+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, April 26, 2009

Ukhuwah Sesama Krew iLuvislam

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kali ini saya masih lagi diberi kesempatan untuk menyertai aktiviti perjumpaan bersama adik-adik krew iluvislam.com. Demi menyelesaikan sedikit urusan di pejabat Imegresen, saya tiba agak lambat di PWTC, di mana aktiviti2 mereka sebenarnya sudahpun berakhir, yang tinggal cuma aktiviti makan tengah hari bersama..

Untuk mengetahui cerita selanjutnya mengenai aktiviti para krew iluvislam, saya menjemput sahabat mengunjungi blog Presiden ilvuislam.. Memandangkan apa yang dikongsi sudah lengkap dan sempurna, jadi saya sekadar menambah koleksi gambar yang ada-sharing for all ^_^.

Aktiviti saya bersama krew bermula setelah perjumpaan ini berakhir. Setelah selesai membeli buku, lebih 10 buah buku yang berjaya di beli oleh saya, antaranya 3 buku karya Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Hasrizal (alhamdulillah berjaya mengumpul ketiga-tiga buku beliau termasuk dua buku ATN, jadilah 4 dan sempat ambil tandatangan ustaz, hehe), Latip Talib (Salahudin Al Ayubi dengan Muhammad Al Fateh, kamus mini, buku Penaklukan Andalusia, himpunan kisah wanita syurga, panduan doa dan solat hajat, dan lain-lain..InsyaAllah jika berkesempatan saya akan update sekali lagi..^^.

Selesai memborong di PWTC, saya bersama teman serumah 'konvoi' ke rumah sahabat krew iluvislam, di Gombak. Untuk makluman, sebuah pengorbanan demi iLuvislam, ada krew yang datang jauh dari Penang dan mereka bermalam di rumah Mashitah. Jadi, saya ke rumah Mashitah kerana ingin mengambil barang-barang mereka di rumah Mashitah, kemudian menghantar Mashitah balik ke Uitm dan seterusnya membawa krew dari Penang (Surina dan Saidah) pulang ke rumah saya di Shah Alam supaya senang untuk menghantar mereka ke perhentian bas keesokan harinya memandangkan Mashitah ada kertas peperiksaan pada hari Ahad jam 2 petang.

Dalam perjalanan pulang dari Gombak ke Shah Alam, kami singgah di UIA untuk menghantar seorang krew pulang ke kampus setelah seharian beraktiviti bersama kami. Siapakah beliau? Biarlah rahsia..lol

Sebenarnya saya ingin memohon maaf kerana berdegil menghantar entri kali ini sedangkan saya kesuntukan masa. Banyak yang tunggang langgang dan tak kemas. Maaf yer.. Saya juga pasti akan update lagi entri ini kerana InsyaALLAH saya akan sentiasa mengupdate gambar-gambar yang ada setelah berjaya mengumpulnya dari krew dari semasa ke semasa.(hehe, saya tak bawa kamera). Jadi harap bersabar ya..untuk sementara waktu, ini sahaja yang saya ada..sekali lagi maaf atas segala kekurangan.... ^^


Sebahagian Daripada Krew yang Hadir Di Hadapan PWTC




Srikandi



Muslimah Sedang Bersiap Sedia untuk Menjamu Selera..^_^



Majlis Penutup


12 comments:

LEE said...

assalamualaikum

akak sehat???hehe saya la yg akan post komen dulu...ternanti2 blog ni di update...jelesnya, dapat jumpa dan kenal rmai kwn2 iluvislam...indahnya pertemuan dgn org2 yg memperjuangkan Islam...semoga kaki kita sentiasa kuat dan tetap melangkah dlm dakwah...majulah iluvislam utk ummah

Masrurah said...

salam..

akak pic tu memg kecik ek..

xnmpak sy yg hujung tu..wakkakaka

~ aman shah ~ said...

waa akak...
ada gambar lg...
huhu...

to mas: gambar tu...
cuba click kat dia..
nnt jd besaq laa...hehe...

the sun said...

kakak!

Terima kasih belanja semalam. hehe. kak, seronok jumpa akak, dan semua seolah2 sudah lama 'hati kita menyatu'.ehe

dan seronok jumpa semua, alhamdulillah, semoga kita sentiasa mendapat pertolongan Allah~

Amen~

AsNiza said...

::waalaikum salam LEE..alhamdulillah sihat, terima kasih..^^

maaf yer update blog kali ni agak mengecewakan, agak sibuk tadi sbb jadi tuan rumah..alhamdulillah..

insyaAllah..semoga ukhwah yg terjalin terus berkekalan..semoga iluvislam mampu mencipta sejarah untuk ummah, ameen..


::Mas..bleh besarkan tu picture tu, hehe..tu la..akak ingtkn akak yg paling kecik, rupenya kalah di tanganmu, ekekeke..len kali duk dekat2 ckit eh..moga jumpa lagi..ameen..^^

::aman..femeslah dia masuk saifulislam, eheheh..alhamdulillah dpt bertemu yer arini, moga ukhuwah kerana Allah ini sentiasa mekar berpanjangan..harum wangi mindah sentiasa..ameen..

::asma..org pertama yg menyambut daku di pwtc..ekekeke..yg lelain (kecuali Im) sume tk kenal akak, hahaha..

lenkali leh pegi dan balik sama2 yer..tk yah susah2 naik bas U80, naik putra lagik..^^

:yang lain2 yg tak pegi tu..sama2 panjatkan doa ke hadrat Ilahi, semoga Allah memperkenankan doa kita agar dapat bertentang mata bersua muka suatu hari nanti, ameen..

Lisam said...

incik lisam dah kenal makngah...huhu
paling tak sangka, dapat jumpe c saifuddin..haih, wase nak gelak guling2 je..mmg tak seswai lgsg penampilan dia lam ili ngn dirinye yg sbenar...

AsNiza said...

::terima kasih kpd pakcik lisam kerana sudi menghadirkan diri dn tahniah krn team anda menang, hehehe..mata merah tu tk cukup tdo, haha..pakcik pakcik..

huhuhu~seriusly contra..ekekeke..rasanya kan...rasanya kan..kalau beliau yg kita jumpa kt pwtc tu adik akak di dunia sebenar, mmg konfem kena buli ari2 la jawabnya..haha..innocent sungguh..jom gelak guling2....

erk...
saifudin jgn marah, gurau memupuk kemesraan, hehehe..takkan nk bermesra ngn 'seorang' je kan...LOL.

Wal said...

saifuddin hanya menanti kehadiran seorang krew yg x kunjung tiba..ahaha

AsNiza said...

pada pendapat saya itu sekadar gimik kerana beliau datang berdua..wakakaka~

dh update gambo dah..skang dh leh nmpak wajam cik masrurah kiter, hehe

HafizAdam said...

takde sekor pun manusia yang nak melabel kucing2 dalam gambar tuh..
aih~

Masrurah said...

WAKAKA...
akhirnya..nmpak jua...
akak sy cilok 3 4 5 pic2 ade kat sni...hehe

UkhwAh said...

salam..

haha akhirnya mengaku kalah jg=)

apapun mg best tgk!!
alhamdulillah makin kukuh ukhuwwah yg dibina dan semoga berkekalan hinga akhirnya.InsyaAllah..

majulah ILuvIslam.com!!

semangat2!!