Sengsara Membawa Nikmat
Posted by semut2comel on December 3, 2008
.::: Special Tribute Kpd Sahabat2 Yg Sedang Berduka :::.
Manusia sering tidak adil. Dia lebih sering khawatir dengan keadaan yang serba pahit, sedih & kecewa. Tetapi dia tidak pernah sedih dengan kesenangan, populariti & kejayaan yang diraihnya. Apalagi jika manusia yang tidak pernah bahagia ketika mendapat kesedihan.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.(Al-Anbiya:35)
Manusia yang cerdik & bijak adalah manusia yang mampu menafsirkan keadaan sulit & pahit, menjadi suatu proses kematangan menuju kebahagiaan. Tidak ada manusia yang sukses(berjaya) tanpa halangan. Sebaliknya, manusia kerdil & jumud adalah manusia yang gelisah dengan adanya tentangan, kepahitan & kegagalan. Allah Azza wa Jalla berfirman lagi:
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(Al-Baqarah:155)
Ingatlah, ada 2 kelompok manusia dalam hal menghadapi kegagalan:
1. Manusia yang selalu tersenyum dalam keadaan apa pun, termasuk ketika dihinggapi kegagalan. Kerana menangis, meratap, apalagi melepaskannnya dengan cara merusak tidak akan menciptakan keberhasilan, kecuali justeru hanya akan melipatgandakan kesedihan yang sudah terjadi.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.(Al-Fushilat:30)
2. Manusia yang dalam menghadapi kegagalan akan sangat reaktif, emosional, seakan-akan dunia sudah kiamat saat itu juga. Dia merasa jika kegagalan tidak segera dipamerkan dengan kekesalan, amukan atau makian, maka selamanya dia akan merasa menyesal seperti tiada harapan lagi di esok hari.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?(Al-Munafiqun:4)
Berbahagialah ketika selama hidupnya manusia selalu dihadapkan dengan halangan. Kerana, janji Tuhan, Dia tidak akan memberikan kesulitan di luar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kesulitan hidup, pahitnya hidup justeru menjadi sarana menuju martabat yang lebih tinggi. Hanya dengan “mendaki” lebih tinggi dan lebih tinggi lagilah, manusia akan mampumemahami hakikat kehidupan dengan luas dan terang.
Allah Azza wa Jalla berfirman lagi:
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(Asy-Syams:8-10)
Optimislah !!!!
Banyaknya Dugaan: Kita Bertanya-Al-Quran Menjawab
Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep “ujian” di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah….dan bacalah Al Quran…
sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya……segala jawapan ada di dalamnya….
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima.- Surah
Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka…..-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
……dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12
Posted in Tazkirah Harian | Edit | No Comments »
Berapakah Harga Sebuah Pengorbanan?
Posted by semut2comel on December 1, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
InsyaAllah, lagi beberapa hari kita ummat Islam akan merayakan satu lagi perayaan dalam kalendar Islam iaitu perayaan hari raya haji. hari raya haji juga dikenali sebagai hari raya korban atau hari raya eid adha.
Lembu yang mungkin akan di korbankan..
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Ia dinamakan hari raya korban sebagai mengenang peristiwa betapa kepatuhan Nabi Ismail dan ayahandanya Nabi Ibrahim kepada perintah Allah. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Ismail.
Ayah mana yang sanggup berkorban? Anak mana yang sanggup berkorban? sanggup di sembelih oleh ayahandanya? Tapi demi yakin dan patuh kpd perintah Allah, kedua2 mereka sanggup berkorban.
Lihatlah betapa besarnya pengorbanan mereka berdua? Nabi pilihan Allah.. Jika kita, sanggupkah kita berkorban utk ibubapa kita? sanggupkah kita bersusah payah demi ibu bapa kita apatah lagi di sembelih oleh bapa kita? Iman kita yang tidak kuat, pasti menentang suruhan itu. Namun Ismail menurut sahaja perintah ayahandanya dan yakin ia juga adalah perintah dr Allah..Subhanallah..
Namun, Allah sekadar ingin menguji kepatuhan kedua nabi pilihanNya itu. Setelah tiba saat Ismail di sembelih, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor binatang korban yg lain iaitu kalu tak silap aku, kibas.
Sejauh Mana Penghayatan Hari Raya Korban.
Apa yang sanggup anda korbankan? kita sering mendengar, untuk mencapai sesuatu kejayaan, pasti ada sesuatu yang perlu dikorbankan, this what we called “Price To Pay”.
Berapa banyak harga sebuah pengorbanan yang mampu anda bayar? berapa tinggi nilai sesuatu pengorbanan demi mengecap sesuatu yang di namakan kejayaan? Mampukah anda?
Ramai yang sanggup berkorban tapi demi sesuatu yang tiada manfaat. Korbankan maruah diri demi cintkan sang kekasih. Akhirnya diri sendiri yang rugi. Ramai yang sanggup berkorban tapi sejauh manakah membuahkan hasil? berbaloikah sebuah pengorbanan jika keputusannya nanti hanya mengecewakan? Sanggupkah berkorban tanpa mengetahui apa risiko yang bakal anda lalui? Mungkin hidup dan mungkin mati?
Berkorban demi jalan Allah, sejauh mana aku mampu melakukannya? Sejauh manakah aku tegar melakukannya? Kuatkah kaki aku? Kukuhkah langkah ku?
Betapa ummat terdahulu sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam. Khadijah sanggup berkorban menggunakan hartanya demi perjuangan Islam. Kaum muhajirin dan ansar yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam yang tercinta.
Para sahabat yang sanggup berjuang mengangkat pedang berjuang mati-matian demi nama Islam. Pengorbanan junjungan mulia Nabi Muhammat SAW kepada kita ummatnya…hingga di saat kemangkatan baginda masih menyebut “ummati..ummati..ummati..”. sungguh, jika di bandingkan aku dengan pengorbanan mereka, aku langsung tiada apa2 sumbangan. sekecil zarah pun tidak.
Bagaimana Ingin Berkorban?
Baru2 ini kita dikejutkan dengan berita pengeboman di Mumbai, kononnya militan Islam yang terlibat. Wallahua’alam. Jika benar Muslim yang terlibat, adakah benar tindakan mereka? Adakah wajar pengorbanan mereka? Adakah betul cara mereka?
Matlamat tidak menghalalkan cara.. Mungkin mereka hidup dalam penderitaan akibat di aniaya oleh pihak kafir. mungkin keluarga dan rumah mereka sudah binasa lantas mencetuskan api kemarahan dan bara dendam. berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! tapi akhirnya tindakan mereka membunuh orang awam adalah bukan suatu tindakan yang terpuji. Berkorban..tapi tidak kena caranya. berbaloikah? Akhirnya nama Islam terpalit lumpur..”Islam agama pengganas!” mereka yang suka mengambil kesempatan lantas menunding jari dan mengadili sesuka hati mereka.
Bagaimana Ingin Berkorban?
Adakah cukup dan memadai dengan hanya bersimpati dan menghantar doa kepada saudara seagama kita di Palestin, Afghanistan, Thailand dan seluruh dunia yang sedang menderita dan di tindas?
“Ah..usah lihat jauh, Islam di Malaysia sendri pun tidak utuh. Muslim bertelagah. Muslim meminum arak. Muslim berzina. Muslim mendedahkan aurat. Muslim tidak segan silu berbuat maksiat. dan malu2 melakukan ibadat..Amar makruf nahi munkar, sejauh mana perlaksanaanya?muslim..hanya pada nama…dan aku bagaimana pula?”
Sejauh Mana Aku Sanggup Berkorban?
Ada getar dalam hati ini.
Ada suara membisikkan sesuatu.
Sesuatu yang sukar untuk aku tafsirkan.
Atau akukah yang sengaja tulikan telinga ini?
Ada suara membisikkan sesuatu.
Ada masanya lantang namun kadangnya menikus.
Haruskah aku menurut kata hati.
Menuntun jasad bersatu dengan jiwa.
Sesuatu yang sukar untuk aku tafsirkan.
Lantaran iman yang lemah.
Kudrat yang tidak seberapa.
Atau aku yang mencari alasan?
Atau akukah yang sengaja tulikan telinga.
Atau butakan mata, menidakkan kata hati?
Harus bagaimanakah langkahku di atur?
Perlu bagaimanakah arahku di hala?
Tuhan, dan kepadaMu aku kembali.
KepadaMu, aku berserah memohon kekuatan.
DariMu aku memohon petunjuk…
Jika ia baik untukku, maka Kau bantulah aku..
Permudahkanlah segala urusanku.
Amin.
Posted in Tazkirah Harian | Edit | 3 Comments »
Re-edit: Cinta Sang Bunga Matahari
Posted by semut2comel on November 27, 2008
Andai aku satu dalam sejuta.
Adakah mungkin kau lihat.
Adakah mungkin kau kenal.
Adakah mungkin kau tahu.
Andai aku satu dalam sejuta.
Walau kelopak ku gugur ke bumi.
Walau daunku binasa di gigit ulat.
Atau pohonku patah terkulai.
Akan adakah yang peduli?
Akan adakah yang simpati?
Akan adakah yang mengerti?
Biarpun aku satu dalam jutaan.
Biar hujan atau panas.
Akan setia aku berdiri di sini.
Meniti hari,
Menunggu datangnya esok.
Jika aku satu dalam sejuta.
Sekuntum bunga matahari,
Dalam jutaan bunga yang lain.
Biar tiada siapa sudi memandang..
Aku akan tetap berdiri..
Aku tetap terus kembang.
Berdiri tegak, perjuangkan nasib.
Biarpun datang angin dan taufan..
Atau hujan cuba membinasa.
Aku masih berdiri..
Mendambakan cintaku kepada sang matahari.
Bila suria pagi muncul menyapa..
Aku tersenyum riang..
Penuh rasa kecintaan..
Mendambakan rasa rindu..
Usai semalaman tanpa cintaku sang matahari.
Dan bila malam tiba..
Bulan pula bertandang menemaniku..
Cintaku kpd sang bulan..
Tidak sedalam cintaku kpd sang matahari..
Tapi aku terus jua memuja bulan..
Kerana aku tahu, matahari yang aku cintai..
Mengirimkan cintanya melalui sang bulan..
Kekasihku sang matahari..
Menyampaikan rasa cintanya melalui sang bulan..
Aku cuma tertunduk malu bila sang bulan berbicara..
Ketenangan dan kedamaian yang bulan ciptakan sungguh aku kagumi..
Benar2 indah dan mengasyikkan..
Subhanallah…indahnya aturan alam..
Agungnya kuasa Tuhan..
Semua yang tercipta, tiada yang sia-sia.
p/s: bunga matahari memerlukan matahari utk berfotosintesis…melalui fotosintesis, carbon dioksida di tukar menjadi oksigen dgn hadirnya cahaya matahari…bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendri, sekadar memantulkan cahay dr matahari..sape nk tau lebih lanjut…silalah tanya pakcik google yer..wassalam.
Posted in Karya Kreatif, Tokoh dan Sejarah | Edit | No Comments »
Cinta Itu Tak Bermusim…
Posted by semut2comel on November 26, 2008
Bulan Rabiul Awal bulan indah penuh nostalgia bagi semua umat Islam. Tapi hanya bagi mereka yang merasai manisnya iman yang sebenar.
Perarakkan, selawat, ceramah, bacaan rawi dan makan-makan antara keraian umat ini dalam memperingati seorang kekasih yang sekian lama meningggalkan kita.
Anda punyai seorang kekasih, apakah yang pasti dilakukan agar cinta yang tersemi makin segar dan mekar indah? Saya percaya pasangan couple lebih memahami approach terbaik agar tasbih cinta makin rancak zikirnya.
Hal yang sama perlu kita fikirkan bila mengaku Rasulullah saw sebagai kekasih hati.
Cinta yang segar, cinta tanpa musim.
Seorang suami yang menyayangi isterinya secara bermusim, setahun sekali. Mampukah cinta sebegini dinobatkan sebagai cinta sejati?
Setahun sekali melafazkan ayat-ayat cinta.
Setahun sekali menurut segala kehendak si isteri.
Setahun sekali keluar melancong.
Semuanya digambarkan sehari dalam setahun.
Bagitu juga halnya dengan cinta kepada Rasulullah saw
Setahun sekali selawat dialunkan
Setahun sekali sunnah diamalkan
Setahun sekali …….
Adakah ini cinta sebenar?
Saya yakin sekiranya rumahtangga yang terbina dengan keindahan setahun sekali, ianya mungkin indah dipandang dari luar namun ibarat rumah yang dimamah anai-anai. Menanti sebuah keruntuhan.
Tuntasnya, cinta bermusim kepada Rasulullah saw seolah-olah cinta tanpa isi.
Tidak salah Rabiul Awal dijadikan medan penyebab mekarnya sayang Rasul, namun jadikan ianya anjakan untuk cinta itu terus menerus subur dalam dakapan jiwa nurani.
Berbalaskah sebuah cinta?
Mana mungkin sebuah perasaan kasih hanya daripada sebelah pihak. Mungkin sebab itu istilah Bahasa Melayunya ‘kasih sayang’ lebih menjelaskan maksud yang dalam pengertiannya.
Cinta juga kasih dan sayang adalah kesan akibat daripada dua perasaan yang berhubungan. Mudah sekali melafaz kata-kata cinta, tapi untuk mendapat balasannya sesuatu yang masih belum kepastiannya.
Mana ada yang mengaku tak sayang kepada Rasulullah saw. Tapi yang banyaknya tidak lebih daripada sebuah lafaz. Mungkinkah cinta kita dengan Rasul saw masih bertepuk disebelah tangan?
Cinta sejati pastinya bersyarat. Ada bezanya antara cinta suami dan isteri, anak dan ibubapa bila dibandingkan dengan cinta kepada Rasulullah saw. Syaratnya lebih mudah namun pelaksanaanya memohon korban. Korban nafsu dan semangat mujahadah.
Syarat sebuah cinta
Tiga golongon yang mampu mengecapi kemanisan iman :
1-Allah dan Rasul lebih sayangi daripada segala-galanya
2-Tidak dia mengasihi seseorang kecuali semata-mata kerana Allah
3-Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya untuk dicampakkan ke jurang neraka.
(Mafhum Hadis)
Syaratnya cukup mudah. Sayang mesti lebih daripada yang lain. Sayang Allah dan Rasul lebih daripada sayang ibubapa, isteri, suami, anak-anak, harta, pangkat dan segala-galanya.
Sayang bukan sekadar lafaz, namun buktinya pada gerak laku seharian. Hidupkan sunnah nabi saw daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar.
Bukan hanya bersugi dan solat berjemaah, atau beeselawat maupun beramar maaruf. Sunnah nahi mungkar, berekonomi, berpolitik, bernegara, bermuamalat, hubungan antarabangsa, berkeluarga, berjiran, berjihad, ……
Tanda kasih sayang kepada Rasullullah saw juga ialah mengekang nafsu dalam perkara haram dan makruh. Juga wara’ walaupun pada perkara yang halal.
Cinta tanpa rukun dan syarat pastinya cinta yang kudung.
Tidak pelik untuk mencintai, namun hebat bila dicintai.
Salam kasih dan sayang.
www.iLuvislam.com
oleh: Abi Ummi Ammu *
Posted in Dari Kacamata Mereka | Edit | No Comments »
Antara Sabar Dan Mengeluh..
Posted by semut2comel on November 26, 2008
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?”
Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”
Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu,” Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.
Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?”
Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”
Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Qala Allah: “Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah…..(ilakh) ”
www.iluvislam.com
oleh: wansya63
Posted in Dari Kacamata Mereka | Edit | No Comments »
Benarkah Razak Baginda Lebih Tahu?
Posted by semut2comel on November 20, 2008
Warning: Ini cuma pendapat seorang aku semata2. Pendapat manusia yg lemah dan tak tahu apa2. Sesungguhnya, hanya Dia jualah, Yang Maha Mengetahui.
Kata Razak:
“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.
“Jelasnya, sejak dibebaskan baru-baru ini, beliau tidak pernah bertemu, bercakap atau berhubung sama ada dalam bentuk perbualan, penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun e-mel dengan Najib.”
“Ditanya sama ada Altantuya mempunyai kaitan dengan satu rundingan pembelian kapal selam, beliau berkata: “Tiada kaitan langsung. Semua orang malas dan tidak menyemak fakta.
“Biar saya beritahu jangka masa ia berlaku. Perjanjian ditandatangani pada Jun 2002 tetapi saya hanya kenal si mati pada November 2004. Justeru, saya langsung tidak nampak kaitannya, namun begitu hubungan kami tetap dan terus diperkatakan.”
“Ditanya di mana beliau mengenali Altantuya, Abdul Razak berkata: “Ini melibatkan soal kematian, di mana saya jumpa dia itu tidak membawa apa-apa makna. Apa yang saya hendak beritahu ialah Najib tidak pernah jumpa wanita itu. Oleh itu, apa diperkatakan selain daripada itu adalah bohong semata-mata.”
Persoalannya:
Kalangan aktivis rakyat melahirkan rasa pelik dengan kenyataan bekas tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Abdul Razak Baginda yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor memang tidak terbabit dengan kes tersebut.
Kata Badarul Hisham Shaharin:
“Macama mana Razak yakin Rosmah dan Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya, maknanya dia (Razak) tengok atau tahu bila Altantuya dibunuh.”
Apa Kata Aku?
Entah mlm tadi mimpi apa aku tertengok buletin utama tv3..lama gak tak tgk sebenarnya…actually bosan dgn paparan berita kt tv perdana dewasa ini…
Sekali bukak tv, tadaaaa…aku nampak muka beliau..Razak Baginda dgn sidang akhbar selama 45 minit…sebelum ni di gambarkan, beliau ada cadangan nk buat sidang akhbar tp kensel..ada suara2 sumbang mengatakan:
“beliau tgh negotiate harga dan bayaran la tuh..tak dpt apa yg die nak, so hold dulu…”
..aku kata..
“hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui..”..
tp dlm hati memuji,
“perghhh..power siot mamat ni bersembang..berabuk speaking seyh..lol”
dan mengikut kenyataan beliau lagi, dlm masa terdekat beliau nk sambung pengajian ke U.K if i am not mistaken, nak mengaji pasal Kitab dan sirah Nabi Muhammad saw..klu betul niatnya ikhlas…aku sokong saja..dlm hati memuji dan berharap..
“mungkin ada hikmah di sebalik kejadian”
Honestly, masa Razak di bebaskan, aku bersetuju sangat dia di bebaskan..walaupun aku tak nampak dan tak tahu sape yg bunuh Altantuya Sharibu..tp aku leh merasakan..(lol..mcm ade sixth sense jer..) beliau tidak bersalah.full stop. dan aku benar2 berharap, pembunuh sebenar dpt di serahkan ke muka pengadilan. walaupun jelas kelihatan, ianya mustahil..haih..inilah hakikat dan kenyataan yg terpaksa di telan sekiranya anda bernaung di bawah pemerintahan yg di warisi sejak kemerdekaan..
Razak dah bebas, so klu ikut logik, akan ada ‘makhluk’ lain yg gantikan tempatnya..siapakah makhluk itu? mungkin 2 ekor manusia yg sentiasa bertopeng itu? yang dengar2 gossip bersembang,
“mereka bukan manusia yg sebenar..which is entah pesalah kes berat yg lain, gantikan tempat mereka,sbb tu pakai topeng kalah Mask Man..”
aku pun berkira2..mahkamah mesia mmg camtu ke?? i meant xde undang2..takde etika pemakaian?..etika adab?..so nak pakai topeng Cicak Man atau Topeng Ultraman lenkali pun boleh??
“what the F..are u sherious???”
Entahlaa..mesia mmg terkenal dgn slogannya..”Malaysia Boleh~!!” so maksudnya tiada yg mustahil…*kecewa*
Kalau Aku Di Tempat Razak Baginda.
Warning: ini cuma pendapat aku yg berpendapat beliau tidak bersalah.
Kalau lah aku nie dia…first of all, aku akan bersyukur kerana di bebaskan. dan lumrah, selama di penjara, byk jugak yg dia rugi/hilang nikmat sementara, tak silap aku die sepatutnya study kt oxford sebelum di tahan..so mmg dia byk rugi..dan kalau ada ‘orang’ yg nak bayar..’gantirugi’ selama dia di kambing hitamkan, aku rasa dia mmg boleh terima ‘ganjaran itu’.
Cuma..utk buat conference..aku rasa dia tak sepatutnya melakukannya..haih..seolah2 melepaskan anjing tersepit rasanya tak wajar la kot..apa motif beliau, aku kata, wallahua’alam..mungkin juga kerana di bayar, mungkin juga kerana di desak dan mungkin juga kerana terdesak. Allah jualah yg Tahu. tapi yang pasti..dia mmg tidak mampu berbuat apa2 pun..itu aku yakin. cuma ibarat mentimun dan durian, di golek dia luka, menggolek pun dia gak yg luka..so apa lagi? alang2 ‘org’ bg jalan..baiklah dia terima..kan?demi kebaikan dia dan familynya, DI DUNIA INI..
Sudah banyak kesusahan yg telah beliau dan keluarga lalui sejak penangkapan beliau dan aku rasa dia berhak menikmati hidup baru yg lebih baik..berhijrah ke luar negara utk sementara waktu adalah suatu tindakan yg agak bijak..So aku doakan dia dpt memulakan hidup baru yg lebih baik, dan tidak lagi bersubahat dengan penjenayah..semoga terbuka pintu hatinya untuk mendedahkan kebenaran yg sekaligus membantu penyiasatan..KALAU MAMPU..
Okies..itu dulu komentar aku? Anybody? Siapa lg nk bg komen? Silakan~!!
Posted in Politik dan Isu Semasa | Edit | No Comments »
Cinta: Sebelum Atau Selepas Nikah
Posted by semut2comel on November 17, 2008
Topik yang paling mudah mendapat perhatian di ruangan forum iLuvislam.com adalah antaranya topik yang berkaitan dengan cinta dan munakahat/perkahwinan.
Aku teringat dengan satu thread yang aku pernah edit tajuknya..:
Cinta Sebelum Nikah Vs Cinta Selepas Nikah: Mana Lagi Best?
Kenapa Mahu Bernikah?
Diskusi aku bersama seorang sahabat petang ini menarik minat aku untuk mengkaji lebih dalam. Walaupun topik sebegini sebenarnya sentiasa mendapat tempat di kalangan user2 forum tempat aku berkongsi idea, pasal cinta/ crush/ nikah/kahwin/lelaki idaman/ wanita idaman etc.. jika thread yg berkenaan topic ini di buka, laju saja user lain mereply memberi pendapat..betul2 mendapat sambutan hangat namun aku jarang sekali jenguk thread ini utk melihat komen para sahabat, apatah lagi untuk turut serta memberi idea. Aku anti agaknya..lol. Bukan musim aku untuk bercakap pasal cinta. Agaknya.
Berbalik kepada perdebatan aku siang tadi..
“Macam best jer bernikah” sahabat.
“Haah kot..kawan2 ramai yg dah kawen” aku menyampuk.
“Kalau ko..kenapa ko nak bernikah?” aku bertanya pulak.
“Entah..” dia menjawab..
Haih..aku mmg selalunya susah nak terima jawapan yg sebegini, entah, tak tau..etc..sbb aku ni seorang yg suka mengikut logic, setiap persoalan, mesti ada jawapannya. Aku percaya. Lalu aku terus memancing.
“Antara-antara sebab berikut, mana yang ko pilih?” aku terus lagi bertanya.
1-cinta/kekasih
2-sunyi/ bosan duk sesorang
3-nafsu
4-mengikut sunnah nabi-utk menghalalkan yang haram.
6-mahukan zuriat penyambung generasi.
7-mak ayah yang paksa
8-etc..
Itulah lebih kurang soalan aku.. yang tak puas hati, dia masih lagi menjawab..
”entahlah”
Adoyai…geram betul aku..hurmm..x puas hati ngan jawpan yg mcm tu.
“kalau aku, aku mungkin akan bernikah kerana semua sebab tersebut, kecuali satu..CINTA.” aku menyambung setelah tiada jawapan dari dia. Sebaliknya sesudah aku memberi jawapan dia pulak menjawab..
” So kita tak mungkin akan bernikah sbb aku pilih cinta”..kata dia..So, Ok..i finally got the answer, at last~!!CINTA.LOVE.
Cinta Sebelum Nikah Vs Cinta Selepas Nikah.
Memandangkan aku kaku dan kekok bila bercakap soal hati dan perasaan, maka apa yang aku boleh lakukan, sekadar mengumpul beberapa pendapat mengenai cinta sebelum dan selepas nikah yang aku setuju ada kebenarannya.
First of all, sebelum aku berleter panjang, aku ingin bincangkan, apa itu cinta dan kenapa kita cintakan seseorang?
Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” – Riwayat al-Bukhari.
Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu’bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai).
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah.” – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.
Al-Sindi r.h berkata:
“Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. ” (Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah).
Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu menyintai sesuatu atau seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak. Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.
Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a:
“Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” – Riwayat al-Bukhari.
Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza’i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.
Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).
Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah:
Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).
Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan ‘Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.
Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.
Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.
Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak Negara Islam diambil dari budaya barat, ia mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan.
Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.
Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.
Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.
Author: Ustazah Sakinah, alaf21.com.my
Komentar Aku
Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya.
Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak2 yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.
Tapi..sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab2 itu semata-mata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah.
Bagaimana kalau dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut?
Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping dan menggoda, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.
Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier kita yang membanggakan atau macam2 lagi sebab.
Tapi, bagaimana kalau tiba2 Tuhan takdirkan kita bisu..adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita?
Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita?
Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita?
Bagaimana kalau tiba2 muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu..atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita di takdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?
Mungkin juga tidak…kerana cinta kpd sesuatu yg ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh di rampas olehNya yg berhak bila2 masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Dan cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh di tarik bila-bila masa sahaja.
Maka. InsyaAllah, aku tidak akan sekali2 menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan di cintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”
Aminn..
Posted in Dari Kacamata Mereka | Edit | 4 Comments »
[Cerpen] Kasihku Untukmu
Posted by semut2comel on November 16, 2008
Jam menunjukkan pukul 6.05 minit pagi. Balqis bangkit dari tidur, membuka matanya dengan lemah sekali. Dia mengucapkan syukur kerana masih di panjangkan umur lalu terus bergegas ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri.
Selesai semuanya, Balqis membentang sejadah lalu memakaikan telekung membalut tubuhnya. Dia menunaikan kewajipan pertamanya pada hari itu dengan penuh kekusyukan. Di akhir solat itu, dia menadah tangan, memohon keampunan daripadaNya, memohon kekuatan dariNya dan mengadu segala keresahan dan derita yang ditanggungnya..hanya kepada Dia Balqis mengadu..Panjang sekali doanya..begitu banyak aduan dan harapan di tagih dariNya..benar-benar dia memohon di anugerahkan kekuatan dariNya utk meneruskan kehidupannya di hari-hari yang mendatang.
Suara tangisan Athirah mengejutkan lamunan Balqis. Airmata yang mengalir di pipi di seka pantas. Dengan tergesa-gesa dia menamatkan doanya dan menutup doanya dengan membaca selawat ke atas Nabi. Jari jemarinya bergerak pantas menanggalkan telekung berwarna putih yang membalut tubuhnya, sesudah melipat telekung sejadah pula dilipat rapi lalu di gantung kembali ke tempat asalnya. Dengan langkah yang penuh berhati-hati Balqis menuju ke arah Athirah.
Athirah masih lagi menangis di tempat tidurnya. Dia bergolek ke kanan dan ke kiri. Menyedari tiada siapa di sisinya membuatkan dia menyaringkan lagi tangisannya, dengan harapan uminya akan segera mendapatkannya. Tidak berapa lama kemudian, uminya sudah ada di sisinya lalu segera mengangkatnya ke pelukan.
Athirah masih lagi teresak-esak.. namun suara merdu yang lahir di bibir wanita itu mendayu-dayu memujuknya supaya jangan menangis. Suara yang penuh kasih sayang. Suara yang penuh rasa cinta.
Athirah memandang wajah wanita yang memeluknya itu. Wajah itu terlalu menyenangkan. Wajah itu pernah mengukir senyum memujuk Athirah supaya jangan menangis namun Athirah dapat melihat, dari celahan kelopak mata uminya itu, ada airmata yang mengalir deras. Sesungguhnya Athirah tidak mengerti.
Kenapa ummi tersenyum dalam tangisan? Adakah orang dewasa selalu begini? “Aneh..“bisik hati kecil Athirah lalu dia berhenti menangis lalu cuba tersenyum kepada umminya itu. dia tidak mahu umminya turut sama menangis sepertinya. Hatinya resah melihat airmata di pipi ummi. Dia tidak mahu.
Beberapa hari yang lalu, ada dua wajah yang selalu menatap dan memeluknya. Athirah tidak tahu siapa mereka namun Athirah sangat berasa selesa bersama mereka. Yang wanita bersuara merdu dan yang lelaki bersuara garau namun kedua-duanya sangat menyayangi Athirah.
Athirah nampak, kedua-dua wajah itu sentiasa tersenyum dan ketawa melihat keletahnya. Athirah juga nampak, kedua-duanya itu juga saling menyintai antara satu sama lain. Athirah juga nampak, umminya bahagia bersama lelaki itu. Tapi kini, wajah lelaki itu sudah tidak lagi menyapa Athirah. Susuk tubuh lelaki itu sudah tidak lagi memeluknya menghangatkan tubuhnya. Suara lelaki itu tidak lagi mendodoikan tidurnya. Di mana dia? Athirah tertanya-tanya.
“Di mana dia??” Jerit Athirah bertambah kuat namun cuma bergema di dalam hatinya. Sejak lelaki itu tiada, ummi sudah berubah. Wajah ummi tidak semanis dulu. Wajah ummi sarat dengan pelbagai emosi yang susah untuk Athirah tafsirkan. Ummi tidak lagi ketawa riang seperti dulu. Seolah-olah separuh dari hidupnya sudah di rampas..“Kejamnya..siapa yang rampas ayahku?” tangis Athirah bersatu setelah melihat umminya menangis memeluknya untuk kesekian kalinya.
Athirah dapat merasakan derita yang sarat di tanggung umminya. Hati Athirah juga sakit namun Athirah tidak mampu berbuat apa-apa. Ubtuk memujuk ummi juga Athirah tidak mampu..Saat ini, dia hanya mampu menangis dan tersenyum sahaja..merangkak pun Athirah tidak tahu..Bagaimana pula dia hendak memujuk ummi? Athirah benar2 resah lalu memeluk umminya erat-erat..dalam hati memohon..“Tuhan, Kau tabahkanlah hati ummi ku..dalam doanya tadi aku terdengar dia merayu drpMu, dalam doanya tadi aku terdengar dia memohon daripadaMu, dalam doanya tadi aku terdengar dia memohon supaya Kau tempatkan roh suaminya dalam golongan yang Kau kasihi..dan sampai di situ saja aku mampu mendengar kerana selepas itu, kata-kata ummi tidak lagi jelas, yang kedengaran cuma tangisan dan esakkan. Aku tidak mengerti di mana suami ummiku namun aku memohon, agar Kau tunaikanlah doa-doa ummiku, Tuhan..”
____________________________________________________________________
Masa berlalu pantas. Sekarang Athirah sudah dewasa. Athirah sudah tahu soal hidup dan Athirah juga tahu apa itu mati. Athirah juga sudah mengerti siapa dia di dunia ini dan kenapa dia ada di dunia ini. Athirah juga tahu siapa yang menciptanya dan Athirah juga tahu bahawa hidup di dunia ini cuma sementara. Athirah tahu, segala apa yang ada di dunia ini, hanyalah pinjaman daripadaNya dan Dia berhak merampasnya bila-bila masa sahaja. Bila-bila masa sahaja. Athirah tahu..
Jika dulu, ketika bersekolah rendah, dia hairan kenapa semua teman sekelasnya mempunyai ibu dan bapa, namun dia tiada. Yang ada cuma ummi. Pernah juga rakan-rakannya mengejek mengatakan dia anak yatim, tiada bapa. Athirah tidak mengerti apa-apa namun bila makin hebat mereka mengejek Athirah akhirnya menangis sambil pulang ke rumah lalu mendapatkan umminya. Dalam pelukan ummi Athirah menyambung esakan. “Ummi..kenapa Athirah tiada ayah seperti kawan-kawan yang lain?”..itulah soalan Athirah berulang-ulang kali. Namun ummi selalunya akan diam lalu memeluknya. Ummi akan tersenyum lalu mengusap-usap kepalanya.
Pernah juga ummi menangis melihat Athirah menangis namun Athirah tidak mengerti apa-apa. Ummi selalu berkata “Tuhan lebih menyayangi babah Athirah..” Namun Athirah tetap tidak berpuas hati lalu menyoal..”Kalau Tuhan sayangkan babah..kenapa Dia curik babah Athirah?”..demikian soal Athirah yang sememangnya tidak mengerti apa-apa. Dia memang tidak mengerti.
“Athirah..buat apa tu sayang?” suara ummi yang datang dari belakang mengejutkan lamunan Athirah. Dengan segera dia memalingkan wajahnya menatap wajah Ummi. Athirah mengukir senyum, Ummi juga membalasnya.“Ummi, terima kasih untuk segalanya..” tidak semena-mena Athirah mengucapkan kata-kata itu lalu memeluk Balqis. Balqis terpinga-pinga, kaget namun masih membalas pelukan puteri kesayangannya itu. “Hurmm..thanx for what my dear? Ada buat salah ngan Ummi ke nie?..” Balqis cuma memerangkap buah hati kesayangannya itu.
“Mana ada buat salah, tak baik tau Ummi cakap anak ummi yang baik nie camtu..” Athirah membalas dan meleraikan pelukannya. Mukannya sengaja di masamkan, buat-buat merajuk.
“Alahai..merajuk la pulak dia…Ummi tahu anak Ummi ni memang baik, hish..usik sikit pun nak merajuk..” balas Balqis pula lalu memicit hidung Athirah..Athirah mengaduh..Hidungnya kemerahan menahan sakit lalu Balqis ketawa melihat gelagat puterinya itu. Lalu mereka sama-sama ketawa lalu meneruskan kebiasaan mereka dengan bersembang berkongsi cerita. Sememangnya antara mereka tiada rahsia dan Athirah benar-benar bersyukur di anugerahkan Ummi yang sangat mengasihinya. “Syukur padaMu Tuhan.” bisik Athirah di dalam hatinya.
