+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, March 29, 2009

Entri Kontroversi, LOL~!!

“Bila nak kawen?” Tanya seorang makcik kepada aku. Aku Cuma tersenyum. Dalam hati mengomel.

“Makcik nak jadi mertua saya ke?” Bisikku sendirian. Tanpa suara. Tak berapa lama kemudian seorang teman pula datang bertanya, “Bila awak nak makan nasik minyak”..

Aku senyum lagi. Dalam hati mengomel lagi..

” Awak nak jadi madu saya ke?”..Aku memprotes dalam diam.

Hidup harus di teruskan. Aku berjalan lagi, bertemu pula seorang lagi sahabat..Lagi dan lagi, orang yang berbeza. Tapi soalannya masih serupa. Masih lagi soalan sama yang diajukan kepadaku.

”Aduh..takde soalan lain ke?” Aku mulai rimas. Sesak.

Menjadi seorang wanita. Lumrah. Demi meningkat umur, tidak boleh tidak, soalan serupa pasti terpaksa di hadapi. Pahit, harus ditelan. Norma kehidupan. Aduh, seolah-olah menjadi dosa jika tidak mendirikan rumah tangga. Seolah-olah hina, tidak menjadi isteri kepada seorang suami. Seolah-olah tempang bila sendirian berjalan tanpa teman. Mentaliti masyarakat yang masih lagi sama, tidak berubah.

“Kenapa tak nak kahwin? Tidak mengikut sunnah nabi, berdosa tau!” Ada suara menyentuh gegendang telingaku.

“Wah, pandai pula abang ni berceramah, tahu pula sunnah nabi.. sedangkan solat lima waktu tunggang langgang, masuk bab kahwin pandai pula kaitkan dengan sunnah. Nabi bertahajud setiap malam. Kenapa kita tidak mengikut sunnah baginda? Nabi sentiasa basahkan lidahnya dengan zikrullah, kenapa sunnah ini tidak di ungkit?” Ah..aku merungut di dalam hati. Memprotes lagi di dalam diam.

“Akak tak takut ke jadi andartu?” Waduh..Si comel ini lagi lah jujur dan ikhlas, tanpa berkias. Aku masih tersenyum kambing. Di minda pelbagai jawapan bertingkah bersahutan, tapi aku masih kuncikan bibir, sekadar tersenyum.

“Siapa kata akak andartu..akak ni janda dik ooii..” Satu suara bergema, Cuma di dalam hatiku, Cuma aku yang dengar. Kemudian aku tergelak sendirian. Hanya aku yang tahu.

Aku teruskan lagi kehidupan ini. Berjalan lagi dan lagi. Bila jatuh aku bangkit. Hutan dan belukar aku redahi, kanan dan kiri onak ranjau berduri aku tempuhi. Aku tak peduli. Apa nak jadi, jadilah..kun fayakun..

“Kau tak nak kawen ke?” Tanya seorang lagi teman.
“Mesti la mahu” Aku menjawab.
“Habis kenapa tak cari?” Tanya dia lagi.
“Amboi, ko ingat cari laki sama macam beli ikan kat pasar ke?” Aku meningkah.
“Laa..tu la ko, orang nak ko jual mahal,” Dia mula menyindir.
“Sori, tapi aku takkan terima sebarangan, aku nak yang baik-baik, lebih baik dari aku, yang boleh bimbing aku.” Aku bertegas.
“Ha, kalau gitu, carila yang baik-baik..” Dia memberi cadangan.
“Ya laa..tapi aku tak cukup baik, aku mana layak dude, lelaki yang baik untuk wanita yang baik” Aku berhujah lagi.
“Apa susah, kalau ko nak yang baik, ko jadila wanita yang baik..”katanya lagi..
“Tau…aku tengah cuba la nie, berusaha menjadi yang lebih baik..selagi tak cukup baik, selagi tu la aku tak kawen..kot..” lemah aku menjawab. Diam.

12 comments:

Unknown said...

Bila nak kawin nie?

wahahahaha lariiii

*dalam ati cik asnize "dia nie nak kawin ngan aku ke?"

HafizAdam said...

aah, bile MakNgah nak kawen?
isk3 kesian tengok MakNgah sengsorg..
haha

shairah said...

bile balek kampong,mak cik2 tnye: "bile nk kawen?"

balek uni,kengkawan tnye:"bile nk kapel?"

kdg2 rse nk jwb:

"tu la boyfren ko dh ajak aku kapel tpi aku xnak..aku kesian kt ko..tpi kalo ko nk sgt aku kapel bole je aku kapel ngn boyfren ko"

trus diorg senyap.

AsNiza said...

muahahaha..izat oh izat...abisla korang pasni, dah tk leh tnya soklan cmtu lagi dah..=))

alalalallaaa~best aper sengsorang, nk mkn nk tdo nk gemuk nk kurus nk g mana2 xyah pk sesape..ehehehe (dont try this at home!lol)

shairah, bernas idea tuh..ok2, leh tmbah koleksi, persediaan senjata membalas serangan di masa hadapan..ekekeke

ルーりん said...

anak maklong bertanya kepada makngah~

makngah o makngah~
bile nak dapat sepupu nih..


so makngah nak jawab camne tuh?

AsNiza said...

erk..aiyak..untung anak buah kecit lagi tak tau sepupu tu apa..haha..

ada gak soalan beliau, makngah takde awek ke? muahahahaha...awek pun awek la alya ooii..hehe

nellyberry said...

babe,

same situation here, sometimes rasa nak bawak sign board bila org tanya soalan "bila nak kawen" tu, aku akan angkat sign board tertulis "Saya akan kawen bila pakwe saya cukup duit dan mahu minang saya"

Whether kata-kata pada sign board itu betul or tidak aku peduli apa. janji aku dah letih nak menjawab, letih senyum kambing dan letih buat muka bodoh depan orang-orang yang bertanya.

Unknown said...

hehe,mmg soklan cepumas tu...
sy sgt paham...
so kak as,bila nk kawen?
wahahaha...
=P

AsNiza said...

Dear..aku pn dah tak tau either senyuman kambing tuh cantik menawan atau tidak..huhu.. bosan..cuba klu jumpa tanya siapa presiden amerika, tanya siapa dapat anugerah noble, anugerah oscar,tho..tnya 1+1 pun aku rela menjawabnya...lol


Nurul..ehem ehem..ada abang yang single ke tanya2 nie..haha..joke.=D

Unknown said...

ala kak as,xde la pulak,hehe...
sj nk tnye soklan cepumas,haha ;p

izza said...

leh tak izza nak copy paste cerite ni..terkena kat diri izza lah kisah ni..huhuhu

AsNiza said...

silaka izza..janji letak link ke web ini yer..mekasih..^^