+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, December 21, 2008

Moderator oh Moderator.

Bismillah..


Sedar tak sedar, sudah hampir setengah tahun aku memikul tanggungjawab sebagai moderator di sebuah forum. Pertama kali terlibat dalam dunia forum, aku terus jatuh hati, kebetulan waktu itu, aku selalu stay back kat opis, selalu balik lewat malam coz waktu itu saat genting aku siapkan projek aku-T301A-Scrubber yang kini berdiri gah di Titan Petchem Pasir Gudang. Untuk mengurangkan stress dan kebergantungan aku terhadap seseorang akhirnya menemukan aku dengan web tersebut..tanggal 6 Mei 2008 aku register sebagai ahli di sini..

'iluvislam'


Kebetulan pada bulan June, aku di tugaskan utk outstation di site TITAN selama 2 minggu untuk siapkan As Built Drawing, kehidupan yang tidak menentu-waktu tidur yang tidak menentu kerana kejarkan dateline membuatkan aku hampir 20 jam sehari berhadapan dengan laptop. sambil2 menyiapkan kerja, aku meluangkan masa di ruangan forum melepaskan tekanan. sebetulnya sejak aku register, cuma seorang sahabat yang tahu bahawa aku pernah berdaftar di situ. tiada seorang pun di forum itu kenal siapa aku dan aku bebas menjadi apa pun, meluah pendapat dan berkongsi idea.

Belum sampai 2 bulan bergiat di forum, iaitu tarikh 3 July aku akhirnya mendapat tawaran sebagai Moderator Umum. Tawaran yang di berikan oleh Presiden web benar2 mengejutkan aku. haih..aku masuk situ just utk suka2, luangkan masa, kongsi masalah dan idea, cari ilmu..tak pernah ada niat lain pun...Menjawab tawaran tersebut, aku meminta tempoh untuk memikirkannya samada utk terima atau tidak.


Menjadi Moderator.


Setelah berfikir dan bertanya pendapat seorang sahabat..aku akhirnya menerima tawaran tersebut. Kebetulan birthday aku baru berlalu beberapa hari..Apa yang aku fikirkan waktu itu, insyaAllah peranan yang bakal aku galas itu mampu menjadi platform utk aku berubah menjadi manusia yang lebih baik, aku berpendapat, tawaran itu mungkin salah satu hidayah dari Allah untuk aku, hadiah sempena ulang tahun kelahiran aku dan bodohlah jika aku menolak tawaran yang baik itu. Memang aku tahu tugasan itu adalah sukarela, tiada ganjaran wang..tapi aku ikhlas dan bersungguh-sungguh terhadap tanggungjawab baru aku itu.

Menjadi moderator bukan suatu yang mudah..Kadang2 tersepit antara tugas dan niat ingin menjaga hati user. kadang2 jemu dan bosan dengan kesalahan kerap yang sering di ulang. kadang2 letih melayan peel user yang suka menakwil dan menidakkan tindakan kita..letih kerana terpaksa berperang dengan mereka yang menegakkan benang yang basah-tapi pada masa yang sama menjaga hati dan perasaan mereka.. tarik benang dalam tepung bukanlah mudah...taknak rambut putus dan tak nak tepung berserak..kita kena bijak..

Menjadi moderator bukan tiket utk aku tunjuk kuasa kerana aku ikhlas menjalankan tugas kerana Allah, niat ingin membantu..lagipun, untuk siapa aku bermegah2? tiada siapa pun saudara atau sahabat aku di dunia realiti (kecuali seorang) yang tahu bahawa aku menjadi moderator di situ. semuanya rahsia..dan jika pun mereka tahu, apa nak heran? dunia realiti aku lebih pentingkan wang, kerjaya..lebih pentingkan rumah, kereta, kerja suami dan anak2..apalah sangat yang ada pada sebuah forum sebegitu? Honestly tiada sebarang nilai dan jika bukan kerana niat ikhlas ingin membantu..aku sebenarnya sudah penat dengan tanggunjawab tersebut...letih..

