+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, November 30, 2010

Bukan Senang Mahu Senang?

Kadang-kadang (baca: selalu) saya cemburu dengan mereka yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang Islamik. Islamik di sini maksud saya, keluarga yang sangat menitik beratkan soal agama, meliputi akidah, tauhid, akhlak, semua sekali memandangkan Islam adalah syumul. Dari soal berpakaian, keutamaan mendirikan solat, mengaji al-Quran, pergaulan dengan bukan muhrim, bab penjagaan makanan dan lain-lain. Semuanya berlandaskan syariat yang telah digariskan dalam agama kita, Islam.

Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. Saya syukuri nikmat Islam dan Iman. Saya syukuri kerana setidak-tidaknya saya dilahirkan dalam Islam. Saya bersyukur kerana tidak perlu bersusah payah mencari cahaya Allah, alhamdulillah saya beragama Islam. Namun saya akui, sedikit sebanyak saya mengalami banyak kesukaran, yang terpaksa saya tempuhi untuk menjadi 'muslim yang sejati' . Saya perlu kuatkan semangat, tabahkan hati, tetapkan pendirian. Perlukan sokongan, namun ada masanya saya goyah juga. Kadang-kadang terjatuh dan terluka, pernah juga terpesong dari jalan yang sepatutnya.

Lihat saja mereka yang berpakaian sopan, menutup aurat sejak kecil. Kerana terbiasa, diasuh sejak kecil, pakaian yang dibeli juga 'sefesyen', semuanya labuh dan menutup aurat, maka pada pendapat saya, tiada masalah timbul untuk mereka kekal sentiasa berpakaian menutup aurat. Melainkan terkena 'kejutan budaya', terpengaruh dengan 'hijrah songsang'. Tiada yang mustahil, dari bertudung labuh, tiba-tiba tidak bertudung. Bertudung labuh tapi cenderung berbuat maksiat. Tuhan yang membolak-balikkan hati. Kun fayakun, maka jadilah.

Lupakan soal seketika soal mereka yang bertudung labuh, yang saya cemburui.

Kembali kepada diri saya sendiri, muhasabah kekurangan dan kelemahan diri ini. Yang saya percaya, bukan hanya saya mempunyai dilema ini.

Ingin berubah, tapi bagaimana?

Ingin berhijrah, tapi tidak punya kekuatan!

Ingin bertudung labuh, tapi tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.

Ingin menutup aurat, tapi kadang-kadang teringin berfesyen mengikut fesyen semasa.

Aduh! Harus bagaimana nih?


Teringat ketika mula-mula bertudung agak labuh, kawan-kawan sekerja memanggil saya ustazah. Saya hanya mampu tersenyum. Biarlah orang nak kata apa. Perubahan saya yang agak mendadak itu juga memberi suatu 'kejutan' kepada rakan sekerja, mereka kelihatan kekok untuk berurusan dengan saya, terutamanya pekerja lelaki. Masalahnya juga, saya bagai 'manusia dua alam'. Kadang-kadang tersasul, kadang-kadang terbabas. Allah sedang menguji saya.

Sendirian 'berjuang' kadang-kadang melemahkan kaki. Bahkan saya kadang-kadang 'terlupa' apa yang sepatutnya saya lakukan dan apa yang tidak. Contohnya terlupa memakai stoking, atau kadang-kadang menyelak tudung yang labuh sehingga menampakkan bahu dan sebagainya. Bukan senang 'pandai-pandai sendiri'. Ada masanya juga bila terlihat pakaian kegemaran lama yang tergantung, hati teringin benar menyarungnya semula. Benar-benar cubaan.

Baju lama yang kecil, ketat dan singkat disisihkan. Saya membuat 'reformasi' secara beransur-ansur. Menambah koleksi pakaian baru yang lebih longgar dan labuh. Jalan selamat adalah memakai baju kurung. Selipar yang menyukarkan saya memakai stokin juga diganti. Begitulah sedikit sebanyak usaha yang telah saya lakukan.

Ada hikmah yang tersembunyi.

