+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, May 31, 2011

Iluvislam Dalam Kenangan

+ Dalam Kenangan +
Izinkan aku menangisi pemergianmu – untuk yang terakhir kalinya.

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Pertama kali, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana kian lama, makin jarang saya 'memberi' di teratak buruk saya ini...  Apapun, terima kasih saya ucapkan atas kesudian kalian untuk terus singgah ke sini. JZKK..

Entri kali ini, mungkin tiada manfaatnya. Sekadar luahan hati dari seorang insan yang 'terluka'. Bersedih atas 'pemergian' 'rumah' yang pernah saya bernaung dan berkongsi harapan di bawah bumbungnya. Yang telah banyak 'memberi' kepada saya. Yang pernah saya cintai dan kasihi. Semoga, ini adalah kali terakhir, saya menulis mengenai 'rumah  itu', yakni forum iluvislam.com, forum yang pernah saya tatang bagai minyak yang penuh. Moga ini juga adalah yang terakhir, saya meratap ‘kematian’ forum yang telah banyak berbakti kepada saya. InsyaAllah. Saya harus berhijrah, melupakan segala kesedihan dan seterusnya memulakan hidup baru dengan penuh erti.

Mungkin ramai yang tidak mengerti kenapa kami ‘kecewa’ dengan penutupan forum iluvislam.com, sehingga sampai tergamak meluahkan rasa kekecewaan kami secara terbuka. Maaf kalau saya bilang, mereka tiada di dalam kasut kami. Sebelum ini bukan kami tidak pernah ‘kecewa’, tapi atas dasar ‘terikat’ sebagai ‘sukarelawan - orang bawahan', kami harus menutup mulut. Kali ini, saya sudah tiada sebarang ikatan dengan iluvislam.com. Maka izinkanlah, saya berkongsi kedukaan ini.

Analogi mudah. Bagi mereka yang ingin mengerti.
 
Saya telah diberikan kunci dan amanah untuk menjaga sebuah rumah tempat berteduh beberapa orang manusia. Bertahun saya dan beberapa orang sahabat yang lain menjaga rumah itu, mempertahankannya dari segala serangan musuh. Biarpun tetamu datang dan pergi, ada yang memuji dan mengeji, dan kami sendiri ada kalanya goyah, hilang keyakinan terhadap keupayaan rumah itu, namun seupaya kami bertahan dan tidak sanggup meninggalkan rumah itu.

Kami ibarat satu keluarga. Susah dan senang, harungi bersama. Musim berganti musim, kejap hujan dan panas datang kemudiannya hujan semula. Kami berusaha setakat yg termampu. Biarpun sering timbul konflik antara tetamu yang datang dan tuan rumah – kami penjaga rumah tersepit ditengah-tengahnya.

Pelbagai usaha cuba kami lakukan untuk menyelamatkan rumah kami, biarpun kami Cuma sekadar ‘amah’ yang menjaga rumah. Kepentingan tetamu yang datang, kami cuba utamakan tapi malangnya, keupayaan kami sangat terhad. Suara tetamu yang datang, sering saja kami perdengarkan kepada tuan rumah, malah kami pernah sepakat untuk ‘meminjamkan amah' kepada tuan rumah – untuk membantu kerja-kerja ‘pengubahsuaian’, namun tuan rumah bagaikan menutup telinga - keadaan tiada yang berubah – membuat kami semakin jauh, dan jauh. kian jauh...

Dan akhirnya kami menjadi bisu. Berkata-kata, tanpa suara. Kedengaran, Cuma di dalam dada.

Biarpun begitu, harapan kami untuk melihat rumah itu gemilang masih ada. Beberapa minggu yang lepas, kami mendapat tahu pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan ‘hala tuju’ forum. Semangat kami kembali naik. Sekali lagi kami suarakan pendapat kami dan kehendak para tetamu. Namun, Tuhan lebih mengetahui segalanya. Beberapa hari kemudiannya, presiden iluvislam tampil membuat pengumuman, “komuniti akan diarkibkan”. Membawa makna. Rumah kami telah ditutup. Mudah! Allahuallah. Rumah tempat kami bernaung – kini dikunci dan kami tidak dibenarkan masuk! Kami dihalau keluar dari rumah kami sendiri.

Tuan...  Penghinaan apakah ini?

Terkejut, kecewa. Tapi kami tidak mengalah dengan mudah. Masih mengharapkan pihak pengurusan bertolak ansur – meneruskan forum untuk perbincangan dan pada masa yang sama, meneruskan system baru untuk soal jawab agama – malangnya, kami berkata-kata tanpa suara, atau barangkali, telinga mereka sudah pekak dan tidak lagi mampu mendengar suara-suara kami.

