Mata dah ngantuk. Otak agak beku. Mood sepoi-sepoi bahasa. Tapi saya masih tetap ingin mahu menulis, sempena 'meraikan' Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6. Tahniah dato' seri, impian kini jadi kenyataan, dan yer..teori RAHMAN ahkhirnya kini menjadi realiti. Sempurna sudah N yang terakhir.
Jujur, sudah lama saya tidak mahu ambil tahu, apatah lagi menulis mengenai politik. Kenapa? Kerana jauh di lubuk hati saya berpendapat, tindakan menulis atau bercakap mengenai politik adalah tak lebih sekadar seperti anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, tekak yang perit. Useless. Hopeless.
Bermula dengan kerajaan Perak bertukar tangan. Scenario politik tanah air kelihatan kembali rancak. Ada isu yang ingin diperkatakan. Kemudian bangkit pula isu Elizabeth Wong, perletakan jawatan dan kematian, agenda menjadi kian menarik. Pilihan raya kecil bakal berlangsung. Kerusi dibiar kosong begitu lama semata-mata menunggu tarikh keramat di bulan April. Taktik, strategi, mungkin.
Namun, kesan akibat tragedi di Perak, saya akhirnya berputus asa dengan politik di Malaysia. Hopeless, useless. Pembangkang sekadar mentimun dan pihak kerajaan ibarat durian. Di golek cedera, menggolek pun cedera. Tiada beza. Sama saja natijahnya. Kecewa. Gagal. Lama saya menyepi. Bersikap tidak mahu ambil tahu. Sedangkan pihak pembangkang yang bersungguh-sungguh membangkang pun tidak mampu mencapai apa-apa kejayaan, apalah sangat yang boleh saya sumbangkan jika pun saya tahu atau ambil tahu atau bercakap mengenainya? Maaf, saya belum melihat tanda-tanda positif di dalamnya, ah..
Ditambah pula dengan media massa yang terlalu bias. Menonton berita umpama melihat kempen pilihanraya bagi satu pihak, sungguh mengecewakan. Ada masanya fakta di putar belitkan, aduh, sedih melihat media disalahgunakan hingga sedemikian rupa. Kenapa oh kenapa? Sekadar ingin menambah kebencian yang sedang bersarang dijiwa penduduk negara ini atau kenapa?
Tergelak melihat SPRM, gelihati melihat PDRM, FRU. Seronok melihat BPR dan SPR. aduh2...semuanya memang 'berkaliber'..penuh 'kesantunan'. Jadi, manakah keadilan?
PM sepatutnya dipilih oleh rakyat. Saya ingin begini, tapi sayangnya 'demokrasi' di Malaysia bukan begini. Peralihan kuasa PM suka suki di buat oleh Presiden UMNO, melepaskan kedudukan kepada pewaris takhta, tak ubah seperti sistem monarki. Dan siapa yang memilih PM? Oh, kuasa cuma di tangan ahli2 UMNO? demokrasikah? aduh...
Mimpi atau kenyataan, kenyataan! Tadi sebaik pulang dari kerja, sambil memandu telinga menangkap suara si pembaca berita radio IKIM.FM..pertama kali saya mendengar " Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato Sri Najib Tun Razak," terus saya ketawa seorang diri. Ah..konfem orang yang melihat pun hairan melihat saya tergelak sendirian. Kenapa? Entah..Rasa yang pelbagai, bagai tak percaya dengan apa yang didengari oleh organ bernama telinga. Entahlah...Apa-apa pun, sekalung tahniah untuk DS Najib..
Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan, tapi malangnya mata terasa berat yang amat, saya ngantuk, maaf..Sampai sini saja, mohon izin untuk berundur. Wassalam.

2 comments:
Ucapan tahniah kali ini bersama dengan seribu kerisauan oleh setiap pemerhati politik ISlam. Apakah perjalanan negara Malaysia kali ini agaknya..
Sungguh merisaukan tapi mudah-mudahan biarlah semuanya baik2 saja..untuk sementara waktu ni,kita lihat dulu apa 'usaha' beliau..
Post a Comment