+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, April 10, 2009

Siapa Mahu Bahagia?

Cuba tanyakan kepada sesiapa sahaja.."Awak mahu bahagia tak?"

99.9% saya yakin..dalam masa sesaat saja kita dapat jawapannya iaitu "Ya!"

Namun, jika ditanya, apa itu bahagia? bagaimana ingin bahagia? Pasti, mereka yang dikehendaki menjawab akan terdiam seketika, berfikir dan merenung sejenak atau mungkin bertanya semula kepada kita.."haah ek, camane yer nak bahagia?". Sedetik dua detik..mari sama-sama kita renungkan.

Bagaimana Ingin Bahagia.

Takrif bahagia mungkin berbeza mengikut individu itu sendiri. Ada yang rasa bahagia bila hidup dilimpahi wang ringgit dan harta kekayaan, ada yang rasa bahagia bila hidup ditemani insan yang tersayang, ada rasa bahagia bila dapat meluangkan masa melakukan apa yang mereka gemari, ada yang rasa bahagia bila mendapat apa yang mereka inginkan. Ada juga yang merasa bahagia bila dapat membaca quran, ada yang merasa bahagia bila dapat beriktikaf di masjid, paling bahagia dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.. Ada yang merasa bahagia bila melihat orang yang di kasihi bahagia, ada juga yang merasa bahagia melihat penderitaan dan kesengsaraan insan lain...sesungguhnya, penyebab untuk kita merasa bahagia sebenarnya terlalu banyak, dan tak kurang dari itu, faktor penyebab hilangnya rasa bahagia itu juga lebih banyak jika kita bersikap pesimis dan selalu buruk sangka.

Bersyukur.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki mampu mencipta rasa bahagia. Banyak manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Perasaan ingin lebih lagi dan lagi akhirnya mendorong kita menjadi 'robot' yang di cipta dan di setkan untuk sentiasa mengejar dan berlumba-lumba. Tidak pernah berasa cukup dan lebih malang kiranya terlupa untuk bersyukur. Maka, wasathiahlah dalam kehidupan kita. Bersyukur seadanya dengan apa yang sedang kita miliki. Bukan bermakna kita harus berhenti berusaha untuk menjadi lebih baik, tapi lebih dari itu, memberi ruang kepada diri sendiri untuk berehat sejenak sambil menikmati rasa bahagia dengan hati yang penuh dengan kesyukuran.

Allah berfirman dalam surah Az-Zariat ayat 20-23 yang bermaksud: "Di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin. Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya. Dan di langit rezeki kamu dan apa yang dijanjikan kepada kamu".

Ini semua adalah nikmat yang berkaitan dengan hidup dan mati kita.

Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu?

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".

Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.


Baik Sangka Itu Baik.

Dan buruk sangka itu buruk, sentiasalah berbaik sangka kepada Allah. Yakinlah bahawa Dia Maha Adil lagi Maha Mengetahui, setiap apa yang Dia ciptakan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tiap apa yang berlaku semuanya dengan izin-Nya. Dia yang Maha Berhak. Jika doa kita belum dimakbulkan, Dia mungkin mempunyai rancangan lain yang lebih baik untuk kita. Jika kita di uji, itu tanda Dia mengasihi kita, agar kita sentiasa dekat kepada-Nya. Allah memberi dugaan hanya kepada hamba-Nya yang mampu memikulnya..positif, tiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sentiasa optimis. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Hari ini kita terjatuh dan menangis. Esok mungkin kita mampu terbang dan ketawa riang. Asalkan kita izinkan diri kita dan jiwa kita untuk mengecapi bahagia, insyaAllah, Allah akan bukakan jalan itu untuk kita. Yakin dan percaya kepada kebolehan diri. Menjaga hubungan baik sesama manusia dan seluruh makhluk ciptaan Allah. Islam itu sempurna dan indah. Asalkan kita percaya dan yakin, insyaAllah Islam dan iman mampu membimbing hati kita menuju jalan bahagia.

Senyum, Positif, Doa, Usaha.

Husnuzon selalu dan berfikiran positif sentiasa. Mind set the limit. Jika kita fikir kita mampu melakukan sesuatu, insyaAllah kita memang mampu melakukannya dan sekiranya kita fikir kita bakal gagal, tak mustahil, gagal jualah yang kita dapat.

