+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, October 12, 2009

Keindahan dan 'Keindahan' iLi.com

Tidakkah mereka tahu bahawa aku benar-benar sayang dan cintakan iLi.com sepenuh jiwa dan ragaku? Tidakkah mereka tahu bahawa aku mengasihi ruangan forum iLi.com, menatangnya bagai minyak yang penuh? Tidakkah mereka tahu bahawa bukan sedikit masa dan tenaga sudah aku korbankan untuk iLi.com? Demi kasih dan sayang, segalanya aku cuba persembahkan. Dan tidakkah mereka tahu bahawa rasa kasih, sayang dan cinta ini datangnya dari Allah?

Ya Allah, harus bagaimana lagi yang perlu aku lakukan? Kadang-kadang langkah kakiku terasa penat, terasa letih dan lesu. Aku penat dengan kerenah mereka yang buta, bukan buta mata, tapi buta mata di dalam hati. Sungguh, kadang-kadang aku terasa ingin benar aku mengalah, berundur dari arena yang melukakan ini.

Buntu, apa yang aku cari, apa yang aku mahu? Keliru, apa yang aku dapat, apa yang aku temui dari iLi.com?

Aku cari keindahan, dulu aku ketemui namun kini semuanya hilang. Apa yang aku temui kini adalah menghampakan. Busuk hati, pra sangka, buruk sangka, prejudis, dendam kesumat, pendek akal, sempit pemikiran, dengki, cemburu, salah sangka, dan macam-macam lagi.

Sungguh hati ini bagai dicarik-carik melihat tangan-tangan mereka yang merosakkan kedamaian dalam iLuvislam.com. Sungguh hati ini bagai disiat-siat melihat mereka menyalahgunakan iLuvislam.com. Sungguh hati ini bagai dirobek disiksa melihat kebusukan hati mereka.

Aku cari ilmu namun aku temui mereka yang berilmu tapi tidak beradab, aku temui mereka yang berilmu tapi berfikiran songsang, berilmu tapi kotor hatinya. Berilmu tapi tidak tahu menghormati. Berilmu tapi malangnya, tidak mengenal Tuhan mereka sendiri, naauzubillahiminzalik..Apalah ilmu yang dibanggakan? Untuk apa? Wajarkah aku menangis kerana mereka?

Ya Tuhan, kadang-kadang lutut ini terasa lemah, tidak lagi mampu berdiri apatah lagi melangkah.

Ketahuilah, cinta ini cuma satu, cinta kepada Allah. Cita ini cuma satu, rindukan syurga. Sementelah aku telah diizinkan Tuhan, menghadiri Training ESQ, mengenal diri, ketemui matlamat hidup, hati aku jadi parah bila mereka menuduh aku bukan-bukan. Gila kuasa? Pentingkan diri sendiri? Tidak berlapang dada, mahu menang sendiri. Sedihnya aku Ya Allah.

Kalau menadah tangan, memohon agar Kau berikan aku rezeki yang banyak juga aku tidak mampu, aku malu, aku tidak sanggup, apakah tergamak untuk aku meminta pangkat dan kuasa, menjangkaui hak yang sepatutnya? Aku pinta dan pohon keampunan dari-Mu Tuhan. Hanya itu yang aku mahu, keampunan dan keredhaan-Mu. Tapi kenapa makin ramai yang tersilap mengadili? Wajarkah aku dihukum?

Dan apakah 'kuasa' yang diperoleh daripada iLi.com mampu membuatkan aku bahagia? Tidak dan tidak. Aku bukanlah kanak-kanak, aku bukanlah remaja yang baru mengenal hidup. Aku sudah lama menghirup kemanisan dan kepahitan dalam kehidupan, segalanya dalam iLi.com tiada satu pun yang menguntungkan aku, tiada apa yang aku perolehi kecuali redha Allah.

Kenapa sukar untuk mereka mengerti?

Mungkin benar kata ibu, mungkin benar kata kakak. iLuvislam cuma merugikan aku, membuang masa dan wang ringgit.

Tapi, tahukah ibu, tahukah kakak?

Aku tidak mengharapkan harta, aku tidak mengharapkan kuasa, aku cuma mencari redha Allah, aku mencari erti persaudaraan, kebahagiaan dalam memberi.

Dan tahukah sahabat, kegagalan kamu mengerti naluri hati ini, malahan menuduh aku dengan tuduhan perit sangat melukakan hati ini.

Cinta kita satu, Tuhan kita satu, kita sujud dan rukuk pada kiblat yang sama. Bersatulah wahai saudaraku, jangan biarkan syaitan bersorak gembira melihat kita berkelahi, berperang sesama kita. Jangan biarkan syaitan durjana ketawa riang melihat kehancuran kita. Bersatulah wahai saudaraku.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku, hanya Engkau yang berkuasa. Aku sujud dan sembah, berharap dan berserah hanya kepada-Mu.