Kebetulan waktu itu, berat badan saya naik mendadak. Alhamdulillah. Allah membantu saya dan mempermudahkan niat saya untuk cuba mendekatinya. Dek kerana saya tidak lagi sekurus dulu, tidak cantik berpakaian singkat dan ketat, alhamdulillah, kegemukan ini juga menjadi pendorong kepada saya untuk mengubah penampilan diri.

Saya juga bersyukur kerana keluarga saya tidak melayan saya seperti 'makhluk asing'. Walaupun tidak menyokong saya secara total, tapi mereka tidak melarang saya 'berhijrah'. Malahan, bila bersama-sama membeli pakaian, mereka juga turut membantu. Alhamdulillah.

Saya akui, bukan mudah berhijrah. Sungguh kita tidak akan mampu melakukannya seorang diri. Saya harus bersyukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada sahabat dan keluarga iluvislam.com. Tanpa mereka, saya mungkin bukan saya hari ini. Krew iluvislam terutamanya sahabat forum team, tak kurang user dan pengisian di dalam iluvislam.com antara pemberi semangat buat saya untuk terus kekal hijrah ke jalannya. Alhamdulillah. Moga semuanya akan terus di sisi saya, memberi sokongan dan doa untuk saya meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Pegang tangan ini, jangan biar jatuh. Pimpin tangan ini jangan biar lemah. Tunjukkan jalan jangan biar sesat. Ingatkan diri ini jangan biar lupa. Perbaiki diri ini jangan biar salah. Kita kawan sampai syurga. InsyaAllah.

Aturan Allah adalah terindah buat saya. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Allah berkuasa atas segalanya. Dan Dia juga berkuasa mengubah hati manusia menurut kehendak hati-Nya.

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang tidak beriman."
(Surah Al-An'am : Ayat 125)

Katakanlah (Muhammad), "Alasan yang kuat hanya pada Allah. Maka kalau Dia mengkehendaki, niscaya kamu semua mendapat petunjuk".
(Surah Al-An'am : Ayat 149)

Hidayah Allah datang dalam tidak disangka-sangka. Namun kadang-kadang kita sengaja palingkan wajah. Tidak mahu membuka hati dan mengizinkan hidayah itu singgah ke hati kita. Mungkin kita masih tercari-cari, atau barangkali kita kata, nanti-nantilah. Tapi jangan kita lupa, mati itu pasti dan kita tidak tahu bila. Jangan lupa bahawa sesungguhnya dunia hanya sementara, akhirat itu yang abadi. Bantu membantulah kita ke arah kebaikan. Dan janganlah kita bantu membantu ke arah keburukan. Pandang kiri dan kanan. Mungkin di satu sudut, sahabat kita perlukan sokongan dan bimbingan dari kita. Toleh kanan dan kiri, mungkin di sebelah kita, sahabat kita meraba-raba dalam kegelapan menunggu kita memimpin tangannya.

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
(Surah Al-'Ankabuut 29:57)

Masuk syurga sama-sama. Biar di syurga kita bertemu lagi. Tanamkan niat dan keinginan itu di dalam hati kita. Andai kita mahu ke syurga, ingatlah juga sahabat-sahabat kita. Apakah kita tergamak membiarkan dia ke neraka? Atau barangkali ketika kita sedang cuba melangkah ke syurga, dia menarik kita bersamanya ke neraka, kerana khilaf kita ketika di dunia, membiarkan dia dalam kesesatan, Naauzubillah.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-'Ankabuut 29:64)

Saya sendiri sedang mencari kekuatan. Memperbaiki diri sendiri dan cuba semampu saya untuk mengingatkan sahabat-sahabat sekalian tentang pentingnya ingat-mengingatkan, bantu-membantu ke arah kebaikan. Kerana saya tahu, bahawa 'kekuatan' saya cuma di sini, di medan tulis ini. Dan saya berdoa dan berharap, agar sesiapa yang membaca, mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Ini baru soal pakaian. Kan? Lain-lain pula bagaimana? Bukan senang mahu 'senang', jika punya kelapangan, insyaAllah akan disambung lagi. Sementara itu, selamat membaca dan menkaji Quran. Jadikan ia teman baik kita. Setiap waktu setiap ketika. Baca maksudnya dan cuma renungkan, bayangkan, kita sedang membaca 'warkah cinta' dari Kekasih yang Agung. Berbahagialah..

