) menunjukkan perkara yang dibuat di antara dua belah pihak iaitu setiap individu itu mestilah berpesan-pesan atau mengajak orang lain ke arah kebenaran dan ia menerima segala pesanan itu. Ini menunjukkan sesungguhnya Al Quran tidak menggambarkan keadaan mukmin itu melainkan dengan bermasyarakat yang saling mengambil dan memberi, bukannya sekadar sebagai rahib yang hanya duduk menyendiri di tempat sunyi serta terpisah dari masyarakat. Seharusnya kita menyeru masyarakat apa yang diketahui daripada kebenaran dan petunjuk sekiranya kita tidak mahu dikatogarikan sebagai mereka-mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan oleh Allah Taala yang terdiri dari petunjuk dan keterangan- keterangan sebagaimana firman Allah dalam surah A-li Imran :
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ ...
Ertinya : Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya".
Syed Qutb pernah berkata : “Sesungguhnya kerja-kerja dakwah dijalankan semata-mata untuk menuju kepangkuan Ilahi, bukan untuk kepentingan diri dan puak. Jadi seseorang individu itu tidak lain tidak bukan, hanyalah menunaikan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah Taala. Bukanlah semata-mata ingin mencari populariti diri, bukan sekadar ingin memburu kemenangan melalui dakwah yang disampaikan; dan bukan semata-mata untuk kepentingan tertentu dari orang yang menjadi sasaran dakwahnya. Kita hanya dituntut supaya melaksanakan tugas dakwah dan menyerahkan balasan dan ganjaran amal kepada Allah sahaja”.
Menyeru kearah kebenaran ini merupakan perkara yang agak penting, lebih-lebih lagi ketika mana kita sekarang ini berada di kelompok masyarakat yang agak membimbangkan, di saat manusia hilang harga dirinya, maksiat berleluasa, hukum Allah menjadi bahan permainan. Kehilangan usaha dakwah ini membuka peluang kepada musuh-musuh Allah dan juga musuh-musuh kebaikan yang terdiri dari syaitan dan jin untuk menyebarkan kebatilan dan kefasadan mereka.
Tidak sempurna seseorang muslim itu hanya sekadar baik peribadinya sahaja, sempurna keimanannya, betul ibadahnya tetapi ia meletakkan kebenaran itu di tempat yang agak bawah, membiarkan kebatilan berleluasa, kebenaran terpinggir, kemungkaran teserlah sedangkan ia duduk diam tidak cuba untuk bergerak, tidak cuba untuk bersuara, tidak cuba untuk berjihad. Ingatlah ! sesungguhnya muslim itu semestinya hidup sebagai ‘tentera kebenaran’, beriman dengannya, menyukainya, menolongnya dan mengajak ke arahnya. Ia merupakan asas fardiah ‘amal makruf dan nahi mungkar’.

Alhamdulillah. Allah buka pintu hati saya ini. Setelah menjarakkan diri beberapa ketika, merenung dan muhasabah diri sendiri, akhirnya saya sedar beberapa kelemahan diri. Betullah, saya belum layak jadi daei, tapi, itu bukan bermakna saya perlu mengalah dan berhenti sampai di situ. Saya perlu perbaiki diri. Saya akan usaha lagi, melompat lagi. Tapi, melompat lebih tinggi dan melakukan pembaikkan dalam usaha saya. InsyaAllah.
Antara kesilapan yang telah saya lakukan adalah pertama, 'terlupa' bahawa dakwah alam nyata dengan dakwah alam maya adalah jauh berbeza. Dakwah seorang blogger tidak sama dengan dakwah di alam nyata! Jika di ruangan maya, di forum, laman web atau blog, saya boleh berdebat, bergaduh, berperang, berhujah demi menegakkan pendirian saya, tapi di ruang nyata, sepatutnya saya lebih berlembut dan mengalah. Mendulukan ucapan dan akhlak yang baik berbanding tulisan bisu yang tiada intonasi.