Tuhan, bukakanlah pintu hati mereka.. Ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka, berikan hidayat dan petunjuk kepada mereka agar mereka ketemui jalan-Mu yang benar. Satukanlah hati kami di bawah naungan kasih dan rahmat-Mu. Agar kami yakin dan pasti, hidup dan mati ini, hanya untuk-Mu.

Aku bukan lagi kanak-kanak yang asyik mengejar keseronokan. Masaku kian singkat. Apa yang mampu aku sumbangkan, sebelum mata ini tertutup rapat? Mengertilah wahai sahabat, aku tidak ingin hidup lama, aku tak mungkin hidup lama. Aku harapkan cinta dan kasihmu, bukan benci dan prasangka, andai aku mati, ingatlah aku dengan rasa cinta dan kasih, jangan kerana benci, jangan kerana dendam.

Wallahua'alam.
EDITED: Besarkan tulisan..

18 comments:

hanae said...

salam,,,
kak az..
sdeynye luahan nie,..

suHaNa said...

Assalamu'alaikum..

makNgah.. la tahzan ya ukht.
Erm, sedih je aca luahan nie sambil muka dah nak masuk skrin laptop sebab tak nampak.. Huu~

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.."

wallahu'alam.

relax said...

salam
akak sabar yer...semakin besar tanggunjawab semakin besar ujian dari Allah..mungkin mereka belum kenal "semut hitam atas batu hitam di dalam gelap". sebab tu mereka mudah buruk sangka...didoakan akak tabah ... ::hug:: amin.... dan amin...(doa di post atas)

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum...

susulan daripada beberapa posting yang dibuat sebelom nih, ternyatalah Kak As sedih na....

jika anggapan saya benar....

jangan begini...

jika sedih, biarlah sedih yang membawa makna... yakni sedih kamu adalah kerana dosa yang telah dilakukan...(tapi saya tak mengatakan bahawa Kak As berbuat dosa, cuma andaian...)

memang....melalui episod kedukaan dan kesedihan akan mengakibatkan diri pilu....

oleh itu, berusahalah kamu menguatkan ketabahan kamu...

Allah telah memberikan kudrat ke atas diri kamu supaya kamu sabar dalam setiap cubaan dan ujian yang datang...

jangan dipandang sebelah mata, maka pandanglah dengan 2 mata... yakni mata hati dan mata keimanan...

mungkin ada kifarah dan hikmah sebalik kejadian yang menimpa...

memang...secara kebiasaannya, setiap kali memberi nasihat, pasti yang menasihatkan senang berkata-kata...meminta diri kamu bersabar, itu dan ini...

malah, kamu yang mendapat nasihat yang menanggung apa yang menimpa...

kenapa saya berkata kamu? kerana kamu adalah yang diberi ujian, yang merasai nikmat dan hikmah ujian...

membuktikan Allah menyayangi kamu, insyaallah...

di mana seorang yang merindukan Allah,tatkala tidak diberi sebarang kesakitan atau ujian, dia gelisah...

kerana apa? kerana bimbang Allah tidak lagi menyayangi dirinya...

maka bersyukurlah kamu atas kurniaan nikmat ujian dan kehidupan...(bukan nak mengatakan bahawa Kak As tak bersyukur.sekadar,peringatan berganda)

p/s: tulisan dalam post, kecik sangat...susahnya kawe nok baca...hehe...gurau2 ja na...komen pon dah nak sama panjang macam post Kak As daa..minta maaf sekali lagi...

wallahu a'lam... =]

AsNiza said...

-

thnx..mmg tgh bersedih kot,
byk sgt masalah kebelakangan ni bercampur2.. T.T


suhaNa,

terima kasih.. cuba utk tidak bersedih..senyummm ^_^

haha..siannya..mmg sengaja tulis kecik n tk terang, sbb tk mau org baca, tp rupenye silap, adeih~


ikhwana,

terima kasih..for evrything..akak cuba utk yakin dan percaya, Allah bagi dugaan hanya kepada hamba-Nya yang mampu, insyaAllah..


Nizamuddin,

Sama panjang eh? eheh..sbb akak tulis kecik2 mmg laa =p

Apapun, terima kasih..since awak selalu follow blog akak, rasanya dah faham sangat dah kan the way i'm thingking..huhu~ abisla pasni tkleh jiwang2 lg, nnt kantoi ^_^

Kata-katamu penuh hikmah, i do appreciate, so much.. terima kasih byk2 bro.. thnx fpr everything..

