+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, May 26, 2009

Lelaki Buaya atau Wanita Perasan?

Saya sepatutnya bukan lagi dalam keadaan mood yang sesuai untuk membincangkan topik seperti yang sedemikian. Al-maklumlah, usia dah lanjut, sudah banyak cobaan dan dugaan hidup sudah di lalui dan Alhamdulillah, isu sedemikian tidak memberi sebarang efek kepada saya, tidak mencalarkan saya sedikit pun. Ini kerana perjalanan hidup yang berliku-liku penuh onak dan duri akhirnya menjadikan saya seperti hari ini. Saya. Matang. Adakalanya. Berjiwa-jiwa. Kerana saya percaya, untuk membantu anak-anak muda, bukan dengan menghukum dan mengadili mereka dengan segera, tapi seharusnya, mereka di dekati, di selami dan setelah mengetahui pucuk pangkal jalan cerita, nah..barulah kita boleh membantu mana yang mampu. Saya. Berjiwa remaja. ^_^


Perihal pergaduhan di thread ini.... Maaf, geleng kepala saya melihatnya. Terbukti, pengunjung iLuvislam ini bukanlah matang secara total. Ada yang boleh ditolak ansur dan ada juga yang melatah membuka pencak silat apabila terasa pedas atau mungkin kononnya menegakkan kebenaran, memperjuangkan kenyataan yang mereka yakini benar dan sebagainya.. Macam-macam sebab, yang mungkin tidak terfikir oleh saya.


Buaya sejati yang menjadi kegilaan buaya betina. (Gambar hiasan)

Lelaki buaya atau wanita yang mudah perasan? haha.. walaupun saya wanita, hawa, perempuan atau female, saya tidak menyalahkan kaum lelaki sepenuhnya. Bagi saya, jika sebelah tangan bertepuk tak mungkin akan berbunyi. Tambahan pula, jika mereka mematuhi adab pergaulan berlainan jantina atau memahami hakikat ini dengan baik..nescaya, tiada siapa yang dianiaya atau teraniaya..


Saya pernah bertemu dengan kes di mana masalah terjadi kerana wanita yang mudah perasan. Si lelaki cuma berniat ingin membantu, berkawan dan sekali sekala menyakat, si wanita ni pula mula terasa istimewa, terfikir bukan-bukan, terjatuh cinta dan kemudian bila cinta di tolak, mulalah menyalahkan si lelaki. Katanya "buaya!" Aduh....


Jika tahu menjaga hati, bukan dengan hanya pandai berkata-kata tapi dengan sepenuh hati, iman dan akal, insyaAllah, masalah mudah perasan atau mudah jatuh cinta yang tidak bertempat pasti tidak akan terjadi. Saya pernah mengenali seorang hamba Allah yang jatuh hati, menyintai seorang adam hampir sepuluh tahun lamanya. Bagaimana terjatuh hati? Kerana si lelaki melayani YM, reply SMS, jawab call, reply kad etc etc.. Walhal, si lelaki cuma berniat tidak lebih sebagai seorang kawan. Sepuluh tahun lamanya si gadis menanti si jejaka. Masih tiada jawapan positif namun mereka terus bersahabat.


Dalam kes ini, saya menyalahkan keduanya, pertama, kerana si lelaki sudah mengetahui si gadis menaruh hati padanya, walaupun sudah menolak dengan jelas tapi si lelaki masih lagi memberi harapan kepada si gadis dengan melayaninya seperti biasa, maka jadilah kisah itu berlarutan sepuluh tahun lamanya. Kedua, si gadis pula tak perlulah berharap kepada yang tak pasti, jika sekali di tolak, berundurlah dan cubalah untuk terima kenyataan, soal jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan.


Kadang-kadang saya sedih dengan sikap segelintir gadis zaman ini yang terlampau berani. Berani memulakan langkah pertama, berani meluahkan perasaan, berani membuat pengakuan yang terbuka. Ada positifnya tapi impak negatif jauh lebih banyak. Mahal harga seorang wanita adalah pada malu dan maruahnya. Ingat.. perigi cari timba tak salah, tapi biarlah kena caranya. Bukan dengan mengekori ke mana sahaja si jejaka pergi, dah jadi stalker atau obses, boleh membuatkan si lelaki rimas dan meluat. Pandai-pandailah mengawal diri dan hati, agar tidak parah kemudian hari.


Itu yang tak Islamik, yang 'Islamik' pun tak kurang hebatnya. Aduh~ Dengan imej wanita solehah impian seluruh jejaka soleh, bertudung labuh dan berilmu tinggi pula menggunakan cara pendekatan berbeza.. Istiqarah dan doa menjadi agenda. Kadang-kadang berdebat menggunakan petikan hadis dan Al-Quran untuk mendapat apa yang di cita-citakan..haih.. Macam-macam cara dan gaya.


Saya wanita, saya lebih memahami wanita itu sendiri daripada peel dan habit kaum lelaki. Dan saya menyayangi wanita kerana saya juga wanita.