“Tuhan kurniakan dugaan hanya kepada hambaNya yang benar-benar mampu menanggungnya. Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Dia tahu kita mampu melalui dugaan hidup ini maka dia menjemput babah kembali ke sisiNya sewaktu Athirah berusia 5 bulan. Athirah masih bayi. Dan Ummi bersyukur kerana Athirah hadir dalam hidup Ummi. Athirah menjadi penguat semangat Ummi. Athirah lambang cinta Ummi dan Babah. Demi Athirah Ummi berjuang meneruskan kehidupan ini. Terima kasih sayang..Moga rahmat Tuhan sentiasa bersama kita, semoga Athirah menjadi anak yang solehah, supaya Ummi kelak tidak rasa bersalah bila berhadapan dengan Babah di sana kelak. Athirah buah hati Ummi dan Babah..Ummi sayang Athirah..Jadilah hamba Allah yang solehah. Ummi tidak mampu limpahkan wang dan harta untuk Athirah, tapi Ummi bekalkan Athirah dengan ilmu dan didikan agama..Athirah harus ingat, untuk bahagia di dunia dan akhirat, kita perlukan Ilmu..”Itulah kata-kata Ummi yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga Athirah.
Pesan Ummi lagi..“Hidup umpama roda, sekejap kita di atas dan kemudian di bawah pula. walaupun kelak kita jatuh ke bawah, jangan mudah berputus asa kerana roda sentiasa berputar dan kita tidak selamanya akan berada di bawah. Jatuh, menangislah jika mahu tapi jangan terus meratapi nasib, bangkitlah dari kegagalan lalu berusahalah lebih gigih, insyaALLAH kejayaan akan jadi milikmu sayang..”
Kata Ummi lagi..“Untuk bahagia kita tidak perlukan segala apa yang kita inginkan..kadang-kadang, apa yang sudah kita miliki itu sebenarnya sudah memadai untuk membuat kita bahagia. Belajarlah bersyukur ya sayang..”
Dan kata Ummi lagi..”hidup di dunia ini cuma sementara. Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Menangis dan meratapi pemergian orang yang sudah tiada umpama suatu tindakan yang sia-sia. Sapulah airmatamu dan halaulah segala kedukaan. Kematian memisahkan kita namun tiada di mata tidak bermakna tiada di hati. Bila seseorang anak adam itu mati, terputus segalanya kecuali beberapa perkara, antaranya adalah doa anak-anak yang soleh..Ummi harap, Athirah sentiasa ingat Babah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Babah..”
Dan sebenarnya terlalu banyak kata-kata Ummi yang sentiasa tersemat rapi di ingatan Athirah. Seteguh kasihnya kepada Ummi, sekuat itu juga ingatannya tidak lupakan segala pesan Ummi. Segala jerit perih Ummi membesarkannya sejak dia sebesar tapak tangan hingga kini besar panjang tidak akan dia sia-siakan. Akan dia balas segala jasa Ummi, dengan izin Tuhan, itu janjinya.”Ummi..Athirah sayang Ummi..dunia dan akhirat..” desir hati Athirah penuh ketulusan dan keikhlasan..“Demi Tuhan!”
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil..amin..”
Posted in Karya Kreatif | Edit | No Comments »
Obama Dan Harapan.
Posted by semut2comel on November 10, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Demam pilihanraya US mungkin sudah kebah, tapi aku jugaklah yang agak kelewatan, masih terkedek2 menyusun ayat, harus bagaimanakah perasaan aku selepas ini? selepas kemenangan ini?
Sebelum Pilihanraya.
Seperti biasa, aku yang mudah confuse dan cepat lupa suka bertanya itu dan ini kepada orang tu dan orang nie..jenuh jugak seseorang tu nak explain kepada aku: tentang proses pilihanraya di U.S..mungkinkah aku ini lembap? atau otak sudah tepu? aku pun tak pasti namun kesabaran mereka yang memberi ajaran kpd aku tanpa jemu sangat aku hargai.
Try to elaborate mengikut fahaman aku.. di U.S ada dua parti yang bertanding merebut jawatan presiden..mula2..kedua2 parti tu bertanding sesama mereka di dalam parti lalu keputusan memihak kpd John Mc Cain dari Parti Republikan dan Barrack Obama Hussein dari Parti Demokrat.
Persaingan yang agak sengit antara Hillary Clinton dan Obama sering jugak aku ambil tahu. memang dari awal, sokongan rakyat Amerika lebih memihak kepada Obama namun kelebihan yg ada pada Hillary dan kerana kekurangan (black) yg ada pada Obama kadangkala membuat aku resah.. mampukah Obama pergi lebih jauh?
Rupa-rupanya..lebih dari itu, Obama melangkah begitu jauh sekali hingga akhirnya beliau memenangi kerusi Presiden U.S..dengan EV yang jauh lebih tinggi, kemenangan beliau adalah sesuatu yang meyakinkan. banyak juga kubu kuat Republikan akhirnya tewas dan menjadi milik Obama. Golongan muda dan kaum wanita serta rakyat berkulit hitam benar2 menyokong beliau.
Mungkin kerana kekuatan dan aura yg dimiliki. mungkin juga kerana janji2 yang di tabur semasa berkempen. dan mungkin juga kerana wajahnya yg manis serta kelihatan mesra. mungkin juga kerana rakyat Amerika sudah penat dan muak dengan peperangan..maka mereka berharap supaya Obama mampu mengembalikan keamanan sedunia.
Selepas Pilihanraya.
Obama adalah presiden U.S yg ke 44 dan semua maklum, beliau merupakan presiden berkulit hitam yang pertama.. sesuatu yang amat mengejutkan dan tidak di jangkakan..namun di raikan di serata dunia termasuk Kenya dan Indonesia, tidak kurang juga di Malaysia.
Kenapa ada magik? Kenapa Obama yang terpilih?
Acapkali aku dengar, Bush adalah presiden US yg paling teruk..benarkah? US yang terkenal dengan kuasa vetonya, kononnya polis dunia..yang dulu di geruni namun akhir2 ini, seolah2 seperti harimau tiada taring.
Tidak cukup dengan tentangan dan bantahan seluruh dunia terhadap campur tangan US terhadap Iraq, lebih menyedihkan kerana kebanyakan rakyatnya juga menentang pembabitan US dalam kes serangan di Iraq. Hari demi hari, rakyat Amerika semakin bangkit dan menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap serangan di Iraq..
Lebih mengejutkan, di pertengahan tahun 2008, Amerika di landa kemerosotan ekonomi yang sangat teruk sejak 1932. walaupun ada yg berpendapat, ini sebahagian dr strategi sekutu Amerika, namun kemelesatan ini sedikit sebanyak menjatuhkan imej Amerika di mata dunia.
Tentang Obama
Aku sempat membaca sedikit sebanyak profile mengenai Obama. bagaimana ibu bapanya berkahwin, kemudian ayahnya meninggal, lalu mereka berhijrah ke Indonesia, di situ ibunya berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia. Obama menetap di sana seketika waktu kemudian kembali menetap bersama datk dan neneknya.
Semasa belajar di Harvard, beliau merupakan ketua editor Majalah pertama yang berkulit hitam. kharisma dan kredebiliti beliau sudah pun terserlah di waktu itu. Namun begitu, Obama juga mengakui, pernah terlibat dengan dadah semasa usia ramajanya.
Masa terus berlalu dan keajaiban demi keajaiban berjaya di lakukan oleh beliau..dan keajaiban yang paling nyata adalah akhirnya beliau di pilih sebagai Presiden US.
Harapan Terhadap Obama.
Bukan saja rakyat Amerika yang berharap dan menantikan sentuhan ajaib dari beliau, malah seluruh dunia sedang memperhatikan setiap langkah dan bicara beliau. seluruh dunia menggantung harapan yang tinggi terhadap beliau..dengan slogan beliau “CHANGE”..benarkah beliau mampu melakukanya..sesungguhnya bercakap adalah jauh lebih senang daripada melakukannya.
Umat Islam satu dunia juga berharap agar beliau dapat menjaga hubungan baik dengan negara2 Islam.
Antara persoalan yang di bangkitkan adalah:-
1.Adakah selepas ini dasar-dasar Rumah Putih masih kekal dikalangan rakyatnya dan dunia keseluruhannya yang dimegah-megahkan sebagai Polis Dunia?
2. Adakah Pimpinan yang baru ini masih ikut telunjuk negara-negara sekutunya bagi kepentingan mereka yang kononnya menegakkan hak asasi manusia?
3.Bagaimana pula hubungan Amerika dengan midle east selepas ini?
Cabaran Menanti Obama
The biggest challenge that he would face is the financial crisis. The US is running on a USD 1 trillion deficit and I wonder how Obama is going to rescue ‘Main Street’ and not ‘Wall Street.’ It was Wall Street that had funded him all this while and put him in the Oval Office! The media hype and the ‘larger than life’ portrayal of Obama has increased the pressure on Obama. The Americans seem to believe that Obama is the man who is going to alleviate America from disaster. How far this new superhero would be able to save America, no one knows.
But for now, I rather give the benefit of doubt to this man who had defied the odds in becoming the first African dissent to be the Commander in Chief of America. Let’s sit back and watch the drama unfold!
Certainly Obama’s victory is a celebrated one not only in the US but also worldwide. Those in the US really believed in Obama’s determination to bring in change and they are hoping that it is a change for the better. So is everyone else around the world. But only time will tell.
Cabaran Dalam Konteks Ekonomi dan Sosial:-
- Defisit perbelanjaan melebihi $1 trilion setahun sejak beberapa tahun lalu;
-Memerlukan dasr rangsangan fiskal baru;
-Pasaran perumahan yang menurun hingga 2010
-Kadar faedah dan cukai yang perlu dinaikkan (selepas ekonomi stabil)
-Perbadanan yang lemah jangan diselamatkan, biarkan ia runtuh
-Berjuta-juta pemilik rumah akan kehilangan hak
-Pengangguran akan naik 10 peratus
-Kerajaan tidak boleh menyelamatkan ekonomi negaranya – buka kerana kurang keazaman tetapi kurang kuasa
Oleh kerana tempoh beliau akan menjadi Presiden beberapa bulan lagi (20 Januari 2009) dibimbangi masalah ini akan dihempuk di atas kepalanya pada ketika Bush kini tidak akan ‘berbuat apa-apa’. Segalanya akan terbeban ke bahu Obama.
Kemenangan Obama juga memerlukan dia menangani masalah negara dengan visi lebih jelas bagaimana mengatasi masalah racism atau perkauman yang turut dihemburkan kepadanya. Kebetulan Obama yang keturunnya dari Afrika menjadikannya harapan kepada kulit hitam dan ‘rakyat Amerika berketurunan pendatang’.
Dalam tempohy 47 hari, Obama akan mengambil tanggungjawab untuk mengeluarkan negara itu daripada ‘dua peperangan’, selain menjamin AS tidak lagi dibelenggu oleh krisis global dan pelbagai ancaman terhadap rakyatnya yang sering diuar-uarkan oleh George W.Bush.
Selain itu Obama turut ditekan oleh isu-isu seperti Iraq, Al-Qaida dan Taliban, isu nuclear dan Amerika sebagai kuasa dominan yang kini dicabar oleh China, Russia dan lain-lain.
Mampukah Obama membuktikan segala apa yang di kata? Keselamatan beliau di kawal begitu ketat kerana beliau juga mungkin mendapat ancaman dari dalam negaranya sendiri. mungkinkah dia akan menjadi Presiden Amerika yang seterusnya, mencipta sejarah kerana mati di bunuh?
Optimistik.
Sebelum terbukti dan sahih beliau terpilih sebagai Presiden, aku benar2 mengharapkan beliau adalah orangnya. Presiden yg ke-44. Semasa hari pilihanraya, aku juga tidak ketinggalan setiap beberapa minit search internet untuk mendapatkan berita dan keputusan yg terkini. bersungguh2 aku harapkan dia.
Tapi entah kenapa, sesudah dia mencapai kemenangan itu, tiba2 aku menjadi pesimistik? aku di sogok rasa “mustahil beliau mampu melakukan sebarang perubahan” Mustahil beliau akan mendatangkan kebaikan kpd seluruh muslim..(even Ahmadinejad pun bergembira, haih..pesal lak aku yg nk ragu?). Tun Mahathir dan DSAI juga meraikan kemenangan beliau tapi kenapa aku masih lagi ragu?
Cuba untuk optimistik..biarpun Obama atau Mc Cain yg menang..keduanya masih lagi proxy Yahudi.So what? cuma harapan aku, kekejaman yg mampu di lakukan oleh Obama mungkin tidak sekejam Mc Cain.
Tergelak aku membaca satu artikel, mengenai Obama yg mungkin juga ‘orang suruhan’ Yahudi..”Kalau dahulu Yahudi menunggang kuda putih, sekarang masanya untuk menunggang kuda hitam”..dalam maknanya.
Semoga gerak hati aku kali ini salah…jika dulu aku pernah menginginkan PR memerintah Malaysia selepas 16 September, tetapi ada rasa tak enak dan tidak yakin ia akan menjadi realiti dan terbukti..semuanya sehingga saat ini, masih lagi sekadar omongan kosong..janji tinggal janji..dan gerak hati aku kali ini pula, merasakan Obama tidak mampu merubah senario dunia menjadi lebih baik..namun begitu, aku berharap supaya instinct aku kali ini tidak benar..
Walau apa-apa pun….Aku tak tau pape..hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.
Wassalam.
Posted in Politik dan Isu Semasa | Edit | No Comments »
Tentang Dominasi Dan Manipulasi
Posted by semut2comel on November 9, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
Post kali ini adalah kesinambungan dr post yg sebelumnya iaitu ” Pesimis Vs Optimis”.
Kenapa Harus Optimis.
Kerana kita yang beragama Islam, yang meyakini keesaan Allah yang satu, yg beriman kepada qadar dan qadar harus juga yakin dengan janji2 Allah..
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang berusaha mengubahnya..dan Allah juga tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu di tanggung olehnya..maka kita kena yakin dan percaya..setiap dugaan yang Allah kurniakan kpd kita, adalah suatu dugaan yang mampu kita atasi…jika besar dugaannya..maka sebesar itu jugalah kekuatan dan kemampuan kita untuk mengharunginya.
Kenapa harus optimis? kerana optimis mampu menghindar sikap2 negatif dan pasif antaranya sifat pesimistik..yang bertentangan dengan sifat optimistik. kenapa kita tidak harus bersikap pesimis? kerana sikap pesimis itu tak lain tak bukan, boleh di ibaratkan rantai besi yang berat, yang merantai kedua gelang kaki kita, lalu menghalang kita melangkah lebih jauh apatah berlari laju ke hadapan. bagaimana tu yer?
Begini caranya…bila kita pesimis..kita seolah2 memandang hari esok umpama hari yang kelam tiada sebarang harapan dan tiada sedikit cahaya pun. Esok boleh di umpamakan suatu tempoh masa yang amat mengerikan dan menakutkan. dan jika boleh, orang2 yang bersikap pesimis ini seolah2 bila terjaga dari tidur keesokan paginya, tidak mahu membuka matanya, tidak bersedia menempuhi hari baru kerana di himpit pelbagai perasaan yang tidak enak, gelisah, risau, takut, gemuruh, resah, cemas, keliru, dan pelbagai rasa yang menyesakkan dadanya sendiri.
Maka, selimut yang tebal itu seolah2 ingin di tarik menutup seluruh tubuhnya, bagaikan ingin mencipta satu gua yang hanya dia ada di dalamnya..tiada siapa yang mampu mendekatinya. tiada siapa yang mampu menyakitinya dan die berasa lebih selamat dan lebih yakin di dalam gua ciptaannya itu…ah!!
Jika hanya terbaring longlai, berpeluk tubuh tanpa bertindak dan berusaha…siapa jua akan mati kelaparan~!! Sampai bila kita harus makan di suap…which is sampai bila kita mahu berdiam diri? tidak mahu berjuang berdiri di atas kaki sendri memperjuangkan nasib diri sendiri? Jika berusaha untuk dapatkan emas, maka emaslah yang dapat..tapi jika berusaha semata2 untuk dapatkan batu2..maka batu2 itu jugalah yang mampu di perolehi.
Apa kaitannya dengan pesimistik? Kenapa Harus Pesimis?
Bila kita optimis..yakin bahawa hari esok sentiasa menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari hari ini.. bila kita yakin akan kekuatan dan kebolehan diri sendiri, maka kita akan sanggup berusaha lebih keras agar berjaya mencapai impian dan cita2 yang selama ini kita sematkan dalam minda dan hati kita.
Jika kita optimis, kita yakin bahawa Allah akan membantu kita, mempermudahkan jalan bg hambaNya yang rajin berusaha dan berdoa, maka kita tidak mungkin akan duduk berpeluk tubuh lantas membiarkan masa berjalan dengan sendiri tanpa berbuat apa2 yang mampu membuahkan hasil dan faedah yang baik untuk kita..kita akan lebih menghargai masa dan peluang yang datang.
Sesungguhnya bila kita optimis, kita akan tahu menghargai setiap peluang yang ada di hadapan mata kita..kita akan tahu menghargai setiap keistimewaan dan kebolehan yang ada pada diri kita lalu mengaplikasikannya demi kebaikan kita dan mereka yang kita sayangi..
jika kita optimis..kita sedikit pun tidak akan tergamak membuang masa kita dengan perkara2 yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita..kerana kita optimis..setiap usaha yang baik, niat yang baik, akan mendatangkan hasil yang baik…dan indah nikmatnya..insyaAllah.
Kenapa Tidak Optimis?
Tidak semua orang dilahirkan semula jadi lengkap segala pakej.. tidak semua iragn yang dilahirkan sempurna dengan segala anugerah..mungkin ada beberapa kelemahan dan kekurangan dalam diri seseorang, menjadi punca kenapa dia tidak bersikap optimis…contoh mungkin kerana kecacatan yang dimiliki atau mungkin kerana tidak dikurniakan akal yang secemerlang insan lain.
Ada juga yang tidak boleh bersikap optimis kerana persikataran yang mendorong dan memaksanya menjadi pesimis..contohnya sering di hujani dengan tohmahan dan kata2 keji lagi nista, sentiasa di beri tekanan dan kata2 pematah semangat seperti:
“kau bodoh, kau takkan kemana”
“kau buruk, semua orang akan benci kau”
“kau miskin, kau tak layak untuk sesiapa”
dan pelbagai lagi kata2 negatif tidak lain tidak bukan hanya mampu menjatuhkan keyakinan diri seseorang lalu mencetus sikap pesimis dlm dirinya.
Dan..selalu menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup juga menjadi salah satu penyebab kenapa seseorang itu menjadi seorang yang pesimistik. Mungkin juga di dorong perasaan berputus asa dan takut jatuh di tempat yang sama berulang kali mampu menjadikan seorang itu gagal untuk bersikap optimis.
Tidak mempunyai sasaran/ target/ impian juga menjadi salah satu sebab kenapa seseorang itu bersikap pesimis..melihat masa depan sebagai sesuatu yang tidak pasti, kabur dan samar2 sudah pasti tidak mendatangkan sebarang keuntungan..tak lebih dari itu, mampu merugikan seseorang kerana berkemungkinan mengakibatkan pembaziran masa..
Kerana didorong sikap yang pesimis dan tidak yakin dengan apa yang di ingini, seorang Chef mungkin membuang masanya bertahun2 dengan melukis, dan setelah sepuluh tahun kemudian baru dia sedar, hatinya bukan untuk melukis dan baru tersedar bahawa minatnya adalah memasak..maka sepuluh tahun yang dilalui untuk melukis itu boleh di umpamakan sebagai tempoh yang merugikan..
Seandainya dia awal2 sudah tahu minatnya memasak, maka masa sepuluh tahun itu dapat di gunakan dengan sebaik mungkin untuk memantapkan kemahiran masak memasak….pergh..sudah pasti selepas 10 tahun kemudian, dia bukanlah seorang pelukis yg baru merangkak belajar masak memasak…sudah tentu dia sudah menjadi chef yang berjaya dan terkemuka…Woho~!! maka, menentukan impian dan cita2 dari awal adalah bukan suatu perkara yang boleh di pandang enteng.
Dengan segala fakta di atas..wal lebih kurang sebabnya aku dah mengantuk, maka dapat kita simpulkan bahwa sikap optimistik ini adalah penting dalam kehidupan kita…bukan demi kehidupan sekarang..tapi juga demi kehidupan kita di masa hadapan.
Kenapa Hasniza Seorang Yg Pesimis?
Berkobar2 bercerita mengenai sikap2 optimistik dan pesimistik..jujur aku mengaku, aku bukanlah dilahirkan sebagai pakej lengkap yang sempurna segalanya..
Kisah hidup dan kesusahan yang aku lalui sewaktu zaman kanak2 ada baik buruknya kepada aku. Kerana kesusahan yang pernah aku lalui itu, aku optimis dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. aku ingin mengubah nasib keluargaku dan Alhamdulillah, aku berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Selalu cemerlang menjadikan aku seorang yang yakin pada diri sendiri. . Optimistik. Mungkin over confident..sehinggalah tiba zaman universiti, aku mengenali suatu makna baru dalam kehidupan. KEGAGALAN.
Kegagalan pertama kali ini benar2 melukakan hati aku dan menyakiti aku. menghancurkan segala keyakinan yang ada dalam diri. meleburkan segala kekuatan yang pernah aku kumpul selama ini. melemahkan segala sendi lututku dan aku tidak lagi mampu berdiri tegap. sungguh. aku tidak mampu menerima tamparan ini kerana aku sedikit pun tidak bersedia menghadapinya. aku seorang pelajar yang sentiasa cemerlang, mana mungkin aku boleh GAGAL?? tidak pernah aku bayangkan. tidak pernah.
Aku menangis bersungguh2..peritnya akibat kegagalan tidak mampu aku gambarkan. aku benar2 kecewa dan lebih teruk dr itu, aku mudah berputus asa. kesilapan aku yang paling besar, aku tidak terus bangkit dari kegagalan itu, sebaliknya terus meratapi nasib diri, sehinggakan kegagalan demi kegagalan terpaksa aku hadapi.
Sungguh. aku benar2 menjadi semakin lemah dan tidak tegar. aku benar2 kalah dalam perjuangan menentukan nasib diri. Owh~!!Hasniza yang hingusan, yang tidak kuat jati diri, tidak utuh semangat di jiwa, jatuh sekali…makin pula bergolek2 menyembah bumi..Ah~!!Hasniza yang gagal itu benar2 menyakitkan hati aku..Ah~!! Lemah dan tidak berhati waja. Cepat benar mengalah dan tidak tahu mengendali perasaan akibat dari sebuah kegagalan.
Kesan dari kegagalan yang tidak di jangkakan itu..aku tiba2 berubah menjadi seorang yang pesimistik. Aku sudah tiada arah tujuan hidup dan aku tiada semangat untuk mencapai kejayaan. Aku pesimis..bagi aku, peluang untuk aku berjaya sudah terlalu tipis..haih..banyak betul kesilapan aku..Isk3..
Bagaimana Mendominasi Sikap Pesimis?
Tidak susah untuk susah..tidak senang untuk senang..waktu di zaman kegagalan aku tuh, aku seolah2 mayat hidup yang hidup tanpa arah tujuan. aku tiada matlamat hidup. syukur, dalam kekeliruan yang amat tu, aku masih lagi terkenangkan family dan mak ayah.. akhirnya, demi mereka aku berusaha setakat yang termampu untuk meneruskan pengajian di Universiti..kalu bukan kerana terkenangkan mereka, mungkin juga aku tewas di tengah jalan.
Selain dari meletakkan orang yang kita sayang sebagai mangkin, menjadikan diri sendiri sebagai kawan baik juga merupakan salah satu cara untuk mengatasi sikap pesimis. bagaimana tuh? begini…sematkan dalam diri kita..jika bukan kita yang memujuk diri kita, maka siapa lagi?
Jika bukan diri kita yang memberi kekuatan kepada kita, maka siapa lagi? kerana hanya kita dan Tuhan yang tau setiap derita dan dugaan yang kita lalui..
Jangan sekali2 letakkan harapan kepada orang lain, untuk memahami kita atau mendorong kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya..kerana selain kita dan Tuhan, tiada seorang manusia pun yang mampu membaca hati dan perasaan kita, tiada seorang manusia pun yang mampu memahami kehendak kita sepenuhnya seperti apa yang kita harapkan..so? jika mereka tak tau apa yg kita mau…
Bolehkah kita kalungkan harapan kita di leher mereka? supaya mereka memujuk kita, ketika kita bersedih hati..supaya mereka mendorong kita ketika kita dalam kekeliruan..supaya mereka meyakinkan kita ketika kita teragak-agak untuk menyusun langkah mara ke hadapan, supaya mereka membuat keputusan yg terbaik untuk kita dan masa depan kita…boleh ke?? sedangkan kita pun tahu..hati kita, jiwa kita, minda kita dan kehendak kita…hanya kita dan Tuhan saja yang tau..
Bisikkan dalam dri sendiri..sebelum tidur dan setelah bangun dari tidur…ucapkan kata2 yang indah…pembakar semangat kepada diri sendiri..yakinkan diri kita bahawa hari esok menjanjikan seribu satu keindahan, jangan jemu dan jangan berputus asa, biar beribu kali kita menuturkan kata2 dan bisikan yang sama..tidak mengapa…asalkan kita mampu mendorong diri kita seupaya dapat menjadi seorang yang positif dan sentiasa positif dalam menghadapi setiap dugaan hidup yang tidak menentu..
“bisikku pada hati..senyumlah..biar apa dugaan yang datang..jangan gentar”
“bisikku pada diri..aku kuat!dan aku mampu menghadapinya..”
“bisikku pada akal..tolonglah..pandulah hidup ku”
Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa jasad dan nyawa ini cuma pinjaman sementara…segala kurniaan adalah pinjaman dariNya yang Esa..jangan sekali2 lupakan Dia bilamana senang atau susah..sentiasa gantung harapan kepada Dia supaya sentiasa melindungi kita…bertawakal kepada Dia setelah kita berusaha apa yang kita mampu..aduss..ngantuk pulak mata aku…sikit je lagi nak sambung..haih..
Cara lain untuk mendominasikan kekurangan dalam diri atau sikap pesimis dalam diri adalah bergaul dengan mereka yang sentiasa optimis. Jangan bergantung seratus percent, tp setidak-tidaknya aura dan chakra optimis itu dapat tersebar ke dalam diri kita..dan kadang2 orang yang optimis ini (yang kita kenal hati budinya) dapat mendorong kita membuat keputusan yang lebih baik..biasanya org yang pesimis akan teragak2 dalam setiap keputusan yang dia lakukan…maka, dengan bantuan orang optimis, keputusan untuk memlih sesuatu perkara boleh menjadi lebih cepat.
Biasanya anak sulung dan ke-tiga lebih cenderung untuk bersikap optimis…dan selalunya juga, anak kedua pula cenderung bersikap pesimis..(harap maklum, bukan semuanya yer..)
Dan suka aku ingatkan…setelah kita tahu kelemahan kita..iaitu pesimis.. maka kita kena juga tahu bagaimana mengatasinya..dan tolong juga ambil berat, orang yang pesimis ini mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk di buli atau di tindas…orang suka mengambil kesempatan terhadap sikap kita yang sentiasa tidak yakin pada diri ini..so pesan aku, silakanlah berhati2..jangan mudah percaya kepada orang lain dan jangan pula terlalu ingin berdikari..tiada siapa boleh hidup sendirian dalam dunia ini. ingat tuh..
Last but not least…sentiasa letak Tuhan dalam dri kita…walau apa jua yang kita lakukan, jangan sekali2 lupakan Dia. mungkin anda hari ini seorang pelaku maksiat yang di hina…namun, setelah menydeari kesilapan diri, kita haruslah segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya..mungkin hari ini kita seorang yang kuat imannya…jangan pula kita riak dan beranggap syurga itu sudah pasti dalam genggaman kita….Allah Maha Pengampun dan Allah juga Maha Mengetahui..Takdir dan suratan kita dikemudianm hari tiada siapa pun yang tahu, kecuali Dia..dan kepadaNya kita kembali..
p/s: maaf..last2 ayat macam x berapa nak best sbb aku betul2 ngantuk..so soryy..thanx..
Wassalam.
Posted in Tinta dan Pena | Edit | 2 Comments »
Tentang Ego dan Nak Menang.
Posted by semut2comel on November 6, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Aku sekali lagi kembali menyonteng..dan topik aku pada hari ini adalah ego atau sentiasa hendak menang..sekali lagi bercerita perihal sikap yg mungkin ada dalam diri kita semua, samada kita sedar ataupun tidak.
Ego.
Tak salah jika kita mempunyai ego kita yg tersendiri tp ia menjadi kesalahan bila kita meletakkan ego tersebut pada tempat yang salah..contoh ego yg tak kena pada tempatnya adalah bila kita berhabis-habisan menegakkan hujah kita, then finally kita tau rupanya kita adalah salah..maka langkah yg sepatutnya kita lakukan adalah berhenti perjuangkan hujah/tindakan yg salah itu dan jika perlu…kita hendaklah memohon maaf. tp bg sesetengah orang yg suka meletakkan egonya tidak kena pada tempatnya..berdegil dan tidak mahu berganjak walau seinci..terapkan dalam minda ” tak mungkin aku meminta maaf” ini adalah suatu tindakan yg tidak rasional dan sepatutnya di elakkan. itu contoh ego yg tak bertempat.
Meminta Maaf.
Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi..aku pernah di tegur oleh seorang sahabat.. “tak perlu sentiasa meminta maaf, lama2 minta maaf tu akan hilang nilainya..” lebih kurang cmtu lah ayatnya..fikir byk kali jugak aku dgn ayat2 die..kenapa tidak, sbb aku adalah seorang yg sering meminta maaf, dan setiap kali perlukan sesuatu, aku takkan miss perkataan “tolong”..
Namun bila di fikirkan dr logiknya jugak, tak salah apa yg sahabat aku itu nyatakan. Simpan ucapan maaf itu dan gunakan pada masa2 yg tertentu sahaja..Jgn kerana ucapan maaf itu, org lain memandang rendah kpd kita dan menganggap kita seorang yg lemah. lebih dari itu, simpan perkataan maaf itu untuk di gunakan bila kita benar2 bersalah…supaya nilainya lebih tinggi..hurmm..sama jugak kalu org yg tak pernah minta maaf, then tetiba die terbuat salah pastu minta maaf ngn kite..apa perasaa kite? mesti rasa mcm terpegun, kagum dan waahh…mcm tak percaya jer…tu la lebih kurang perumpamaanya yg aku bleh faham.
Mengalah Tak Semestinya Kalah.
Aku pernah jugak bengang dengan seorang sahabat..bengang in tearm dlm hati tu..ada semacam tak puas hati laa…bukan ape…dah la die nie jenis yg suka bercerita, ok x pe..aku pinjamkan telinga..itulah gunanya shabat, kan? then, sebagai langkah untuk menunjukkan aku mendengar apa yg dia ckp, supaya dia rasa di hargai, aku kadang2 memberi reaksi jugakla..menyampuk bila perlu tapi yg aku geramnya..setiap apa yg aku sampuk semuanya tak betul..semuanya tak kena..Yes, small matter tp kalu selalu bnda nih berulang, seriously tiada siapa lg yg akan mendengar celotehan anda dengan rela hati..Ok..utk memudahkan pemahaman aku bg contoh..
“Penat betulla hari ini banyak kerja..” Dia
“Owh..tak cukup staff la kot..” Aku
“Bukan, semua benda saya kena buat” Dia
“Saya tak nak service kete ari sabtu” Dia
“Yela..wekend mesti banyak kete” Aku
“Bukan..kalu wekend mesti die takkan layan nye laa” Dia
..dan macam2 lagi contoh ayat pasif yg walaupun benda kecik , tetapi sering ditidakkan, di bantah dan di bidas dengan jawapan tidak, bukan, takdelah, tak lah sesungguhnya adalah menjengkalkan.
Yer, anda mungkin pernah melakukannya, sekali sekala tak jadi masalah sbb aku pun ada gak ckp cmtu, tp kalu selalu kita membidas kata2 atau pendapat sahabat dengan perkataan yg pasif dan pesimis macam tu..lama2 semua orang juga akan menjadi menyampah..huhu..
Maka, sekali sekala dalam kata tidak atau bukan tuh…anda jugak kena kata yer..atau setuju ngn pendapat kwan2 anda..mungkin dlm hati tak berapa nak setuju tp at least, selain kita ingin di hargai, kawan2 kita pun ada hati dan perasaan yg sama so…jagalah juga hati dan perasaan kawan anda dengan kata2 yang baik yer..beralah tak semestinya kalah..remember that..;)
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Ilmuwan Islam.
Posted by semut2comel on November 6, 2008
Kisah Ibnu Nafis
Beliau adalah seorang doktor perubatan yang terkenal. Beliau juga adalah orang pertama yang menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Nafis seorang yang tidak suka membuang masa. Apabila ingin menulis beliau akan memalingkan mukanya mengadap dinding, kemudian mula menulis daripada ilmu pengetahuannya tanpa merujuk apa-apa kitab. Dikatakan beliau menulis laju seperti air yang mengalir. Apabila penselnya tumpul beliau akan mencampaknya ke suatu tempat khas kemudian mengambil pensel baru, oleh yang demikian beliau akan pastikan pensel-pensel yang telah diasah tersedia di atas mejanya sebelum memulakan penulisan kerana ditakuti
masanya akan terbuang dengan mengasah pensel-pensel berkenaan.
Satu ketika, beliau masuk tandas untuk mandi, kemudian keluar kembali seraya meminta pen, dakwat dan kertas, justeru menulis satu karangan mengenai denyutan nadi. Setelah itu beliau masuk semula ke dalam tandas untuk menghabiskan mandiannya
Kisah Ibnu Jauzi
Setiap kali selepas mengasah penselnya, Ibnu Jauzi akan mengumpul habuk tersebut di dalam satu bekas khusus. Apabila beliau jatuh sakit, beliau mewasiatkan agar habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya. Apabila beliau wafat, sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat yang ditinggalkan, ternyata habuk pensil tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.
Kisah Imam at-Tabari
Beliau seorang ahli tafsir yang masyhur. Beliau juga terkenal dengan pengawasannya terhadap ilmu pengetahuan. As-Simsimi berkata: Beliau menulis setiap hari empat puluh helaian dalam masa empat puluh tahun.