Moga Allah pula membalas jasa baik korang semua..Amin..

AhmadNizamuddin said...

- off topic -

selalu ek??

ahakss...

selalu ja ikut blog orang...

walhal, blog sendiri yang ketinggalan...

bro? i'm not ur bro...hahaha... :p

nope...xpaham sangat...

the way woman's thinking is so complicated to understand...

ahakss..

jangan marah...

wallahu a'lam....

s.F.a said...

salam k'As...

lme x singgah kt teratak k'As nih..knl yg ni jek xpe kan...hik3..

k'As..npe la sedey sgt luahan nih..xm0 la sedey2 tau..k'As kn c0mel..^_^..

bak kate org putih.."n0 woman n0 cry"..hak3..ntah papela..w0keyh...sabar ya kak..k'As kne kuatla..

sabar ngan kerenah user iLi yg ntah pape..yg suke mengarut cam sye nih..hik3..sabar neh..hee~
say cheese~wee..

A. said...

salam kak AsNiza.Smoga akak selalau berada di bawah lindunganNya.Saya nak kongsikan doa ini untuk kebaikan bersama.

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini

(khas untuk rakan seperjuangan di ili terustama pada njh dan kak asNiza :) )

Unknown said...

assalamualaikum...

akak, uhukk..mujur puteri tak hayati betul2 apa akak tulis ni..kalau tak mesti dah menitis air mata..ni pun dah sebak dah..

puteri tahu dan faham kenapa akak meluahkan macam ni..puteri tahu sebab apa..

em..orang selalu mempersoalkan, apa yang dapat jadi mod ili?ada dapat elaun ke jadi mod?ada jugak yang cakap, at least mintaklah dibayarkan bil broadband sekurang-kurangnya..

bukan ini yang kita harapkan..kita harapkan redha Allah kerana i luv islam, we work for islam..kita dapat ukhuwwah dalam ili, kita dapat tarbiyyah dalam ili..

Ya Allah, tetapkanlah hati kami dalam agamamu..Janganlah Engkau pernah patahkan semangat kami untuk bekerja demi agamaMu..

Anonymous said...

perjuangan x semuanya manis. :)
Biasa la tu sis..

AsNiza said...

Nizamuddin..

'Woman from venus, man from mars',
Mmg la bukan mudah nk faham, eheh~


iqah..

Sekali sekala kena jugak 'cry'..
So that org xde la fikir kite ni besi or xde perasaan, tul tak? ;)

Apa pun, tenkiu beri2 muche sis ^_^



Aisha soleha..

terima kasih utk doa..familiar doa tu..insyaAllah, akan selalu amalkan after this..jzkk



puteri..

bazir air mata je nangis, lalala~ =p hanya mereka yg melaluinya saja yg mengerti, kan? ^^

semoga kite terus tabah berjuang, we need each other, support each other, thank you very much..



...

Tiada yg mudah dalam berjuang.. semoga susah dan senang itulah yang menguatkan lagi langkah kaki kami.. mudah-mudahan, amin

Anonymous said...

carilah HIKMAH dalam ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran itu pasti ada GANJARAN, jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada sesiapa yg boleh beri HALANGAN, namun jika sesuatu itu,bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walau sudah dalam GENGGAMAN


salam...akak,,, nak ngs jgk.. huhuhu kdg2 kiter memg kene menangis kak... supaya kiter sering rasa hina disisiNya...
akak, ina hadiahkan lagu "menangislah" firdaus..
sayang akak, and ramai org syg akak

shairah said...

salam niza.

wow, ade some people saying bad things behind ur back? how come? kalo diorg mengutuk sye sbb jarang nmpk muke kt ILI tu logik la jgk.

jgn ambik pusing sume tu. sometimes to do the right thing, we have to be heartless. dlm erti kate laen, bwat deek. kalo dh x tahan, sound je direct kt diorg. well, they have d heart to say such things to u, they have to bear with it la kan kalo u sound diorg balek. sape suh diorg stat dlu. fair enough la kan.

btw, harap niza tabah n sabar slalu. yeah, i know, i know, i'm not in d same boat, tambah2 lately mmg gile x bwat keje kt ILI, n i think i'm goin to be kicked out after review mod nnti. sigh~ sumhow i mcm xlayak nk ckp psl sabar wit u. u must know it better kan hehe. but yeah, just out of concern, bnykkn sabar ye niza (dlm mase yg sama muhasabah diri). n bwat muke tebal haha.kdg2 there's just no point explaining urself, sbb diorg xkn dgr pon.

p/s: this week is my final week of my final year (insyaAllah). then exam. pray for me ek =)

Anonymous said...

salam....
sesungguhnya memang sukar untuk teman kita fahami kita...walaupun teman baik....
spti yg pernah k.niza tulis,
kita datang dari planet yg berbeza...
hehhehehehehe
biarlah mereka salah faham pd kita
asalkn family dan ALLAH tahu siapa kita....(^_^)

masyitah said...