Saya mengerti pihak pengurusan iluvislam memilih jalan ini kerana sebab-sebab mereka yang tersendiri. Namun saya 100% menentang penutupan ini. Pada saya, tindakan ini adalah tindakan yang paling tidak wajar yang pernah dilakukan oleh pihak pengurusan iluvislam. Maafkan saya kerana terlalu jujur tentang ini.

Bukan sengaja ingin membantah, saya bersebab, dan ini, antara sebab kenapa saya menentang.

  • Saya mendapat banyak manfaat daripada iluvislam.com. Ada keinginan dan kehendak untuk menjadi manusia yang lebih baik. Saya berharap agar user lain juga berpeluang menikmatinya.
  • Saya mendapat ramai kenalan baru, yang selalu mengingatkan saya supaya sentiasa dekat kepada Allah, mengubati kesedihan dan menghiburkan saya.
  • Saya belajar banyak perkara dari forum iluvislam.com. Juga berkesempatan untuk berkongsi pelbagai ilmu.
  • Forum.iluvislam menjadi tempat dan ruang untuk saya mengisi masa lapang, setidak-tidaknya boleh menimba ilmu. Itu lebih baik daripada bermain games. Atau sekadar sembang-sembang kosong.
  • Ramai user masih memerlukan forum untuk bertanya soalan yang mengganggu fikiran, samada masalah peribadi ataupun masalah dalam pelajaran.
  • Forum menjadi wadah untuk sahabat bertukar pandangan, bertemu dan berkenalan.
  • Mencari saham untuk bekalan di hari akhirat, membantu mereka yang memerlukan. 
  •  
  • Mengasah bakat dalam penulisan cerpen, artikel dan puisi..
    • Dan banyak lagi..

    Keputusan yang dilakukan telah muktamad. No turning back. Luka dihati telah tercipta. Tiada guna kami terus meratap – yang sebaik-baiknya adalah meneruskan kehidupan dengan membuka lembaran baru. Saya redha dan pasrah dengan keputusan ini. Moga ini yang terbaik dan insyaAllah, suatu hari nanti - kita semua juga akan tahu apa hikmahnya. Namun buat masa ini - SELAMAT TINGGAL ILUVISLAM, hanya itu yang mampu saya ucapkan.

    Benar, banyak cara untuk kita berbakti kepada ummah, dan ‘masalahnya’ saya telah memilih forum untuk berbakti.

    Oleh yang demikian, atas kesemua sebab yang saya senaraikan di atas, saya dan sahabat, mendapat ilham dan mengambil inisiatif untuk membuka wadah baru - rumah baru untuk kita semua berteduh.

    Alhamdulillah, biarpun perbincangan dalam masa yang singkat, pada 30 Mei 2011,fhari yang sama penutupan forum/komuniti iluvislam.com, forum SaffMuslim.com telah selamat dilancarkan. ALHAMDULILLAH. Moga ini dapat mengubat hati para sahabat dan sekali gus, berhenti meratapi ‘pemergian’ forum iluvislam.com. InsyaALLAH.

    Suka diingatkan. SaffMuslim adalah laman web interaktif yang bebas dan tiada kena mengena dengan mana-mana web / jemaah / parti / politik / organisasi yang lain. Ini rumah kita, rumah yang baru siap dibina dan berdiri sendiri.

    Masanya sudah tiba, untuk kita melangkah ke alam baru. Membuka buku baru dan melupakan cerita lama. Hidup perlu diteruskan dengan semangat dan wawasan – setiap hari, setiap waktu.

    Kepada sahabat yang saya kasihi. Sekali lagi maaf. Mungkin masa saya di ruangan blog ini sedikit terhad untuk seketika waktu – bagi memberi peluang untuk saya focus kepada rumah baru kita.. Pinta saya, teruslah memberi sokongan dan marilah kita sama-sama meriahkan SaffMuslim. Moga-moga, ia mendatangkan manfaat, untuk kita dan generasi akan datang, dunia dan akhirat.

    Akhir kata.

    Ayuh, kita rapatkan saff. Maralah ke hadapan. Wassalam.