Muridnya (al-Qadhi Abu Bakar) telah meriwayatkan bahawa beliau seorang yang terlalu menjaga rutin hariannya. Selepas mengambil sarapan pagi beliau akan tidur kemudian bangun dan solat zohor. Sejurus kemudian beliau akan mula menulis hingga masuk waktu Asar. Pabila selesai menunaikan Fardhu Asar, dia akan bersama murid-muridnya menelaah ilmu sehingga Maghrib. Selepas Maghrib pula beliau akan mengajar ilmu Feqah sehingga larut malam.
Kalau kita perhatikan, betapa beliau pandai membahagikan masa dan usianya demi kepentingan agama, masyarakat dan dirinya sendiri. Beliau tidak pernah membazirkan walaupun sesaat pada perkara yang tidak berfaedah, masa baginya biarlah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah ataupun untuk mengambil faedah daripada orang lain. Inilah dia ikutan kita, seorang ahli agama yang menggadaikan umurnya semata-mata untuk agama, untuk Allah, untuk beribadah dalam erti kata yang sebenarnya.
Sebuah kisah lain, antara lainnya mengisahkan kehidupan Imam at-Tabari yang tidak boleh terpisah daripada ilmu. Kisah ini diriwayatkan oleh salah seorang sahabat beliau (al-Murafi bin Zakaria) yang datang menziarahi waktu sakitnya. Apabila Imam at-Tabari mendengar salah seorang pelawat membaca doa ke atasnya lalu dia berkata, tolong ambilkan aku sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian beliau menulis doa tersebut. Salah seorang daripada mereka bertanya: Apakan kamu masih menulis ilmu sedangkan kamu dalam keadaan begini? Jawab beliau: Sememangnya menjadi kewajipan setiap manusia untuk tidak meninggalkan ilmu berlalu pergi begitu sahaja hingga mati.
Kisah Sulaim ar-Razi
Imam Sulaim ar-Razi ini merupakan seorang yang amat mementingkan masa dan ilmu, warak dan selalu menghisab dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan sedetik waktu tanpa faedah. Samada beliau akan belajar, mengajar, menyalin ataupun membaca. Diriwayatkan daripada beliau sendiri: Aku sempat menghabiskan satu juzuk (bab) bacaanku di dalam perjalanan pulang ke rumahku.
Perkara ini diakui oleh salah seorang sahabat beliau (al-Muammil bin al-Hassan): Aku terlihat Sulaim mengasah pensel sambil mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu. Pabila ditanya, aku mengetahui beliau sedang membaca al-Quran semasa mengasah pensel nya, kerana ditakuti masa akan berlalu begitu sahaja tanpa beliau mengambil apa-apa faedah ataupun suatu tindakan yang positif. Inilah dia seorang ulama’ Islam yang hidup di zaman silam, oelh sebab itulah tidak dinafikan bahawa Islam pada zaman mereka telah melalui satu zaman kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.
Kisah Imam al-Juwaini
Beliau adalah Imam masjid al-Haram dan masjid an-Nabawi. Katanya: Aku tak tidur dan tak makan pada kebiasaannya, tetapi apabila terlalu mengantuk aku tertidur, samada pada waktu malam ataupun siang, begitu juga aku makan jika aku terasa nak makan, tidak kira masa dan ketika. Hal ini menggambarkan betapa kelazatannya hanya tertumpu pada ilmu semata-mata.
Kisah Abu al-Wafa’
Imam Abu al-Wafa’ pernah berkata: Tidak bisa untukku persiakan setiap detik kuniaan yang Maha Esa buatku, hatta kalaulah lidahku kelu untuk meneruskan hafalan dan mataku penat menatapi patah tulisan, aku akan berusaha menggerakkan fikiranku dengan memikirkan sesuatu cadangan maupun permasalahan, aku tidak akan berasa lega dan berpuas hati melainkan setelah aku mendapati jalan penyelesaiannya.
Aku juga mendapati, kesusahan menghadapi ilmu ini pada usiaku lapan puluhan lebih daripada usiaku dua puluhan. Aku juga berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan masa makanku, kadangkala aku hanya memadai dengan sepotong kek dan seteguk air sejuk. Sehingga aku dapat meluangkan semaksima masa yang mungkin untuk ilmu pengetahuanku. Sesungguhnya harta yang paling berharga di sisi ulama ialah waktu dan ilmu. Kerana waktu itu tidak akan menunggu seseorang sebaliknya tanggungjawab yang datang bertandang pula bertindan-tindan.
Setelah tiba saat kewafatan beliau, kedapatan wanita menangis kerana tidak mahu terpisah daripada insan tersayang, tetapi beliau dengan tenang berkata: “Sesungguhnya aku takut berbuat dosa pada Tuhan Yang Rahman selama lima puluh tahun. Kerana selama masa tersebut aku telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin tidak bertepatan dengan kehendak Allah. Maka doakanlah agar aku diampuni-Nya.”
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan apa-apa pesaka melainkan kitab-kitab nya yang banyak serta beberapa helai pakaian yang hanya cukup untuk dijadikan kain kafan serta membayar segala hutang-hutangnya. Lihatlah betapa agungnya pengorbanan seorang hamba terhadap tuhannya yang Esa. Walaupun telah banyak mengorbankan masanya demi kepentingan agama, tapi masih tidak berpuas hati, masih lagi takut seksa Ilahi. Tapi kita, apakah yang kita cari? Renungilah perbuatan-perbuatanmu wahai diri.
Kisah Imam ar-Razi
Imam ar-Razi adalah seorang ahli tafsir yang terkemuka pernah berkata: Sesungguhnya aku sangat menyesali kerana tidak dapat mengulangkaji ilmu ketika makan, sesungguhnya masa dan usia itu amat mahal harganya.
Kisah Ibnu Asakir
Diriwayatkan daripada anaknya al-Qasim: Ayahku seorang yang terlalu menjaga solat jamaah dan bacaan al-Quran. Beliau akan khatam al-Quran tersebut pada tiap-tiap hari jumaat dan setiap hari di bulan Ramadhan. Beliau juga sentiasa beriktikaf dalam masjid dan membanyakkan perkara-perkara sunnat serta zikir.
Salah seorang muridnya (Abu al-Mawahib) juga berkata: Aku tidak pernah melihat seseorang yang boleh menandingi Ibn Asakir di dalam banyak perkara, seperti mengikuti cara ibadah yang sama sepanjang empat puluh tahun, sentiasa berada di saf yang pertama setiap waktu sembahyang kecuali jika ada keuzuran, sentiasa beriktikaf di masjid pada bulan Ramadhan dan sepuluh Zulhijjah, tidak meminta untuk menjadi seorang pemimpin ataupun khatib (pembaca khutbah, kerana martabat pembaca khutbah pada masa itu terlalu tinggi), beliau juga selalu menasihati manusia ke arah kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kejahatan, tanpa gentar kepada sebarang ugutan ataupun celaan orang-orang yang mencela.
Kisah Ibnu Malik
Beliau adalah seorang ahli Nahu yang terkenal. Seorang yang banyak merujuk dan cepat menyemak. Beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa merujuk kepada kitab asal. Para sahabatnya tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia, kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab.
Dan diantara perkara ajaib yang menandakan betapa beliau mengambil berat masalah ilmu dan waktunya iaitu apabila anak lelakinya datang melawat beliau masa sakitnya, bersama anak tersebut lapan bait (baris) syair, maka beliau meminta agar anaknya membaca syair-syair tersebut kemudian beliau menghafalnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, rahimahullah.
Seterusnya peristiwa ini mengiyakan kata pepatah: Setinggi mana gunung didaki kamu akan dapati apa yang kamu hajati. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Inilah kisah-kisah yang dicedok daripada kitab: Nilai Masa Di Sisi Ulama karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Kitab ini antara lainnya menceritakan kesabaran para ulama silam mencari ilmu walaupun terpaksa berpisah daripada isteri kesayangan, anak yang menjadi cahaya kehidupan, bahkan mereka sanggup mengurangkan rutin harian mereka seperti makan, minum serta tidur.
Oleh sebab itu, tidak pelik jika kita perhatikan Islam pernah gemilang di suatu zaman dahulu, malah kita masih berbangga dengan kegemilangan tersebut hingga ke hari ini. Apakah cukup hanya dengan kita berbangga? Adakah Islam akan kembali gemilang dan memerintah dunia hanya kerana kita bangga dengan apa yang umat Islam telah capai dahulu? Justeru itu, marilah kita mendalami kisah hidup para ulama’ yang hidup pada zaman tersebut, pada tangan merekalah datangnya kegemilangan. Apakah yang mereka lakukan sehingga mereka menjadi begitu hebat? Inilah dia pegangan mereka, mereka sanggup buat segala-galanya kerana pentingkan ilmu, hanya demi agama Allah yang suci murni.
Diharapkan melalui kisah-kisah ini pembaca sekalian mendapat sedikit motivasi untuk menjaga dan memprogramkan hidup mereka seharian. Semoga dengan program tersebut mereka lebih berasa lazat berdampingan dengan ilmu pengetahuan daripada keasyikan dunia fana.
Sumber: " width="150" height="60">
Posted in Tokoh dan Sejarah | Edit | No Comments »
Flower And Butterflies
Posted by semut2comel on November 2, 2008
Istimewa di tujukan buat hati2 yg sedang berduka..
buat hati2 yg sedang bersedih..buat hati2 yg sedang menangis..
buat hati2 yg sedang kecewa..buat hati2 yang hampir berputus asa..
puisi ini istimewa buatmu.
Wahai hati2 yang sedang mendung..
Sapulah airmatamu..
bangunlah hadapi hari yang mendatang dengan tabah..
bukalah matamu..
beranilah mara kehadapan!
Wahai hati2 yang sedang suram..
Tabahkanlah hatimu..
kuatkanlah azammu dan bulatkanlah tekadmu..
berdirilah dengan keyakinan.
Hari ini mungkin kau menangis..
namun tidak bermakna selamanya kau akan menangis.
hari ini kau tewas, bukan bermakna selamanya kau tak akan menang.
hari ini kau jatuh, bukan bermakna esok kau tak mungkin akan terbang..
Jangan putus harapan. Jangan berputus asa!
Mungkin kau inginkan bunga…tp Tuhan kurniakan kaktus yg berduri..
Mungkin kau inginkan rama2…tp Tuhan kurniakan ulat..
Ketahuilah..dr duri2 yg tajam itu akan hadir bunga yg indah…
Dr ulat yg menggelikan itu akan wujud seekor rama-rama yg cantik..
Rahsia Tuhan..hanya Dia yg tahu..
Jangan berhenti berdoa…yakinlah hanya kpd Dia..
Kau berhak meminta dan merayu…menangislah…bermohonlah..
Hanya drp Dia, Tuhan yg Satu.
Posted in Tazkirah Harian | Edit | 1 Comment »
Anugerah Dan Kurniaan.
Posted by semut2comel on November 1, 2008
Dengan Nama Allah Aku Berlindung dr Syaitan Yg Direjam..
Bismillahirrahmanirrahim…
Indahnya Anugerah.
Segala puji bg Allah…atas kurniaan sempurna jasad dan pancaindera untukku..
“..dan semoga kamu bersyukur..”
Subhanallah..Tuhan anugerahkan pancaindera yg begitu indah untuk kita..mata, telinga, lidah, kulit dan hidung…dan aku ingin bicarakan tentang telinga..yer..telinga!!
tanpa telinga..kita tidak mampu mendengar kicauan burung..tanpa telinga kita tidak mampu mendengar desiran ombak menghempas pantai..tanpa telinga..kita tidak mampu mendengar indahnya suara sang bilal melaungkan azan..tanpa telinga..kita tidak mungkin mampu mendengar alunan merdu, bacaan ayat2 suci..’lagu’ yg paling indah dari kalam Allah..
tanpa telinga kita tidak mampu mendengar bebelan dan ngomelan ibu..tanpa telinga kita tidak mampu mendengar teguran dan amaran dari ayah..tanpa telinga kita tidak tahu apa fungsinya piano, drum, gitar, violin, rebana, gamelan, dan segala..
Betapa pentingnya telinga..dengan telinga ini kita mendengar..suara ibu memujuk kita supaya berhenti menangis suatu masa dulu..dengan telinga ini kita mendengar ayah menuturkan kata menunjuk jalan..dengan telinga ini kita mendengar sang guru mengajar mencurahkan ilmu..dengan telinga ini kita mendengar segalanya..Subhanallah…segala nikmat ini begitu indah dan aku cuma mendapatnya tanpa apa2 bayaran..
Tanpa membayar sesen pun..terasa betapa kerdilnya aku..betapa selama ini aku tidak mensyukuri dan menghargai nimat Tuhan..ya..aku tak perlu membayar dengan wang ringgit..namun aku juga tidak boleh alpa..laksanakan suruhan..tinggalkan laranganNya..benarkah aku sudah melakukannya? benarkah???Tuhan..ampunilah segala dosa ku..aku masih lagi hambaMu yg berdosa.
Kenapa Kita Ada Dua Telinga?
Tiap apa yg Allah ciptakan, tiada yg sia2..semuanya pasti ada hikmah yg tersendiri..biarpun sebesar zarah..Allah Maha Bijaksana. Persoalannya..kenapa telinga kita ada dua? letaknya di sisi kepala, kiri dan kanan? kenapa tidak satu? kenapa tidak di hadapan? kenapa yer..
Aku berpendapat..kerana Allah ingin kita lebih banyak mendengar drp bercakap..sebab itulah mulut kita satu..kerana Islam juga mengajar,
“bercakaplah perkara2 yg baik sahaja..ataupun diam!”
Maka sudah terang lg bersuluh..jgn byk berckp..perbanyakkanlah mendengar..pinjamkan telinga anda untuk dengar luahan hati mak, mungkin dia ingin mengadu kepenatan setelah seharian bekerja..pinjamkan telinga untuk sahabat mungkin dia dalam kesusahan dan kerungsingan..ade duka yg ingin dikongsi..
Jika Ingin Didengari..Kita Harus Mendengar.
Yup..dalam dunia ini, tiada yg percuma.. kalau kita asik menerima, lenkali kenala pulak memberi..barulah adil, kan? Allah ciptakan sesuatu pun selalunya berpasangan…so aku kapelkan telinga dengan lidah..telinga mendengar..lidah berkata2..
so dalam kes “demi cinta dan kedilan ni pulak” , aku berpendapat..jika kita asik berceloteh, mengomel, mengadu, meluahkan perasaan, bercerita, dan mcm2 perbuatan dengan menggunakan perkhidmatan dan bantuan dari anggota bernama lidah..maka kita juga tidak boleh kedekut berbakti dengan menggunakan perkhidmatan anggota bernama telinga pulak..sebagaimana kita ingin org lain mendengar luahan hati kita, begitu juga sepatutnya kita bersedia untuk mendengar org lain meluahkan perasaanya..diam..dan dengar, pinjamkan telinga anda, biarpun sekejap, biarpun butir cerita sang sahabat membosankan, susunan bahasa yg berterabur atau slang yg susah nk di fahami..tutup mulut dan bukalah telinga…dgn cara begini anda mampu membuatkan sahabat anda rasa di hargai dan tidak lagi rsa keseorangan…insyAllah…dgn cuma pinjamkan telinga dan kadang2 arahkan pandangan mata tanda anda mendengar, mampu membuat hati yg resah menjadi tenang, mampu membuat hati yg ingin menangis rasa di sayangi..
Mendengar Bukan Dengan Telinga.
Ilmu baru yg sedang aku cuba untuk dalami..tanpa mandrem..tanpa sihir..tanpa teknologi impan atau apa2 yang canggih manggih..yer..aku sedang ingin belajar bagaimana caranya untuk mendengar tanpa telinga…
Kenapa dan mengapa?
Kenapa…sbb kadang2 telinga salah mentafsir, spertimana mata selalu silap meneka..kadang2 apa yg kita lihat itu bukanlah apa yg sebenarnya..begitu juga telinga nih…sering jugak buat salah so aku sedang mencuba..mencuba..mendengar tanpa telinga..supaya aku mampu bercakap tanpa menggunakan lidah…lebih dr itu..antara telinga dan lidah..masih ade lg perantaraan lain yg lebih unik..mungkin lebih indah…
Penutup.
Pejamkanlah matamu…lihatlah aku sedang menangis. lihatlah aku sedang berduka. lihatlah senyumku ini yang tiada seri.
Tutuplah telingamu..dengarlah keluhan dan luahan aku. keresahan aku. kerisauan aku. dengarlah suaraku yg datang dari hati ini.
Dengarlah…bicara bisu yg datangnya jah dr lubuk hati.
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
[Novel & Filem] Ketika Cinta Bertasbih
Posted by semut2comel on October 27, 2008
Lanjutan kesan dari novel ayat2 cinta mendorong aku berjinak2 dengan sebuah lagi novel karya Habiburrahman..dukacita nak maklumkan..aku belum ada kesempatan untuk baca novel ini..belum di kurniakan masa yang lapang..apa bleh buat?
As well known, filem Ketika Cinta Bertasbih juga akan di tayangkan..audisi sudah dilakukan untuk memilih tonggak pelakonnya dan akhirnya 5 org tunjang utama sudah di pilih..dalam kelima2 yang terpilih itu, semuanya adalah bukan pelakon dan tiada pengalaman berlakon kecuali seorang sahaja adalah dari asalnya artis..
Untuk mengulas panjang mengenai cerita Ketika Cinta Bertasbih..aku tak layak sbb aku tak lagi membaca atau menonton..
Untuk di kongsikan kali ini..cuma sebuah lagi, OST dari filem itu yang telah mencuri hati aku…membuat aku tertarik…
Tuhan Berikan Aku Cinta.
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Okeh kpd sesiapa yg dah baca novel ni…kalu best silakan share supaya bg semangat kat aku memulakan pembacaan..tp klu kureng tu..diam2 je la ek..nanti aku ada masa aku bacalah..
Kpd sesiapa yg berminat utk donlod novel ini dlm versi indonesia..sila klik sini
Posted in Pengisian Jiwa | Edit | 3 Comments »
[Cerpen] Cinta Di Hujung Derita.
Posted by semut2comel on October 27, 2008
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti…
Part i
Syafiqah masih lagi melayan perasaan hibanya..di tepi jendela dia duduk termenung melontar pandangannya yang kosong menerawang entah ke mana. Lagu dendangan Nash sebentar tadi benar2 telah mencuit perasaannya..Saban hari sejak sekian lama,lagu ini sering berkumandang di jiwanya..betapa dia sekian lama menahan diri dari segala seksa dan betapa itu juga,dalam hatinya benar2 mengharapkan penghujung kisahnya juga berakhir serupa dengan kisah di dalam lagu ini…”suamiku akan berenang ke pelabuhan..dan mencari cinta yang sebenar iaitu aku..” betapa besar harapannya namun semuanya tinggal sebagai angan yang kosong..semuanya telah musnah..
Syafiqah benar2 tersentak..Dunianya di rasakan musnah setelah mendapat tahu kekasih hatinya Lokman menjalin hubungan dengan teman sekerjanya Kartika..Sudah 3 tahun mereka menjalin cinta namun setelah 3 hari berkenalan dengan gadis periang itu, segalanya berubah dalam sekelip mata..sedikit pun dia tidak jangkakan semua ini akan terjadi..masakan tidak, selama berkenalan dengan Lokman, dia di layan sebagai tuan puteri, pantang apa saja yang di sebut dari bibirnya, pasti saja akan di tunaikan oleh Lokman, dia benar2 yakin Lokman benar2 mencintainya seperti mana dia juga mencintai Lokman..
Part ii
Kartika hadir mungkin tepat pda waktunya..di saat Syafiqah sedang cuti semesta di kampung..hari pertama Kartika bekerja di tempat yg sama dengan Lokman, mereka sudah keluar makan tengah hari bersama2..Syafiqah masih ingat waktu itu die menelefon Lokman sekadar bertanya khabar, Lokman memaklumkan bahawa dia keluar makan bersama dengan Kartika officemate barunya dan utk mengelakkan Syafiqah berasa cemburu atau ragu, di hujung talian dia mendengar, “Tika, girlfren i nak ckp dgn u” lalu telefon di serahkan kpd Kartika..Syafiqah menyambutnya baik namun ekoran itu, demi mengingatkan Lokman agar jangan mudah sangat rapat dengan wanita, Syafiqah mencetus rajuk seperti selalunya..namun kali ini yang terjadi, bukan seperti selalu..Ia mengundang padah kepada hubungannya dengan Lokman..3 hari sahaja berkenalan, Lokman akhirnya ‘declare’ dengan Kartika..semuanya terjadi tanpa di jangka..Sekelip mata sahaja dia kehilangan Lokman.
Part iii
Atas rasa tidak percaya Lokman tidak lagi mencintainya dan kerana percaya dengan pujuk rayu Lokman untuk berubah setelah bernikah..akhirnya Syafiqah terima lamaran Lokman untuk mendirikan rumah tangga..entah apa lagi yang melintas di kepalanya saat itu juga dia tidak pasti..namun ketika mereka di masjid untuk majlis akad nikah dan sesudah sah bergelar isteri Lokman, Syafiqah juga tidak pasti kenapa dia sanggup terima lamaran Lokman..dia masih lagi ragu dengan apa yang dibuatnya kerana dia tahu Kartika sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkan Lokman..Syafiqah keliru namun dalam hatinya sematkan keyakinan yang satu, “jika Lokman sudah mengajaknya bernikah..itu tandanya Lokman sudah memilih aku dan semoga Kartika faham bahawa aku yang di pilih, dan semoga Kartika berundur..” itulah harapan Syafiqah..
Part iv
Angin petang menyentuh pipinya..namun Syafiqah masih lagi melayan perasaannya di tepi jendela itu..di hadapannya jelas kelihatan hamparan pantai yang luas terbentang..ombak menderu memuku pantai..namun Syafiqah masih lagi hanyut dalam khayalannya..Kenangan bersama Lokman yang pernah mencuri dan memiliki sepenuh hatinya..betapa demi Lokman yang dia cintai..betapa dia telah korbankan segala yang pernah dia miliki..betapa sakit dan pedih yang dia tanggungi demi memastikan Lokman masih lagi miliknya…
Banyak kenangan yang menyakitkan..terlalu pedih untuk di kenang tapi tak mudah untuk dia lupakan..Syafiqah masih lagi ingat, setelah hampir dua bulan bergelar isteri Lokman, dia disahkan hamil.. perasaanya benar2 bercelaru..pernikahannya yang dilakukan secara rahsia dan keadaan Lokman dan Kartika yang semakin teruk benar2 mencengkam jiwanya..sejak pernikahan, sekali sahaja Syafiqah melihat Lokman memakai cincin pernikahan, selebihnya di simpan rapi demi menjaga hati Kartika..betapa hancurnya hati Syafiqah..
Saat itu juga dia masih lagi bergelar pelajar di salah sebuah universiti.. betapa kusutnya dia saat itu, jika dah ada baby, sape nak jaga bila Syafiqah nak ke kuliah? Bagaimana dgn pihak universiti? Syafiqah menatap kalendar, bila kuliah bermula, bila cuti semester dan bila pula waktu di jangka bersalin. semuanya terancang kemas agar tidak di kesan pihak univerisiti..Namun sikap Lokman benar2 mengecewakan..Lokman akhirnya memintanya menggugurkan kandungan..Hati Syafiqah benar2 hancur namun demi Lokman dan juga kerana memikirkan masa depannya yang kabur, Syafiqah akur..
Part v
Mengenangkan dosanya di masa lalu..airmata menitis di kedua belah pipinya..Syafiqah benar2 kesal namun semuanya sudah terlewat..masa juga tak mungkin akan kembali..Syafiqa menyeka airmatanya..Benar, dia sudah banyak berkorban untuk Lokman namun sedikit pun Lokman tidak hargainya..sehari sesudah menggugurkan kandungannya, Lokman meninggalkanya terkontang kanting 3 hari tanpa berita untuk bersama dengan Kartika..hatinya benar2 hancur luluh..sakitnya hanya Allah saja yang tau..airmata kini tiada nilainya..Syafiqah benar2 terseksa..betapa jiwanya di dera hebat..betapa kejamnya Lokman dan Kartika..
Suamiku..bukan istana emas yang aku idamkan..cuma sebuah tempat yang istimewa di hati mu yang aku harapkan..
Bukan intan berlian yang aku mahukan..Cuma secebis kasih yang tulus ikhlas yang aku inginkan..
Bukan ucapan cinta penuh madah yang aku dahagakan..cuma sebuah penghargaan dan penghormatan yang aku tagihkan..
Kerana kau lah suamiku, di telapak kakimu letaknya syurgaku dan pada aku kaulah segala-galanya..
Part vi
Jiwa Syafiqah terseksa hebat..bukan sedikit dia di uji..sikap Kartika yang selalu ingin menang dan sanggup berbuat apa sahaja juga sering meruntun hati Syafiqah..betapa sering Kartika mereka cerita dan mengadu kepada Lokman hingga akhirnya Syafiqah yang di tengking, semuanya menjadi rempah ratus penambah perisa kehidupan Syafiqah semenjak bergelar isteri kpd Lokman..Kartika memainkan peranannya sebagai perempuan perampas dengan jayanya..”Lokman tidak cintakan kau!dia cintakan aku!Lokman beritahu yang dia bernikah dengan kau kerana kasihan, dan dia akan ceraikan kau setelah kau habis pengajian” SMS yg di terima dr Kartika benar2 menyentuh hatinya dan dia juga yakin..seburuk2 Kartika, Kartika tidak akan main2 dengan soal nikah cerai…Sejak itu juga Syafiqah mula membuang Lokman sedikit demi sedikit dari hatinya..peristiwa Kartika datang menggila saat Syafiqah dan Lokman beristirehat juga mengganggu gugat ketenteraman hatinya…petang itu Kartika datang ke rumah setelah sehari tidak berjumpa dengan kekasih hatinya..mungkin melihat Lokman sedang bergembira bersama isteri, Kartika mula hilang kewarasan..dia mula menangis seperti orang yang hilan kewarasan..
“You cakap U nak ceraikan dia..ceraikan dia sekarang..” tangis Kartika di hadapan Syafiqah dan Lokman..Lokman hanya mampu memandang Syafiqah dan Kartika bersilih ganti..”Honey tengok macamane Tika, dia penah nak bunuh diri bila i cakap i nak tinggalkan dia..if u kat tempat i u akan buat apa?” di hadapan kedua wanita itu Lokman mengajukan soalan kpd isterinya..Syafiqah masih lagi berlagak biasa, dan Kartika sedang teresak2 menangis..”Ok..kalau u nak dia, u ceraikan i..” Syafiqah mula bersuara..”Honey, u tak faham ke? i takkan ceraikan u..” Lokman pula membidas..tangis Kartika mula menggila..
“Sya..kalau u nak tahu..i dah dua kali gugur kandungan anak Lokman..” Kartika kembali bersuara dalam esakan..Jantung Syafeqah seolah2 berhenti berdegup..lututnya terasa lemah..pantas mengalihkan pandangannya ke arah Lokman..Lokman diam tanpa sebarang kata..dalam hati Syafiqah berharap agar Lokman menafikannya namun semuanya sia2..betapa hancurnya hati Syafiqah, hanya Tuhan saja yang tau..namun dia masih lagi berlagak biasa..”Sya..i sanggup jadi madu u..i pun nak jadi isteri Lokman” Kartika masih lagi menangis lantas memeluk kaki Syafiqah..tidak selesa dengan situasi itu, Syafiqah tunduk lalu memujuk Kartika bangun..Syafiqah menyeka air mata yang menaglir di pipi Kartika..”i tak kan bermadu, tapi kalau Lokman pilih u, i tak kisah..” Syafiqah masih lagi dengan pendiriannya..”Honey..” Lokman pula menyampuk..Argh!!semuanya kusut dan akhirnya dalam tangis Kartika berlalu..kononnya pasrah jika benar Lokman sudah memilih Syafiqah..dalam tangisan dia berlalu dan Syafiqah serta Lokman kembali masuk ke dalam rumah..di dalamnya, Syafiqah cuma diam, tidak mengungkit sepatah kata pun namun hatinya benar2 hancur luluh..Lokman sempat memuji..”I bangga dengan u..u maintan cool and now u pun tau kan kartika tu mcmane?”..Lokman memuji namun semuanya di rasakan tawar..hati Syafiqah benar2 sudah hancur berkecai..beberapa jam kemudiannya…Telefon Syafiqah berbunyi kerana Lokman off kan henfonnya..rupanya pihak klinik ingin Lokman menjemput Kartika yang di jumpai pengsan di bawah bangunan rumah kami..owh..benar2 drama cerekarama..
Part vii
Henfon berbunyi mengejutkan lamunan Syafiqah..
“Assalamualaikum..”sapa Syafiqah.
“Waalaikumussalam..Sayang sihat?” suara di hujung talian berbunyi..
“Alhamdulillah..Abang?” soal Syafiqah kembali..
“Alhamdulillah..Sayang nangis ke?” soal suara di hujung talian pula..Syafiqah tidak terus menjawab, malah diam membisu..
“Sayang masih fikirkan kenangan lepas yer? Sayang, usah di kenang cerita lama k..semuanya sudah berlalu dan sepatutnya ia tidak akan menyakiti sayang lagi..kita hidup hari ini untuk hari esok, ingat tu..” pintar menangkap riak suara isterinya, Iqmal segera memujuk.
“Sya minta maaf abang, sya tak sepatutnya buat abang risau..sya ok jer..tangisan ini, tanda syukur kerana abang sudi menerima sya seadanya, tanda syukur kerana Allah beri sya peluang untuk kecapi kegembiraan bersama abang..setelah sekian lama sya menderita..terima kasih abang..” ikhlas dari hatinya kata2 itu meluncur di bibirnya..
“Abang pun bersyukur kerana punyai isteri sperti sayang..Allah Maha Adil dan Allah Maha Bijaksana..abang takkan biarkan sayang rasa walau sedikit pun sakit seperti dulu lagi yer..i have gud news for u..cuba buka pintu sekejap..” suara Iqmal sedikit ceria..
Tanpa sempat menjawab, Syafiqah segera berlari2 anak menuju ke pintu rumahnya..setelah pintu di buka, betapa girangnya hati Syafiqah melihat kelibat suaminya sedang berdiri bersama sejambak bunga mawar..
“Abang..i love u..” Syafiqah menyambut tangan suaminya lantas mengucup tangan suaminya..Iqmal membalas lembut dengan sebuah kucupan singgah di dahi isterinya..”yes i know..i love u more than u love me..i hope u knew it..” Balas Iqmal sambil mencuit hidung isterinya..Syafiqah tersenyum manja dan mereka seiringan menuju masuk ke rumah..
Sebuah Misteri.
Begitulah misterinya sebuah kehidupan..betapa Syafiqah bersusah payah mempertahankan rumahtangganya bersama Lokman namun jika sudah tertulis dalam suratan hdupnya bahawa dia milik Iqmal..maka perancangan Allah jua lah yang paling nyata..Mungkin jodohnya bersama Lokman ada tapi bukan jaminannya jodoh itu berpanjangan..Syafiqah akhirnya nekad menuntut cerai dr Lokman setelah Lokman mengambil sikap lewa kerana tidak hadir di majlis pengebumian ayah Syafiqah..sedangkan 2 bulan sebelum itu, ayah Lokman juga meninggal dunia dan Syafiqahlah yang paling setia bersama Lokman dan keluarga..setia bersama ibu Lokman, menenangkan ibunya dan memujuk adik2 Lokman yang masih kecil..
Betapa sepenuh hati yang ikhlas, Syafiqah setia di sana..walau Kartika datang membuat drama, di kenduri tahlil mencetus drama dengan membongkarkan hubungannya dengan Lokman..membongkarkan kpd semua saudara Lokman betapa dia sudah 2 kali keguguran..
Kartika juga memaklumkan kepada semua orang bahawa Lokman sudah berjanji akan menikahinya..namun Syafiqah masih setia di situ dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai isteri kpd Lokman, sebagai anak kepada ibu Lokman dan sebagai kakak untuk adik2 Lokman..kenapa bila saat dia juga di rundung musibah yang sama. Lokman bersifat mendiamkan diri?Tiadakah sedikit rasa belas atau rasa bertanggungjawab untuk seorang Syafiqah yang juga isterinya?
Owh..Syafiqah seolah2 terjaga dari sebuah mimpi yang ngeri..dia menarik nafas panjang2..semua kenangan lama masih lagi belum mahu berhenti menjenguk kotak mindanya..Syafiqah menarik nafas sedalam-dalamnya..
Keuzuran Lokman untuk menghadirkan diri ke majlis pengebumian arwah ayah Syafiqah seolah-olah menyedarkan Syafiqah dari angan yang mustahil..Di sebalik duka dan hiba akibat kehilangan ayahanda tersayang..dalam itu juga Syafiqah bersyukur kerana Tuhan mengatur semuanya dengan penuh bijaksana..ada hikmah yang tersembunyi..di sebalik airmata menangisi kedukaan, akan ada bahagia yang menanti..
Pemergian arwah ayah dan sikap tidak acuh Lokman mungkin petunjuk dr Allah, supaya Syafiqah berhenti bersabar, supaya Syafiqah membuka matanya..Lokman tidak layak untuknya dan dia lebih berhak mencintai dan di cintai oleh insan lain yg lebih berhak..yang pasti ianya bukan Lokman..Syafiqah nekad dan akhirnya mereka sah bercerai..
It’s been the longest winter without you
I didn’t know where to turn to
See, somehow I can’t forget you
After all that we’ve been through
Going, coming
Thought I heard a knock
Who’s there? No one
Thinking that I deserved it
Now I realize that I really didn’t know
If you didn’t notice, you mean everything
Quickly I’m learning, to love again
All I know is, Imma be okay
Thought I couldnt live without you
It’s gonna hurt when it heals too (oh yeah)
It’ll all get better in time
Even though I really love you
I’m gonna smile ’cause I deserve to (ooh ooh)
It’ll all get better in time
I couldn’t turn on the TV
without something there to remind me
It wasn’t all that easy
to just put aside your feelings
If I’m dreaming
Don’t wanna laugh, hurt my feelings
But that’s the path, I believe in
And I know that, time will heal it
If you didn’t notice boy you mean everything
Quickly I’m learning, to love again
All I know is, I’m gon’ be okay
Thought I couldn’t live without you
It’s gonna hurt when it heals too (oh yeah)
It’ll all get better in time
Even though I really love you
I’m gonna smile ’cause I deserve to (ooh ooh)
It’ll all get better in time
Since there’s no more you and me (no more you and me)
It’s time I let you go so I can be free
And live my life how it should be
No matter how hard it is, I’ll be fine without you
Yes, I will
Thought I couldn’t live without you
It’s gonna hurt when it heals too (oh oh oh)
It’ll all get better in time (oh oh ooh)
Even though I really love you (you)
I’m gonna smile ’cause I deserve to (yes, I do)
It’ll all get better in time (oh oh yeah)
Thought I couldn’t live without you
It’s gonna hurt when it heals too (yeah ah yeah)
It’ll all get better in time (ooh ooh oh)
Even though I really love you
I’m gonna smile ’cause I deserve to (ooh ooh, yes)
It’ll all get better in time
Benarlah..masa mampu merawat duka di hati..Syafiqah memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi..Segala duka lama menjadikan dia wanita yang tabah dan kental. “Hero dies once!”.. Pengalaman yang paling perit yang tercatat dalam perjalanan hidupnya di kutip dan si simpan rapi..Syafiqah benar2 pasrah dengan ketetapan Ilahi untuknya..Dia terima segala yang berlaku sebagai qada’ dan qadar untuknya..