Salam kak...

moga pengorbanan akak utk islam dibalas syurga di akhirat nanti...
ikhlas kan hati kite berkhidmat di ILI.com kerana Allah...

mg benar,mulut manusia bukan mulut tempayan yg senang utk ditutup....jadi kite gunakn lah kurniaan Allah iaitu dua belah "TANGAN" utk menutup telinga kite dgn mendengar cacian, tomahan dan umpat keji org...setiap ciptaan Allah itu sgt byk hikmah disebaliknya.

akak,kami sentiasa bersama akak...akak yg terbaik bagi kami...maaf dipohon andai kami juga slalu melukakan hati akak...syg akak kerana Allah...kite dh jumpa ape yg kite cari, LAILAHAILLAH...jadi kite pula dorong org mencari matlamat mereka...insyaAllah

LA TAHZAN...sentiasa berpesan pada diri ALLAH HA MA ANA...

AsNiza said...

:: Zarina..

W'salam sis, thanx for the words.. benar katamu T_T

Ditakuti, 9 nisbah 1 menjadi alasan utk diri ini berasa lemah dan tidak kuat.. cuba utk tidak menangis dan bangkit utk terus berjuang, insyaAllah, semoga Allah sentiasa bersama kita, amin..


:: Shairah..

Thanx for visiting me, i appreciate so much kesudianmu mencemar duli ke teratak buruk daku ini, i miss u so much.. ^_^

All the best, semoga Allah permudahkan segala urusan kamu.. Semoga sukses lion-lion-lion di final year, sikit je lg nk smpai garisan penamat..berlari laju2 =D

Dont worry sis, insyaALLAH i will be just fine, u r true, sometimes, ignorance can be our best fren, buat bodo sudah, hik3..

Once again, thanx, i love you so much.. please dont go, stay with me, hold my hand..united we stand, pls.. ^_^



:: Norlela..

Hik3..cam tau2 jer akak merajuk hati ngan makhluk bernama adam ^^
Yup..tak di nafikan, kerana 'planet kite berbeza', cara 'melihat', 'mendengar', 'merasa' dan 'menilai' juga berbeza..

Be strong! insyaAllah..



:: Masyitah..

Alangkah indahnya, kalau semuanya dapat ikut ESQ, ^^

Alangkah indahnya kalau kita semuanya bersatu hati, punyai matlamat yg sama, cita cita yang sama, kesedaran dan keinsafan yang serupa, moga Allah membuka mata hati di dalam dada mereka, amin..

Benar katamu dik.. menutup telinga sendiri lebih mudah drp menutup mulut org lain..insyaALLAH, moga mendapat kekuatan dan ketabahan itu..



Kepada semuanya..

Terima kasih banyak2, kerana prihatin.. kerana kasih sayang yg diberikan.. kerana sudi mendengar/membaca karutan hati daku..

Terharu sangat korang ngan korang, isk2.. ni yg buat akak rasa nk nangis ni..terharu dgn keprihatinan dan kasih sayang korang..

Pasni tak mo sedih2 lg, tak mo korang ikut sedih sekali.. kasih dan sayang kerana Allah..

Kepada yang sms/ym penuh kerisauan pasal rumah akak kena pecah masuk, terima kasih banyak2.. ya Allah, syukurnya Kau kurniakan aku adik2 yang baik2 belaka...

Atul, saidah, najah, nisa, Im, syawal, remy dan semuanya, sorry tak tersebut nama.. kpd semuanya, terima kasih atas keprihatinan..

Moga ukhwah kerana jalan Allah ini sentiasa kekal kukuh harum mewangi, amin...

amany said...

salam mak ngah.
ehe, rasanya ni 1st comment saya kat belog mak ngah.
frankly speaking, terharu jiddan baca taipan akak kat atas.
apakah saya berpeluang merasai dan berkongsi perasaan ini bersama akak bila saya dah balik nilai?
akan rindu kalian jiddan2.

[ayat, pergh~!]

Anonymous said...

salam wbt kak as..
erm..
sy prnh rasa situasi mcm akk rasa sblm nie..
tp,lain sikit la..
papepun,kte wt keje dakwah nie krn Allah Taala smata2(lillahita'ala)..
org tak kan fhm keje kita sbnrnye,dioarg tau nk kutuk,mgata kt blakang je..huhu..
btw,teruskn usaha akk mprjuangkan ILI ye..
-Wan Aisyah ILI-