Senyumlah bila hati mahu menangis. Senyumlah walau hati diuji dengan bebanan yang sangat berat. Kita tidak bersendirian, Allah sentiasa ada bersama kita. Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengasihi, panjatkan doa dan pohonlah keampuan daripada-Nya. Mengadulah dan gantung harapan hanya kepada Dia.

Yakin dan percaya, setiap apa yang berlaku semuanya sudah tersurat dalam ketentuan qada' dan qadar. Kita merancang, Allah jua merancang dan hanya rancanganNya jualah yang nyata. Allah kasihkan hambaNya. Allah cintakan hambaNya yang benar-benar mencintaiNya. Selangkah kita mendekatiNya, makin dekat Dia mendekati kita.

Doa senjata paling utama kita sebagai muslim. Ingat juga, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan kita sendiri yang berusaha mengubahnya. Berusahalah selagi mampu dan seterusnya bertawakallah hanya kepada Dia. Dia penentu segalanya. Wallahua'alam.

Senyum dan Ketawa

Jangan serius sepanjang masa. Nabi juga bergurau senda. Asalkan tidak melampaui batas yang telah ditetapkan, ketawalah. Kata omputeh, laugh will make you live longer, laughter is the best medicine. ^_^

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006

Menyanyi vs Zikir.

Ada masanya juga saya meluangkan masa menonton rancagan tv kegemaran saya. Bila tiba part yang kelakar, saya ketawa, biarpun saya menonton sendirian. Saya kadang-kadang menyanyi lagu twinkle-twinkle, are u sleeping, kereta kecil warna merah, lagu pengakap..Memang lagu yang entah apa-apa. Tapi itu bagi saya salah satu terapi untuk mengubat hati.

Namun begitu, memandangkan kita orang Islam yang memiliki kitab yang paling suci, Al-Quran, kita juga di ajar zikir, tahmid, tasbih dan doa-doa tertentu, maka adalah jauh lebih baik jika kita mengubat hati kita dengan membaca al-Quran, mengamalkan doa-doa dan berzikir kepada Allah. Pakej lengkap sekali dengan ganjaran pahala, insyaAllah..

Lihat contoh ibu-ibu yang dodoikan anak. Cuba bandingkan, sorang ibu menidurkan anaknya dengan lagu pok amai-amai dengan menyebut kalimah Lailahaillallah..Kedua-duanya menghasilkan bunyi dan ada 'irama'. Tapi hakikatnya, kalimah Lailahaillalah itu ternyata berlipat ganda malah jauh lebih baik jika hendak di bandingkan dengan lagu-lagu Siti Nurhaliza sekali pun.

Jadi pilih, kita mahu yang mana? bahagia di dunia atau bahagia di dunia dan akhirat? Jawapan di tangan kita.

Bahagia Kepada yang Memberi.

Kadang-kadang, kita memiliki apa yang tidak dimiliki oleh insan lain. Ingat, ini bukan tiket untuk kita berasa angkuh dan takbur. Ini juga sebenarnya ujian yang agak berat buat kita. Kerana ramai juga yang alpa bila diuji dengan kesenangan. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Ingat, setiap apa yang kita miliki, semuanya adalah pinjaman daripadaNya. Dia yang memberi dan dia juga berhak menariknya semula. Kadang-kadang, bila kita memiliki sesuatu yang paling kita suka, perasaan takut kehilangan kian memuncak dan mampu memakan diri kita.

Jadi, salah satu cara untuk kita menyuci diri kita dari sifat tamak, takbur, riak dan lupa diri adalah dengan membelanjakan sebahagian dari apa yang kita miliki ke jalan Allah. Bersedekah dan keluarkan zakat. Infak di jalan Allah adalah sangat di tuntut. Jika kita memiliki kebahagiaan, maka jangan kedekut untuk berkongsi kebahagiaan itu bersama insan lain. Kita senyum.. mereka pun senyum, dan mudah-mudahan mereka membalasnya dengan menghadiahkan gugusan doa kepada kita, subhanallah...

InsyaAllah, dan yakinlah..ganjaran pahala dari Allah adalah jauh lebih baik dari harta dan wang ringgit.

Penutup.

Rupa-rupanya, ada banyak cara untuk kita mengecapi bahagia..itu baru sebahagian, dan sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan petua untuk kita mengecapi bahagia. Jangan biarkan kesedihan menyelubungi hidup kita. Kita berhak ketawa dan berbahagia. Kita memang punyai banyak sebab untuk berasa gembira dan bahagia.