Bahagia Di Hujung Derita.
Tiga tahun menyendiri, di himpit perasaan trauma dan kecewa, akhirnya takdir Tuhan menemukan Syafiqah dengan Iqmal..Rahsia jodoh yang hanya Allah yang Tahu..Suratan hidup yang penuh rahsia dan Alhamdulillah, di hujung derita, Syafiqah bertemu cahaya kebahagiaan.
Sesungguhnya Syafiqah sedar, cinta sesama manusia tidak ke mana..cinta yang boleh layu bila2 masa sahaja…begitulah yg terjadi antara dia dan Lokman..namun berbeza dengan Iqmal..Syafiqah yakin..Iqmal mencintainya kerana Allah dan dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Iqmal yang banyak membimbingnya dekat kepada Allah..
“Abang..i love u..”
“Yes i know dear..But i love u more than u love me..i hope u knew it..”
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sesungguhnya..cinta kepada Allah dan cinta kerana Allah adalah cinta yang paling indah..
Posted in Karya Kreatif | Edit | 1 Comment »
Jangan Marah.
Posted by semut2comel on October 24, 2008
Warning dan amaran keras: 18PL.
Post kali ini mungkin mampu mengakibatkan kecederaan dan gangguan kpd mental anda yg membaca maka sebelum terlambat..tolong jgn baca kalau mental anda tak berapa nak tabah terhadap kata2 dan bahasa yng kasar serta tak biasa menghadapi cacian dan makian.
Once again, please dont try this neither at home, at school, at the office nor anywhere else, at the toilet maybe ok but u must make sure that u r alone la..dan suka aku ingtkan, ape2 kesan dan akibat yg tercetus dr bacaan post aku kali ni, sorry to say aku x nak bertanggungjawab yer..not my fault!i’s yours sbb aku mmg dah awal2 dah warning..
Ngee~ mcm poyo jer..sebenarnya nak megalihkan perhatian diri sendiri dr post dwilogi sebelum nih bab2 jiwang tuh..so..proudly present..
Yg Indah Itu Bahasa.
“relax ar bro..lu ckp ape ni bro…tak baik ar lu tuduh2 gua..impression ape lu ckp ni? Kalu betul gua salah gua mitak maaf la bro..tp klu lu yg ada problem baik lu bilang sama gua la..kot2 gua boleh tolong..”
Cuba gantikan ayat di atas dengan ayat ini..
“Astagfirullahalazim..mengucap bang..beristighfar byk2..fitnah orang tu berdosa bang, tapi kalau betul saya yang bersalah, saya minta maaf byk2 dgn abang, mungkin khilaf saya yg saya tak nampak..tapi jika abang yang ada masalah, tolong jgn segan berkongsi dgn saya..insyaAllah setakat termampu..saya akan tolong abang..dengan izin Allah bang..”
Imagine kalau ada org ckp dgn bahasa cmni ngn u all? Apa perasaan u all? Kasar kemain kan yang first tu? Dan tahukah korang, bile kite marah biasanya akal dah x boleh berfikiran dgn waras dan selalunya apa yg keluar dr mulut saat kita tengah marah biasanya no point dan selalunya boleh menyakitkan hati org yg mendengarnya..
“hati yang sakit mudah menyakitkan hati insan yg lain”
“terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya”
“kerana mulut badan binasa” ada yang kasar, ada yg sedang2 dan ada yg berhikmah..mana satu yang korang prefer agaknya? Dan ketahuilah..apa yang kita suka, itu jugak yg org lain suka dan klu kita tak suka di maki, org lain pn sama, tak suka di maki..maka, sebelum berckp sesuatu yg menyakitkan hati org, fikir dulu..
Dalam ketiga2 contoh cara bercakap kat atas,
”kalu org ckp cmni kat aku..apa perasaan aku yer?”
Dan jgn lupa juga kisah paku di dinding..walaupun paku sudah di cabut tp lubangnya pada dinding tetap akan berbekas dan begitu juga bila kita marah dan berckp kasar, walaupun org itu sudah memaafkan kita namun jauh di hatinya pasti masih lagi terkesan akibat kata2 kasar kita dan akan melekat sampai bila2..maka selagi boleh dan kalau boleh..silalah kawal kemarahan kite..dan kalu tak boleh jugak, di bawah nih ada tips utk melepaskan kemarahan.
Cara2 Melepaskan Kemarahan.
Nasihat aku, kalau boleh redakan dulu kemarahan tu..cmne cmne pun..tp klu tak boleh jugak..ada caranya untuk melepaskan kemarahan..
Cara pertama..tulis dalam sehelai kertas..sepuluh atau seratus helai tak kesahla tertakluk kpd tenaga kuasa kuda tangan korang dan kemampuan poket korang utk beli kertas..tulis la apa yg korang nak tulis..mungkin lagi afdal klu korang tulis guna dakwat merah..dah abis tulis tu..kertas tu korang boleh la koyak2 atau ramas renyuk renyukan..buang ke campak ke terserah..ataupun kalu rasa nk telan pun boleh jugak tp kalu korang kong sbb tercekik itu aku tak jamin la yer..
Cara kedua pula adalah dgn menyepak dan menerajang segala benda yg korang boleh terajang..tapi jgn pulak buat kat harta org lain..jgn jadik vandalisme..itu tak boleh, dosa! Kalu nak musnahkn harta, make sure harta tu korang yg punya, nak baling henpon ke..nak pecahkan pinggan mangkuk ke, nak pecahkan tingkap kete ke, nak pecahkan pintu umah ke..no hal as long as sume tu harta korang..tp segala kerugian atau kesakitan akibat kerja2 memusnah itu, sendiri tanggung la yer..
kalu nak save budget, sesape yg duk kt kampung bleh la sepak2 batang pisang..tapi kesianla pisang tu..makhluk Tuhan jugak tuh..baik jgn..korang buat sand bag (xtau la apa nama menatang nih..yg org sepak2 dn tumbuk2 time latih boxing tuh..ape eh?)..sepak yg ni bagus jugak..tak pun korang yg ayu lagi manja, yang ada teddy bear, or bantal pun bleh guna..cubit2 teddy bear, sepak2 teddy bear tu pun tak pe gak..mana2 yg sesuai la kan..tgk keadaan dan kemampuan korang lah..once again kalu patah kaki jangan sekali2 cari aku..
Cara ketiga..bukak radio kuat2..speaker yg paling besar tak pun letak speaker dalam tempayan..lol.bukak lagu2 yang best la..nyanyi sekali..jerit kuat2 lepaskn perasaan..kalu nak menari pun boleh tapi make sure korang tak mengganggu rakan serumah atau jiran2 yer..silap2 karang kena baling ngn tong gas itu lu punya pasal lah..gua tak campur..lu tanggung la sedirik yer.
Yg aku tgk kt tv..bile derang stress, derang jerit kuat2 kat airport..hurmm..aku pun belum cuba lg nih…agak menarik jugak..tp kang niat nak jerit berubah jd pekak telinga atau pecah kotak suara, bala pulak tmbah satu masalah..huhu..kensel la dulu niat nie..tp tgkla kot2 kalu one day jodoh aku ngn pilot ke, ngn steward ke kan, sape tahu?Oh~!!
Cara keempat..kalu korang kuat dan tough , korang bleh jer sepak dan terajang org yg buat korang marah tu..ramai orang buat cmni.. atau kalu korang pandai bercakap, petah membidas..maka marahla org tu balik..ramai gak org wat cenggini..biasalah bila dh marah, dah tak bleh fikir dgn waras so mulalah bertindak di luar batasan dan melanggar moral..cara ini paling tidak di galakkan!
Cara kelima..cara yang paling cool dan macho…diam, genggam tangan dan menangis…yang ni aku no komen..ckp byk pun tak guna..Wohoo~!!
Last but not least..cara yang paling afdal…adalah..tahan kemarahan itu dgn cara2 yg telah aku list downkan di bawah nih..
Bagaimana Nak Tahan Kemarahan?
Rule pertama diam dan jangan bercakap. Sbb biasanya bila kita tengah marah perasaan akan menguasai minda dan akal kita. Maka kita jarang dpt membezakan mana yg baik atau mana yg buruk.
Dan jika kita terus bercakap, kesannya mungkin akan menyakitkan hati org yg mendengar atau menampakkan personaliti kita yg buruk kpd org lain sekaligus mendedahkan kelemahan kita..menampakkan kebodohan dan ketidakmatangan kita…so, diam itu jauh lebih baik dr berkata2 perkara yg tidak mendatangkan kebaikan. Dan kalau boleh senyum, maka senyum juga mampu mengatasi sifat marah..tarik nafas panjang2..
Rule no dua..menjauhkan diri dari benda/org yg menyebabkan anda marah..jika boleh, minta izin untuk berundur..dan terus keluar dr kelompok yg menyebabkan anda marah..jika makin lama anda di situ, perasaan marah anda mungkin akan tambah berapi dan berasap dan mungkin akan tercetus pergaduhan yg maha hebat..so, sebelum terlambat….pegi la jauh2..
Rule no 3..jika mmg xde tempat bleh lari..duduklah jika kamu marah..bila dah duduk, tubuh akan rasa sedikit lega/tak stress dan akan mempengaruhi minda dan mungkin juga adrenalin dlm tubuh (huhu..meneka saja) insyaAllah ini dapat meredakan kemarahan..
Jika duduk tak dapat redakan kemarahan..maka baringlah..insyaAllah dapat menghalau kemarahan..jika tak juga reda..maka pergilah mandi..sejukkan badan..lagi senang kalau mudah tidur..tidur saja takyah pikir apa2..buat peta dunia mengikut citarasa anda..haha!
Paling mujarab jika bila kita marah, segera beristighfar dan selawat ke atas nabi..segera amek wuduk,, kemudian boleh buat solat sunat or boleh juga membca Quran..insyaAlllah, cara ini adalah kaeadah yg paling berkesan dlm menangani kemarahan.
“maaf adalah penawar yang terindah”
“balaslah kejahatan dgn kebaikan, insyaAllah musuh mampu menjadi kawan yg paling baik”
“kenapa sukar memaafkan? Sedangkan Allah Yg Maha Pencipta juga ampunkan dosa hambaNya..sedangkan Nabi juga ampunkan ummatnya..kita nie siapa?”
Bila Sudah Memaafkan
Ada juga orang yg mudah memaafkan tapi sukar melupakan dan ada juga orang yang sukar memaafkan tapi mudah melupakan…korang tergolong dalam yang mana?
Whatever it is..bila kita sudah memaafkan, seboleh mungkin, kenangan silam yang pahit tolong jangan dikenang semula..kalu di kenang seolah2 menghalang kita dr melupakan..
“oh! luka lama berdarah semula..”
“Buang semua kenangan pahit..”
“Buang yg keruh ambil yg jernih”
Ganjaran Orang Yg Memaafkan.
First of all aku nk mintak maaf sbb aku ingt2 lupa cite nie..tp lebih kurang cmni laa..Nabi pernah gtau para sahabat..”Pemuda ini dijamin di kurniakan ganjaran syurga” smbil menunjukkan ke arah seorang pemuda..maka sahabat pun nk tau la apa amalan pemuda tu hingga dpt jaminan syurga..
So ada sorang sahabt g umah pemuda tu, minta izin utk bermlm, dan tgk apa ibadat pemuda tu..tgk yg lain semuanya biasa sahaja kecuali..sebelum dia tidur, dia memaafkan semua org yg pernah buat salah dgn dia..cmtu la amalan dia tiap kali sebelum tidur…al itulah al lebih kurang..see? betapa besarnya ganjaran pahala utk org yg memaafkan?so..korang tak nak ke?hurmm..
Akhir Kalam.
Aku juga manusia yang banyak kelemahan dan kekurangan..aku juga manusia yang sedang berusaha memperbaiki diri..yang baik sememangnya datang dari Allah dan mana yang buruk sememangnya kekhilafan aku sendiri..
“utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia”
Posted in Tazkirah Harian, Tinta dan Pena | Edit | 2 Comments »
Adik, Perasaan Bukannya Boleh Dipaksa.
Posted by semut2comel on October 23, 2008
Bismillah..
Harap maklum, cerita kali ini adalah kesinambunagn dr post yg sebelum ini..sequel drp topik “Kak, perlukah cinta?”. Wohoo! aku kini dah mcm seorang doktor cinta la pulak yer…jap g bleh jd pengganti Dr. H.M Tuah gamaknya aku nie..hehe..xpe2, itu mungkin, why not kan? cuma utk menjadi seperti Dr Ismail Thambi(kot..betulkn aku klu aku salah), itu mmg mustahil..
Teka-teki dan Jawapan.
“Akak ni senang je ckp, itu tak boleh, ini tak boleh, akak tau kan, soal perasaan ni bukannya boleh di paksa..konon je tak boleh cinta sebelum nikah, macamla akak dulu tak pernah muda, macam la akak tak pernah bercinta!”
Wohoo!..pedas jugak nie, cmne yer nak jwb eh..dh terkena batang hidung takkan aku nk tipu pulak yer..dosa tuh…kot ye pun adik2 tu tak tau cite aku, kisah silam aku, tapi Tuhan Maha Tau..hurmm..aku nk tipu sape? budak2 tu?whow…bukan depa yg tentukan syurga neraka aku..bukan depa yg anugerahkn pahala atau dosa utk aku..so?hurmm…
“Jika berbicara itu perak, diam adalah emas”
“Berkata-katalah yang baik2 sahaja ataupun diam”
Ngee…ade lesen utk aku diam or in other hand, tak ckp pun xpe la kn..lagipun, depa pun satu hal, Tanya soal2 cinta, soalan2 tentang perasaan kt mod iluvislam..kalu web iluvyou ke, kalu web bicara hati ke, web dari hati ke hati ke, web my jodoh ke (rekaan semata2) logic jugak… dah tu, aku nk jwb cmne nie? Cmne nk jawab?
“Adik, akak pernah jatuh sekali dan akak tak nak adik pula jatuh di tempat yg sama pernah akak jatuh”..
“Adik, pengalaman itu guru yg paling bijaksana tp akak tak mahu adik mengalami sesuatu yg memedihkan semata2 utk berguru, akak tak keberatan kongsikn pengalaman akak, supaya kita dpt berguru dr pengalaman yg sama”
“Adik, soal hati dan perasaan bukan boleh di buat main, bukan semudah ABC untuk kita nafikan atau tidakkan.. tapi kita mampu memimpin hati kita agar tidak terdorong dan terjerumus dlm kesakitan”
“Adik, cinta itu indah, lagi indah jika cinta itu cinta kpd Allah dan cinta kpd mereka yg berhak mendapatnya”
“Adik, cinta adalah suatu yang hidup..untuk bercinta kita kena menjaganya dengan baik, kita kena membelainya dan jika tersilap langkah, bila2 masa juga cinta akan mati..kecuali cinta pada yang Satu, iaitu Allah swt.”
Pengalaman Mendewasakan.
Seriously aku agak terkilan kerana lambat menyedari hakikat cinta sebelum pernikahan adalah tidak dibenarkan dalam Islam.(lmbat bertemu iLuvislam)…ajaran agama yang tidak kuat dan dikelilingi dengan persekitaran yang ‘menghalalkan’ couple..waktu itu, aku sedikit pun tak pernah merasa bersalah kerana bercinta..astaghfirullahalazim..
mungkin kerana tiada pendekatan dan tiada siapa yang mengingatkan..aku pernah menjadi remaja dan aku juga pernah bercinta. Mungkin Tuhan sengaja inginkan aku berbuat salah, dan kemudian merasa sakitnya akibat dosa itu dan kemudiannya sampaikan kpd adik2 aku yg kini sedang muda remaja..Mungkin itulah hikmahnya..
Aku pernah tersilap langkah dan aku berharap, adik2 aku tidak mengulangi kesilapan yang sama dan seterusnya menyesal seperti apa yg aku rasai sekarang..setakat termampu..akan aku sampaikan, walau sepatah ayat..insyaAllah.
“bercintalah dengan mereka yang berhak memiliki cintamu, bahagialah kamu di dunia dan akhirat”
Posted in Tinta dan Pena | Edit | 2 Comments »
Kak, Perlukah Cinta?
Posted by semut2comel on October 21, 2008
Mula2 terfikir nak cite topik ni..ada rasa mcm geli2 jugakla..haha!dah bukan musim utk aku yg dah agak berusia ni bercerita tentang soal hati which is CINTA~OMG..apa yer aku nak tulis agaknyer nih…hurmm..my mind run and running..think and thinking..td masa mula2 terlintas nak menulis, ide berlimpah ruah..tp bile start menulis, mcm biasalah..semuanya lari lintang pukang tinggalkn aku sengsorang terkebil2..haih..
Idea Tentang Cinta.
Sejujurnya aku terfikir pasal topik ni sbb terkenangkn kejadian/peristiwa yg sering terjadi di ruangan forum di portal kesayangan aku..sedar tak sedar dah dekat 6 bulan aku berkenalan dgn web tercinta ini dan hampir 5 bulan jugak aku jadi mod di situ..
Sesuatu yang memualkan dan menjengkelkan bg aku..masa mula2 bertugas sebagai mod adalah apabila user sering membuka thread baru iaitu thread ulangan dan lagi satu yang paling aku tak tahan adalah membuka thread CINTA/COUPLE…sedangkn dah jelas terang2an di etika/peraturan forum…
“anda dilarang membuka thread baru berkaitan couple tanpa izin mod”
tapi selalunya depa buat2 tak nampak dan sesuka hati buka lg dan lagi hingga pernah satu time, aku mmg dah hilang sabar, pantang nmpk bab2 jiwang, soal hati, terus saja lock tanpa belas kasihan..
“owh..kejam jugak aku nie..haha!”
dan climates nya..ada user membuka thread baru pula..
Antara Dakwaan.
entah lah susah nak faham, kenapa topik cinta juga yg menjadi pujaan hati
Adakah kita lupa bahawa, apabila nabi Adam A.S berada di dalam syurga, beliau mempunyai segala2nya yg tidak dpt kita bayangkan, tetapi beliau masih rasa kesunyian? lupakah kita cerita itu? Sedangkan kita di cipta berpasangan, bukankah begitu? So apakah yg hendak di hairankan?
Jangan kita fikir, semua di luar sana sama macam kita, semua boleh mencapai cinta yg tertinggi, iaitu cinta pada Allah, kerana banyak remaja kita di luar sana masih goyah pemahaman mereka terhadap Islam, apakah yg perlu kita lakukan sebagai pendakwah muda?
lupakah anda yg web site ini namanya adalah iluvISLAM..bukanlah iluvYOU..haih.
Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have not seen how the Prophet shade thier blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do we call that then?
Think young preacher!! Think!! Others are preaching love, and we are preaching hatreds among us.
Only Allah knows best,
mr X.
Aku Menakwil
kesalahan pertama:mungkin bahasa yg digunakan agak kasar..maaf..ini bercanggah dgn etika forum..tetapi..apa yg disampaikn oleh saudara/i adalah benar dan tepat sekali..peraturan forum melarang topik yg sama di buka berulang kali..dan untuk topik mengenai couple..hendaklah meminta izin moderator dahulu..jika tidak, tak usah di buka..(jelas di nyatakan di page utama:tulisan warna biru buat msa ini..:) )
Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have no not seen how the Prophet shade thier blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do you called that then?
adakah anda yg berkata2, pernah klik butan ini?
have you?di sini..link mengenai cinta dan couple sudah TERLALU banyak..kata2 saudara/i seolah2 menuduh kami menidakkan rsa cinta sesama manusia sedangkn sebenarnya kami telah memberi banyak peluang utk membincangknnya..malah melimpah ruah..
tolonglah..tolong patuhi etika dan peraturan forum…luangkn sedikit masa, baca dan fahamilah..manfaatkn butang search..:)
segala salah dan silap harap dimaafkan. wassalam..^^!)
…dan banyak lagi..boleh rujuk link yg aku kasik.
Kenapa Ada Cinta?
Tak cukup dgn membuka thread baru, kadang2 ade jugak user yang PM dan YM meminta pandapat aku tentang cinta..masalah cinta..ada jugak yang emel..susah juga bg aku nak jawab..al maklumlah dah bukan musim/mood ingin bercinta..so nak jwb setiap satu persoalan pun kadang2 rasa tak ihlas..(sorry…skang dah insaf dah..hehe)
Kenapa cinta?
Mungkin kerana zaman remaja adalah zaman yg paling optimum, paling sesuai dan paling masak ranum untuk bercinta..tgk pulak rakan2 sekeliling..semuanya berteman, semuanya berdua.. semuanya bercouple…maka perasaan ingin tahu membuak2..
“aku pun nak rasa cmne bercinta, cmne ade boifren..cmne ade gulfren..nnt klu tak suka, bleh clash bila2″
agaknya itulah yg kebanyakan remaja rasakan…inkuiri yang tinggi..perasaan ingin tahu, ingin mencuba dan ingin merasa..namun akhirnya menjerat diri bila soal hati dan perasaan menjadi taruhan..lagi menyedihkan apabila maruah dan masa depan diperjudikan bila sudah mabuk cinta..bila sudah hanyut dalam cinta..mata dan hati menjadi buta… org ckp apa pun dah tak guna, dah tak makan saman..semuanya kerana cinta..
“buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan”
Kenapa Cinta?
Mungkin juga kerana pengaruh tv dan movie..setiap cerita dan kisah yg terpapar di tv dan vcd, semuanya pasti di selitkn dgn kisah2 cinta..paling tak leh lawan cite hindustan laa..cikgu kaunselor aku masa sekolah dlu pernah ckp..
“kalu bleh takyah tgk cite hindustan..byk berkhayal..nnt awak pun turut sama berkhayal”
Wohoo!..mungkin jugak betul..berkhayal sekali..depa menyanyi dan menari kat dlm tv..kite kat depan tv pn rasa nk joget sekali goyang2 kaki..iya tak? rasa terbuai sekali, oh..indahnya cinta!..dan bila depa sedih, tup3 kite kat depan tv nie pun turut sama meleleh air mata…kan? kan? huhu!seperti aku jua ada pengalaman serupa..
Kenapa Cinta?
Mungkin juga kerana fitrah semula jadi manusia..yang di ciptakan berpasang-pasangan..seperti juga adam yang hidup bahagia di syurga..semuanya sempurna..semuanya ada di syurga namun adam tetap juga kesepian..lantas Allah ciptakan Hawa untuknya..sebagai peneman hidup..dan hakikatnya, kita anak cucu nabi adam juga tka lari dr perasaan yang sama..tuntutan hati yg ingin di sayangi dan menyayangi..
“oh..indahnya cinta~!!”
Teringat puisi yg aku cipta suatu masa dulu..
Cinta..putiknya rindu sudah menyakitkan, apatah lagi bila ianya kembang lalu layu..kelopaknya gugur ke bumi satu persatu…”
Hurmm..jiwang bleh tahan jugak aku nih..but..well…love is pain..dan makin kuat kita sayangkan seseorang itu, makin kuat juga perasaan takut kehilangan..bukankah bila kita cintakan seseorang, akan ada rasa rindu? dan rindu kpd sesuatu yg bukan milik kita, bukankah ianya menyakitkan? selagi dia tidak melafazkan ucapan ijab dan kabul..selagi dia tidak melafazkn akad..maka dia bukanlah milik kita dan kita juga bukan milik dia..maka untuk apa rasa cinta itu? untuk apa rasa rindu yang menyakitkan itu? tiada gunanya..
Cinta Kerana Allah
Ana uhibbuka fillah..aku mencintainya kerana Allah…Alhamdulillah jika ianya benar..tapi banyak mana yg mampu mencintai seseorang kerana Allah..mampu menyintai Allah lebih dr org yg dia cintai? jika anda tidak mampu untuk berbuat demikian..maka batalkan dulu niat untuk bercinta…
“cinta itu manis dan indah namun cinta itu juga mampu menjadi racun yg membinasakan..”
Apakah Hukumnya Bercinta Sebelum Nikah?
Aku bukanlah ustazah…so bab hukum hakam ni aku tak leh nak kata apa..
Jika ada adik2 tanya kpd aku soalan yg cenggini..jawapan aku mudah..
“soal hati bukannya bleh di paksa..akak faham..tp kalu bleh, tolak tepi dulu soal cinta dan fokus kpd study yer”
itu la jawapan aku..nak mudah..hurmm
Tapi kalu tak silap aku..hukum cinta sebelum nikah ini bleh jatuh kpd Haram, Makruh, Harus, Sunat atau Wajib..Bergantung kpd situasi dan keadaan..
Nanti lah aku cerita lagik…to be continue..insyaAllah..
Posted in Tinta dan Pena | Edit | 5 Comments »
What U View Change Your Point Of View.
Posted by semut2comel on October 20, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Jumaat lepas, time lunch hour aku sempat balik umah, rehat 2 jam beb..xde benda nk buat (klu dulu tiap2 jumaat aku ngn opismate g Mydin Subang, tp sejak semenjak 2 menjak ni..dah kureng aktivit merayau) so drpd lepak kedai mkn or lepak kt opis, baiklah aku blik umah..ada la jugak input aku bleh buat..sebelum blik aku sempat singgah Mc D drive thru beli 2 ketol ayam goreng..hurmm..yummy!!
Sampai umah tanpa berlengah2 aku terus mengerjakan ayam goreng Mc D itu..sempat mkn seketul jer, x larat nk mkn byk2..smbil2 mkn tgk tv dan ditemani suara kanak2 budak2 kecil penghuni blok aku..selalu derang mmg main kt blok jer, x turun bawah..main kt koridor, kat tangga etc..haih..
Minda Berkembang Pesat.
Terasa syukur sbb aku di besarkn di kampung..tempat bermain aku sawah padi terbentang luas..tangkap ikan puyu,ikan haruan, ikan semilang, kutip siput..time lepas menuai kami main wau ngn layang2 kat sawah..mandi manda carik etak (sejenis hidupan bercengkerang sprt kerang) di sungai Kelantan yg mengalir deras, membina angan di ladang2 getah etc..hurmm..teringat zaman kecik2..tiap kali musim kemarau..(myb bulan mac-mei) pohon2 getah akan menggugurkan daunnya..so byklah daun2 kering kt bwh2 pokok jadi berseronoklah kami berangan konon2 tengah menikmati musim luruh..wohoo!! zaman kanak2 aku best..panjat2 pokon dn pernah berazam nk buat umah atas pokok..(malangnya xpernah suksess), main kat lombong korek pasir buat umah buat istana buat empayar..main polis sentri kejar2 ngn beskal pusing satu kampung..dan aku pun penah curik2 kuali and periuk mak, main masak2 ngn kengkawan kat ladang getah..aduh..jadik rindu pulak aku ngn zaman kanak2 aku yg serba indah tu..syukur sgt aku di lahirkn dan di besarkn di kampung maka padang permainan aku luassssssssssss terbentang..tidak terhalang ngn tembok2 dinding konkrit..seluas itu jugak minda aku terbuka..
Pengaruh Terhadap Minda!
Owh, kembali kpd cerita anak2 jiran aku tadik…dr dlm umah aku bleh dgr suara derang, mungkin dlm 7-8 org main kejar2..telinga aku sempat tangkap..”otak..otak..”.erk..seperti pernah ku dengar perkataan itu..tp di mana yer? pk sesaat dua, then bru aku teringat..”Zombie kampung pisang!” owh…begitu kuat pengaruh tv terhadap minda dan cara hidup anak2..itu baru sedikit..sejujurnya, byk lagi kesan2 negatif yg di siarkn melalui tv atau vcd yg memberi kesan buruk terhadap anak2 dan remaja.
..to be continue..
Posted in Tinta dan Pena | Edit | 2 Comments »
Ana uhibbuka fillah!
Posted by semut2comel on October 19, 2008
Huh..aku masih lagi demam ayat2 cinta..Ana uhibbuka fillah ya Akhi maknanya..”Aku mencintaimu kerana Allah, saudaraku!”..ayat2 cinta yg betul2 dah menikam jantung menusuk kalbu aku..Wohoo! masih lg tanpa henti sedang membaca dan mengulang novel berwarna pink..yang aku paksa Nane supaya membelinya ketika menziarah MPH kat Mid Valley beberapa minggu lepas..nmpknya, tak lama lagi novel ini akan bertukar hak milik..haih..sorry yer..i really love it! aku benar2 cintakannya.
Aku Benar2 Cintakannya!
Aku cintakan masa muda aku yg dah berlalu..pergi begitu saja..terlalu banyak perkara yang aku kesalkan, yang tak sepatutnya aku lakukan semasa zaman muda aku dan ada perkara yang sepatutnya aku lakukan, tapi tidak pula aku buat..haih..hidup ini terlalu banyak penyesalan yang tidak berbelah bagi…a lt of regret but as a muslim, i accepted all as my destiny, takdir dan suratan yang sudah Allah tentukan utk aku..
Semuanya takdir..jika tidak, kenapa aku yg dapat 10A dlm SPM tidak smbung pengajian ke luar negara? kenapa aku terdampar di UTM? kenapa?? adakah aku di sini, menghabiskan masa remaja aku untuk sesuatu yang sia2? sesuatu yang akhirnya terpaksa aku lupakan secara total? 6 tahun di UTM dan sesudah tamat pengajian, aku terpaksa mendelete hampir ke semua memori di sini..yg aku dpt cuma sekeping ijazah..yang lulus cukup2 makan saje…untuk inikah aku di sini? untuk sakit inikah aku di sini? untuk derita inikah aku di sini? untuk dosa inikah aku di sini? airmata tiada makna tiada nilai..aku di sini demi menuntut ketetapan ilahi.. di sini aku belajar menjadi lebih dewasa, di sini aku belajar menjadi insan berhati tegar, di sini aku belajar mencintai…di sin aku di anugerahkan sahabat yg Alhamdulillah hingga kini masih setia bersama aku..semuanya di atur indah oleh Dia..cuma tinggal aku saja yang perlu mengutip sisa2 madu..lupakan segala kepahitan..mulakan hidup baru bersama azam baru.
Aku benar2 mencintaimu, sahabat!
Weekend ini, aku pulang ke kota kemuning lebih awal dari biasa..ada plan dengan nane..hurm..mentang2 dapat tiket free..even thou x tau ape ke benda yg menanti kami di sana, kami atur perancangan, yes!ahad ni kite g stadium putra bukit jalil yer..ader ning, jac, ella etc…rupa2nya konsert Global Peace Featival…ada la vip yg dtg tp aku pn x amek port sape yg dtg..konon2 kt dlm stadium tu ade org2 dr negara luar such as thailand, japan, s’pore, uk, germany etc…betul ke derang ade dlm tu, aku pun lupa nk check ic sorang2..stadium pun gelap so..wallahua’alam..
Kerana aku cintakan masa terluang aku yg ada..aku cintakan jiwaku yg kadang2 perlu di isi..so layan je la kt sana..haih..ramai jer budak2 skolah, tetiba terasa muda..menjadi muda..lol..watever..yg penting aku layan jer..after about 2 hours, kami blah jer..malas nk bersesak2 kuar if sume kuar serentak nnt..so kami kuar earlier..dh kuar stadium, Nane terasa perutnya lapar..so tgk gerai2 kt situ…finally kami pilih utk beli seekor ayam blackpepper ayamas..utk di mkn berdua..aiyo!larat ke aku? kul 11 td bru je mkn steak kambing..haih!
Betul, aku cintakan mu!
Kami tapau itu ayam and balik ke kota kemuning terus…dah kul 5 dh pun so nk balik la konon2 nk rehat and kemas2 umah sikit..then bile smppai exit kota kemuning, tetiba je aku mengada2, ajak nane makan kat tasik..dating berdua jer…so aku pusing stereng menuju ke tasik kota kemuning yg permai tuh..park kete n kami makan2 seekor ayamas itu berdua..smbil2 sembang, sambil2 tgk gelagat org jogging,, smbil tengok sepasang ayah n anak sedang main baling2 batu ke tasik, sambil tengok sekumpulan manusia bermain helicopter control..(maka aku teringat Dato’ seri Najib..haih!)
Sambil2 mkn tetibe teringt kwn lama kami, Emy!..Then nane suggest kitorg pegi beraya umah die..well dah lama tak jupe minah nie…mungkin dia tak tau, kami benar2 cintakan dia dan rindukan die..tanpa pk panjang aku amek henpon terus sms die..Alhamdulillah die reply…”mai la umah aku..” so tanpa berlengah2 kitorg terus masuk ke kete..eh..td beli ayam je air takde..so drive menuju ke kedai Max Value, beli air mineral utk cuci tngn and air tin sorang satu..pastu smbung perjalanan ke Kg Jawa Kelang..
Benar2 Cinta.
Kami gunakan kesas highway sebelum masuk ke federal hiwghway..singgah di perhentian Hicom utk solat asar then teruskn perjlnn..pergh..agak rumit jugak flow peta nk ke rumah mak cik nih…sib baik berdua n Nane yg tgk jln so aku just drive je, xyah pk byk krn hal ehwal jalan aku dh serahkn kpd assistant aku di sebelah..hehe..mmg die lebih pakar bab2 jalan so watpe aku nak susah2kn kepala aku..kan?