Dalam masa beberapa bulan, pelbagai pengalaman di lalui..fasa perubahan dari semasa ke semasa..kerenah user yang pelbagai kadang2 meletihkan..beberapa fasa perubahan juga terpaksa aku telan. Jujur.. Betul aku lebih suka keadaan lama, lebih suka cara mod lama menguruskan forum. sederhana...aku bukan tidak suka cara kerja mod baru tapi kadang2 menjadi sukar utk menerima sebuah perubahan yang drastik..terlalu drastik..

Banyak manfaat yang aku perolehi dari forum itu dan aku benar2 sayangkannya seperti harta aku sendri..impian aku untuk melihat web itu terus berkembang dan terus bermanfaat kepada seluruh ummat manusia..berdakwah dengan cara yang sederhana..mengharapkan balasan cuma dari Dia...Aku ingin melihat masa depan web ini mencapai matlamat dan cita2 pengasasnya..tapi mampukah? bolehkah? bagaimana?


Nak Bersara..

Jika di ikutkan hati yang sudah letih dengan pelbagai kerenah...aku sebenarnya sudah tawar hati untuk terus memikul tanggunjwab itu..aku cuba berkongsi pengetahuan yang ada serba sedikit kpd mod2 yang baru dengan harapan mereka dapat mengendali forum dengan baik sekiranya aku tiada kelak..

Aku fikir kerana aku lebih tua dan berpendapat semuanya berlapang dada dan bersangka baik menerima teguran dan kerana aku ingin cepat berkongsi ilmu dan seterusnya menarik diri..pelbagai cara aku guna untuk mengumpul mereka dan berkongsi ilmu..tapi adakah matlamat aku tercapai? betul kah cara aku ni?

Terkilan dan kesal juga kerana mod2 lama sudah jarang menampakkan wajah, jarang turun padang walau di seru berulang kali oleh Presiden dan Ketua mod...aku tumpang kecewa kerana aku benar2 berharap kepulangan mereka mampu mengembalikan mood dan suasana yang lama-suasana ketika aku mula2 berforum..suasana yang aku rindu..arrgh, siapa aku utk memaksa mereka. tambahan pula, mereka semuanya sibuk dan ada komitmen lain yang lebih penting...argh...kecewa lagik..


Penutup?

Sampai masa aku akan menarik diri dari tugasan yang sedang aku pikul ini...aku juga ada komitmen lain yg lebih penting..jauh lebih penting..tapi melihat keadaan forum sekarang yang banyak di dokong mod2 baru yang masih perlukan pantauan dan bantuan, aku bantutkan niat..argh...mungkin sebulan dua aku akan terus cuba bertahan, bersabarlah hasniza..

Dan demi niat berkongsi ilmu, aku cuba utk membuka thread baru-perbincangan antara moderator-aku berpendapat ia lebih baik dr PM kerana di situ semua moderator boleh berkongsi pandangan, perbetulkan mana yang salah kerana tiada siapa pun yang sempurna, dan mungkin suatu hari nanti akan ada moderator baru. Aku berharap thread tersebut mampu memberi manfaat kpd moderator baru..insyaAllah..

Dan sekiranya bila aku dah tiada nanti-besar harapan aku agar thread tersebut dan segala perkongsian mengenai kerja2 moderator dapt menjadi panduan kepada mod baru yang insyaAllah akan datang dan pergi...

Aku positif- niat yang baik kerana Allah insyaAllah akan mendapat balasan yang baik dan akan di permudahkan.. kerana hanya Allah yang Maha Tahu, maka aku tolak tepi apa jua kata orang terhadap aku-apa pun pandangan mereka kerana aku pasti niat aku ikhlas utk melihat web tersebut terus berkembang dan menjadi wadah yang berguna kepada semua lapisan masyarakat. Untuk manusia kerana Allah..

Setakat yang termampu...aku mencuba...Bismillahitawakkal tu alallah..


