+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, March 28, 2012

Berehat Jom!


Assalamualaikum wbt. Apa khabar iman kita hari ini? Moga semuanya baik-baik belaka, insyaAllah. Doakan saya juga.

Alhamdulillah, hari ini saya telah dipilih untuk mengikuti latihan di luar tempat kerja. Sekali sekala tukar angin keluar dari ofis enak juga rasanya. Keluar daripada rutin harian, bertemu dengan orang baru, bukan muka sama yang kita jumpa hari-hari. Seronok juga.

Kini baru saya mengerti, mengapa ada orang sanggup berhabisan, mengeluarkan banyak wang semata-mata untuk 'bercuti'. Tinggalkan kerja seketika, lupakan segala yang menimbun di atas meja, alihkan perhatian daripada segala masalah dan politik di tempat kerja, pergi ke mana sahaja untuk tenangkan fikiran. Rupa-rupanya, mereka bukan 'mengada-ngada', membazir wang untuk perkara yang sia-sia, tapi hakikatnya, mereka dan kita semua memang memerlukannya.

Ini kerana kita manusia yang diciptakan sempurna dengan rohani dan jasmani yang perlu dijaga, dibelai, diuruskan dengan baik. Jasad ini, roh ini - adalah amanah dari Allah. Janganlah pula kita mensia-siakannya.

Kita ini bukanlah robot yang tiada perasaan. Tiada airmata. Kita ini bukanlah robot yang tak perlukan rehat, harus bergerak selagi ada bateri. Kita ini manusia yang boleh menangis bila terluka. Ada had dan batasan tertentu yang hanya Allah tahu setinggi mana had itu. Oleh itu, janganlah terlalu memaksa diri. Tulang yang bengkok jika dipaksa lurus akan patah. Belon jika ditiup angin berlebihan juga akan pecah.

So, please stop a while, just take a break. Give your body and your soul a rest. Don't push too hard, or you will break it.

Sebagai orang Islam, kita patut bersyukur kerana Allah pilih kita untuk merasai nikmat iman yang indah ini. Biar apa pun jua kesusahan yang kita alami, selagi Allah di hati, insyaAllah kita akan mampu bertahan.

Ramai orang hidupnya dilimpahi kemewahan tapi kesudahannya mereka hilang kewarasan atau ada juga yang bunuh diri. Pengakhiran kisah hidup kita bagaimana, kita yang tentukan dengan izin Allah swt.

Allah swt berfirman, bahawa Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya.

Kita bagaimana? Saya bagaimana?

Ya Allah, jangan Kau pesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami.

Ya Allah, jangan Kau biarkan kami di tangan kami walau barang sekelip mata pun.

Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih, maka kasihilah kami.

3 comments:

LadyBird said...

salam akak.. betul.. jom bercuti..

lady teringin nak bercuti tempat2 yang indah.. :) tp belum mempunyai peluang.. lady suka hutan.. pantai.. gunung..

AsNiza said...

wslm wbt... akak pun suka pantai. pulau... bestnya... terengganu byk pantai n pulau kan? teringin nk ke sana..

rosalinda said...

Kalau nk g pulau kt terengganu,pergilah pulau redang.cantik n bes...perhuentian island terlalu rmai mat saleh...zina mata lak kang tngk diarong berbikini..kt blog sy ada pic pulau perhentian redang..blh r tngk