Drive punya drive, belok kanan belok kiri…finally kami pun smpai kg Jawa..jln Demang ape ntah..lupe..huhu..dh sampai tu terus cri umah yg berkenaan dan tadaa..si dia menunggu kami dngn baju kurung berwarna hijau..hurmm..rupanya die pun baru balik beraya…tp dh jodoh kami hari ni, so kami berkesempatan juga bertemu…sempena hari raya yg mulia, eloklah bermaaf maafan…:)
Kerana menghormati tetamu dan mungkin juga sbb aku dh SMS kt die, nnt masak best2 tau..emy akhirnya bersusah payah masak utk kami..haih..sorry yer susahkn ko plak…ayam masak blackpepper jugak ngn sayur sawi goreng..yummy!padahal perut dh kenyang balun seekor ayam berdua (ade lebih sikit jer)..demi menjaga hati dan kerana aromanya yg menyelerakan, akhirnya aku pun berusaha menambahkan lagi kolestrol dlm tubuh aku..hehe..alang2 gemok…:D
Demi Allah, Aku mencintaimu..
Sesudah lepak beberapa jam…sebab esok nane kena g keje awal, so dlm kul 9 kami berangkat..salam peluk cium then terus balik..maleh nak drive so aku suh nane plak drive..before bergerak, kami beria ajak emy join the club g majlis faiz kawen next week..haih..mcm biasalah dia ngn mcm2 alasan die..pape pun aku harap die dpt usaha lapangkn diri utk pergi ari tu n jupe kami semua..SKKians..moga terubat rindu…seriously bila kete gerak tinggalkn emy..hati tiba2 rasa rindu yg amat kt sahabat aku yg sorang ni..haih..seriously lama giler tak jumpe ko che yah..aku pun sure skkians yg lain pun rindu ko jugak..so arap2 la ko ada kehendak utk luangkn masa bersama kami lg…
“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.”
Aku Cintakan Tilam Dan Bantal.
Jam dah kul 12.30 pagi..huarghh..ngantuk dah..aku mesti mendapatkn tidur yg cukup supaya dapat mengekalkan kecantikan..LOL..sengal..huhu..time to sleep, sok kena g keje..dan insyaAllah, moga Tuhan izinkan aku kembali berpuasa esok hari..amin..semua yg aku cintai..mak, akak, alya n ashraf, steak kambing dan ayam masak black pepper..nane dan emy..stadium bukit jalin dan tasik kota kemuning..aku simpan rapi..supaya mlm nie dpt tdo nyenyak, di temani memori bersama semua yg aku cintai..dan paling aku cintai saat ini…bantal dan tilamku!!wohoo..jom tido..
Posted in Kembara Hidup | Edit | 2 Comments »
Oh Dunia!
Posted by semut2comel on October 18, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Agak lama juga aku tak menulis, ketandusan idea atau apakah aku nie? hurmm..mungkin benar, tiada bahan untuk di jadikan cerita atau kisah yg menarik. tengah hari tadi aku sempat menulis beberapa perenggan, kemudiannya bila sedar ada kelemahan, pada susun atur ayat, gaya bahasa dan pengtafsiran idea, aku akhirnya memadamkannya..nothing special..
Dunia ke dua
Ini tiada kaitan dengan dunia jam sepuluh atau perang dunia ke dua..dunia ke dia yg aku maksudkan adalah mengenai dunia alam maya aku..sejak bila aku mempunyai dunia ke dua? congak tolak tambah darab bahagi..sejak aku mula berkerja di kota kemuning..ya, sejak itu juga aku mengambil kisah dan terlibat secara aktif dengan dunia ke dua ini. apa dunia ke dua?
Dunia ke dua mengikut tafsiran aku adalah dunia alam maya..dunia kita mampu berkenalan dan berinteraksi dengan manusia lain tanpa bertentang mata, tanpa mengenali antara satu sama lain..kenapa harus ada dunia ke dua? kerana kejutan yang amat setelah berpindah ke kota kemuning.. terasing dlm sepi..seriously aku kejutan yg teramat bile berpindah ke sini..aku yg peramah..aku yg byk cakap..aku yg tak boleh hidup sendirian bila di campakkan ke sini, betul2 rasa patah kaki..
Kemusnahan Pertama
Kesan dari terputus hubungan dgn dunia luar, tak berhubung dgn teman2, dan tiada pula teman baru, aku akhirnya memilih utk mewujudkan dunia baru..kemudahan internet yg disediakan di pejabat sudah aku salah gunakannya..aku akhirnya ada dua akaun frenster..ada myspace, hi5, multi etc..seriously hanyut dengan dunia ke dua yg baru..sedar atau tidak, hampir 5 bulan aku menjadi manusia hedonisme yg hilang arah hidup, mencari sesuatu yg aku tidak pasti apakah dia..aku khilaf..hanya Allah yg tau dan kepdaNya aku memohon keampunan.
Tutup Akaun
Lebih kurang 3 bulan hidup aku berkenalan melalui frenster..dan akhirnya dgn bantuan seorang kawan, akhirnya aku tutup akaun salah satu darinya..dan juga delete lebih kurang 200 kenalan baru dr akaun frenster asal aku..ah!bukan senang menjadi seorang aku..akhirnya hujung tahun lepas, aku bertegur sapa pula dengan seorang teman baru…mungkin ada hikmah yg tersembunyi. menyedari perubahan yg ketara dlm diri aku, akhirnya aku akur, utk terus mendekatkan diri kepadanya..demi ingin selamatkan diri aku sendiri dr sebuah kehancuran yg aku tak ingini..
iLuvislam dot com
Ekoran bertemu dgn saudara seagama yg mendorong perasaan ingin tahu terhadap agama aku, dan atas rasa tidak ingin terlalu bergantung kpd dia utk menjadi manusia yg lebih baik, aku akhirnya bertemu dengan iluvislam.com..Alhamdulillah..satu rahmat buat aku..sejak berkenalan dgn web ini, aku semakin nekad utk perbaiki diri, dan penglibatan dgn dunia ke dua juga di lihat dr sudut yg positif..yer..semuanya yg baik2 saja..semuanya yg menuju ke arah matlamat yg sama..aku mulai rasa kembali hidup utk kali ke dua. kembali ingin menjadi manusia yg baik.. kembali ke landasan asal..aku rindukan haruman syurga!
Hidup Kita, Kita Yg Tentukan.
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yg berusaha mengubahnya..Tuhan sudah tentukan qada’ dan qadarnya terhadap kita tapi Tuhan juga kurniakn senjata kpd kita, senjata yg mampu mengubah takdir..iaitu dengan doa dan usaha..Tuhan sayang dan kasihkan hambaNya..tidak mungkin Dia akan biarkan kita terus melakukan kerosakan terhadap diri kita tanpa sebarang peringatan..
Dia turunkan Al-Quran..dan Dia turunkan Nabi utk membantu umat manusia menuju jalan ke syurga..Dia tidak biarkan kita terumbang ambing tanpa arah, tanpa panduan…
[4]
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[Surah Ibrahim: Ayat 4]
Mereka Tak Akan Faham.
Biarkanlah..bukan senang hendak senang dan tak susah utk menjadi susah..so apa yg org lain hendak fikir, biarkan saja..yang penting, Allah tahu apa yang tersirat dlm hati kita..biar sejuta soalan datang, namun hati kena yakin dan teguh..jangan goyah..jangan berpaling..demi dunia ke tiga..dunia mati yang abadi..
p/s: so sorry..seems that i am out of idea!maybe i need some little time to re edit this post…
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Ibrahim
Posted by semut2comel on October 17, 2008
BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
14. Ibrahim
[1]
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
[2]
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).
[3]
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
[4]
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[5]
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
[6]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu”.
[7]
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
[8]
Dan Nabi Musa berkata: “Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
[9]
(Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata: “Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya”.
[10]
Rasul-rasul mereka bertanya: “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.
[11]
Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: “Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
[12]
“Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah”.
[13]
Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seugama dengan kami”. Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.
[14]
“Dan demi sesungguhnya! kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu”.
[15]
Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah, untuk mendapat kemenangan); dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya).
[16]
Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).
[17]
Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.
[18]
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
[19]
Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.
[20]
Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya.
[21]
Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? ” Mereka menjawab: “Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)”.
[22]
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
[23]
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
[24]
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
[25]
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
[26]
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
[27]
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
[28]
Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?
[29]
(Iaitu) neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam.
[30]
Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka”.
[31]
Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).
[32]
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
[33]
Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
[34]
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
[35]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
[36]
Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).
[37]
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
[38]
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!
[39]
“Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.
[40]
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
[41]
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
[42]
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
[43]
(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
[44]
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
[45]
“Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)”.
[46]
Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
[47]
Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).
[48]
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
[49]
Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.
[50]
Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.
[51]
(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
[52]
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
Tags: Ibrahim, Mekah
Posted in Tazkirah Harian | Edit | 2 Comments »
Kenapa Harus Tergesa-Gesa?
Posted by semut2comel on October 14, 2008
Warning: Ini cuma pendapat aku..apa yang aku lihat dari lensa mata aku..apa yang aku dengar dari corong telinga aku dan seterusnya apa yang minda aku taksirkan..Ini hasilnya!Jika tak benar, maka itu bermakna tafsiran aku salah dan mungkin juga kerana sumber rujukan yang palsu atau juga mungkin kerana daya ingatan aku yang tak seberapa..Ah!!pedulikan..dalam memberi pendapat, tiada siapa pun yang betul dan tiada siapa pun yang salah..pendapat adalah apa yang terdetik dan terbuah dari akal pemikiran kita..idea kita!so kita yang berhak..am i right?
Dengan lafaz suci Bismilllahirrahmanirrahim..
Kembali kepada track asal..topik aku kali ini adalah mengenai sikap sesetengah individu/pemimpin yang pada aku..terburu-buru..dan personaliti yang ingin aku stress outkn adalah DSAI.
Kenapa terburu-buru dato’ seri? kenapa tergopoh-gapah? kenapa harus nak cepat saja? kenapa tak boleh bersabar? tunggu cuma sedikit masa saja lagik..bukankah Islam sudah mengajar, Sabar itu separuh daripada iman..maka? nikmat apa lg yg harus kita dustai?
Pengalaman Mendewasakan.
Tidakkah dato’ seri mengambil apa2 pengajaran drp peristiwa 10 tahun yg lepas? tidakkah dato seri merasa kesal..jika bersabar sedikit saja masa lagi dengan kerenah Dr M..A yg seterusnya jd PM adalah dato’ seri..cuma memerlukan sedikit kesabaran..sabarlah! jgn sekali2 memaksa sesuatu itu datang lebih cepat, bukan pada masanya kerana jika anda memaksa, anda cuma menzalimi diri anda dan juga mungkin ada insan lain yg turut terkorban!
Kisah Kepompong Rama-rama
Ada seorang pemuda, kasihan melihat rama2 bersusah payah ingin keluar dari kepompongnya..maka niat pemuda itu ingin membantu, mempermudahkan rama-rama itu keluar dari kepompongnya itu lantas dia mengunting kepompong itu supaya rama2 mudah untuk keluar..
Rama2 itu keluar dgn pertolongan pemuda itu, tapi malang, rama2 tak berapa sihat sempurna, menderita dan akhirnya mati!
Moral of the story: Jika Tuhan sudah tetapkan begitu aturannya..maka biarkanlah..jgn memaksa! mungkin dengan susah payah untuk keluar dr kepompong itu, bermakna rama2 itu sedang mempersiapkn diri, menjadi rama2 yg sihat dan sempurna..tapi jika dipaksa keluar lebih cepat..ada kepincangan di kemudian hari..itu rahsia Tuhan..itu juga qada’ dan qadar..
Hikmah Bersabar.
Ambillah iktibar dari pengalaman yang sudah dato’ seri..sabarlah..kenapa harus terburu-buru? kenapa mesti menjadi kerajaan sekarang juga? kenapa tidak tunggu 3 tahun lagi? PRU-13? tahukah dato’ seri, menjadi pembangkang yang hebat juga bukan calang2 org yg mampu melakukannya..biarlah mereka bersilat menghunus keris, kita cantas! biarlah mereka memalu gendang, kita menari! bersabarlah..dan persiapkn diri..jgn fikir nak cepat saja.. hingga kan org seperti Saiful Bukhari boleh menjadi pembantu..org yg menerima rasuah zina juga terpilih menjadi kaki dan tangan..ini salah satu akibat terburu2~!!
Biar lambat..asalkn dapat yg terbaik!persiapkan dri, perkukuhkan wadah, mantapkan misi, gahkan strategi..
Mereka yg paling lewat ketawa paling besar ketawanya..wallahua’alam.
Posted in Politik dan Isu Semasa | Edit | 7 Comments »
Maka, nikmat Tuhan yg manakah yg engkau dustai?
Posted by semut2comel on October 14, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
Aku pernah terbaca novel-Syahadah:Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist..
Watak utama novel itu adalah Rini(gadis melayu atheist) dgn aku (penulis).
Antara soalan yg ditanya oleh Rini:
“Tubuh aku, milik aku, hak aku, maka aku berhak berbuat apa saja? kenapa aku mesti sembah Tuhan?”
Itu soalannya..sori aku ingt2 lupe tp lebih kurang cmtu laa..klu kita di tanya soalan yg cmni, apa agaknya yg akan kita jawab?namun ‘aku’ dlm novel tersebut pintar menjawabnya..
“Rini, cuba kau genggam jari2 kau”..”boleh”
“Cuba kau angkat kaki kau”..”boleh”
“Cuba kau hentikan degupan jantung kau”..Rini diam.
“Cuba kau hentikan perjalanan darah dlm tubuh kau”..Rini diam.
“Cuba kau suruh sel2 dan saraf2 kau berhenti berfungsi”..Rini mulai bengang!
Lalu ‘aku’ menjelaskan..”Nah..kau tak boleh hentikn jantung kau..darah kau..sel2 kau..itu maknanya jasad kau bukan milik kau..kau cuma meminjamnya..”
Namun Rini tidak berpuas hati..bertanya..”bagaimana kalu aku hendak mati..aku boleh mati saja..bagaimana kalau aku terjun dari keretapi ini? ini maknanya tubuh ini aku yang punya!”..
‘aku’ terkedu!terkejut..apa agaknya jawapan aku? dan jika anda di tempat ‘aku’..apa pula jawapan anda?
Jom fikir2 kan..
Posted in Tazkirah Harian | Edit | No Comments »
[Cerpen] Aku Bukanlah Untukmu.
Posted by semut2comel on October 12, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Cerpen/novel pendek ini pertama kali aku publishkn di forum
sambutan yang agak memberangsangkn menaikkan semangat aku untuk kembali aktif menulis…kerana masa yg terhad..aku menulisnya sedikit demi sedikit..novel bersiri la pulak jadinya…
Episode satu
Hujan masih lagi turun dengan lebatnya, Nur Alissa berlari dalam kebasahan menuju ke kereta kecil yang sentiasa sedia menantinya. Jalan yang licin dan langkahnya yang tidak teratur membuatkan dia terjatuh ke tanah. Sepantas yang termampu, Nur Alissa bangkit, darah yang mengalir dilututnya dibiarkan mengalir laju. Luka itu tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan luka yang mengguris di hatinya. Pedih walaupun tidak berdarah.
Nur Alissa menutup pintu keretanya lantas menekan butang lock. Di dalam kereta merah itu,Nur Alissa menangis semahu-mahunya..Ingin diluahkan segala derita dan sengsara yg membekam dijiwanya.sudah lama dia menanggung rasa,menahan derita dan hari ini, dia tewas dengan permainan hidup yang sentiasa menduga kesabaran dan ketabahannya. Benar..dia mengalah hari ini.. orang yang lalu lalang tidak dipedulikannya. Hakimi yang menjerit memanggil namanya berulang kali pun tidak dia endahkan. Dia pasrah. Dia mengalah kini, dia tidak punyai kekuatan untuk bertarung. Dia menyerah pada suratan takdir, dia benar-benar kepenatan.
______________________________________________________________________
Nur Alissa menggengam kemas telefon bimbit dalam genggamannya. Suara Puan Humaira di talian sebentar tadi amat berbeza nadanya..tegas dan tidak semesra biasa. Dada Nur Alissa mulai diulit resah, cemas, gelisah. Dengan tidak semena-mena, titik-titik jernih mulai gugur satu persatu menari-nari di kedua belah pipinya.Nur Alissa terpaku tanpa kata. Otaknya ligat mencuba mencari jawapan namun hasilnya sia-sia. Kosong. Akalnya kini gagal berfungsi. Mahupun serebrum ataupun sereblum, semuanya berhenti menjalankan tugas.
Nur Alissa jatuh terduduk. Lututnya terasa lemah, dia tidak lagi gagah untuk berdiri tegak. Insan bernama Nur Alissa itu yakin kini, mahligai impian yang diidam-idamkannya kini Cuma sekadar mimpi yang tidak mungkin akan jd kenyataan. Kata-kata Puan Humaira terngiang-ngiang di kedua cuping telinganya.. pedih dan menusuk hati. Mampukah dia melawan segala dugaan yang bakal mendatang? Mampukah dia perjuangkan kebahagiaan yang dia idam-idamkan? Kuatkah dia?Dugaan apakah ini Tuhan? Bisik hati kecil Nur Alissa..Tabahkanlah hatiku Tuhan..pinta hati kecilnya lagi.
____________________________________________________________________
“Nur Alissa, percayalah, aku benar-benar jujur ingin menikahi kamu,” Hakimi memulakan bicara. Suasana sunyi dan sepi seketika. Nur Alissa Cuma sekadar tunduk memandang lantai. Diana yang duduk disebelahnya juga diam membisu. Riuh rendah suara pelanggan di Restoran Cendana itu sedikit pun tidak mengusik lamunannya. Suara Hakimi seumpama deruan angin yang lalu tanpa sebarang erti padanya. Sedikit pun tidak mampu mengembalikan Nur Alissa dari angannya yang jauh. Hakimi terasa sedikit tercabar.
“Alissa,”Hakimi menegaskan suaranya, cuba mengembalikan Nur Alissa kembali ke dunia nyata. Namun gadis bertudung merah jambu di hadapannya itu masih lagi membatu. Dan untuk kali ketiga, Hakimi mengulangi nama itu dengan suara yang agak tinggi. Akhirnya suara itu berjaya mengejutkan Nur Alissa dari lamunannya. Pantas dia mengalihkan pandangan matanya ke arah tuan empunya suara yang memanggil namanya. Pandangan mereka tertaut. Kaku seketika dan beberapa saat kemudiannya, kedua-duanya serentak tunduk memandang meja.
Sedar kesilapan yang tidak disengajakan. Kedua-duanya diam membisu. “Alissa, percayalah, aku benar-benar ingin kamu mejadi suri hatiku,sayap kiriku untuk aku teruskan perjuangan di masa hadapan” Hakimi mengulangi kata-katanya. “sudikah kau terima lamaran aku?,” kata-kata Hakimi terhenti di situ, dengan harapan, Nur Alissa akan menyambungnya. Namun dia hampa. Nur Alissa diam seribu bahasa. Suasana sepi seketika. Setelah diam beberapa ketika. Akhirnya Nur Alissa memulakan bicaranya. “Hakimi, lupakah kamu,siapa aku sebenarnya? Lupakah kamu, aku bukanlah gadis terbaik untuk kamu?Lupakah kamu..aku bukanlah seorang anak gadis yang..” belum sempat Nur Alissa menghabiskan bicaranya, Hakimi memintas laju.”Nur Alissa,cukup!aku sudah tidak mahu dengar semua itu lagi.pada aku, kisah silam tidak mampu mengubah masa depan kita, past is past,done is done dan aku menerima kau seadanya, aku yakin, kaulah wanita terbaik untukku. Aku percaya, kau akan jadi ummi yang terbaik untuk anak-anakku..” Hakimi mengulangi kata-katanya itu tanpa jemu.
Sejak pertama kali dia menyuarakan hasrat untuk melamar Nur Alissa, berkali-kali Alissa mengingatkan Hakimi betapa kotor dan jijiknya insan bernama Nur Alissa, tetapi setiap kali Nur Alissa merendah diri, setiap kali itu jugalah Hakimi akan meyakinkan dirinya bahawa dia juga berhak hidup bahagia. Tanpa jemu Hakimi akan menangkis segala persoalan negatif yang hadir dari benak pemikiran Nur Alissa. Hakimi memang sentiasa begitu. Tegas dan yakin dengan pendiriannya. Dia sentiasa begitu, degil!bentak hati kecil Nur Alissa.
______________________________________________________________________
Hari ini genap setahun detik perkenalan mereka. Berjumpa secara tidak sengaja di alam maya akhirnya mendorong suatu perasaan aneh di jiwa mereka. Sedar akan dosanya cinta sebelum nikah, masing-masing tidak pernah berbicara soal hati. Cuma sekadar bertanya khabar melalui dunia siber. Berdiskusi bila perlu dan setelah setahun berkenalan, hari ini lelaki bernama Hakimi itu menelefonnya.
Pertama kali mendengar suara si jejaka, ada getar di dadanya dan selantas itu juga, Nur Alissa beristighfar. Salam diberi dijawab tenang dan ayat pertama yang meluncur dari bibir pemilik suara garau di hujung talian..”Alissa, aku benar2 serius dengan apa yang aku nyatakan sebentar tadi, aku benar2 ingin menikahi kamu.Biar apapun alasan kamu, aku benar2 ingin kamu menjadi permaisuri hatiku. Aku akan pulang ke Malaysia minggu hadapan, aku ingin bertemu denganmu,” suara itu putus di situ. Nur Alissa mendengar tanpa sebarang kata. Bagaikan di alam mimpi, Alissa seolah-olah tidak percaya akan apa yang didengarinya. Diam. Sepi.
“17 Mei, 2 petang, tunggu aku di Restoran Cendana, Assalamualaikum,” Hakimi menamatkan perbincangan dan talian diputuskan. Serentak itu, Alissa tersentak dan mengucap panjang. Benarkah apa yang didengarnya?benarkah masih ada insan yang ingin menyuntingnya?benarkah masih ada peluang untuknya hidup bahagia?soalan demi soalan menerjah kotak fikiran Nur Alissa. Namun semuanya dibiarkan tidak berjawab. Bebola matanya mulai berkaca. Dia pun tidak pasti mengapa. Sedihkah dia? Bahagiakah dia? Atau…
Episod Dua
Hakimi jatuh terduduk. Nur Alissa kini sudah pergi hilang dari pandangan matanya,membawa bersama zuriat mereka yang baru 2 bulan membenih di rahim bondanya . di dalam hujan itu, Hakimi menangis. Hanya Tuhan yang tahu betapa hiba hatinya. biarlah keegoannya tercabar. dia sudah tidak peduli. hatinya benar2 meruntun pilu. Sesungguhnya Nur Alissa benar2 dia cintai dan dia tau amat,sekeping hati milik isterinya Nur Alissa kini pecah berkecai kerana peristiwa sebentar tadi. segalanya berlaku pantas, diluar kawalannya. Hakimi rasa benar2 berdosa kerana tidak mampu melindungi permaisuri hatinya, dan kini, Nur Alissa sudah pergi meninggalkannya.di hujung sendu, dia memohon maaf berulang-ulang kali..“Alissa, pulanglah sayang..“..bisik hati kecil insan bernama Muhammad Hakimi.
Episod Dua
____________________________________________________________________
Hakimi bingkas bangun.titisan airmata dan sendu tangisan sudah bersatu dengan lebatnya hujan yg turun malam itu. dengan langkah yang longlai, Hakimi mengatur langkah lemah tidak bermaya kembali ke rumahnya. di dalam rumah, kedua ibunya sedang setia menunggunya. di penjuru sisi rumah, Atiqah duduk memeluk tubuh. mukanya masam mencuka. masih belum berpuas hati agaknya. Hakimi tidak mengendahkan semua yang ada di situ. susun kakinya diatur menuju terus ke kamarnya. dia menundukkan pandangannya,otaknya kosong. segala-galanya tiada sebarang makna baginya kini.
melihatkan keadaan Hakimi yang sebegitu, tiada siapa pun yang berani bersuara. Atiqah cuma sekadar mampu merungut sendirian.
___________________________________________________________________
Selesai membersihkan diri,Hakimi membentangkan sejadah. tempatnya mengadu cuma kepada Dia. Hakimi berdiri tegak mengarah kiblat, kedua tangannya diangkat,takbir dilafazkan dan dia merendah diri menghadap Penciptanya. selesai salam terakhir, Hakimi menadah kedua belah tangannya. memanjangkan doa kepada Yang Esa. segala masalahnya di adukan kepada Dia yang satu. Hakimi tanpa henti mendoakan kesejahteraan dan keselamatan isteri yang disayanginya itu. mengenangkan betapa peritnya perjalanan hidup Nur Alissa selama ini yang tidak pernah berkesudahan,hatinya menjadi semakin hiba. Hakimi tidak akan melupakan setiap janji yang pernah dia lafazkan kepada Nur Alissa, biarpun kini Alissa sudah menghilang, dia nekad akan membawa Nur Alissa kembali ke pangkuannya. “Nur Alissa,maafkan abang, abang cuai melaksanakan tanggungjawab abang..” rintih hati kecil Hakimi. sejadah dillipat lemah dan longlai..Hakimi hilang kudrat..Semuanya pergi bersama kekasih pujaan hatinya, Nur Alissa..Hakimi benar2 lesu…
Hakimi kemudiannya melabuhkan punggung ke tilam. biarpun kepenatan, Hakimi tidak dapat melelapkan matanya. biarpun hatinya sedikit lega setelah mendapat tahu Nur Alissa sudah selamat sampai di rumah sahabatnya Diana,kotak fikirannya masih belum berhenti berfikir. segala-galanya seolah-olah berlumba-lumba menerpa fikirannya. kusut. gundah. dalam keresahan, Hakimi terpandang laci meja yang tertutup rapat. ‘tempat’ itu milik mutlak isterinya Nur Alissa,selama hampir setahun tinggal sebumbung, Hakimi sedikit pn tidak pernah menyelongkarinya kerana dia tau, Nur Alissa juga ada hak untuk mendapatkan sedikit privasi,dan dia izinkan.
sebaik terpandangkan laci itu, hati Hakimi meronta-ronta ingin membukanya. mungkinkah kerana rindunya yang amat terhadap isterinya Nur Alissa?atau kerana ingin mengenali isterinya dengan lebih dekat?dia pun tidak pasti. Hakimi bingkas, mencari anak kunci laci itu. besar harapannya,moda-moga kunci untuk membuka laci itu dapat dijumpai dan dia bernasib baik kali ini, anak kunci itu ditemuinya dalam beberapa minit sahaja. dengan pantas,Hakimi membuka laci milik isterinya itu. sebaik sahaja laci di tarik, mata Hakimi tertumpu kpd sebuah buku diari berwarna merah. pastinya ia milik Nur Alissa. Hakimi teragak-agak, perlukah dia menceroboh privasi isteri kesayangannya?Hakimi terpaku seketika….
Episod Empat
Diari berwarna merah itu dibuka perlahan oleh Hakimi.. diselaknya perlahan-lahan diari milik Nur Alissa isteri kesayangannya…
“Ape yang kau buat, hakimi? Mencerobohi privasi orang adalah salah satu dari dosa, kau melampau!’..bisik hati Hakimi…minda dan akalnya berperang sesama sendiri..rungsing dan berkecamuk..”aduh~!! aku tak betah begini..” betah hati kecil milik seorang lelaki bernama Hakimi. kolam air matanya mula bergenang airmata..segala kenangan dan memori bersama Nur Alissa bermain-main di kotak mindanya…sungguh..sedetik pun dia tidak mampu melupakan Nur Alissa..biarpun sekelip mata…Nur Alissa tetap di hatinya..Hatinya benar2 sayu…
”Ah, bukan aku berniat ingin mencerobohi privasi orang lain, aku cuma ingin tahu isi hati isteriku sendiri, aku berhak!!,’ pujuk hati Hakimi…
___________________________________________________________
Diari ini milik Nur Alissa, 26 Jun 2007, hari sabtu..
” hari ini sekali lagi aku begitu gembira selepas aku mengenali hakimi secara tidak sengaja melalui internet. masuk kali ini, sudah 4 kali, Hakimi meminta nombor telefonku, namun, aku tidak lekas untuk memberinya..Kerana, jika aku memberi nombor telefon, pastinya kami akan saling mula bertanya khabar, kemudian, pasti setiap hari kami akan berhubung.. Sedangkan, antara lelaki dan wanita sebaik-baiknya tidak wujud hubungan melainkan dengan ikatan perkahwinan.. Ku fikir, mungkin pengalaman hidup menjadikan aku berfikir begin dan mengajarku agar sentiasa berwaspada begini.. Atau, aku tidak lagi mempercayai lelaki??? sebab itukah?? .
28 Jun 2007,
” Namun, akhirnya kerana desakan Hakimi, aku tidak sampai hati untuk menolak permintaanya lagi.. Nombor telefonku ku berikan kepada hakimi akhirnya.. , hmm, tentunya nombor telefonku begitu mudah diingati kerana nombor telefonku begitu mudah dihafal bahkan, ramai kawan-kawanku kerap mentertawakan aku kerana itu. . Ku berikan nomborku, ‘012-3456789′, kepada Hakimi. Pada mulanya Hakimi, menyangka aku berbohong, namun pada petang yang bersejarah itu, Hakimi akhirnya dapat menghubungiku. Lucu juga dia, ya? Namun, bukan mudah aku dapat mempercayai seorang lelaki.. Peristiwa hitam 3 tahun yang lalu, masih dalam ingatan.. Perlukah aku ingatkan lagi? Ah, biarkan kenangan hitam itu berlalu, aku harus beri ruang kepada diriku agar dapat merasai bahagia selepas berlalunya derita panjang yang pernah mencetuskan trauma dalam hidupku… ”
Hakimi akhirnya menutup diari tersebut, kerana tidak sanggup untuk tahu kisah hitam isterinya satu ketika dahulu.. Setahunya, isterinya, Nur Alissa begitu trauma, kerana nyaris-nyaris tidak mahu menerimanya sebagai suami.. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh isterinya itu, namun aku tidak mahu mengetahuinya..
‘ Cemburukah aku?’
Episod Lima
___________________________________________________________________
Gundah gulana irama hatinya. Satu persatu kenangan bersama Nur Alissa bermain-main difikirannya. tak dapat dia lupakan betapa sukarnya mendekati wanita itu. degil dan ada sahaja alasannya. tidak akan dia lupakan betapa banyak dugaan yang telah dia lalui untuk memiliki wanita itu. tidak sekali-kali dia lupakan. Dia tahu hidup Nur Alissa sentiasa di uji dengan dugaan yang perit dan dia juga tahu, sejak menjadi isterinya yang sah, itulah saat-saat yang paling bahagia untuk Nur Alissa. dia tidak sanggup memusnahkan kebahagiaan yang pernah terbina antara dia dan Nur Alissa. dia sudah berjanji…dan janji itu adalah amanah yang tak mungkin akan dia khianati…tidak mungkin sama sekali.
Hakimi tidak mahu terus terbuai emosi, Hakimi bingkas bangun menuju ke arah almari buku yang letaknya di penjuru bilik. Senaskah Al-Quran yang tersusun rapi di tarik ke dalam pelukannya. Dengan lafaz bismillah, Hakimi memulakan bacaannya, ayat demi ayat lerluncur dari bibirnya dan dia hanyut dalam dunianya. Resahnya hilang sedikit demi sedikit, benarlah kata orang, Al-quran penawar jiwa, pengubat hati.
____________________________________________________________________
Nur Alissa masih diam membisu. Diana Cuma sekadar mampu bersimpati melihatkan keadaan Nur Alissa yang kelihatan tidak terurus itu.sayu hatinya melihatkan wajah sugul Nur Alissa. Kelopak matanya masih lagi bersisakan air mata. Diana tahu Nur Alissa kini sedang di uji hebat. Sejak hampir 10 tahun mengenali wanita itu, biar seberat mana pun dugaan datang menguji, Nur Alissa tabah mengharunginya. Selama perkenalannya dengan Nur Alissa juga,Diana dalam diam mengagumi ketabahan sahabatnya itu. Namun kali ini, berlainan benar sikap Alissa.
Dalam pekat malam dia meredah hujan. Ketika pintu rumah dibuka, Diana sedikit pun tidak mengjangkakan kehadiran Nur Alissa pada malam itu. Dalam kebasahan, Nur Alissa berdiri di hadapan pintu rumahnya. Setelah dijemput masuk, Nur Alissa berkali-kali meminta maaf kerana datang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Sebelum masuk ke bilik air membersihkan diri, Nur Alissa sempat meminta tolong daripada Diana supaya memberitahu suaminya Hakimi akan dirinya selamat di rumah Diana, tambahnya lagi, “tolong beritahu Hakimi, berikan kite sedikit masa lapangkan fikiran,”Diana Cuma mengangggukkan kepala tanda setuju.
”terima kasih, Diana.kite xtau cmne leh balas jasa awk..”smbng Nur Alissa dan Diana sekadar membalasnya dengan sekuntum senyuman yang penuh keikhlasan.
____________________________________________________________________
Setelah selesai menunaikan solat subuh, Diana keluar dari biliknya. Tidak tegar pula dia membiarkan Nur Alissa berduka sendirian. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, Diana menghidu aroma yang sangat menyelerakan. Diana mempercepatkan langkah menuju ke dapur. Di sudut dapur, dia melihat kelibat tubuh Nur Alissa sedang menyibukkan dirinya, memasak sarapan untuk pagi itu. Diana menghampiri Nur Alissa, salam di beri di sambut lembut oleh Alissa. “awak 0k ke Lisa?” Diana kemudiannya membuka bicara. “kite 0k je wak, ni sorry tau kite pandai2 je masak kt umah awk,” Nur Alissa menyambung kata,cuba mengukir senyum. “awak nie,kite kn dh byk kali dh ckp ngn awk,rumah ni rumah awk gak,xyah segan2,” ucap Diana ikhlas. “terima kasih ek awak,” sambung diana pula sambil tangannya sibuk memotong timun.”awak, kite tau awak tgh sedih,” Diana meneruskan bicaranya lagi. Matanya di arahkan tepat kearah Nur Alissa. Alissa Cuma tunduk membisu,tangannya masih berkerja. Dia kemudiannya menggeleng-gelengkan kepalanya.”mana ada wak..” Nur Alissa cuba berselindung.
“kite kenal awk bukan baru, tgk la nie, tiap kali awk ade problem, mesti jd cmni, msk byk2,selalunya kite yg jd mngsa awk,kna mkn masakan byk2,” Diana cuba berseloroh. Dengan harapan dapat menghiburkan hati Nur Alissa. Namun senyumnya tiba2 termati apabila Nur Alissa kemudiannya menitiskan air mata.