Mungkin kerana saya telah biasa berforum, pernah di cop moderator yang paling garang, saya jadi terbawa-bawa penampilan itu ke alam nyata. Di forum, kami selalu 'bergaduh' - kerana masing-masing punya pendapat yang tersendiri, berbeza-beza. Ideologi dan fahaman yang berbeza-beza. Jemaah dan parti politik yang pelbagai. Saya menjadi imun dengan ribuan user dengan ribuan gelagat. Tapi di forum juga, kami selalu diingatkan agar selalu berlapang dada, menjaga adab ketika berbeza pendapat dan mencari titik persamaan dalam ribuan perbezaan. Alhamdulillah. Walau beria bergaduh di forum, tapi di luar forum, kami baik-baik saja. Itu forum! Di alam nyata, saya tidak boleh samakan.

Kedua. Secara tidak sedar, saya telah membuat 'assumption' bahawa orang lain juga harusnya seperti saya. Berfikiran positif seperti saya. Ini salah! Jika saya berlapang dada, saya tidak boleh menganggap orang lain juga berlapang dada dengan saya. Jika saya berkongsi dengan niat untuk mengajak ke arah kebaikan, saya tidak boleh menganggap orang lain mempunyai pemikiran yang sama dengan saya. Mungkin penilaian mereka tidak serupa - terbit salah faham dan sebagainya. Tapi, saya terlupa bahawa ini adalah lumrah kehidupan. Secara halusnya, saya terlupa. Astagifirullahalazim. Moga Allah membantu saya untuk membuang persepsi ini dan sentiasa beringat-ingat agar tidak mengulanginya lagi.
Ketiga. Kalau Nabi yang sifatnya 'tabligh' pun Allah berkali-kali mengingatkan bahawa tugasnya cuma menyampaikan - selebihnya terserah kepada Allah swt. Maka, silap yang paling besar pernah saya lakukan adalah apabila 'memaksa' orang menerima apa yang saya cuba sampaikan. Benar, saya boleh berterusan membawa kebaikan, tapi, bukan hak saya untuk menyuruh orang lain terima apa yang saya sarankan. Bukankah hidayah itu milik Allah, hanya Dia yang berhak memberinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Siapalah saya ini untuk mendesak dan memaksa? Tulang yang bengkok, kalau dipaksa lurus, akan patah. Ah, beranalogi lagi..
Keempat. Kurangnya islah nafsi dalam diri. Benar, sebagai blogger - saya juga pendakwah. Niatkan segala yang ditulis, masa yang 'dibuang' untuk menulis kerana Allah taala. Tapi, di alam nyata, saya memerlukan 'Islah Nafsak' lebih banyak, kerana sebagai seorang 'duta' - sedar atau tidak, saya sedang diperhatikan dalam segenap aspek. Sebarang kelemahan/kekurangan (biarpun kecil) - memberi kesan dan impak yang sangat besar. Ini bukan tugas yang mudah. Haruslah saya perbaiki diri sendiri - mencontohi Nabi junjungan sebanyak-banyaknya. Kalimah ini.
"Islah Nafsak wad'u Ghairak." atau "Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."
Akan saya jadikan kata-kata ini pedoman dalam usaha melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri saya, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain. Pada masa yang sama, selalu mengingatkan diri agar tidak bersikap "Islah nafsak, thumma ud'u ghairak". atau "Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
InsyaAllah. Niat yang baik, Allah akan bantu.
Suci Sekeping Hati
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
3 comments:
Semoga dapat menyumbang sesuatu dalam ketamandunan bangsa dan selamat berdakwah... penulisan juga dakwah andai niatnya benar dan tulisannya relevan insyaAllah..singgah blog saya.. http://ainblogger.blogspot.com/2012/03/ustaz-instant.html
smg kite istiqomah kak.. menjadikan penulisan sebagai medan dakwah.. tp lady x pandai mane..
salam wbt puteri cahaya, terima kasih atas ziarah dan perkongsian link.. jzkk
salam wbt cik lady.. ami ya rabb.. akak pun tak pandai mana, tapi memandangkan antara menulis dgn bercakap, kelebihan akan pada menulis, akak harus manfaatkan peluang yg ada ini sebaik mungkin, kita sama2 jom..
Post a Comment