+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, September 15, 2012

Hidup Di Dunia

Takdir hidup, perjalanan yang harus ditempuhi oleh setiap orang berbeza-beza. Itulah uniknya kita. Tidak serupa. Mungkin ramai yang dilahirkan dalam kemewahan, tapi tiada siapa yang mampu menjamin bahawa kemewahannya akan berkekalan selamanya. Mungkin ramai yang cemerlang dalam pengajian, namun tiada siapa yang menjamin bahawa kejayaan mereka akan terus berpanjangan. 

Thursday, September 13, 2012

Ingat Allah, Hati Tenang





Allah swt berfirman;

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (zikrullah)  hati menjadi tenteram. "






Sunday, September 9, 2012

Apalah Dosanya?


Suara Adam menangis dari luar bilik masih lagi kedengaran, namun Elaine tidak sedikit pun berniat mahu membuka pintu bertemu dengannya. Sekali-sekala berselang-seli bunyi bibik mengetuk pintu dengan suara rayuan Adam yang merayu agar mamanya itu keluar bertemu dengannya. Sudah dua hari lamanya Elaine mengurung diri di dalam bilik. Bibik Rina bagai hilang arah tidak tahu mahu berbuat apa. Bagai cacing kepanasan sementara menunggu kepulangan Daniel.

Sejak anak bongsu majikannya itu meninggal dunia, suasana di rumah itu berubah 180 darjah. Tiada lagi hilai tawa, gurau senda. Tiada lagi wajah ceria. Yang tinggal cuma suara tangisan dan esakan. Bibik Rina resah. Puas dia cuba memujuk Adam agar berhenti menangis, puas juga dia memujuk Elaine agar berhenti meratap dan membuka pintu, sudah beberapa hari dia tidak melihat Elaine menjamah makanan. 

Saturday, September 8, 2012

Macam-Macam Gangnam

Bismillahirrohmanirrohim..

Semoga semuanya sihat walafiat, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Saya doakan agar dengan bertambahnya usia kita, maka bertambahlah bekalan amalan kita untuk di bawa ke alam akhirat yang kekal abadi, insyaAllah. Amin...

Sempena esok cuti, hari ini kita santai-santai ya. Memandangkan kebelakangan ini, satu dunia 'demam Gangnam Style', maka, sukalah kiranya saya mengambil kesempatan kali ini untuk berceloteh sepatah dua kata, sembang-sembang kosong sekadar luahan pendapat seorang 'saya'.

Suatu hari, anak buah saya Ashraf buka cerita,

"Mak Ngah, tahu tak sekarang ni satu dunia demam Gangnam Style. Tahu tak macam mana orang demam? Macam ni. Masa tu kan, orang tu menyanyi Gangnam Style kat atas pentas, pastu, dia ludah kena orang-orang kat bawah. Sape yang kena air liur dia tu pun demam laa.. Lepas tu berjangkit satu dunia pun demam jugak.."

Entah dari mana dia dengar 'cerita' itu, saya tak tahu. Atau cerita tu sekadar teori rekaan seorang budak yang berusia 8 tahun? Ah, logiklah kalau dia nak mereka-reka cerita, merapu mengarut, dia kan baru 8 tahun, sekadar bergurau menceriakan suasana. Teori yang kelakar! Hehe..

Namun, ada yang lebih kelakar daripada itu. Jangan tak tahu. Sekarang ini, di FB tersebar pelbagai lagi teori berkenaan dengan Gangnam Style nie.. Macam-macam Gangnam!

Ujian Buat Kaum Adam

Bunyi deruan angin bagai bernyanyi bisu, tanpa suara. Dedaun kering menari sayu sebelum jatuh menyembah bumi juga tiada siapa yang peduli. Laman Indah yang dihiasi pepohon bunga pelbagai spesies dan warna bagaikan hilang keindahannya. Semuanya bagaikan tiada makna, tiada erti. Dato' Syafiq diam membisu, fikirannya terbang jauh melayang entah ke mana. Sarinah anaknya masih lagi tersedu-sedu menahan esakan.

"Papa please, kasihan kat mama, she loves you so much. Ina dan adik-adik juga sayangkan papa. Kami tak sanggup kehilangan papa! Tolonglah jangan kahwin lain." Ujar Sarinah lagi untuk kesekian kalinya. Luhur dari hatinya yang paling dalam. Dia benar-benar nekad mahu menyelamatkan keluarganya. Membantu mama juga.