“diana, kite sudah tidak pasti samada kite masih lagi mampu teruskan hidup kite bersama Hakimi..”Nur Alissa akhirnya bersuara dalam sendu. Diana terdiam, perlahan2 dia mengusap bahu Nur Alissa. “Sabar lah Lissa, sama-sama kita doakan yang terbaik utk awk dan hakimi,kita yakin, Hakimi amat menyayangi awak dan tidak akan membiarkan rumahtangga yang telah terbina musnah begitu sahaja,” Diana cuba memujuk. Nur Alissa cuba menahan tangis,hanya airmata yang terus tumpah mengalir diipinya. Diana juga tersentuh melihat duka yang ditanggung sahabatnya itu. Diana pun hampir menangis,tetapi terpaksa dikuatkan hati supaya tidak terikut emosi.
“Diana, kite tidak tahu apa yang harus kita buat, kita sebenarnya berkongsi Hakimi dengan wanita lain. Kite tidak tahu apa lagi rahsia Hakimi. Kite tidak tahu mengapa dia membohongi kita. Kite tidak tahu,adakah dia benar2 ikhlas menyayangi kita..adakah dia benar2 terima kite dgn seadanya..kite cuma tau,kite bukanlah gadis yg terbaik untuk die,kite byk kekurangan….”suara Nur Alissa tersekat-sekat. airmata mula mengalir deras dari kedua kelopak matanya..hatinya benar2 pilu dan luluh..
Airmata masih lagi tumpah dr kedua kelopak matanya. Sampai di situ, Nur Alissa noktahkan bicaranya. Dia masih mencuba menahan tangis. Diana sekadar mampu memandang sayu. Perlahan-lahan dia mengusap bahu Nur Alissa. Wajah wanita yang selama ini dia kenali sebagai wanita ‘besi’ kelihatan pucat tidak bermaya. Matanya layu menanggung derita. Seolah-olah tersedar dr lamunan panjang, tiba-tiba Nur Alissa tersenyum. Airmatanya di sapu pantas. Diana terpinga-pinga melihat tingkah sahabatnya itu. “Maaf Diana,kite terlalu mengikut perasaan, jom mkn jom!” ..Seperti kebiasaanya..Nur Alissa tiba-tiba menukar topik. Cuba berlagak seolah2 dirinya tidak menanggung sebarang musibah atau masalah..“tunggu kejap..kite cedokkan nasik,”sambung Nur Alissa lagi dan sementara itu Diana masih lagi terpinga-pinga. Cepat benar sikap Nur Alissa berubah, dia gagal membacanya.”Alissa..Alissa…Moga Tuhan kurniakan kekuatan untukmu..” bisik hati kecil Diana..
Nur Alissa bangkit mrnuju ke rak pinggan. PRANGG!! Diana terperanjat lantas bingkas bangun. Sebaik sahaja toleh kebelakang, terlihat olehnya sekujur tubuh Nur Alissa terbaring lemah di lantai.kaca-kaca berterabur sana-sini. ”Lissa!!”jerit Diana spontan berlari mendapatkan Nur Alissa. Diana resah bercampur bimbang. Panic tidak tahu apa yang harus dia lakukan. “Ya Allah, Lissa,kenapa nie?” airmata mulai gugur dari kelopak mata Diana. Dia benar2 cemas.
Episod Enam
Lamunan Hakimi terhenti apabila henponnya berbunyi,menjerit minta di angkat. pantas hakimi menekan butang hijau dan menyambungkan talian. sebelum sempat salam di beri, di hujung talian kedengaran suara seorang wanita, Hakimi yakin, itu suara Diana teman baik isterinya. suara diana begitu cemas, benar2 menggoncang dadanya. “Hakimi, Lissa!Lissa pengsan..” suara diana tersekat-sekat. Hakimi resah.“Diana, 5 minit lagi sy sampai, saya mmg on da way ke rumah awak ni..bertenang..bertenang..” pujuk Hakimi,sedangkan hatinya sendiri di amuk resah, jantungnya berdegup kencang,terasa ingin pecah dadanya menahan gejolak perasaan.“Ya Allah,lindungilah Alissa..Ya Allah,selamatkanlah dia..” tidak putus2 Hakimi memanjatkan doa sambil kereta di pandu laju menuju sasaran.
Episod Tujuh
___________________________________________________________________
Nur Alissa terbaring lesu..Di sisi kanan katil Hakimi setia menanti.. Dengan lemahnya Nur Alissa cuba membuka kedua kelopak matanya..badannya terasa lesu sekali.. Jari-jemari Hakimi terasa erat menggenggam jemarinya..jiwanya di himpit rasa belas melihat suaminya yang tertidur kepenatan di sebelahnya..perasaan bersalah menguasai dirinya..Nur Alissa cuba mengimbas semula peristiwa yang terjadi yang menjadi punca dia terlantar di katil hospital..memori bermain di kotak fikirannya..airmata mengalir dr celahan kelopak matanya..tiba2 Nur Alissa merasakan kepalanya terasa semakin berat..dia mengaduh kesakitan..serentak itu juga Hakimi terjaga dari tidurnya..
“Sayang, kenapa nie? sakit ker? Nurse..panggilkan doktor!!” Hakimi sedikit meninggikan suaranya..cemas..
Itu ayat pertama dan terakhir didengarinya, kemudian pandangan Nur Alissa kembali kelam…dia kembali menyambung tidurnya yang panjang..membiarkan Hakimi kegelisahan sendirian..membiarkan Hakimi kekalutan..meninggalkan Hakimi yang dalam keresahan..
“Alissa..bangunlah sayang..” rintih hati kecil Hakimi…Nur Alissa kembali memejamkan matanya..beberapa orang jururawat berlari2 anak menuju ke arah katil Nur Alissa. Hakimi benar-benar cemas..lututnya terasa lemah..dia jatuh terduduk di sisi katil..Dalam hati dia cuma mampu berdoa agar Tuhan selamatkan Alissa dan zuriat mereka yang sedang membesar di dalam rahim Nur Alissa..Air mata mengalir deras..perasaan malu di buang entah ke mana..perasaan dan resahnya kini cuma tertumpu hanya kepada isteri tersayang..
“Alissa..bangunlah sayang..jangan tinggalkan abang..bertahanlah demi abang dan anak kita…bangunlah sayang…abang tak mungkin boleh hidup tanpamu…”rintih Hakimi berulang kali.
Episode Lapan.
_____________________________________________________________________
Hakimi membuka pintu perlahan. Langkahnya di atur lemah.. Daun pintu di tolak perlahan-lahan..Ombak resah di dadanya menggila. Jantungnya berdegup kencang..Darahnya mengalir deras. Dia benar2 kegelisahan..Peluh jantan terpercik di dahinya..Resah yang maha hebat di tanggung pundaknya..
“Ya Allah..Kau berikanlah aku kekuatan dan permudahkanlah urusanku”..berulang2 kali Hakimi memanjatkan doa kepada Ilahi.. Sebaik sahaja ibunya Puan Humaira menelefonnya di pejabat tengah hari tadi..Hakimi tidak senang duduk.. Semuanya dirasakan serba tak kena.. Tugasan berlonggok di atas meja terabai..Fikirannya benar2 rungsing..Pernikahannya dengan Nur Alissa cuma tinggal lagi sebulan..Kad-kad jemputan sudah di edarkan..tetamu sudah pun dimaklumkan.. persiapan sudah disediakan serba ringkas tetapi sesempurna mungkin..bukan mudah untuknya memujuk Nur Alissa. Bukan sedikit usaha yang dia lakukan untuk meyakinkan Nur Alissa. Bukan sedikit kasih dan cintanya kepada Nur Alissa. Bukan mainan dan gurauan segala janjinya kepada Nur Alissa untuk sehidup semati, melindungi dan mengasihi Nur Alissa seadanya..Janji adalah suatu amanah yang tak mungkin akan dia sia-siakan..
“Hakimi..Ibu takkan izinkan kau menikah dengan perempuan itu.. Banyak lagi perempuan baik2 untuk kau..yang lebih cantik, lebih berharta, yang lebih sempurna! Perempuan itu benar2 tidak layak untuk kau..tak layak untuk menjadi menantu ibu! Ibu tak sanggup menanggung malu kerana dia..kau dengar sini Hakimi, ibu takkan izinkan!” pedas kata2 puan Humaira mengetuk gegendang telinganya..Hakimi memejam mata rapat2..memikirkan pelbagai kemungkinan..”Ya Allah..bagaimana ibu boleh tau rahsia yang kami cuba sembunyikan? siapa dalangnya”..berlumba2 persoalan menerjah kotak fikirannya..
“Apa yang harus aku lakukan Ya Allah..dugaan ini amat berat untuk aku..berikan aku petunjuk..berikan aku jalan keluar..”Hakimi mengakhiri doanya setelah selesai menunaikan solat zohor di pejabatnya..seminit dua melayan perasaan, setitik dua airmata jernih melompat keluar dari kelopak matanya..tersedar dari lamunan..Hakimi cepat2 menyeka airmatanya..“Aku yakin Allah akan membantu mencari jalan keluar yg terbaik untuk aku dan Alissa..” desir hati kecil Hakimi sebaik sahaja melangkah keluar dari surau pejabatnya..mencuba memujuk hati yang di amuk resah.
____________________________________________________________________
Hakimi mengatur langkah menuju ke ruang tamu rumah..di situ kedua ibu dan bapanya sedang menanti kepulangannya..seperti yang dijangkakan..Ah! detik hati kecil Hakimi..ibunya pasti sedang bersiap sedia dengan jutaan peluru untuk menyerangnya..Oh!tidak..bisik hati kecilnya lagi..
Nilai-nilai murni yang tersemat dalam dirinya tidak mungkin hilang sekelip mata.. walau apa sekalipun, kedua ibu bapanya adalah insan yang palin dia hormati..sebaik sahaja melihat kedua ibubapanya..Hakimi menyusun langkah ke arah keduanya..
“Assalamualaikum..ibu..ayah..” sapa Hakimi mencuba menyembunyikan keresahan.
“Waalaikum salam..Hakimi duduklah..ayah dan ibu ada hal yang hendak dibincangkan”..Encik Lokman menjawab sapaan anak sulungnya itu lantas mempersilakannya duduk..seperti biasa..riak ayahnya sentiasa tenang..berbeza dengan air wajah ibunya yang kini seolah-olah seperti singa yang kelaparan..“Ya Allah..kau lembutkanlah hati ibuku..” doa Hakimi lagi..
” Yer ayah..ada apa?”..Hakimi sekadar berbasa basi…cuba berlagak normal..sedangkan resah di dada, hanya Allah yang tau..
“Ah kamu..masih pura2 tak tahu yer?..Pernikahan kamu dgn perempuan itu..batalkan!”..pantas ibunya memotong..
“Astagfirullah ibu..mengucap..kasihanilah Alissa..kasihanilah Kimi bu..majlis tu lagi sebulan bu..ayah..”..Hakimi bersuara seakan merayu meminta belas..dia menyorot pandangannya ke arah ibunya..tiada balasan..lalu dia memandang pula ayahnya..Encik Lokman membalasnya lemah..
“Itu ibu pedulik apa..lebih baik ita malu sekarang, drp malu kemudian hari..ibu tak mahu bermenantukan perempuan seperti itu!tak pernah di buat keturunan kita..kita keluarga baik2..ingat tu Hakimi!” pintas ibunya lagik..tegas.
“Tapi ibu..Alissa wanita yang baik.. buat apa kita mengenangkan sejarah silam dia sedangkan Hakimi cuma ingin melalui masa2 hadapan bersama dia..Hakimi yakin dia akan jadi isteri dan ibu yang baik..Hakimi pasti bu..ayah..Hakimi benar2 cintakan dia” Hakimi masih lagi tidak mahu mengalah..cuba mempertahankan masjid yang bakal di bina..
“Cinta kamu bilang? Apa ibu tersilap dengar kah? Tolong Hakimi..dia bukan gadis suci..dia tak layak untuk kamu. bersepah lagi gadis cantik, lawa dan lebih layak untuk kamu. kenapa dia yang kau gilakan??ibu tak setuju!ibu tak setuju!”..Puan Humaira masih lagi dengan pendiriannya..tidak berganjak walau seinci..suasana semakin tegang..Encik Lokman masih lagi bertindak sebagai pemerhati..Diam seribu bahasa..mungkin kerana dia juga dalam dilema tidak pasti ingin menyebelahi siapa atau mungkin dia diam mencari ayat atau buah yang terbaik untuk di bidas.
“Ibu..tolonglah..fahamilah..Alissa bukan seperti wanita2 lain yang ibu nyatakan..dia tidak cantik tapi jiwa Kimi tenang memandangnya.. Dia tidak kaya harta tapi budi bahasanya tiada tolok bandingan..Ibu..Hakimi sudah menunaikan istiqarah bu..bukan sekali dua..tapi berbulan lamanya sebelum membuat keputusan melamar dia bu..Kimi yakin, cinta kami bukan cinta nafsu..tapi cinta kerana Allah..Tolonglah ibu…restuilah kami..Kimi mohon simpati ibu..” Hakimi kini benar2 merayu simpati dan belas dari ibunya..Dia kini sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat restu dan izin dr kedua ibu bapanya..walau setinggi manapun cintanya kpd Nur Alissa, Hakimi takkan pernah melupakan bahawa syurganya terletak di bawah telapak kaki ibunya..
Suasana sepi seketika…
Akhirnya Encik Lokman bersuara..”baiklah..kami akan izinkan..tapi dengan satu syarat”
Hakimi mengangkat wajahnya menatap wajah ayahnya..menanti baris2 ayat yang seterusnya…suasana masih lagi sepi..
“Apa syaratnya ayah?Kimi akan tunaikan demi Alissa..” Hakimi hilang sabar menanti patah2 ayat yang bakal keluar dari bibir ayahnya..
Puan Humaira juga terdiam menantikan bicara yang bakal keluar dari mulut suaminya..
“Kau harus menikahi Atiqah…anak Tan Sri Aiman sebelum kau menikahi Alissa..” dengan berat sekali Encik Lokman menuturkan kata.
“Ayah! apa yang ayah katakan ni? tak mungkin kimi sanggup duakan Alissa ayah..tak mungkin…” rintih Hakimi..kedua tangannya mengenggam erat kedua lututnya..dia benar2 stress..
“Ayah juga tiada pilihan Kimi..bukan kau tak tahu, Atiqah sudah lama menaruh perasaan pada kau..kebetulan bisnes kita merosot kebelakangan ini dan Tan Sri Aiman merupakan pelanggan terbesar kita..syarikat kita akan selamat jika dia melabur dengan jumlah yang banyak dan caranya adalah dengan pernikahan..ayah harap kau faham maksud ayah..” Jelas Encik Lokman dengan suara yang mendatar..mungkin dia juga keliru dengan apa yang terlafaz dari bibirnya..”Ah! hidup ini takkan sentiasa senang..adakalanya ujian akan datang menduga..” bisik hati kecil Encik Lokman..Hakimi mengetap bibirnya..dia mengelengkan kepalanya beberapa kali seolah2 tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh ayahnya..
“Alangkah indahnya kalau semua ini cumalah mimpi..aku ingin segera bangkit…bangkit dari mimpi buruk yang menyesakkan dada..bangkit dari mimpi yang mendera batin..aku ingin Alissa ada di depan mataku saat aku terjaga..saat aku membuka mataku..aku cuma inginkan dia..bukan Atiqah…bukan gadis2 lain..tidak!” desis hati kecil Hakimi…Dia tunduk memandang lantai..Suasana kembali sunyi seketika..ketiga-tiga insan di ruang tamu itu masing2 hanyut di buai perasaan..semuanya mencongak dan berkira-kira..membayangkan apa kemungkinan yang bakal terjadi…dan di antara ketiga-tiga manusia yang sedang bermonolog dengan diri masing2 itu..Hati Hakimilah yang paling resah..Minda Hakimilah yang paling terseksa..“Oh Tuhan..bantulah aku…” tanpa henti Hakimi memohon petunjuk..
__________________________________________________________________
Episode Sembilan..
Sesudah melafazkan akad nikah dengan penuh keyakinan..semua hadirin mengangguk kepala tanda setuju, Hakimi menarik nafas lega. sepantas itu juga Hakimi menyorot pandangan matanya, mencari riak wajah yang terukir di wajah Nur Alissa yang kini sah menjadi isterinya..terngiang2 di telinganya petikan ayat dari sebuah filem tempatan “Isteri bukan hak milik, tapi anugerah..” ya..Nur Alissa adalah anugerah terindah yang pernah dia miliki..dan dalam diam die bersumpah akan membahagiakan isteri kesayanganya itu, walau apa aral menduga.
Hakimi masih lagi menatap wajah isterinya yang membisu tunduk memandang lantai..titik-titik jernih mengalir dr kelopak mata Nur Alissa..Hakimi kaget..”tidak gembirakah dia menjadi isteriku?” persoalan yang tiada jawapan dan Hakimi nekad akan mencari jawapannya nanti..Hadirin yang datang bermacam gelagat. ada yang mengusik ada yang mendoakan yang indah2.. Hakimi cuma mampu tersenyum. Namun di sebalik senyuman itu, tiada siapa yang tahu keresahan yang melanda jiwa Hakimi..Ada rahsia yang tersimpan.
______________________________________________________________
“Abang..maafkan Alissa..maafkan Alissa..”sebaik sahaja membuka matanya dalam kelemahan, Alissa mengungkapkan kata2 memohon keampunan dari suaminya..airmata Alissa mengalir di celahan kelopak matanya..
Melihatkan isterinya sudah bisa membuka mata dan berkata-kata..Hakimi cuba mengukir senyuman..senyum dalam keterpaksaan..
“Abang yang bersalah..sayang tak salah apa pun pada abang..” balas Hakimi sambil tangan kirinya menggenggam erat tangan isterinya…tangan kanannya mengusap lembut kepala Nur Alissa yang terbaring lemah..mata Hakimi turut berkaca-kaca..
“Sayang rehat dulu yer..jangan banyak fikir..abang sayangkan Lissa, abang ingin Lissa baik semula seperti dulu kala..demi abang, demi anak kita, Lissa harus kuatkan hati, Lissa harus bertahan…” pujuk Hakimi separuh merayu…matanya menatap mata Nur Alissa penuh harapan..
….TO BE CONTINUE…
Posted in Karya Kreatif | Edit | 4 Comments »
Demi Harga dan Nilai.
Posted by semut2comel on October 12, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
Ramadhan baru saja meninggalkan kita…di bulan Ramadhan, kebanyakkan dr kite bersungguh2 meningkatkn amal ibadat..mejaga amalan, menahan sabar, menahan marah..dan now, bila Ramadhan sudah berpenghujung, masihkah antara kita konsisten dgn semua amalan dan sifat2 terbaik tersebut?
“boss aku tutt.. bulan pose nie tetibe rajin solat..sebelum nie x solat..kitorang gelakkan jer”
“bulan pose nie aku nak khatam quran..tiap2 mlm aku baca quran”
“bulan puasa nie aku baik sikit..kurang lepak2 ngn kawan”
Itu antara dialog yg pernah aku dengar sepanjang bulan Ramadhan yg lepas..adakah dialog2 seperti itu akan diteruskan? masih berterusan ke? aku harapkan jawapannya adalah ya..
Harga Sebuah Nyawa.
Sepanjang seminggu kembali ke dr cuti raya..banyak betul kemalangan jalan raya yg aku jumpa..naauzubillah…kenapa lepas raya kemalangan seolah2 naik mendadak? adakah kerana kesabaran yg sudah tiada? adakah kerana emosi yg tidak stabil? atau kenapa? adakah kerana syaitan yg dh terlepas dr dibelenggu, maka manusia juga berperangai seperti syaitan? aku percaya kpd qada’ dan qadar dan aku juga percaya, kalu kita berhati2 dn bersabar semasa di jalanan..kita mampu mengubahnya..kerap sangat aku lalui jalan yg penuh dgn kaca bersepah dan darah berselerak di atas tar..kenapa cmni? aku jd takut, gerun. mana tidaknya..tahap pemanduan aku pn masih tak berapa expert..dengan keadaan yg mcm tu, buatkn aku makin tak yakin dgn diri sendiri..makin takut. dan dlm hati aku berdoa..
“Ya Allah..Kau lindungilah aku dan lindungi juga insan2 yang aku kasihi”
Sesungguhnya harga sebuah nyawa tidak mampu di beli dengan wang ringgit..harga sedetik masa tidak mampu di bayar dengan dolar atau rupiah..harga sebuah kasih sayang tidak mampu di beli dengan emas atau berlian..(errr..sure ke?huh)
Harga Sebuah Pengorbanan.
Demi mencapai sebuah makna “KEMAJUAN”..sedar atau tidak..kita dan alam ini sudah banyak terkorban…demi nak buat hiwghway yg besar, cantik dan paling dekat, pohon2 di tumbangkan dan bukit di tarah..demi nak dapat duit yang banyak gaji yang besar..anak2 terabai kasih sayang, suami kekurangan layanan isteri..demi mendapat rumah yg besar kereta yg mewah, masa untuk beribadat berjumpa Allah juga di minimakan…sepenuh tenaga dan masa di utamakan untuk kerja mengejar kekayaan..apakah sebenarnya harga sebuah pengorbanan..berbaloikah suatu pengorbanan itu, jika hasilnya kelak kita juga yg menderita? apa yang membahagiakan kita? adakah kemajuan?adakah harta? adakah wang ringgit? dan mengapa kita sanggup berkorban?
Setiap dr kita ada prioriti list masing2 tapi adakah kita sebenarn2benarnya tahu..mana yg lagi penting utk kita berbanding benda2 penting yg lain? kadang2..ada yg tersilap memilih keutamaan..lain yg dikejar..lain yg dapat dan apa yg dah dimiliki, jatuh berciciran…
Jgn jadi seperti anjing dan bayang2..
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Kerana Aku Cuma Seorang Hawa.
Posted by semut2comel on October 12, 2008
Tak dapat di nafikan..aku masih lagi demam ayat2 cinta ..novel yang benar2 merupakan sebuah kisah yg mampu mencetuskn lahirnya rasa cinta dlm jiwa aku..cinta kepada agama, cinta kepada Allah, cinta kepada makhluk ciptaan Allah, cinta kepada saudara seagama, cinta kepada mereka yang layak menerimanya..huh…
cinta kpd Fahri..haha! novel yang benar2 memberi kesan kpd aku, berbeza dengan novel lain yg bila membaca ke perenggan terakhir, bila cover di tutup, segalanya juga terus dilupakan..biarpun semasa membaca aku tersenyum atau menangis, tapi sesudah novel itu habis ke penghujung, semuanya tamat di situ..setakat itu saja..tapi untuk ayat-ayat cinta..aku tidak jadi begitu..aku jadik lain..hurmm…benar2 menikam kalbu la kot..huhu
Kenapa aku benar2 jatuh cinta kepada Ayat-ayat Cinta? adakah kerana aku sang hawa? yang lembut dan halus jiwanya? yang mengharapkan hadirnya jejaka seperti Fahri dalam kehidupan ini? layakkah aku memiliki Fahri andai aku tidak sebaik Aisha?
Lelaki Yg Baik Utk Perempuan Yg Baik
Terngiang-ngiang di telinga aku…
“Isteri yang baik untuk suami yang baik..”
Maka nekad aku…biarlah aku menjadi hawa yang tidak dimiliki mana2 adam..selagi aku belum menjadi hawa yang terbaik..selagi itulah aku tak ingin di miliki..aku percaya..jodoh ku ada menanti ku..aku percaya..tiap apa yang Tuhan aturkan pasti ada hikmahnya..dan aku percaya..jodohku masih lagi belum tiba kerana aku masih belum layak untuk dimiliki atau memiliki dan aku percaya..sang adamku sedang persiapkan dirinya, menjadi insan yang lebih baik seperti aku juga..agar bila kami dipertemukan nanti..kami adalah adam dan hawa yang soleh..yang mencintai dan merindui kerana Allah..yang mengidamkan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyambung perjuangan Rasulullah..mempunyai azam dan cita2 untuk bersatu hingga ke syurga dalam bahagia..
Hawa Yg Tak Sempurna
“Maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tak mampu ku cegah..Ayat2 cinta bercerita, cintaku padaMu”
Aku hawa yang masih belum layak bergelar hamba yang solehah..hamba yang masih banyak kekurangan untuk diperbaiki…masih ada dosa yang perlu di ampuni..aku hawa yang masih belum layak memiliki adam sehebat Fahri..aku sedang mempersiapkan diri..aku sedang berusaha menjadi yang lebih baik..dan doaku, adamku juga begitu..dan bila tiba saat kami di satukan dengan ijab dan kabul..aku adalah hawa yang benar2 layak untuknya dan dia juga yang terbaik untuk ku..
Kerana aku Hawa yang sentiasa berharap dan mendoakan..peneraju hidupku nanti bukan saja mampu membahagiakan aku di dunia ini..bahkan juga membahagiakan kedua ibu bapa kami, zuriat kami..dunia dan akhirat..itulah adam idamanku…biarpun harus menanti sepuluh tahun lagi..aku tidak akan jemu..moga Tuhan kurniakan aku kekuatan..amin..
Sejauh Mana PMS Mempengaruhi Seorang Wanita?
Aku adalah hawa yang fitrahnya harus di sucikn setiap bulan..ini anugerah Tuhan, penyuci dosa bg kami kaum hawa..kitaran haid yang berlangusng selama 28 hari mengikut buku biologi yang aku pelajari semasa di tingkatan 4..aku akui itu kurniaan Tuhan..namun sering saja tiap kali keuzuran..aku sedih..kecewanya aku..sering juga aku menangis..seolah2 rasa kehilangan..
Memang selalunya, beberapa hari sebelum dpt cuti bulanan..mood aku akan berubah..sering saje sedihh tanpa alasan, selalu juga menangis bila bersendirian, krn memikirkan sesuatu yg sgt complicated dan mencetus rasa sayu dlm dri sendiri, haih..ape daaa…(PMS) kadang2 demam atau cirit birit..sakit2 badan lenguh2 pinggang..namun Alhamdulillah..senggugut aku tak teruk.
Kenapa Harus Bersedih?
Kerana aku hidup sendrian..hanya Allah tempat aku mengadu krn aku bukan tergolong dlm manusia yg suka bercerita atau berkongsi masalah dengan orang lain..dan mungkin juga kerana aku rasakan bahawa tiada siapa yang sudi mendengar luahan hati aku…dan bila aku ‘cuti’ aku rasa sedih sgt2..krn aku rasa seolah2 aku di pisahkn dr kekasihku yg aku cintai..aku berasa seolah2 tiada lagi tempat utk aku mengadu..kenapa begini?
“Di atas sejadah cinta..aku mengadu padaMu”
Ya Allah..ampunkan aku…bukan aku tidak mensyukuri anugerah Mu..bukan aku menidakkan kejadianMu..bukan aku tidak tahu, tiap apa yang Kau ciptakan ada hikmah yg tersembunyi…
Ya Allah..aku cuma bergantung kpd Mu..dan dlm keadaan aku yg begini..aku berasa jauh dna benar2 kesunyian…fikiran aku kusut. aku resah. gelisah..
Semoga aku tidak akan merasai kehilangan yg seperti ini setiap bulan…semoga aku tidak sepi saat aku ‘dipisahkan’ dari sejadahMu..aku benar-benar takut, aku takut aku menjadi hambaMu yg derhaka..ampunilah aku Tuhan..Lindungilah aku Tuhan…kerana aku hawa yang lemah.
“dan hanya padaMu aku bersujud”
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Al-Mulk…
Posted by semut2comel on October 11, 2008
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
67. Al-Mulk
[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
[9]
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ”
[10]
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
[24]
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
[30]
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.
Posted in Tazkirah Harian | Edit | No Comments »
Kisah Picisan.
Posted by semut2comel on October 11, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
Sejak buka blog baru ni, aktif benar aku menulis…banyak pula masa untuk aku mengarang, menconteng dan mengaruk…seminggu dua kebelakangan ini, seolah2 aku sedang kehilangan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apakah ia..dan akhirnya, blog ini jualah tempat aku meluah rasa menggambarkan perasaan mencoretkan idea..
Kisah di Jalanan.
Semalam, tepat jam 5.30 pm, aku segera bersiap2 utk pulang, terus ke rumah kakak aku di kg melayu subang, seperti kebiasaannya..setiap jumaat ke situ la arah tujuan aku..tiada lagi tempat lain..
Kebelakangan ini..bumi Selangor, terutamanya shah alam sering saja hujan…aku memecut kereta laju, al maklumlah..kalu lewat sikit, jln batu 3 shah alam tu jem kemain..aku x rela sangkut berjam-jam dlm jem demi kerana lewat seminit….tak nak eh…dah la minyak mahal..huhu..nak elak cmne pun, smpai ke flyover highway federal, jln tetap gak slow..aku mcm biasa jer..x main stress2, bukak lagu feveret menyanyi sekali..huhu..kadang2 sambil tangan bergendang sekali mengetuk stereng kete yg bersarung merah tu..dan kadang2 sambil mengoyangkan bahu..ouch~!!over pulak..huhu
Dlm kira2 setengah jam merangkak, lepasi trafic light masuk ke guthrie higway, jln agak lancar, tapi masih jugak slow..xde pecut2..tp bile dh lepas flyover flextronic..jalan kembali clear..hujan makin lebat…kelam..susah nak melihat jarak jauh..aku pandu slow jer walaupun kt highway, xsmpai 100km/hr pn krn hujan yg sgt lebat…aku pilih jln higway krn ingin cepat smpai, al maklumlah jln clear…leh pecut..sampai ke exit menuju ke kg melayu subang..dr jauh aku nmpk byk kereta berderet di tepi jln..seolah ada pesta..pesta yg menakutkan..
kereta beratur perlahan..dr jauh aku melihat sebuah kereta hancur remuk, terbalik ke atas kerana melanggar divider jln..byk org keluar membantu/org mybe tlg tengok..darah aku menyirap..biasalah pemandu amatur…org ramai keluar beramai2 bergotong royong sedang mengeluarkn mangsa kemalangan..aku sempat melihat mereka mengangkat pintu kereta..dlm hati aku memohon semuanya baik2 sahaja dan dlm hati aku juga memohon agar tak nampak keadaan mangsa..well..aku ni takut darah..ngeri dan mudah pulak simpati..tak kuat semangat aku nak tgk benda2 yg ngeri..cpt2 aku alihkan pandangan dan fokus saja ke jalan, terus sambung perjalanan..semoga aku selamat sampai..doa aku..
mlmnya abg ipar aku khabarkn…kemalangan di exit tersebut mengakibatkn kematian rupanya…innalillah…
Baru Beraya
Alhamdulillah aku selamat sampai..hurm, esoknya akan ada open house, so mlm nie x bleh tdo awal..masak gotong royong ngn mak n akak…beraya sakan..bab2 masak serah saje pada mak aku, dia juara..tukang msak tersohor di kampung la katakan…
cadangan menu adalah nasi dagang, nasi himpit soto, laksa penang, roti jala, sphagethi dan kuih2…
Nasi Dagang Resepi Warisan
Mak aku mmg juara bab2 masak, tiap kali dia masak nasik dagang, aku selalu merungut..”kalu orang ni, entah bila baru reti masak nasik dagang..caranya mmg la senang, tapi nak buat tu rumit..leceh~!!”
Mana taknya..mula2 rendam beras, pastu kukus, pastu letak santan, pastu kukus lagi, pastu gaul dgn halia, bawang putih ngn halba, pastu kukus lagi,.aduss…rumitnya…itu baru nasiknya…kuahnya? ade gulai ikan tongkol, kari ayam dan kari udang..
Ada lagi sambal kelapanya…aduss…lecehnya..syukur mak aku mmg suka masak.,.heheheh
Mak masak nasik dagang dan laksa, tugas aku menebar roti jala..akak aku masak kuah soto dan spageti..buat air dan potong sayur serta ke pasar.,.huhu..belum pas lagi ilmu masak memasak…:D
Open House yg Meriah lagi Memenatkan
Kakitangan yg bertugas cuma berapa org, yg paling penat sure la my mom..Alhamdulillah tetamu yg datang bertali arus..sejak kul 12 smpai saat aku menulis ni pun, ada lagi tetamu kat luar..aku dh kepenatan..ulang alik tambah2 lauk dan kuah, ntah berapa jug air aku buat, keluar masuk dapur ulang2 alik..adus..tegang jugak urat2 betis aku..(mak aku tu x penat ke? dah la mlm td tdo paling lewat???) betul2 iron woman la mak aku nie..td masa aku curik2 online, azza elite pulak datang..aku bayangkan lawa la sangat minat nieh, alahai..kalu aku letak make up, aku pun lg lawa kot..huhu..perasaan..lol
Tetamu masih ada..biarlah..lagipun inikan rumah akak aku..aku cuma tetamu yg membantu…mencari alasan…ah, biarlah..aku penat…fikiran aku rungsing…
Tentang Perasaan
Aku rasa seolah2 ingin lari dari dunia ini..aku ingin benar pergi jauh2…kadang2 aku rasakan aku tidak lagi mahu menjadi seorang hasniza…aku ingin pergi jauh…ke suatu dunia yg tiada siapa pun kenal siapa aku..ke satu dunia yang supaya aku dapat memulakan hidup baru..i am really2 sick of my life…Astaghfirullah…kadang2 aku memohon, supaya Allah pendekkan jangka hayat aku..aku ingin mati…Astaghfirullah…
Kenapa jadi begini? why??
Kerana aku sudah tiada punya arah dan tujuan hidup, semuanya seolah2 kabur dan aku takut utk melangkah ke masa hadapan..umur yang kian meningkat, graf hidup yang masih di paras linear tiada sebarang kejutan betul2 memualkan aku…aku tidak mahu teruskn kehidupan yg seperti ini lagi..aku bosan..aku muak..aku penat..yer, aku penat…benar2 penat..
Posted in Kembara Hidup | Edit | No Comments »
Apa Dah Jadi? Apa Nak Jadi?
Posted by semut2comel on October 10, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
Aku di lahirkan di Malaysia..aku adalah rakyat Malaysia yg telah bernafas selama 26 tahun di negara ini, berjalan berjuta2 tapak di tanah air ini, yang telah menggunakan duit rakyat sebanyak RM42,000 sbg tajaan biasiswa semasa pengajian mendapatkan segulung ijazah dan RM 1500 semasa menuntut di MRSM..apa sumbangan aku kepada negara ini? mengecewakan kerana jawapan aku..NONE.
Negara Kita Tanggungjawab Kita
Apa yang tambah mengecewakan aku sekarang adalah senario politik negara kita dewasa ini..kabur dan kelam kabut..