Semoga perasaan bahagia sentiasa ada di hati kita dan seterusnya dapat mempengaruhi insan-insan yang kita sayangi agar turut sama mengecapi bahagia, bukan sahaja di dunia, malah bahagia juga di akhirat, dengan izin Allah, sekian, wassalam..

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. terjumpa article nie di saat hati ini resah gelisah tika diuji dengan ujian yg tdk lah sebesar mana pun..terasa diri ini terlalu kerdil..diri ini tersyum dalam tangisan..syukran yg akhi

AsNiza said...

::alhamdulillah jika ia bermanfaat kpd anony..semuanya limpah rahmat dari Allah...moga ALLAH terus memimpin hati anony menuju jalan bahagia..ameen..ameen..ameen..

Anonymous said...

Salam..
Syukran ya ukti mendoakn hati ini menuju jln bhgia...smga Allah memimpin hati ukhti dan selurh mukmin juga menuju jln bhgia..amen.
Smlm sy termenung pnjng memikirkn masalh yg x la seberat mana pun..tapi disbbkn ia melibt kn family ia tetp mngganggu fikrn..sy xmampu utk menegur insan yg sngt sy sayangi, insan yg melhir dan mmbsrkn sy..takut tegurn menghiris hti walau niat dihti ini murni..saat itu trasa diri terlalu lemah dan xbrdya..xsdr air mata ini mgalir dipipi nafas terasa seakan berhenti..sdih dan sakit, disaat2 genting bergelut dgn final exam..tiba2 terlintas dihti buknkah sejata org muslim itu doa dan Allah xakan ubh nsib kita melainkn kita sndri berusha mgubahny..sy beristighfar, trasa berdosa krna terlalai ketika diuji..sprti slalu sy akan mencri artcle2 yg mmpu menjadi santapan rohani..entah mengapa hti ini terdorng membuka blog ukhti strusnya artcle ini jd pilihn.. Disaat membaca hti mulai tenang, di satu perenggan trlakar ayt yg mnjd lintasn di hti sblm mmbca artcle ini, subahanallah.. besar sungguh kasih syg Allah..seakan memberi petunjk kpd hambany ini..mengalir lgi air mata tp kini terukir dgn syuman..benar2 terasa kurng bebanan yg dipikul..berdoa, ya..sy akan trus berdoa agar family sy akan sama2 menuju jln bahagia..krna sy trlalu sygkn mreka..mrka cinta sy slpas Allah dan Rasul-Nya..
Sy adalah hamba Allah yg masih beljr menapak menuju kearah cinta Yang Maha Agong..sprti kanak2 yg bru belajar berjaln, seringkali trjatuh kadng2 trsungkr..tp sy sentiasa pastikan sedaya mngkin stp hri dan saat, cinta itu bertambh kukh dihati..benarlah satu2ny cinta yg paling bahagia dan xmungkin mengecewakan adlh cinta kpd Allah..dri ini jga masih sgt2 perlukn bimbingan, takut2 tenggelam disaat2 ribut taufan dtg melanda tika bekaln msih blum mencukupi..

p/s: maafkn diri ini jika comment ini terlalu pnjng..
-maz-

AsNiza said...

::subhanallah..terharu saya membaca reply ukhti..terima kasih kerana sudi berkongsi di sini, saya benar2 menghargai..

terima kasih juga kerana sudi mendoakan saya dan seluruh muslimin..semoga Allah melimpah gandakan lagi rahmat terhadap ukhti..ameen..

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..banyakkan bersabar ye ukhti..Tuhan anugerahkan ujian ini kerana Dia Maha Mengetahui, Dia tahu ukhti mampu memikulnya..optimis..

ingat janji Allah ya ukhti, insyaAllah semuanya baik2 saja..sama2 kita doakan..

kita serupa..sama2 sedang mencari..dan hati seorang hamba pastinya merindui Penciptanya..bersyukur kerana saat kita di uji, Allah memimpin hati kita agar lebih mendekatiNya..Alhamdulillah, subhanallah..

ukhti, jika ada sesuatu yg ingin di kongsikan, saya sedia mendengarnya, insyaAllah, semoga kesudian saya ini dapat meringankan bebanan saudari, insyaAllah..

ukhti boleh menghubungi saya melalui emel saya..

skyredbutterfly@gmail.com

semoga Allah sentiasa merahmati kita semua..ameen..