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami jadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk) sehingga mereka bergelumang dalam kesesatan. Mereka itulah orang-orang yang akan mendapat seksaan buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling rugi."

[ Surah An-Naml : Ayat 4&5]


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

[Surah Al-Imran : Ayat 8]

Wallahua'alam. Hanya ALlah yang Maha Mengetahui.

9 comments:

AsNiza said...

salam wbt..

kadang2 saya cukup marah dan terasa hati dengan mereka yang alhamdulillah 'semulajadi islamik'. niat baik ingin menegur dan mengingatkan, tapi caranya tidak kena.

seolah2 hanya dia yang sempurna dan bagus, tidak cuba untuk mendalami dan memahami isi hati sahabatnya yang 'tidak islamik' sepertinya..

berfikir sejenak, sebelum menulis, atau berkata2.. bayangkan, bagaimana kiranya kita di tempat mereka dan tiba2 'diperli' kerana tidak seperti org yg berkata2..

wallahua'alam.

Mun said...

ehh..kisah awak ni mmg sama ngan saya.. kira 80% dah sama laa.. saya juga dibesarkn dlm keluarga yg kurng menitikberatkan agama..
saya berubah pun..semua org yg cukup mengenali sy..mmg xpercaya.. dan terkejut.. ada yg hormati perubahan saya..dan ada juga yg menghina.. tapi..saya anggap semua tu 1 ujian Allah...

Cikgu wanie said...

Assalamualaikum...

hmm stuasi nie pn bleh dktakan sme dgn sy. cuma, sy tdk prnh mlkukn prubh scr mndadak dan skrg cba baiki dri sdikit dmi sdkit spy org skliling mdh mnerima sy. walaupun sdkit jnji kita istiqamah, jgn banyak2 tp jarang-jarang. insyaAllah mga Allah prmudahkan urusan kita dan terus membri cahaya hidayahNya.

Anonymous said...

tk byk2

Blue Moon said...

Salam ya ukhti yg sgt disygi..

Entri ini sgt mengharukn.. shgga mbuat airmata keegoan seringkali tumpas..
Hampir 2 tahun mengikuti jejak teratak mu wlupun diri ini tdk pnh mengenal wajahmu... namun, yg mndorong diri ini utk lbh mngenal Maha Pencipta, mendorong diri ini utk berubah ke arah kebaikan juga dtgnya dari tatapan stp karya indah mu yg penuh nasihat dan keinsafan..


ya ukhti..
setiap entri mu, ana cuba memahami sepenuhnya agar ia mjd ilmu yg berguna untuk ana dan sentiasa dpt disebar serta diamalkn..

ana juga ingin menjadi saham kebaikan buat ayahanda di alam sana..Ana perlukan bimbingan insan yang penuh kasih syg sesama muslimnya..bantu ana ye ukhti

Mudahan ukhti sentiasa dirahmati Allah swt

AsNiza said...

Salam cik moon..

Alhamdulillah.. Kita geng. ;)
Mmg dunia skrg ni pelik. Kn.. Buat salah (dedah aurat) seolah perkara biasa. Srbaliknya bila kita cuba berbuat kebaikan.. Moga kita terus istiqamah atas jalanNya.

AsNiza said...

Wslm wbt..

Yup.. Betul tu.. Dalam Islam sendiri menyanjung tinggi org yg istiqamah.. Moga esok lebih baik. InsyaAllah..

AsNiza said...

;)

AsNiza said...

Salam wbt ukhti..

Alhamdulillah.. Segala puji milik Allah.. Terima kasih krn sudi luangkn msa singgah ke sini.. Moga Allah ganjarkan kebaikan untuk kita.. Amin.. Terima kasih..