Kita di sogok dengan berita penekanan yang di lakukan ke atas PM Malaysia yg ke-5 iaitu DSAbdullah..banyak pihak yang memintanya melepaskan jawatan..kalau boleh secepat mungkin..plan peralihan kuasa yang kononnya akan terjadi pada Jun 2010 tidak diendahkan..ada yang tak sabar2 melihat Pak Lah berundur..ada yang berani bersuara dan ada juga yg memprotes dlm diam..
Dan akhirnya, keputusan yg di ambil oleh Pak Lah, tidak bertanding jawatannya pada Mac 2009 which is itu bermakna, Pak Lah berkesanggupan melepaskan jawatannya 1 tahun 3 bulan lebih awal? kenapa yer? ada pihak yg mengatakan..itu tindakan menandakan Pak Lah seorang yg bertanggungjawab dan tak kurang dari itu, beliau lebih mementingkan kepentingan rakyat drp kepentingan sendiri..(adakah ini bermaksud mengiyakan prestasi buruk PAK LAH???)
Ada juga pihak yang mengatakan..Pak Lah sekadar ingin menjadikan DSNajib sebagai kambing hitam..dan ada juga yang mengatakan, perletakan jawatan lebih awal adalah taktik Pak Lah semata2..dlm masa lebih kurang 6 bulan nie, mcm2 kemungkinan mampu terjadi…anak menantu pak lah dan org2 yg masih punyai kepentingan bersama pak lah takkan mudah2 membiarkn paklah tewas..dan sejarah pun terbukti, paklah merupakan pemimpin yg kerap melakukan ‘u-turn’ which is ckp lain dan buat lain..apa2 pun, hanya ALLAH jualah yg Maha Mengetahui..
Antara Dato Seri Najib dan Dato Seri Anwar
Kedua2 tokoh ini mempunyai satu persamaan which is pernah menduduki jawatan kedua penting di negara kita..bezanya adalah ketua mereka adalah dr org yg berbeza..
Pepatah Cina ada menyebut…tak mungkin atas satu gunung ada dua singa..
yg bermakna..adalah mustahil utk satu negara, ada dua org berkuasa yg memerintah..ini terbukti benar dlm kes DSAI dan Tun Mahathir..sikap DSAI yg agak terburu2 menurut pendapat aku akhirnya memberi padah kpd dirinya sendiri..beliau akhirnya dipenjarakan selama 10 tahun..10 tahun dr tempoh idupnya terbuang di penjara~!!alangkah merugikan..orang yang sepintar dan sededikasi beliau di kurung dlm ruangan yang sempit. tanpa berdaya melakukan apa2..sungguh2 merugikan..namun begitu, jika di lihat dr aspek positif..dengan peristiwa itu juga tercetusnya idea reformasi dan terwujudnya parti keadilan yg akhirnya berkembang hingga sekarang..mungkin ada hikmah yg tersembunyi yg belum lagi kita ketahui..
Teori Rahman Sejauh Mana Benarnya?
Buat masa ini, teori itu masih lagi diguna pakai..tinggal sahaja N yg belum di tunaikn..dan buat masa ini, N yg paling jelas adalah Najib…mungkin kerana N ini jugalah, semangat dan keyakinan Najib bertambah kukuh..tampuk pimpinan negara akan menjadi miliknya..dgn N ini juga puan Rosmah tersenyum hingga ke telinga..tapi hakikatnya, kenyataan yang bakal terjadi tidak semudah teori semata-mata..teori ini bukan teori al gebra atau teori pembentukan atom yg sudah terbukti kesahihannya..teori ini cumalah ramalan dan pelbagai kemungkinan mungkin akan terjadi…keajaiban, mungkin!
Kenapa A untuk Abdullah? kenapa bukan Anwar? sedangkn Anwar yg terlebih dahulu memegang jawatan timbalan PM? kenapa? kenapa? kenapa?
Jauh di lubuk hati aku sendiri, aku menyalahkan sikap terburu-buru DSAI itu sendiri..tidak sabar..itu komentar aku. dan ada pula yg mengatakan..mengikut teori RAHMAN..kesemua R.A.H.M.A.N adalah mereka yg punyai pertalian darah/kekeluargaan dgn mereka yg terbabit dlm proses memperjuangkn kemerdekaan Tanah Melayu..kononnya..R bapa kemerdekaan..A juga ikut serta berjuang dan H pula anak kpd dato onn yg banyak jasanya kpd negara. M pula mempunyai isteri yg ada pertalian darah dgn tokoh2 kemerdekaan juga dan A untuk Abdullah pula kerana arwah datuknya adalah org yg bertanggungjwb menetapkan tarikh kemerdekaan..siapa Anwar? bukan sesiapa so A yg terpilih di menangi oleh Abdullah..huhu..dan yg terakhir N pula kelihatan amat cocok krn bapanya juga ada kaitan dgn kemerdekaan..hurmmmm…mungkinkah???
Apa Dah Jadi?
Pemimpin UMNO saling bertelagah berebut jawatan..yang kelakarnya..mereka yg dah disahkan bersalah menerima rasuah beberapa tahun yg lepas juga tak ketinggalan bertanding..ada beberapa nama yang agak menjengkelkan aku, mamat taib dan isa samad..O Allah..selamatkanlah kami dr pemimpin yg zalim..najib juga tak kurang hebatnya..O Allah..lindungilah hambaMu di bumi tercinta ini..
Yg sudah terjadi juga..tarikh 16 Sept..1 Oct dn 10 Oct yg di gembar gemburkn sudah menjadi lebur dan basi…membuahkn rasa kecewa kpd mereka yg berharap..menantikan sebuah keajaiban..mungkinkah??
Kenapa gagal? adakah kerana plan dan strategi yang tak kukuh? adakah kerana pemimpinan yang rapuh? adakah kerana cita-cita yang angkuh tapi kosong? adakah kerana duit yg menjadi idaman? adakah kuasa yang menjadi pujaan? adakah rakyat cuma di anggap boneka? adakah kerana ingin menjaga adab dan susila? menjunjung pepatah melayu yang tak lapuk dek zaman..atau kenapa sebabnya? aku ingin tahu…aku ingin tahu…
Mungkinkah berjaya? Hanya Allah yg Maha Mengetahui…dan mungkin Pak Lah juga tahu…
Apa Nak Jadi?
Ya Allah..jika pemimpin terhebat seperti Rasul Mu masih hidup..aku ingin bernaung di bawahnya…paling tidak..aku ingin merasa indahnya menjadi rakyat di bawah pemerintahan Umar dan Uthman..hambaMu yang cintakan RasulMu..yang menggalas tugas sebagai pemimpin sebagai suatu bebanan yang berat..yang tidak mengabaikan kepentingan rakyat..yang sanggup berjuang demi rakyatnya..yang tak mungkin menzalimi rakyatnya..yang penuh rasa kecintaan terhadapMu..
Ya Allah..jika Kau takdirkan aku hidup sepuluh tahun lagi…jika Kau takdirkan zuriat2ku lahir menyambung perjuangan RasulMu…maka Kau lindungilah kami dari tangan2 mereka yang zalim..kasihanilah kami..
Semoga negaraku kekal di bawah naungan kasihMu Tuhan..kerana aku benar2 cintakan tanah airku ini…semoga bangsa dan agamaku terus hidup aman dan bebas mengejar dunia dan akhirat seiringan..
Hanya padaMu Tuhan..aku memohon limpah kurnia..amin.
Posted in Politik dan Isu Semasa | Edit | 5 Comments »
19 Hadis Nabi Mengenai Wanita
Posted by semut2comel on October 9, 2008
19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki
yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
“Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah,
“Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Posted in Tazkirah Harian | Edit | 1 Comment »
Dialog Bisu.
Posted by semut2comel on October 9, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Hari ini tinta dan pena menari lagi..itu simboliknya kerana kenyataanya masa kini, jarang sekali pena dan kertas di gunakan..sejajar dengan perkembangan teknologi, mereka kian di lupakan..monitor dan screen menjadi tatapan.. butang2 aksara di tekan oleh hujung2 jari, mata tertancap tepat ke arah screen, huruf demi huruf di susun menjadi perkataan yang kemudiannya bercantum menjadi sebuah ayat yang punyai makna yang tersendiri..
Huruf yg sama di susun berbeza memberi makna sebuah perkataan yang berbeza..perkataan yang sama di susun berbeza pula memberi maksud ayat yang berbeza dan ayat2 yang sama bila di atur berbeza..seterusnya menerbitkan kisah2 yang pelbagai..ajaibnya abc..indahnya ayat..tanpa berbicara menggunakan bibir dan lidah, kita mampu menghantar maksud hati kepada insan lain.. tanpa suara dengan kebisuan, kita mampu meluahkan pandangan kita kepada sahabat yang lain.. dalam kesunyian tanpa keriuhan.. kita mampu menyampaikan sebuah kisah lucu atau sedih yang bisa membuat si pembaca tersenyum atau menangis..ajaibnya sebuah nukilan. magisnya sebuah idea. indahnya sebuah bahasa..
Ada Apa Pada Bahasa
Satu masa dahulu aku pernah membaca, 10 bahasa terfames di dunia..jika tak silap aku, bahasa yang paling banyak di gunakan adalah bahasa cina, bahasa yang paling romantis adalah bahasa perancis..itu saje yg mampu aku ingat..alahai mindaku~!!makin usang dan berkarat nampaknya..wajar agaknya aku lakukan sesuatu, taruk minyak pelincir etc supaya otak aku nih boleh berfikir ligat semula..haih..seingat aku jugak, dalam 10 bahasa terfames tu, bahasa kita iaitu bahasa melayu tidak tersenarai, ini aku pasti~!!
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasa Melayu kemudian di ubah Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan kita. jujur aku mengaku, bahasa kita adalah bahasa yang sedang berkembang, tidak punya identiti sendiri dan banyak menciplak perkataan dr bahasa2 lain seperti bahasa english dan arab..itulah bahasa kita dan mungkin itu jugalah bangsa kita..innovative tp tak cukup creative.Nah! ada apa dengan bahasa kita? patut kah kita agung2kan bahasa kita?
Pada pendapat aku, ya..kita wajar mengagungkn bahasa kita..banyak juga negara maju yang lain, masih mengekalkan bahasa mereka namun masih bergerak maju kehadapan, kenapa tidak kita? jika bukan kita yang menjaga dan mempromosi bahasa kita, then sape lagi? sayangilah bahasa anda..walau di mana jua anda berada..okeh?
Bicara Bisu-Sunyi Sepi
Bukan perkara asing bagi aku..berbicara tanpa suara. mengikuti arus peredaran zaman, email, SMS dan Chatting menjadi pilihan. berdialog dengan mereka yang jauh beribu batu tanpa bibir mengucapkan satu patah perkataan pun. berkongsi idea dan berbahas pendapat. menyakitkan dan menghiburkan. segalanya mungkin biarpun dalam suasana sunyi dan sepi..inilah bicara bisu yang kadang2 mampu menyentuh hingga ke dasar hati.. walaupun tanpa bertentangan mata, mempamerkan lenggok tubuh atau melontarkan alunan suara.. kita mampu ‘mendengar’ jika kita mahu.. indahnya bahasa bisu. dialog antara jari jemari yang di baca oleh hati dan minda..
Cita-Cita Saya
“Diana..ingat tau, nanti kite akan buat novel, jangan lupa beli!”
“Suzi..kite plan nak buat novel, nanti dah buat, kite gtau ek..”
“Bed..Ghan..aku nak buat novel, nnt korang jgn lupa beli”
“Akak..as nanti ada cita2 nak buat novel, nanti as bagi present kat akak ek..”
“Shaq..as nak buat novel..nanti as bg shaq..supaya shaq tau cmne sebenarnya apa yang as lalui..”
Itulah angan2 ku, itulah antara dialog yang aku ucap kepada beberapa teman..dan balas mereka..
“Nija..suzi rasa nija bleh buat novel, mesti meletop!”
“Buatla kalu Honey nak, tapi janganla letak nama sebenar..huhu”
“Akak doakan as capai cita2 as”
Itu pula komentar mereka..
Masa Terus Berjalan
Tanpa henti, tanpa menunggu sesiapa pun masa tetap akan terus beredar selagi belum tibanya kiamat..itulah ketetapan Ilahi..dan aku? bagaimana agaknya kisah aku nanti? angan2 aku mampu sampai ke mana?
Dan sesungguhnya, hanya Allah Yg Maha Mengetahui..
kun fayakun..maka jadilah..
Posted in Tinta dan Pena | Edit | 2 Comments »
Novel Pencetus Rasa Cinta.
Posted by semut2comel on October 7, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
First and foremost..words “ayat-ayat cinta” ini adalah asalnya di petik dr sebuah novel, hasil nukilan seorang penulis dr indonesia..impak dr novel tu juga, akhirnya tercetus idea utk terbitkan sebuah filem dgn menggunakan tajuk yang sama dengan runut2 bunyi yang mengasyikkan..antaranya lagu “ayat-ayat cinta” dendangan rossa..
Jarang benar aku baca novel sekerat2, biasanya aku akan pulun, kaku x bergerak selagi tak khatam novel biarpun berjam2 kecuali ada kecemasan seperti kebakaran/banjir/rompakan/pembunuhan dan solat. lain2 aku akan tahan ke tahap yg maximum hinggalah novel tersebut smpai ke titik noktah yang paling akhir..
Berbeza dgn novel ayat-ayat cinta ini..aku baca sedikit demi sedikit tanpa gopoh, kutip setiap pengajaran dan ilmu di dalamnya tanpa keciciran..sebetulnya, novel ini bukanlah sebarangan novel cinta~!!sungguh..ia lain dari yang lain..
Ada Apa Pada Ayat-ayat Cinta?
Itu juga soalan aku tiap kali mendengar kengkawan lain bercerita ttg hebatnya buku ini? dalam hati aku tertanya “apa yg hebat”
Finally buku itu ada di hadapan aku..perlahan2 aku buka dan baca..sejujurnya, smpai ke saat aku menulis post ini, novel tersebut masih belum aku khatam lg..huhu..
Pada pendapat aku: novel ini secara senyap boleh menusuk hati sanubari pembaca. secara halus menyebarkan dakwah tentang Islam..betapa dlm Islam, wanita di pandang tinggi. dlm Islam, kewajipan menghormati jiran tetangga(Keluarga Madame Nahade dan Tuan Botros) tidak terbatas oleh perbezaan agama, kewajipan menghormati tetamu walaupun dia dari bangsa dan agama yang berbeza (peristiwa di dalam metro bersama gadis berjubah (Aisha) ), kewajipan kita sebagai saudara seagama dan jiran tetangga supaya membantu mereka yg dalam kesusahan (Noura), kewajipan menjaga adab dan batas pergaulan dengan bukan muhrim (Maria dan Nurul), mengajak kita mengasihi dan saling menghormati (persahabatan dgn teman serumah, Hamdi, Rudy, Saiful dan lg sorang lupe..huhu)..antara ungkapan yang disebut..”Demi Allah aku mencintaimu saudaraku..” yg di ucapkan kpd teman serumah yang byk membantu dan memahami benar2 menyentuh hati..
Dalam novel ini juga ada menceritakan betapa indahnya cinta sesudah perkahwinan..biarpun watak utama (Fahri) ada memendam perasaan terhadap Nurul, tapi dia sedikit pun tak biarkan perasaan cinta kpd bukan muhrim menguasainya, sehinggalah suatu hari, dia di khabarkan, ada pihak wanita ingin menjadikannya suami..tidak tahu bagaimna rupa bakal isteri akhrinya fahri akur dan Alhamdulillah, wanita itu adalah benar2 wanita yang terbaik..”dan sesungguhnya isteri yg baik adalah utk suami yg baik”
Perjalanan cerita dan kisah yang di atur, di selit dengan petikan hadis dan al-quran juga kata2 himah benar2 mengasyikkan. gabungan kisah antara kisah Noura, Nurul, Maria dan Aisha tampak teratur dan kemas seolah2 kisah ini benar2 wujud.
Dlm novel ini juga turut menceritakan, bagaimana kesannya cinta kpd manusia lain yg melebihi batas..itu yg terjadi kpd Noura sehingga sanggup menabur fitnah demi mengejar cinta Fahri dan bagaimana Maria jatuh sakit setelah mendapat khabar berita perkahwinan Fahri dgn Aisha..dan Nurul pula sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat cinta Fahri termasuk ingin bermadu..cinta sang pencinta..tak semua cinta kan bersatu.
Bagaimana akhirnya kisah ini?huhu..aku dah tau sebabnya mula2 bukak novel ni, aku baca sinopsis, baca ulasan penulis lain kt page belakang , baca page depan2 dan terus ke page belakang..hehe..tengah2nya tak tau pecite..lol
Okeh, sesiapa yg inginkan kelainan dlm novel, dijemput membaca buku ini yer…silakanlah sila yer..:)
Posted in Pengisian Jiwa | Edit | 2 Comments »
Bersyukurlah..Anda Masih Hidup Hari Ini~!!
Posted by semut2comel on October 7, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
Seminggu bercuti malas pulak nak keja..but like it or not..kerja ni adalah sumber pencarian aku, rezeki aku dan juga tanggungjawab aku, so kenala aku pasrah seadanya..before bercuti haritu, mmg tengah rushing siapkan calculation and design untuk firewater system utk tanki unleaded gasoline shell..sebelum bercuti dah hantar report, calculation and drawing untuk approval dengan merujuk kpd standard NFPA 15..rupenye, client tak terima sebab bilangan nozzle terlalu banyak dan saiz paip yang kami selected juga adalah terlalu besar…salah satu sbbnya mungkin dlm NFPA tiada application rate yang khusus untuk tank..so mungkin terjadi ralat..haih…
Balik dari bercuti, extra cuti sehari sebab aku x sihat, bos dah gtau awal2, kita urgent, kena buat calculation and design serta lukis balik..kali ni refer kepada standard SHELL aka PETRONAS plak..haih..buat balik…ulang balik benda yg sama tp xpelah…meriah sikit idup aku kalu ade benda yg hendak di kejar..barulah rasa hidup ni bermakna..tak gitu?
Syukurlah Aku Demam..
Selalunya..tiap kali demam aku merungut…haih..macam2..letih la, penat la, muka jadi tak berseri la, nak keje x senang la, leceh itu la ini la dan mcam2 lagi rungutan..haih..bila la aku reti bersyukur?Alhamdulillah..agaknya sbb usia dah meningkat, skang nie ade la sikit unsur2 kesyukuran tu dlm dri aku..
Bersyukur aku demam..mungkin ini ujian Tuhan kpd aku sbg tanda kasihnya kpd aku..supaya aku sentiasa mengingatiNya, merayu dan memohon menadah tangan kepadaNya..dan mungkin juga demam ini dapat mengurangkan dosa2 aku di masa yang lampau..mudah2-an..insyaAllah..
Bersyukurlah Aku Tidak Cantik..
Siapa yang tak mahu dirinya cantik? lumrah manusia inginkn yang serba cantik dan indah..aku pun~!! tp aku bersyukur krna aku bkn tergolong dlm kategori wanita cantik..setidak2nya aku tidak menjadi bahan fitnah dunia, setidak2nya aku tidak menjadi igauan dan pujaan para lelaki yang citranya cintakan kecantikan..agung2kan kecantikkan wanita..syukur juga kau tak cantik kerana setidak2nya aku sedar kelemahan aku, dan tidak mendedahkan dan menayangkn kecantikan aku kpd khalayak ramai..mungkin aku akan timbul rasa riak, angkuh, dan lupa diri~!!siapa tahu?kan..maka aku bersyukur seadanya..Tuhan ciptakan sesuatu ada hikmahnya..dan aku percaya tiap apa yang berlaku tiada yang sia-sia..dan aku juga bersyukur krn diciptakan sbg makhluk Allah yang sempurna segalanya tiada cacat cela..melainkan hanya aku yang membinasakan diri sendiri, segala yang Allah ciptaka terhadap jasad aku adalah sempurna dan cantik pada tafsiran yang tersendiri..melainkan tangan aku sendiri yang melakukan kerosakan..Moga Allah ampuni dosa-dosaku..
Bersyukur Aku Tak Kaya…
Sebagai manusia normal, untuk hidup aku juga perlukan duit dan kekayaan..dan syukurlah dengan apa yang aku ada sekarang..setidak-tidaknya aku sudah mampu menyara hidup sendiri dan ada waktunya menghulur bantuan kpd sesiapa yang memerlukan..aku utamakan keluargaku, sanak saudara aku..dan kpd mereka yg benar2 memerlukan..biarpun seringgit cuma, tapi bg mereka yg dhaif..mungkin itu besar ertinya..Alhamdulillah..aku tak kaya tapi aku tidak perlu berhutang (kecuali utk beli kete..huhu..loan~!!), aku juga tak perlu meminta-minta..aku juga tak perlui membayar balik pinjaman pelajaran krn aku dapat biasiswa..Alhamdulillah..syukur juga krn masa kecil dulu, hidupku susah serba kekurangan..jadi..aku lagi peka dan sensitif dgn kesusahan orang lain..pantang melihat orang menadah tangan sure tergerak hati nak menghulur..syukur dengan segala kesusahan yang telah pernah aku lalui..Alhamdulillah.
Bersyukurlah Dengan Apa Yg kita Ada..
Mungkin skang dlm poket kita cuma ada sehelai wang kertas..cukup2 untuk makan hari ini..tapi, bersyukurlah..itu juga rezeki dr Allah.
Mungkin juga hari ini..kita hidup sendirian tnpa berteman..bersykurlah krn mungkin Allah ingin kita memuhasabah diri, mengupgradekan diri menjadi lebih baik sebelum kita jadi berdua.
Mungkin hari ini kita menangis, bersyukurlah…krn ini anugerah dr Tuhan, supaya kita semakin dekat kpdNya dan ingatlah..orang yg dekat dengan Tuhan..ganjaranya adalah syurga..
Wallahua’alam.
Posted in Tazkirah Harian | Edit | No Comments »
Corat Coret Aidilfitri…
Posted by semut2comel on October 6, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur ke hadrat Ilahi krn tahun ini aku masih jugak berkesempatan meraikan kemenangan yg ke..er..kali ke berapa ek?ntah..Alhamdulillah masih sempat berhari raya setelah berpuasa sebulan yg wajib..(yg mendapat kelonggoran tu lain le citenye..heh)..
Sehari Sebelum..
Raya tahun ni adalah raya ketiga tanpa ayah tersayang..ayah..rindunya aku pada ayah…hanya doa dan al fatihah mengiringi ayah..aku sayang ayah..sungguh~!!
Raya tahun ni x semeriah biasa..balik kampung pn bersama ngn mak dan adik..sampai kampung plak umah kosong x berpenghuni..haih..ape lagi yg mampu aku ckp?kena pulak tahun ni, turn akak aku beraya kat kampung belah suami..Yong Peng Johor so bertambah suram dan suramlah raya kami di kampung tahun nie..isk3..tiada cat baru..tiada langsir baru..tiada perabot baru..tiada sarung kusyen baru…semuanya serba sederhana..:(
Sehari sebelum beraya..persiapan pn ala kadar jer..paginyer aku beli sikit barang2 dapur kt pasar borong..juga baju raya utk adik aku..(mcm xnak raya budak nih..huh~!!) tema tahun ni hijau..aku pn xreti nk ckp hijau cmne..tp teruknye aku..boleh plak masa belikn bju raya utk adik aku, kat kepala aku tersetting warna hijau pucuk pisang (mungkin krn terpengaruh dan terhypnotized oleh bju raya seseorang..huhu)..cacat jadinya sorang adik aku nie..padahal baju aku dan adik yg sorang lagi ala2 hijau tua..haih..cmne la bleh silap beli…hasniza2…haih..
Dua hari sebelum raya mak dah siap2 buat tapai beras..feveret aku nih..) kebiasaan sprt tahun2 yg lepas..mak akan masak ketupat palas..mmg x penah miss..dan believe it or not..ehem2..angkat bakul sikit…aku pn reti bungkus ketupat…hehe..terer x?:)mmg betul2 xde suasana kemeriahan hari raya..nasib baik la makcik aku 2 org dtg tumpang sekaki masak sama2..so kire ok sikit laa..klu tak tggl aku ngn mak jer terkontang kanting..nak harapkn 2 org adik lelaki..ntah mana2 ntah merayau..juadah istimewa raya pertama tahun ni pun tak berapa istimewa..paling cikai kalu nk compare dr tahun2 yg sudah..sekadar kuih raya yg di beli..ketupat..tapai..nasi himpit dan kuah kacang serta roti jala ngn kari ayam..hurmm..itu je kot yg seingt aku..huhu..very simple..mlm nye pn kami tdo awal..xde selewat mlm raya tahun2 yg sudah..haih..sadis..
Raya Pertama..
Entah mana silapnya..aku pun tak sure kenapa n camane..tahun nie aku tak ke sertai mak ikut solat raya sprt tahun2 biasa..maybe really2 not in mood utk beraya.,.haih..astagfirullahalazim..pagi2 aku just bersiap2 kt dapur..siapkn ape yg patut sebelum tetamu datang..i really dont have any reason utk x pergi solat sunat raya..tp aku pn xtau kenapa aku x pergi..dah bangun awal pagi, mandi sunat pagi raya tp bila mak ajak ke masjid.,.hati aku tawar..xnak pergi..hurmm..mungkin gak kot kerana nk mengelak dr di soal orang2 kampung ngn soalan2 ‘cepumas’..kot..lol
Setelah emak dan adik2 balik dr masjid solat sunat aidilfitri..kami beraya sesama kami berempat jer..haih..sadis2..xde kanak2 mmg suasana kemeriahan tu jd suram betul..pasrah je laa..lepas tu kami semua menziarahi kubur arwah ayah..sekadar melepaskn kerinduan dan mengrefresh ingatan tulus ikhlas kpd arwah..di pusara ayah kami sedekahkan bacaan yassin dan doa..Moga Allah makbulkan doa2 kami..amin..
Kembali dari pusara ayah..aku just bersiap2 kat rumah..tunggu tetamu datang..ramai gak tetamu cilik datang beraya..smpai bila penat dan tak terlayan aku dgn selambanya ckp kt depa…amek duit raya je bleh tak?huhu..tuan rumah yg zalim..lol..yg pasti kanak2 riang itu mmg gembira sakan bile dapat duit raya..yeah..dan yup..aku pn seronok dapat peluang dan ada rezeki lebih sikit utk bg duit raya kpd derang..sesungguhnya tgn yg memberi lebih baik dr tangan yg menerima..iye tak? smpai ke petang tetamu masih dtg beraya…sepupu2 dan jiran2 tak lupa dtg bertandang..bersalam2 dan bermaafan2..terima kasih yer kpd yg sudi dtg..moga Allah pereratkn silaturrahim antara kita..dan tetamu yg terakhir pd hr raya pertama ni plak adalh dr org yg spesel..mana tak nyer..sepuluh tahun tak jumpa tetiba tergerak hati dia mencemar duli dtg beraya ke rumah aku..kawan sekelas aku masa lower form..really apreciate kesudian dia dtg beraya..thnx..finally after 10 thn x jumpa, hari ini kita bersua lg. Moga Allah merahmati pertemuan kita pada hari itu dan semoga persahabatan berkekalan..
Raya yg Seterusnya..
Raya yg seterusnya..giliran aku dan mak plak bertandang ke rumah sanak saudara..aku sempat beraya di rumah abang kandung aku (lain mak) di pasir mas walaupun jalan sesak teruk..pasrah je la kan,.ape nak buat..kebetulan skan musim buah duku n dokong..hurm..byk gak buah2 yg di kirim..aku sempat bertandang ke rumah makcik di tanah merah..jauh di pelusuk kampung..haih..simpoati betul aku pada makcik aku yg sorang nie..semoga Allah memurahkn lagi rezeki aku ini dan dapat membantu meringankn beban makcik aku yg ini..amin…raya ini gak aku sempat bertandang ke rumah makcik aku di pengkalan kubor,tumpat..huhu..alang2 dah ke sini..kami tak lepaskn peluang membeli belah di thak bai..aku xreti nk eja cmne..huhu..ke sana..tanpa pasport atau pass, naik bot haram..lol..mencabar gak dude..seram gak aku naik bot kecik belah lautan..kena plak time die goyang..haih..erm..tambang bot ni murah jer..sorang RM2 and pegi balik jd 4 hengget..ini kali kedua aku jejak kaki ke tha bai..suasana nya x berbeza ngn kelantan..bahasa yg di guna pn lebih kurang sma je ngn loghat kelantan so bab tawar menawar xde masalah..tp klu sesape yg x familiar kt sini..sorry to say, even org kelantan sedirik pn kena ‘ketuk’ kaw3..untung makcik aku slalu ulang alik ke thai..hehehe..
Raya ke Empat..Hari Terakhir Di Kampung..
Mlmnyer aku sempat ke pasar borong wakaf che yeh, beli barang2 apa yg patut utk di bawa ke shah alam..lebih kurang kul 11 kami kembali ke rumah..kemas dan packing barang2 siap masuk dlm kete dan dlm kul 12 aku siap2 nk tdo..kena tdo sbb sok pg2 nk bertolak balik shah alam..dh la bdan x berapa sihat..pegi pasar borong pn dh rasa tak larat, nak tdo plak mata xnk lelap..mcm2 aku pk..seram kot sok kena drive jauh..risau tkut sangkut jemm..tdo kejap je..aku terjaga..sbb aku termimpi..angkara terlalu pk pasal trip sok..aku siap mimpi aku n the geng beramai2 konvoi ke majlis kawen sape ntah, lalu jln berliku bergunung ganang naik kete mmg thrill giler..lol..tdo kejap jaga lagi dan tdo jap..mak kejut..dah kul 4.30 pagi..bangun mandi dan siap2 utk bertolak balik ke bandar..
Dlm kul 5.05 am kami bertolak..Alhamdulillah jln lancar walaupun kereta byk..huhu..aku ingtkan aku jer yg semangat bangun pagi2..rupenye ramai lg manusia yg berfikiran yg sama..demi nk elak jem nyer pasal..kul 6.15 aku smpai kuala krai, terus singgah masjid solat subuh..ambil pengajaran dr trip yg lepas yg solat subuh kesiangan..dlm 6.30 aku smbung perjalanan..
Kul 10 mak aku dah bunyi..huhu..dah lapar..mybe sbb bangun awal so cpt la perut berbunyi..so aku berkira2 utk berhenti sarapan..berhenti 2 3 kali gak kat merapoh tp kecewa sbb lauk2 kat kedai dah kehabisan..haih..org lain pn lapar jugak la kan,.huhu..akhirnya setelah 3 kali mencuba..kedai terakhir yg kami singgah masih lg ada makanan utk di makan..walaupun lauknye x seberapa tp kire ok la utk isi perut..mkn je apa yg ada..Alhamdulillah..lebih kurang setengah jam berhenti makan..kami sambung perjalanan..
Perjalanan yg Panjang
Sepanjang perjalanan..byk tul binatang2 menjadi mangsa..kucing, beruk, babi dan lembu bersepai di atas jalan..byk yg mati menjadi korban kemalangan jln raya..darah bertaburan di atas jalan..terasa ngeri tp perjalanan harus di teruskn..tak kurang dr itu..bangkai2 kereta yg kemalangan juga byk tersadai di tepi jalan..dlm hati aku panjatkn doa kpd Ilahi..mohon semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi…risau hati aku sbb ini pengalaman pertama aku pandu sorang dri stret pergi dan balik dr shah alam ke kelantan dan balik ke shah alam..di dalam kereta ada jasad dan nyawa lain juga yang aku kenangkn dan ambil berat..yg aku letakkan ke bahu aku dan aku mahu semuanya selamat..berat gak bebanan yg aku galas seorang diri ini..mohon Allah selamatkn perjalanan kami..kegusaran aku bertambah apabila smpai di gua musang, seekor anjing hitam melintas di depan aku..nasib baik hari dah siang, dan kereta tak banyak so aku dh bleh nampak ia dr jauh dan sempat tekan brek..haih…tak mau percayakan perkara khurafat tp kesan dr itu, aku bertambah hati2 dlm pemanduan aku..bimbang kalau2 benda buruk menimpa..
Lepasi Kuala Lipis dan masuk ke Raub..unsur2 jem sudah dapat di hidu..smpai di suatu persimpangan, 3 org anggota polis bertugas melencongkn kami ke jln lain dr biasa..(actually jln lama) jln ni agak jauh dr jln biasa dan cuma jln biasa yg sempit tp Alhamdulillah..jem dpt dielakkan..
Tiba di pekan Raub..jem tak dpt dielakkan..barisan panjang kenderaan merimaskn dan Alhamdulillah krn aku tergolong dlm barisan yg agak kehadapan..begitu juga di pekan Bentong..kereta bergerak perlahan dan bersesak2..memerlukan keberanian dan ketabahan utk melalui..ceceh..lol..mana taknyer,,dr 4 lane tetibe jd 1 lane..xke ade unsur2 perebutan kuasa?haih…sib baik la aku ni dh kureng rasa takut2..selamatla jugak..dan last sekali..sebelum masuk tol karak..jln sekali lg jem..merangkak3 mcm semut..very slow..penumpang lain sume tdo, tggl aku sorang ‘berceloteh’ ngn kete depan n belakang..sekali sekala layan lagu dr cd the best of the cranbarries..lepas dr tol, jln masih gak sesak dan lebih kurang 2 jam bersesak2 Alhamdulillah..jln kembali lancar dan Alhamdulillah..kul 3.30 ptg kami selamat sampai..Alhamdulillah…
Setelah Tiba ke Destinasi..
Setelah lebih kurang 10 jam memandu..akhirnya aku selamat sampai..syukur kpd Ilahi..demam dan sakit tekak yg aku tahan2 selama 10 jam tetibe datang jd parah…smpai je ke rumah, badan aku menggigil..mungkin kepenatan dan stress..berjalan pun rasa mcm bumi ni berputar2..selesai mandi dan solat suhur n asar..aku telan panadol n cuba tdo..pejam punya pejam mata tak nak lelap..terbayang2 bangkai binatang di atas jalan..daging dan darah bersepah..bukak mata semula..pejam lagi..kemudian terbayang pula kereta2 berlumba2 dlm mata aku..haih..mmg x bleh tdo..kesan gegaran dan goyangan melarang aku beradu..adess..
Sudahnya..kul 8mlm aku dpt tdo..awal tul aku tdo..mak pun sama..penat tul kami..kul 12 aku terjaga solat isyak dan sambung tdo semula..5.45 terjaga solat subuh,kepala masih sakit dan ada unsur2 kemalasan utk pegi keje..finally aku decided utk ponteng kerja,..ampun boss..huhu…
Saat Ini Detik Ini..