15 comments:

HafizAdam said...

alaa sdey la plak entry nih..
kite still lg muncul kekadang menembak2..
haha

Mak Ngah yg ilang x nmpak2..

Anonymous said...

Err..yeke? huhu..mungkin ada banyak sangat words jiwang kot..harus di edit nampaknya nie..lol

Bukan ilang-ada jer cuma memantau dari jauh..huhu..selalu muka Kak As yang kuar org lain pn bosan jugak-sebelum orang lain loya so akak mengintai dari tirai kamar jer..^___^

Anonymous said...

a'ah la kak..sedih ana kak baca blog akk ni.

betul2 forumers banyak kerenahnye. mungkin termasuk sy dlm iluvislam.

20 jari ku susun mohon maaf kat akk..hehe

termasuk jari kaki.

Anonymous said...

err...betul ke sadis?adeh..jadik cerita melankoli la pulak yer..tak sengaja..n___n

owh bleh susun 20 jari eh? silakan bertepuk kaki seraya bertepuk tangan..bleh ker..cuba buat tgk..lol..mcm chimpanzee nnt..haha

An Nisa user yg baik dan comel..don wori tak pernah menyusahkan, selalu membantu dan memeriahkan forum..klu sume user cam An Nisa-bahagia semua moderator..hoho..

Anonymous said...

ahahaha, boleh je kak bertepuk kaki dan tangan.

chimpanzee yg tiru sy tu..haha

maaf ye kak,kalau sy ada buat mod2,termasuk akk pening.

hehe, sebab sy suke cari gaduh.
wahaha, terbongkar rahsia.. ;)

AsNiza said...

hurmm..tk pernah rasa nisa menyusahkan pun..rasa mcm comel ada laa..huhu..(ramai tk user lelaki PM nk berkenalan?..lol)

ada kesilapan fakta-disebabkn akak selalu konpius-tgk PM Mr Pres bru ingt bila date akak mula2 jd mod..haha~!!

bulan July daaa....maksudnya bukan tk smpai sebulan sign up jd user, tp tk smpai 2 bulan..haih..cmne leh confuse nih?malu3..he8..

Anonymous said...

Assalamualaikum Warahmatullah.

Semoga dikuatkan semangat di dalam menjalani kehidupan dunia fana ini. Mungkin saya salah seorang moderator agama yang kurang aktif itu. Pohon kemaafan dari semua di atas keterlekaan dan kekangan masa yang sentiasa mencemburui saya menyebabkan moderator lain juga pening kepala..

Anonymous said...

Waalaikum salam wbt..

Maaf juga dr pihak saya krn rungutan ini akhirnya menimbulkan perasaan bersalah di kalangan moderator lama..maafkan saya.

Dlm hidup ini, setiap org dr kita ada priority masing2, so mmg wajar jika kita melaksanakan sesuatu mengikut tahap priority dan tahap kebolehan masing2..Mana yg lebih penting dulukan dulu..saya faham moderator lain bukan sengaja tidak aktif, faham masing2 ada tanggungjwb lain yg lebih penting..

Sekali lg saya memohon maaf andai penulisan saya ini menyinggung perasaan sahabat semua..sekali lg maaf..

Kelemahan dan kekurangan dr pihak saya punca rungutan ini..T___T

InsyaAllah kita akan terus dpt bekerja bersama2 di hari mendatang, selagi termampu, insyaAllah..

Admin said...

Assalamu'alaikum wbth,

Orang muda perlukan bimbingan dari orang tua.

Orang muda kerapkali tindakannya 'gelojoh', semangat mendahului pengalaman tanpa memikir kesan.

Orang tua pula kadangkala lambat bertindak. Tetapi setiap gerak sudah difikir kesannya di atas nama sebuah pengalaman.

Kedua-dua gabungan membentuk satu gabungan yang dinamik dan mantap.

