+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, February 23, 2011

Cuma Bayang

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Semoga kita semua sentiasa dikasihi dan dirahmati Allah swt..

Lama tak bersua, alhamdulillah kali ini diizinkan oleh-Nya untuk kembali menukil coretan, barang sepatah dua kata. Sekadar entri pendek, menyambung entri sebelum ini, Pandangan Pertama.

Mungkin ada yang telah meneka dengan tepat, dan mungkin juga ada yang salah. Apapun, sebenarnya gambar dan jurukamera tidak salah. Gambar itu memang sebegitu. Bukan terbalik. Boleh lihat gambar sebenar di bawah.


Hanya Bayang-bayang

Kepada yang berjaya meneka dengan tepat. Alhamdulillah. Tahniah. Kepada yang kurang tepat, mari kita sama-sama muhasabah diri sendiri, dan mungkin, boleh ambil sedikit pengajaran dari gambar ini.

1- Don't judge the book by it's cover

Most of us very familiar with this quote. Yup. True. First impression is important. Boleh memberi 99% gambaran daripada jumlah penuh 100%. Tapi harus diingatkan juga, tidak semua pandangan pertama adalah 100% tepat dan benar. Kadang-kadang, apa yang kita lihat cuma mewakili 1% daripada cerita sebenar dan boleh membawa ke arah salah sangka dan buruk sangka. Berhati-hati dalam membuat andaian jangan sampai tersilap langkah.

2- I am not perfect too.
Bear in mind that every of us have possibility to make a mistake or doing wrong. Kita juga tak mungkin terlepas dari melakukan kesalahan, kesilapan mahupun dosa. Kita juga ada kebarangkalian untuk gagal dan tidak berjaya. Begitu juga dalam bersuara dan memberi pandangan. Jangan memandang rendah atau memperlekehkan pandangan orang lain. Mungkin kita hebat. Mungkin benar kita banyak ilmu, tapi itu tidak bermakna kita boleh menjatuhkan maruah orang lain, menghina atau menyindir orang lain. Mungkin pandangan, cara melihat mahupun idea mereka pelik, tapi tidak mustahil mereka betul dan yang salah sebenarnya kita.

3- Dark water have no reflection
Cermin yang kotor akan memberi pantulan yang kotor juga. Air yang hitam pekat mana mungkin dapat menghasilkan bayang yang indah dan putih bersih. Begitu juga hati yang busuk dan penuh dengan perasaan negatif, mana mungkin mampu memberi tafsiran yang positif? Segalanya akan kelihatan buruk dan ditafsirkan negatif. Apa saja, ada saja yang tidak kena. Oleh itu, untuk menghasilkan bayang-bayang yang cantik, haruslah bersihkan air supaya jernih dan tenang. Untuk membuahkan pemikiran dan tanggapan yang positif, juga harus membersihkan hati dari segala anasir-anasir yang negatif. 

4- Think big and creative

Jangan terlalu sempitkan pemikiran, jumud atau 'rigid'. Variasikan dan pelbagaikan sudut pandang dan cambahkan lagi idea. Luaskan lagi cara melihat. Jangan sekat dan kongkong pemikiran sendiri. Jangan mudah berputus asa dan cepat berpuas hati dengan hasil usaha tanpa memikirkan kaedah-kaedah lain untuk mantapkan lagi apa yang kita miliki. Bersyukur itu perlu namun orang-orang yang beruntung adalah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam.

5- Dan lain-lain lagi.

Semoga kita sama-sama peroleh manfaat dari coretan saya kali ini, mudah-mudahan.

Sebelum berundur;

Lihat dalam air, nampak bayang-bayang.
Campak satu batu, bayang pun hilang.

Bagaimana agaknya rupa bayang-bayang kita?

Mari muhasabah diri jom =)

Wassalam wbt.

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Kerana bayang-bayang kita dapat melihat diri kita yang sebenar.

Kerana bayang-bayang perwatakan kita berbeda..

kerna bayang-bayang kita lupa..

kerna bayang-bayang kita ditemani oleh perbagai permasalahan yang tak pernah kita duka sama ada sedar atau pra-sedar

^_~

AsNiza said...

bayang2 ada yang 'hitam' dan ada juga yang 'putih'..

moga bayang2 dpt membantu kita, utk lebih mengenali diri sendiri dan memperbaiki diri =)