Kita sering menyalahkan lelaki, bila terjadi kes rogol atau sexual harrasement. Tanpa kita sedari, kes wanita yang melakukan sexual harrasement sebenarnya berkemungkinan lebih banyak. Malah di lakukan secara terang-terangan dan terbuka. Ya..


Bayangkan, dengan memakai baju yang ketat, menampakkan sebahagian lurah di dada. Berseluar ketat dan menampakkan bentuk pinggul, di tambah pula belah hingga ke peha. Agaknya bagaimana nafsu si lelaki yang memandang? Ada pula yang bebas bersiar-siar tanpa memakai baju dalam, berbaju pendek menampakkan pusat..aduh.. Berseluar jeans londeh ke bawah sehingga menampakkan lurah pinggul, isk3..Saya sebagai wanita berasa tidak senang, bagaimana pula dengan si lelaki? Agaknya bagaimana degupan jantung mereka tatkala merenung lurah dan benjolan itu? Agaknya bagaimana nafsu mereka sedang berperang dengan akal dan iman? Syukur jika iman masih kuat.. Bagaimana pula jika iman senipis kulit bawang?


Maka, terjadilah kes sumbang mahram, rogol dan pelbagai bentuk gangguan. Yang lebih menyedihkan, anak-anak kecil menjadi mangsa, bukan kerana mereka yang menggoda, tetapi kerana peluang yang terbuka lebih besar untuk mereka di apa-apakan dek kudrat yang tidak banyak. Jadi, wajarkah kita menunding jari menyalahkan kaum lelaki semata-mata? Memang mereka salah, tapi itu tidak bermakna si gadis di luar sana langsung tidak melakukan kesalahan, sedikit sebanyak, ada bebanan dosa di pikul di bahu..dan saya, saya juga wanita...


Saya tidak berniat memenangkan kaum adam atau menjatuhkan kaum hawa. Saya sekadar menegakkan pendirian saya, di mana, baik atau buruk seseorang bukanlah bergantung kepada jantina, tetapi ia adalah individual.. Masih sama dengan pendirian saya sebelum ini..tak semua burung boleh terbang..tak semua lelaki adalah jahat dan tak semua wanita adalah baik.


Semoga dapat berlapang dada, mana yang baik mungkin boleh dijadikan teladan, dan yang buruk harap dijadikan sempadan. Just my two cents, you can take it or leave it. Wassalam.

13 comments:

Anonymous said...

tiada semua laki adaalh boya,tiadas emau pompaun adalah persaan

wallahualam

islam tu indah

AsNiza said...

YUP..

Setuju, maka sebab itulah kita tidak boleh menghukum secara pukal..tak semua burung boleh terbang..^_^

Unknown said...

Lelaki Buaya, Wanita Perasan...
Wanita Perasan Lelaki Buaya...hehe..

ps : kesian penguin tak boleh terbang..

Haih~ :P

zizou said...

aku pun sering tertanya.
laki mudah perasan or wanita mudah perasan? gender mana yg mudah perasan..
rasanya sama kut..or maybe pompuan lebih skit..sbb aku ada pengalaman tu.huhu

AsNiza said...

::haha..kesian penguin, kerabat burung pun tak nak mengaku sedara...='(

::ermm..dua2 ada kebarangkalian..mana lebih mana kurang tu, wallahua'lam

HusniyahMohamad(Qisya Delite) said...

yup..nice post..
saya setuju..
xleh salahkan mane2..xleh betulkn mne2..
ade lelaki buaya n ade prempuan prasan..
~tepuk dada,tanya iman~

AsIAh YuSRa said...

hmmm....
sentiasa berfikir posotif
erk..
ada kena mengena kah?
ngeee *smile*

Lisam said...

tiada lelaki buaya..
tiadalah perempuan perasan..
n vice versa...hoho

eem said...

lelaki atau pompuan lebih perasan? aku setuju ngan zizou. lelaki ngan pompuan sama2 mudah perasan. cuma bezanya, dari pengalaman aku, lelaki lebih mudah perasan..huhuhu

UkhwAh said...

kalau masing2 pandai jaga diri, insyaALlah benda2 pelik ni xkan berlaku.

insyaALlah, jika al-Quran dan sunnah kita tanamkan dalam dada, kita tahu bezakan antara haq dan yg batil.

"Cari..cari..carilah..pasangan hidup betul2 oh kawan bahgia berseri rumahtangga kekal harmoni..lalalala~~ (sj buang tebiat release tension!esk exam!)

Apple Pie said...

agree.... realiti mmg cam nih.... but with iman and wisdom...insyallah kita tahu nak pilih mana jalan. Ya Allah... Show us where to Go...the one you bless. Amin

Nurshila Sulaiman said...

Assalamualaikum.

Andai lelaki itu benar-benar berkulit buaya, ingin sekali ku siat-siat kulitnya membuat beg tangan.

Haha.

Anonymous said...

pompuan nih mmg mudah sgt perasan...
malah paling dasyat bertindak plak mengikut apa yg dia sangka..hadowhhh laaa...pompuan oh pompuan...