    11 comments:

    Faaein Talip Roy said...

    as-salam..

    owh.. terkejut dengar berita ini.. dulu selalu juga ziarah ke lama itu.. dan saya kenal akak pun melalui laman itu sebenarnya.. lama dah.. tak ingat bila.. agak sedih juga bila dengar berita ni..

    tak apalah pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku ini.. semoga maju jaya saffmuslim.. saya sokong dari sini.. =]

    AsNiza said...

    salam wbt faain.. jzkk... terima kasih atas doanya.. moga itu yg terbaik utk iluvislam dan semoga saffmuslim juga terus maju jaya - untuk ummah. amin ya rabb =)

    Izzati Hashim said...

    Salam alaik.

    Akak, selama ni jadi silent reader je. Kenal akak pun melalui iluvislam, since sekolah lagi.

    pape pun, semua yg berlaku da hikmatnya insyaAllah.

    teruskan berjuang (=

    AhmadNizamuddin said...

    Assalamu'alaikum...

    Setiap yang berlaku, ada lah hikmah di sebaliknya tu. Tak semua perkara yang berlaku di dunia ini mengikut kehendak naluri kita sendiri. Kadang kala ia berlaku di luar dugaan. Maka kita perlu bersiap sedia sentiasa. Yang lama akan hilang, digantikan yang baru. Patah tumbuh hilang berganti. Mana tahu, wadah yang baru ini mungkin akan menjadi lebih bermakna bagi kita sendiri. Kita hanya merancang masa hadapan. Allah yang telah menetapkan dan Dia juga yang berhak mengubahkan.

    Bak kata Sepah, barang yang lepas jangan dikenang. Haha...

    Hal yang berlalu, biarlah pergi. Semoga yang baharu, bermakna lagi.

    Wallahu a'lam...

    AsNiza said...

    Salam wbt izzat..

    JZKK.. moga Allah makbulkan doa2 kita. amin ya rabb..

    Harus begitu, sentiasa berbaik sangka kpd Allah, tiap yg terjadi, pasti ada hikmah yg tersembunyi, sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

    Sekali lagi terima kasih atas sokongan..

    AsNiza said...

    Betul Nizamuddin..

    Hehe. Lama tak nampak ;p
    Past is past, gone is gone. Semalam yang telah berlalu takkan berlaku sekali lagi.. Kita harus belajar untuk redha, sepenuh hati, terima segala ketetentuan dari-Nya dengan berlapang dada.. InsyaALlah...

    Itu kata sepah, kat Usop Wilcha?

    Kita bakor! =D

    Jurnal Marhaen said...

    Salam Mak Ngah..

    Kalau still ingat saya, saya Qayyum..
    Saja nak ziarah Mak Ngah..kalau ada rezeki, jumpa lagi di platform baru..

    AsNiza said...

    salam wbt..

    Qayyum, mestila ingat, walaupun perkenalan kita 'di sana' tak sempat lama..

    jgn kerana 'peristiwa itu' membuatkan Qayyum putus semangat dan mengalah untuk terus berbakti; cari sebanyak mana platform yg baru ya... berbakti kpd ummah, niat dan usaha yg baik, Allah beri ganjaran yg baik juga..

    all the best bro..

    suhana_nur said...

    bukan tiada dalam kasut, bukan tidak mengerti hati yang kecewa, faham hati telah lama kecewa, namun faham juga mengapa mudah melatah, bila status yang ditulis tiada kene mengena, maaf malas mahu menjelaskan, hati yang terluka & luahan hati kecewa sendiri pada masa yang salah buat yang lain pula terasa, lebih-lebih lagi kondisi itu tepat pada masa kalian berduka, juga masa yang sama ada yang terfikir saya menuju perkara yang sama. hati yang terluka, emosi yang tak stabil, rasional pasti tiada. putus persahabatan atas satu salah faham? atau selama ini saya sentiasa melukakan? apa harga persahabatan kita bagi akak?

    saya menentang sebarang ketidakadilan. dan saya tak mungkin mem'perli' seorang sahabat yang berlegar dalam kelompok sahabat saya sendiri. Saya jarang meluah rasa hati pada facebook, saya hanya berkongsi selalu yang telintas di minda, terfikir atas peristiwa, dan bukan kalian saya sahabat saya, saya juga punya jemaah lain.
    saya mohon maaf biar sejuta kali jika melukakan hati akak. TQ

    Anonymous said...

    patut lah saya tak boleh buka ILUVISLAM lagi..sedih nye lepas ni tak leh nak bace cerita2 yang seronok, dan motivasi diri serta macam2 lagi..

    kayrules said...

    Assalamualaikum,

    Boleh saya tau kenapa ditutup? Siapa management iluvislam?