----------------------------------

Bila terfikir tentang 'sebuah tanggungjawab'. Saya memikirkan tentang isu yang berkaitan umat Islam mengenai aqidahnya, pemahaman mengenai feqahnya. IluvIslam menghadapi banyak serangan dari sudut itu.

Memikir hakikat diri, 'Aku bukanlah sepatutnya diletakkan di tempat ini'. Tetapi mengapa ALlah tetap juga menunjuk arah seperti ini.

Semoga selalu diberi sebuah 'kefahaman'. Terima Kasih ALLah. AlhamduliLlah.

Anonymous said...

benar, kadang2 rasa 'terpanggil' untuk menyertai iluvislam, kadang2 rasa di perlukan maka atas sebab itu juga saya cuba bertahan. walaupun tak banyak yg dapat saya sumbangkan, tp saya mencuba..insyaAllah.

Juga yg mengecewakan saya apabila byk lg isu lebih penting yg wajar di bincangkn, tp terabai..user lebih berminat dgn 'rehatkan minda'..pening2..sepatutnya bersedih dgn nasib menimpa Palestine, tp masih bersemangat utk bergelak ketawa..haih..

Tiada iman dan tiada islam jika aqidahnya goyah..aqidahnya roboh. maka saya sokong tulisan ustaz zul mengenai "Maaf, saya tak tahu". ternyata itu lebih baik drp menyatakan sesuatu yg salah lalu memesongkan aqidah org lain..

Semoga kita dpt terus bersatu dan membantu, setakat yg mampu..insyaAllah.

Mana silap saya, harap dpt diperbetulkan dan terima kasih atas sokongan.

Anonymous said...

sabor kak sabor..
itu nama dia dogaan..ahah
btw
頑張れ!!

Anonymous said...

bismillahirrahmaanirrahiim...

maaf kak, anak muda tumpang bicara, mengharapkan titisan rahmah yang dibawa, andai tidak semua, percikannya turut terasa...

semua orang tahu, nak buat sesuatu tu, ada mcm2 cara ( bukan kuih cara ). dan dalam mcm2 cara tu, mcm2 proses. tapi tak ramai yang tahu mcm mn nak implement cara2 tersebut, mcm saya.

yg saya nak kata cumanya, bekerja itu ada masa rehatnya. kembali mengumpul kekuatan sambil melihat medan perjuangan dengan lebih meluas dan sudut pandangan yang dinamik. mengambil sehela nafas untuk perjuangan fasa-fasa seterusnya.

yg baru itu realiti. yg lama itu adalah penguat azam semangat. sesuatu yang bersinar, akan terus menyinari liku2 di hadapan. sesuatu yang meluapkan keringat akan terus membakar kekuatan menempuh cabaran2 yang menjadi tentangan di hadapan mata kita.

wallahu a'lam. sorry tulis panjang2 kat kotak kecik ni. salam..

Anonymous said...

menulis ketika emosi menyelubungi diri, maka ginilah yg jadik..letak hati di depan akal, akhirnya 'berjaya' membangkitkan seribu satu perasaan di kalangan moderator lain..maaf..

betul kata noman, sependapat dengan nisa..kadang2 kita perlu berhenti seketika, utk berehat dan menarik nafas lega..menikmati indahnya kehidupan..^^

semoga web kesayangan kite bertambah maju dan semoga impian menjadi kenyataan.

takutkan perubahan menyebabkan diri sendri yang rugi-tiada kemajuan.

to be a better kakak to semua adik..huhu..lenkali akak try tak emo lagik..be positif..insyaAllah.

Wan Ct Aisyah said...

salam kak as..
xpe kak,sy fhm ngn k'adaan akk..
bkn snang nk jd mod nie kn..
mlyn kerenah user2 yg lain..
tmsuk r sy..hu3..
mntk maaf klu sy de ssahkn akk slama sy jd user ILI..
mmg ssh nk jg ati org ni kn..
ati kte sndiri kdg2 xtjg..hurm..

Muhammad Naim Abdullah said...

salam~

akak the best mod iluvislam