Saat ini aku tengah mengarang kat sini, maknanya aku dah sihat walafiat.just tggl batuk2 n selsema.haih lama tul bercuti..malas plak nk balik kerja..jam dh kul 11.40mlm..time to sleep..sok kena kerja so aku akhiri kalam aku kali ini dengan ucapan…Majulah sukan demi kesihatan tubuh badan anda..wassalam..
p/s: setelah di tegur oleh sanak saudara dan jiran tetangga..terbukti sudah..berat badan aku mmg naik mendadak dan tak bileh di pandang enteng lagik..YOSH~!!..usaha keras untuk kembali ke saiz badan asal..huhu
Posted in Kembara Hidup | Edit | No Comments »
Al-Kisah Pengalaman Pertama
Posted by semut2comel on October 5, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Kurang lebih seminggu jugak aku tak online..hurmm..seminggu tanpa internet..seminggu tanpa dunia maya aku..seminggu tanpa berhubung dgn teman2 dari alam maya..apa khabar agaknya semuanya? moga semuanya sihat2 belaka dan bergembira meraikan hari kemenangan, hari raya Aidlifitri..sekali harung, aku borong semuanya sekali…tadaaa~!!
Balik Kampung
Sabtu, 27 September 2008..jam 5.15 pagi aku dan family bertolak balik ke kampung..sehari sebelum tu kerja seharian kat opis, mlmnya kami sume dh kemas n packing semua barang masuk dlm kete..kul 11 aku tdo..pg2 kul 4.30 akak aku kejut, bangun utk sahur dan terus siap2 untuk gerak balik kampung..saspen jugak sbb ni first time aku drive jauh..paling jauh sebelum ni was to Pasir Gudang bln 6 yg lepas..2 minggu aku bertapa kat sana..itu pn sbb terpksa..biasanya klu g ngn opismate yg lain, aku org pertama yg mengelak utk mengdrive..tp time tu, aku just berdua ngn sorang assistant, yg xde lesen memandu, so nak taknak..aku kena lah drive sendiri..berbeza ngn blik kelantan, g pasir gudang just amek masa lebih kurang 5jam shj, tp kali ni, perjalanan aku akan mengambil masa yg lebih lama..lebih kurang 8 jam kalau jalan raya lancar..
Al seperti biasa..aku ni buta jalan, susah nak hafal jln so kalu bab tunjuk arah jalan tu mmg aku nie x bleh di harapkan..so urusan berkaitan susur galur jalan aku serahkn pada mem besa aku..my mom lah..belum smpai mana..smpai time exit ke Genting Highland mak aku sempat gtau makcik aku..kalu nk g genting lalu jln nie..tunjuk ke exit genting tu and aku ngn selambe nye terus jln stret..huh..pe lg..pagi2 buta mkn buah langsat..sesat smpai ke ukay perdana..sib baik x smpai ke klcc..tgk jln cm pelik je aku terus kol abg ipar, sah2 la dah sesat then terus u-turn cri exit yg betu..actually EXIT KE GENTING HIGHLAND itu pn sma gak menuju ke kelantan..haih..buta jalan buta geografi betulla la aku nie..aduii…
Alhamdulillah, jln agak lancar..kul 6.45 aku smpai ke stesen petronas karak..berhenti utk solat subuh..nasib tak berapa baik..surau sempit, toilet pun sempit..Q pnjg ke tempat wudhuk dan masuk ke surau buatkan aku batalkn niat utk solat kat situ, then smbung perjlnn dgn harapan ada surau lain yg berdekatan..7.05 minit bru jupe stesen minyak lain, huhu..subuh luar waktu jadinya kami pd hari itu..haih..
Kalaulah Dia Pegawai JPJ
Memandangkn aku blum setahun dpt lesen memandu, mak aku pn sebenarnya tak berapa yakin ngn pemanduan aku..duk kt seat belakang aku rasa dia pn tak aman..huhu..mata fokus ke jln raya..kalau la mak aku jadik pegawai JPJ yg mengtest aku semasa amek lesen..aku rasa aku ni awal2 lg dh fail n bukan aku jer..ramai pelajar memandu yg tak akan dpt lesen memandu krn ke’strict’annya..huhu..mana taknyer..jarak mengekori kereta kat depan..mesti di patuhi~!!xbleh dekat2 smpai aku hangin jer kete lain suka suki potong n terus masuk depan aku..apa tak nyer..jarak beberapa meter tuh..leh masuk 3 buah kete..haih..then kalu time berenti plak..pantang kete depan tekan brek..lampu brek nyala je haih bising ler alarm kat seat belakang..huhu..mak aku ler alarmnyer..slow la..slow la..tekanla brek~!!aduss…tp alhamdulillah..krn kepekaan dan kefokusan mak aku jugalah…semuanya berjalan lancar..thanx mom..
Jutsu Mengelak dan Memotong
Belum smpai setahun kereta kecik warna merah kesayanganku menemani aku berbakti pada aku, dh 2 kali tayar pancit..haih..balik raya aritu, tayar kete aku pancit lagik..haih..belum sempat setahun, ini kali kedua daa pancit..mana tak nyer…tiap kali ade lubang dan lopak atas jalan, bukannye aku reti nak mengelak, semuanya main langgar, terloncat2 dan terlompat2 kete aku jadinya..insyaAllah..aku kena belajar cara2 mengelak lubang di jalan raya supaya pasni tayar kete aku tak lagik jadi mangsa..utk blik kampung nie..minyak kete je dh RM 300 termsuk ronda2 raya seminggu kt kampung, sebelum blik aku buat allingment n balancing tayar, tampal tayar yg bocor sbb masuk paku RM 45 dan tiba2 tayar plak pancit..tukar tayar baru..dan kepala tmpt masuk angin ntah apa nama..RM119..haih..keretaku sayang…sepatutnya 28hb September aku kena hantar kete utk service..atau 20,000KM..yg mana dulu..awal2 pusat service kete tu dh gtau, utk service kli ni costnyer RM300..duit lagi..dan 28hb October ni adalah anniversary pertama kete kecik warna merah kesayanganku..maknanya..road tax and insurance menanti..lol..duit lagi..di musim perayaan nie..poket ku rabak..itu bru part kereta..huhu..whatever..janji keretaku sihat n aku selamat..:)
Hampir Sepuluh Jam Memandu..
Hampir sepuluh jam memandu..just berhenti solat subuh dan ke tandas sekejap..akhirnya pukul 3.00 petang aku selamat sampai ke rumah..Alhamdulillah…jem xde la teruk sgt, cuma time kt bukit mungkin ade kenderaan besar tak masuk gear ke ape..lain2 ok..penat2 jugak, tp yg penting semuanya selamat..Alhamdulillah..
Posted in Kembara Hidup | Edit | 2 Comments »
Hiduplah Sebelum Mati.
Posted by semut2comel on September 25, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni 26 September/Ramadhan..bermakna tak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..ada rasa sayu dan pilu tapi walau macamana pun..dia tetap datang dan tetap akan pergi mengikut aturan Tuhan..siapa aku hendak menghalang?
Kurang lebih 5 hari sahaja lagi kita berkesempatan menghirup manis madu Ramadhan..tertanya pada diri sendiri..selama 25 hari yang sudah, apa amal yang sempat aku tunaikan? apa ganjaran yang sempat aku raih? apa bekalan yang sempat aku kumpulkan? diterimakah taubatku? di ampunkah dosa-dosaku?dan hanya Dia yang Maha Mengetahui..
Awal Ramadhan lalu, sahabat aku khabarkan kepada aku, cerita mengenai teman sekerjanya, yang segar bugar, cuma demam2, pergi ke klinik untuk bertemu doktor..kemudian kembali ke tempat kerja..seolah-olah tiada apa yang merungsingkan..kemudian selang beberapa hari..pihak hospital menelefon membawa berita buruk..rupanya dia menghidapi leukimia di tahap yang kronik..pihak hospital meminta dia segera ke hospital dan kemudian..meramalkan hayatnya mungkin cuma 3 bulan sahaja lagi..CUMA 3 BULAN..
Jika kita di tempatnya..apa agaknya perasaan kita?
Sedihkah kita? atau gembirakah kita?
Apa agaknya yang hendak kita sampaikan kepada insan2 yang kita kasihi?
“Jgn bersedih..usah menangis..3 bulan lagi aku akan mati..aku akan pergi selamanya…”
Tegarkah hati kita untuk mengucapkan kata2 sebegitu?
Akan menangiskah ibu, ayah, adik n kakak kita?
Akan menangiskah sahabat dan kekasih kita?
atau..adakah mereka akan bergembira mendengar khabar yang umur kita hampir sampai ke penghujung?
Apa agaknya perasaan kita bila kita tahu…esok kita akan mati?
Dari perspektif positif, aku melihat..bertuahnya manusia2 yang ‘di khabarkan’ tarikh kematiannya..bertuahnya kerana sekurang-kurangnya aku sempat bertaubat, sempat memohon maaf kpd sesiapa yang berkenaan, sempat memeluk dan menghargai insan2 yang aku kasihi..kerana aku tau esok bukan lagi milikku..
Bagaimana pula jika dibandingkan dengan mereka yang mati mengejut? accident? lemas? nyawa di renggut tanpa amaran..
Sudah terampunkah dosa? sudah di maafkan ke segala kesalahan? dan mungkin kata2 azimat yang di simpan selama ini untuk di luahkan kepada insan2 yang kita kasihi..cuma bergema dalam dada..tidak terluahkan..dan langsung membawa seribu satu perasaan terpendam bersama ke dalam kubur..
Kembali kepada cerita sahabat yang menghidap penyakit leukimia…
Doktor meramalkan dia mampu bertahan 3 bulan..tapi hanya Allah jua yg Maha Mengetahui..belum sempat 3 minggu terlantar di katil hospital..ajal datang menjemput..kun fayakun..
Hiduplah sebelum mati..jadilah manusia yang berguna, anak yang berbakti kepada keluarga dan hamba yang patuh kepada suruhanNya..jangan di sia2 kan peluang yang kita miliki ini jika tidak, kelak nanti kita yang akan menyesal..life is just too short..do the right thing.
Hiduplah sebelum mati… peluklah mereka yang kita sayangi kerana esok belum tentu lagi kita atau mereka akan masih lagi bernafas di bumi ini..ucapkanlah ayat2 cinta biar beribu kali kerana esok belum tentu kita atau mereka masih lagi bisa mendengar kata2 yang seindah itu…
“Saudaraku..aku mencintaimu kerana Allah~!!”
Hiduplah sebelum mati… sebelum izrail datang menjemput…sebelum nafas tersekat di rongga..sebelum jasad terkubur kaku..
Hiduplah sebelum mati… sebelum roh merintih minta di ampunkan..sebelum roh menempik kesakitan di siksa..sebelum jasad menjadi tanah..
Hiduplah sebelum mati..carilah keredhaan Allah dan keampunan dariNya..jangan berhenti menadah tangan memohon doa dan keampunan..menangislah kerana dosa-dosa mu yang silam..usah menunggu hingga ke saat kita di khabarkan “esok kita akan mati” kerana rahsia ajal tiada siapa yang tahu kecuali Dia..dan yang pasti..ajal datang tidak pernah lewat atau cepat biarpun sesaat..dan yang pergi tidak mungkin akan kembali lagi..
Selagi roh masih bersatu dengan jasad…
Selagi kita belum mati…
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Kisah Seekor Nyamuk
Posted by semut2comel on September 24, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Kali ini aku ingin membawa kisah mengenai sejenis serangga, yang selalu kita benci dan musuhi..iaitu NYAMUK…first of all, sorry to say kepada mereka yang tak pernah bertemu/berjumpa/melihat dengan mata kepala anda sendiri sejenis makhluk ini..mungkin penghayatan anda tidak akan sampai ke klimaksnya..
Gambar di atas menunjukkan kitaran seekor nyamuk..yang mulanya adalah seekor jentik2 kemudian berkembang menjadi seekor nyamuk yang bersayap..asalanya dari air kemudian punyai sayap dan terbang mencari mangsa (makanan) untuk meneruskan kesinambungan hidup..
Nyamuk ada pelbagai spesies dan pembawa pelbagai penyakit antaranya demam denggi, demam malaria dan macam2 lagi..nyamuk bukanlah makhluk yang dicipta untuk menghasilkan penyakit tetapi nyamuk merupakan penyebar dan pembawa virus/kuman dan sekaligus mencetus penyakit..dan adakalanya mampu menyebabkan kematian.
Nyamuk memang patut di musuhi dan di perangi..salah satu cara adalah dengan membersihkan kediaman dan bersihkan bekas yang bertakung air di mana ia dapat memudahkan nyamuk membiak..
Di sebalik penciptaan nyamuk yang kita musuhi..kenapa Allah ciptakan nyamuk?sedangkan ia pembawa penyakit?ia memudaratkan manusia..kenapa yer..
Selain daripada melengkapi populasi kehidupan..iaitu sebagai makanan kepada haiwan lain seperti cicak dan katak..nyamuk juga ada keistimewaan yang tersendiri..supaya kita(manusia) mengambil iktibar dari kejadiannya.
Setiap kali terpandang akan nyamuk..memoriku terimbas kenangan bersama arwah ayah…
“Za..kenapa seksa nyamuk tue..dah tampar die, bunuh saja die..”
Ayah menegur aku ketika sewaktu kecil, aku menampar seekor nyamuk dan dalam nyamuk itu nyawa2 ikan..aku cabut sayapnya dan kakinya satu persatu..pada fikiran seorang kanak2 sekecil aku waktu itu..nyamuk nie kecik jer..jahat pulak tu..mana ade perasaan..mana tau sakit..padan muka kau nyamuk~!!(huhu..itu kekejaman aku yg paling kejam..)
Tapi sejak di tegur oleh arwah ayah, baru aku sedar..biar seteruk/sejahat/sehina/sekecil manapun sesuatu makhluk Tuhan itu..kita tidak boleh menyakitinya..kita tidak boleh menyeksanya..dan jika dia memudaratkan..bunuh dia secepat mungkin tanpa membiarkn dia menderita kesakitan (sakit cmne..aku pun tak tau cmne saraf2 sakitnya berfungsi)
Pengajaran dari kisah nyamuk itu..membuat aku mengerti, kenapa Islam menyuruh kita menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih haiwan seperti lembu dan ayam..supaya tidak menyeksa mereka..
Pengajaran dari kisah nyamuk membuat aku mengerti…jika kita telah menyakiti seseorang/seseekor..maka bunuhlah ia dengan segera..atau jika kita tidak berdaya membunuhnya..maka ubatilah dia agar dia kembali pulih..bukan cacat..bukan terluka..bukan menderita akibat penganiayaan kita..
Aplikasi dari kisah seekor nyamuk…dapat aku simpulkan..jika kita memberi harapan kepada seseorang maka sambutlah tanganaya dan jadikanlah dia teman yang paling dekat..dan jika kita tidak ingin bersamanya..maka usahlah sesekali menabur janji melafazkan kata-kata yang serba manis dan indah, memberikan seribu satu harapan kepada si dia dan bila tiba masanya..kita pergi meninggalkan dia dalam kesakitan…itu suatu penganiayaan yang sukar untuk di maafkan~!!
Nyamuk ini telah menghisap darahku..kulitku terasa perit dan tanpa sengaja aku telah menamparnya..sayapnya patah dan dia kini dalam genggamanku..aku ada tiga pilihan..mengubatinya, menyiksanya dengan mencabut kakinya satu persatu kemudian membunuhnya..atau pilihan ketiga adalah segera membunuhnya setelah ia tewas di tanganku.
Mana satu pilihanku?
Demi pengajaran yang ku ambil dari ayahanda tersayang..aku tidak mungkin akan menyeksa nyamuk itu.
Antara dua: ubati sang nyamuk atau segera membunuhnya~!!
Mana satu pilihan muktamad aku?
~SEMOGA ALLAH MEMIMPIN HATIKU~
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Ada Apa Pada Saya/Aku/Ana/Beta?
Posted by semut2comel on September 24, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah mencuba beberapa entry/post..akhirnya aku dah ketemu jawapan..mana hala tuju blog ini? apa asas utama blog ini? dan bagaiamana harus aku kemudi blog ini? dan jawapannya yang paling utama adalah “Just being myself”
Kenapa aku bina blog ini? dan jawapan aku yang paling utama adalah sebagai wadah untuk aku meluah perasaan dan sekaligus memujuk diri serta untuk berkongsi idea dan pengetahuan…Untuk siapa blog ini di bina? dan jawapan aku pula tak lain tak bukan adalah untuk kepuasan diri aku adanya..
Merujuk kepada post aku yang sebelum ini, aku telah mencuba untuk ‘mengskemakan’ penulisan aku dan salah satu pendekatan yang aku ambil adalah dengan menggunakan kata ganti diri saya.
Ada apa pada saya/aku/ana atau beta?
Dan akhirnya aku ketemu jawapan..tiada apa yang berbeza..semuanya membawa makna yang satu…iaitu ganti diri untuk diri sendiri..
Kenapa aku tidak gunakan ’saya’? jawapan aku adalah kerana keterbatasan yang wujud akibat penggunaan saya itu menghalang aku meluahkan eksperessi yang sebenar..dan adakalanya aku merasakan luahan dan idea itu adalah plastik/palsu semata-mata.
Blog ini milik aku, dan aku berhak menulis apa sahaja..(err..did i say apa sahaja?)..yer..apa sahaja selagi tidak melanggari hukum dan adat..serta tema utama blog aku ini iaitu MOTIVASI DIRI..
Maka teman, izinkanlah aku menjadi diriku sendiri..hidup dalam dunia ‘aku’ yang bebas seperti burung yang terbang di langit biru..terbang dan singgah di mana sahaja mengikut kehendak hati ini..
Sesungguhnya..aku, saya, ana dan beta..bersatu dalam satu..Hasniza jua adanya~!!
Wallahua’alam.
Posted in Kembara Hidup | Edit | No Comments »
Ramadhan Yang Paling Lazat
Posted by semut2comel on September 23, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..tahun ini saya masih berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..ALhamdulillah..
Walaupun penghayatan Ramadhan ini tidaklah seindah mereka yang banyak meluangkan masa di masjid sujud dan syukur kepada Ilahi..tapi pada saya, Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang paling lazat pernah saya lalui..Subhanallah…
Sebagai hawa ciptaanNya..yang tidak lepas dari ‘tempoh penyucian diri’..saya tetap bersyukur kerana temph penyucian tahun ini tidak selama tahun lepas dan sepanjang tempoh ini juga jiwa tak kosong dengan pengisian yang indah..Alhamdulillah..
Lazatnya Ramadhan tahun ini adalah kerana keinsafan dan kesedaran yang lahir dari diri ini..kesungguhan untuk memohon keampunan dariNya..kesungguhan untuk mencari keredhaanNya..kesungguhan untuk mencintaiNya sepenuh hati..kesungguhan untuk mengumpul bekalan di hari akhirat..suatu perasaan yang indah seolah-olah ini Ramadhan terakhir buatku…
Kenapa Ramadhan ini berbeza dari Ramadhan2 yang lepas?
Jawapannya mungkin ada pada saya..dan hanya ucapan syukur yang mampu saya luahkan..syukur kerana dipertemukan dengan saudara dan sahabat seagama, yang menunjuk jalan memimpin tangan menuju cahaya Ilahi..Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk merasai indahnya cinta kepada Allah dan agama..Alhamdulillah kerana di tunjuki jalan mendekati agama yang mulia ini..membuatkan hati ini semakin membuak-buak, ingin tahu tentang keindahan agama Allah..Jika dulu agama ini sekadar agama yang di warisi..cukup sekadar menunaikan yang rukun, namun kini saya bukan lagi manusia yang sama..segala puji bagi Allah..Tuhan sekelian alam..
Perasaan ingin tahu dan ingin mencari diri akhirnya menemukan saya dengan web ini..
- iLuvislam.com
..Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..mengaturkan perjalanan hidup saya sebegini rupa..berliku-liku penuh duri dan rintangan..dengan anugerah iman yang kerap berubah-ubah seperti pasang surut air di lautan..dan kini, saya benar-benar sudah jatuh cinta dengan keindahan Islam itu sendiri..Subhanallah…
Ramadhan ini ramadhan yang paling lazat..dan ramadhan ini sudah sampai ke hari yang ke-24..bermakna lagi seminggu ia akan berlalu meninggalkan kita semua..semoga kita tidak mensia-siakan ramadhan yang mulia ini, mencari keberkatan dan keampunan dariNya sebelum semuanya terlambat..apa yang saya pasti..kepergian Ramadhan tahun ini,akan saya iringi dengan limpahan airmata..kerana tidak sanggup berpisah dengan Ramadhan..seolah-olah..ini Ramadhan yg terakhir buat saya..
Posted in Kembara Hidup | Edit | 1 Comment »
Apa Yang Membuat Anda Tersenyum?
Posted by semut2comel on September 21, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Persoalan hari ini: apa yg membuat anda tersenyum?
Sebelum pergi lebih jauh..mari bersama-sama kita kupas..apa itu senyum dan kenapa kita senyum? apakah kebaikan dr senyum dan apa pula akibatnya jika kita kedekut senyuman? jom kita sama2 fikirkan..
Pertama: senyum adalah suatu ‘perbuatan’ yg mampu mengambarkn seribu satu maksud..biasanya senyum lebih mudah ditafsirkan jika ade toleransi/’kerjasama’ dari mata..senyuman yang palsu mudah dinilai jika reaksi mata tiada menunjukkan keghairahan perasaan senang atau gembira..senyuman yg paling menawan adalah senyuman yg lahir dari hati yang ikhlas..bukan di buat2 dan bukan kerana terpaksa..
Kedua: kenapa kita harus tersenyum? teringat pesan ibu semasa aku di zaman kanak2..senyumlah..kalau senyum, rupa yang tak lawa pun bleh jadi lawa..kalu masam jer, dah la tak lawa, lagi bertambah teruk rupa nanti..senyum juga perlu perlu supaya dapat melegakan tekanan dan melahirkan peribadi yang positif dan optimistik..
Saya sertakan contoh: ketika di jalan raya..tiba2 ada kereta memotong di hadapan kita secara tiba2? kita ada dua pilihan, marah dengan menekan hon ataupun tersenyum dan beralah..kita berhak memilih salah satu drpdnya?.jika kita memilih untuk marah/bengang kemudian menekan hon..tiba2 darah mengalir deras, jantung berdegup kencang, rasa tak puas hati meluap2 dan muka berubah menjadi masam (tak cantik,huhu)..dan kemungkinan kita bertindak menekan minyak dan memecut laju..jika tidak bernasib baik..kemungkinan terjadi kemalangan..tapi jika kita memilih untuk tersenyum, perlahankan kereta dan mengalah..kita akan terasa tenang dan tenaga tidak di bazirkn utk meluahkn kemarahan..pemanduan kita juga akan lebih berhati2 dan menjadi lancar..insyaAllah lebih selamat..
Senyum adalah awet muda..senyum adalah sedekah..senyum pengubat jiwa..senyum lah bila hati ingin menangis…
Dari petikan tersebut, dapat saya simpulkan..senyuman penting dalam kehidupan kita…dengan senyuman, kita mudah untuk di dekati dan di senangi orang..
Apa yang membuat anda tersenyum? Bersyukurlah jika anda mampu tersenyum hari ini..dan berterima kasihlah kpd mereka yg membuat anda tersenyum..mereka yg mampu membuat anda tersenyum bukan sebarangan orang dan pastinya mempunyai tempat di hati anda..maka hargailah.
Mungkin ada yang membuat anda menangis dan bersedih..tapi jangan sekali-kali membalasnya semula dengan kepedihan yang sama..tersenyumlah dah berfikirlah secara positif, insyaAllah terubat penyakit hati..
Wahai sahabatku, Tuhan ciptakan senyuman ini bukan untuk di sia siakan..ingatkah dikau kisah seorang puteri yang sentiasa bermasam muka dan bersedih hati akibat rupanya yang tidak menarik? kemudian datang seorang bijaklaksana, hadiahkan sebentuk cincin kepada sang puteri dengan pesan, senyumlah kpd cincin ini setiap pagi dan malam..sang puteri mengikut kata kemudian lama-kelamaan seluruh istana mulai sedar kejelitaan sang puteri..rupa-rupanya ketahuilah seluruh istana bahawa rupa puteri yg jelita makin terserlah kerana senyuman..kerana puteri tersenyum..
Wahai sahabatku..senyumlah bila hati ingin menangis, kerana tiada siapa yang mampu memujuk dirimu melainkan hanya kamu juga..tiada siapa yang boleh memaksa kamu.,.hanya kamu yang paling berhak..tangisan bukanlah membawa apa-apa kebaikan untukmu..hanya sekadar melepaskan rasa sedih dan duka yang jika dibiarkan berlarutan, bisa memakan diri kamu..tapi jika kamu tersenyum..cahaya keikhlasan yg dipancarkan dari wajahmu mungkin mampu mengubat dan menghiburkan hati insan yang lain dan mungkin juga insan tersebut kembali berusaha membuat kamu tersenyum semula…maka, senyumlah…biarpun tiada mata yg melihat, cukuplah sekadar kamu tersenyum untuk dirimu sendiri..
Siapa yang mampu membuat anda tersenyum? sudah ketemukan jawapan?Jika ya..Alhamdulillah..
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Sayang, Now You Learn..
Posted by semut2comel on September 19, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…
From cradle to the grave..semenjak dari buaian hinggalah ke liang lahad..selagi nyawa bersatu dengan jasad, selagi itulah kita kita harus belajar..belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik..belajar untuk meningkatkan lagi kemampuan diri..belajar untuk memperbaiki kesilapan..belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, belajar untuk melupakan dan memaafkan..belajar untuk menerima kegagalan..belajar untuk mengaplikasikan kebolehan diri..belajar untuk berkongsi ilmu..belajar untuk memberi dan menerima dan macam2 lagi…
Belajar tidak hanya memerlukan ruang kelas semata2..jangan sekali-kali menyempitkan minda dengan menumpukan bilik darjah semata-2 demi untuk belajar..kehidupan ini adalah suatu ruang yang besar untuk kita meneruskan pembelajaran..
Kita belajar dari kesilapan..belajar dari pengalaman..belajar dari teguran..belajar dari apa yang kita lihat dan dengar..belajar dari apa yang kita baca dan belajar dari apa yang kita percaya..
Kaedah pembelajaran yang paling berkesan adalah apabila kita belajar dengan sepenuh hati..belajar dengan menggunakan hati selain drp minda..kesan dan impaknya sangat besar dan sukar untuk di kikis..
Dalam proses pembelajaran..jangan sekali-kali jemu dan jangan mudah mengalah..gagal sekali tak mengapa..sejarah pun sudah membuktikan bagaimana mentol lampu di hasilkan..bagaimana KFC bermula..semuanya kerana kesungguhan berusaha biarpun kegagalan yg hampir seratus kali.
Ilmu untuk dipelajari bukan sekadar boleh di cungkil dari hasil tulisan pena dan dakwat..bukan dari baris2 ayat yang disusun menjadi perkataan..ilmu untuk dipelajari sangat luas tidak terjangkaui..asalkan kita sanggup dan mahu.
Sayang, now you learn..untuk di fahami..kita haruslah memahami..supaya luahan dan rintihan kita di dengari..kita haruslah mendengari..untuk di sayangi kita haruslah menyanyangi..untuk di hargai..kita haruslah menghargai..semuanya memerlukan proses pembelajaran yang berterusan tanpa henti..now u learn…kita tidak boleh berhenti dari belajar…dari buaian hinggalah ke liang lahad..belajarlah tanpa henti.
Posted in Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Apakah Hala Tuju Saya?
Posted by semut2comel on September 19, 2008
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sekali lagi saya menulis di blog ini..
Nothing much to share, sekadar untuk berkongsi makna dan maksud dari terjemahan saya sendiri, definition from my point of view..
Blog saya bukan mangkuk-tandas.. berkali-kali saya sematkan dalam fikiran saya..”Blog aku bukan mangkuk-tandas~!!” which is ape yg saya maksudkan..bukanlah tempat di mana benda2 yang tak berguna di longgokan..so what should i do supaya blog ini menjadi wadah yang berguna dan membina?apa yang patut ada dalam blog ini dan apa pula yang tak sepatutnya ada? saya masih mencari jalan, memikirkan idea yang bernas..
Apa yg dapat saya simpulkan, perkara yang paling asas dan paling utama adalah..hala tuju blog ini..first thing first yang harus saya tentukan dan tetapkan adalah, apa tema blog ini? Adakah sekadar diari luahan hati? kisah perjalanan hidup seorang manusia yang bukanlah sesiapa (which is me?). Bukan..kali ini, saya cuba untuk menidakkan kehendak hati untuk berkarya mengenai luahan hati dan menterjermahkannya ke dalam blog ini..kali ini saya akan cuba membuahkan nukilan yang lebih segar dan matang..insyaAllah.
Dengan lafaz bismillah..akhirnya saya memutuskan..hala tuju blog ini. memandangkan saya suka berfalsafah (sebenarnya berfalsampah) maka tema yang saya pilih untuk blog ini adalah motivasi, muhasabah diri dan kata2 semangat untuk mengasuh jiwa dan minda supaya menjadi manusia yang lebih baik.
Saya bukanlah manusia yang sempurna, jauh sekali untuk menjadi sempurna tapi saya sekadar mencuba menjadi insan yang lebih baik dari hari yang sebelumnya..insyaAllah. Dan dalam kehidupan saya ini, saya sering memujuk diri sendiri, mencipta sesuatu ‘falsafah’ dan kemudiannya membisikkan ke dalam dri ini, walaupun ada yang mampu memberi impak positif..banyak juga yang sekadar menjadi bisikan kosong..tiada sebarang makna..gagal~!!
InsyaAllah, jika di izinkan Tuhan, saya akan terus berkongsi idea..dengan harapan mana yang tak betul dapat di perbetulkan dan mana yang baik dapat di kongsikan..tak gitu?
Kelemahan diri harus diperbetulkan dan jika tongkat yang saya miliki ini tidak berapa kukuh, maka tuan, izinkan saya berkongsi kekuatan tongkat dari tuan..jangan biarkan saya jatuh..tolonglah tuan..mungkin juga teduhan saya ini tak berapa sempurna maka tuan, izinkan saya menumpang teduhan tuan untuk seketika agar saya tidak basah lencun di simbah hujan..tapi tuan, tolonglah sematkan di jiwa tuan, teduhan tuan bukan untuk saya bermanja bersenang lenang selama-lamanya..ajarilah saya untuk membina teduhan yang sempurna seperti tuan agar saya juga punyai teduhan saya sendiri dan tidak lagi berteduh dan bergantung harap selamanya kpd tuan..ini demi kebaikan saya di masa hadapan kerana mungkin teduhan tuan tidak lagi muat untuk melindungi saya setelah ada penghuni lain pula yang ingin menumpang berteduh..sebelum saya di kecewakan, di halau keluar dari teduhan tuan, maka ajarilah saya ilmu yang secukupnya agar saya dapat meneruskan kesinambungan hidup tanpa tuan dan teduhan tuan..saya juga inginkan teduhan yang sempurna seperti apa yang tuan miliki..
Okeh, nampaknya ini analogi pertama dari saya..
Di mana maksudnya..saya tidak akan mampu hidup dan perbetulkan kesilapan saya seorang diri..saya memerlukan bantuan insan lain untuk menjadi manusia yang lebih baik tapi itu tidak bermakna saya tidak boleh berdikari..apa yang saya harapkan sekadar tunjuk ajar, dan insyaAllah bila sudah punyai ilmu, saya akan tahu perjuangkan nasib diri..
Ajari aku berjalan..InsyaAllah aku akan tahu berlari..dan mungkin esok aku akan melompat atau mungkin menari..
Aku mungkin akan terjatuh..maka pimpinlah tanganku..hulurkan tanganmu, bantulah aku…kemudian bila kaki ku kembali kuat..lepaskanlah tanganku supaya aku mampu berdiri di atas kaki ku sendiri semula..seperti sedia kala..
Itulah yang saya harapkan. InsyaAllah..Dengan izin Allah.
Posted in Kembara Hidup, Tinta dan Pena | Edit | No Comments »
Salam Introduction…
Posted by semut2comel on September 17, 2008
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt..
First of all, syukur ke hadrat ilahi, ini adalah blog ke tiga dari saya..which is, i myself pun tak tau how all of this could happen..penulis pun tak pasti, “apa dah jadi agaknya ek dgn blog yg lama? dah hilang ker?Goshh~!!dlm blog tu ade more than 50 posts…and i dont have any back up..whats happened to them? adakah semuanya sudah terkubur?hilang di telan pemangsa internet?hurmm..i stil dont have the answer..and may Allah shows the best answers..amin..
Again, this is my 3rd blog..hopefully, from this blog..i can give ’something’ valueable to share..share ideas, my point of views, knowledges, or problems and a lot of things..i really hope that this blog wont turn out to be - a-dustbin or a-toilet bowl..i hope so and i wish so..time is moving and hope that i am also moving…be an adult but stil not forget how to be a girl..insyaAllah. change to be a better person and more important thing is a better muslimah..insyaAllah..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
In my opinion..life is a journey and to be-alive..we really need others..family and friends..we must sharing with others..giving and taking..that is what i called love that all of us really2 have try to understand..care each other and try to understand others..in life, loving and losing is a must..u falled down and you cried but that is not the meaning that your life was ended. u felt down, u cried but then, stand up~!!..smiles and laughes..then keep running again..jumping higher than before..that is life we should try to tend to be..be better than yesterday..stronger than before..tougher than ever..and to be a such person, we need 'others'..in life, nobody can live alone...i believe that..and yes, i do meant so.
As this is my first post, i have to say and mark some few words..a definition and meaning, perspective and point of view, opinions and ideas, understanding and sensitivity.. between two persons are always and usually different.. yes..we are differents..
But i do believe, from the discreapancy..we learn and we can improve ourself..to be a better person..dont angry with the person who always cross your idea but say thanx to them coz teach you how to think more creative..
I also do believe that..if u have an apple, and i have an apple..if we share that apples, i stil got an apples and so do u..but if i have an idea, and u have and idea then if we share the ideas..we both got 2 ideas~!! the best system barter after all..lol
Okeh..i think that is enough for now..moga Allah bantu saya permudahkan urusan..amin..
Posted in Tinta dan Pena | Edit | 2 Comments »
Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda
Posted by semut2comel on September 16, 2008
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.
Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
Mengawal minda untuk berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya
Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi
Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.
No comments:
Post a Comment