“Jangan teruskan lagi, lupakan dia!” Elaini masih berkeras. Aku diam. Dalam hati memberontak.
“Awak tak boleh teruskan bersama dengan dia. Dia bukan lelaki yang baik” Sambung Elaini lagi. Aku mengangkat kepala. Memandang ke arah empunya suara yang sedang berkata-kata di hadapanku. Aku masih mengunci bibir. Sedang mencari kata-kata yang paling layak untuk aku tuturkan.
“Kita tahu Ela, kita tahu dia bukan orang yang baik, tapi kita sayangkan dia..kita harap dapat bombing dia supaya dia lebih dekat kepada Allah..” Aku akhirnya berani meluahkan kata-kata. Sesaat dua, kami sepi seketika.
“ Jangan Lieya, awak tak cukup kuat..kita takut awak tak mampu..kita takut nanti bukan dia yang ikut awak jadi baik..kita takut awak nanti yang binasa…” Elaini masih lagi berpasak kukuh dengan hujahnya, dia benar-benar pasti dengan apa yang di rasakannya benar.
“Ah…” Aku memprotes di dalam hati.
“Kenapa semua orang tak mahu faham? Kenapa semua orang tak percayakan aku? Kenapa semua orang menentang hubungan aku dengan Syahrul? Aku cintakan Syahrul dan Syahrul juga cintakan aku..Aku yakin Syahrul akan berubah menjadi lebih baik kerana dia juga cintakan aku..” Aku bermonolog sendirian. Membiarkan Elaini tergantung tanpa sebarang kata putus dari aku. Apa guna aku terus bersuara kerana jawapan aku pasti tetap sama, dan aku juga percaya Elaini juga kekal dengan pendiriannya. Kami berbeza.
“Biarlah apa orang nak kata apa..” Akhirnya aku memutuskan. Cuma di dalam dada suara itu bergema. Tanpa lantunan suara dari bibirku yang terkunci rapat. Tiada guna aku terus berdebat. Tiada guna aku terus mempertahankan. Mereka takkan mengalah dan aku pula tak mungkin biarkan mereka menang.
Aku cintakan Syahrul. Hanya itu yang aku tahu. Mereka tahu apa? Aku di sini sebatang kara. Aku perlukan teman untuk mengadu, meluah rasa. Aku perlukan seseorang untuk bermanja. Aku sudah dewasa. Aku kini 19 tahun. Aku selalu membaca novel cinta, melihat filem kisah cinta, melihat pelajar di university bercinta. Semuanya kelihatan indah. Aku juga ingin merasainya..Aku ingin mencuba..
Aku tak pernah tahu apa itu cinta, aku tak pernah tahu apa itu rindu, namun sejak aku mengenali Syahrul. Banyak yang aku belajar. Semuanya indah. Semuanya membahagiakan aku. Aku rasa di hargai. Setiap masa henfon aku tak pernah sunyi. Tak pernah puas kami bercakap di talian, kadang-kadang berjam lamanya. Ada masa kami tertidur sama-sama. Selagi tidak melelapkan mata, Syahrul tak mahu talian di putuskan. Tak cukup dengan telefon kami berSMS, aduh..semuanya indah. Baru aku kenal erti cinta. Baru aku kenal erti rindu. Baru aku rasa betapa bahagianya diri ini dicintai oleh sang makhluk bergelar adam.
Aku bahagia.. Masakan aku boleh tinggalkan semua kebahagiaan yang sedang aku nikmati kini? Tak mungkin..Aku yakin Syahrul sayangkan aku dan dia akan berubah untuk aku..aku pasti..Dia akan berubah untuk aku.
Tiga tahun berlalu...kata-kata Elaini masih terngiang-ngiang di telingaku. Air mata masih lagi mengalir laju di pipi ku. Sejak kebelakangan ini, airmata ini makin setia menemani aku. Semuanya gara-gara lelaki yang pernah aku curahkan sepenuh rasa cinta. Dia yang pernah menabur janji. Dia yang pernah menyapu airmataku. Dan dia jugalah yang kini menghancurkan hati aku. Makin hebat aku di uji, makin kuat ingatan ku kepada sahabatku Elaini.
"Argh..alangkah baiknya kalau dulu aku mendengar nasihat sahabat-sahabat..pastinya derita yang terpaksa aku galas tidak sehebat ini..benarlah, cinta bukan saja membutakan mata, malah membutakan juga hati dan minda ku, segalanya nampak elok, semuanya nampak sempurna, namun hakikatnya...cinta sesama manusia tak selalunya indah...cuma ibarat pelangi petang, hadir cuma sementara.." Aku terus menyesali nasib diri. Nasi sudah menjadi bubur. Air mata juga tiada sebarang makna. Kepada Tuhan aku panjatkan doa..Semoga hari mendatang masih ada sinar untukku. Ameen.

5 comments:
ni kisah sendiri ke asniza? huhuhu.. sabar eh.. setiap dugaan yg dtg tu adalah ujian dari Allah..
huhu..nmpk mcm kisah sendiri ke? ekekeke.. kena upgrade lagi cara penulisan nampaknya..=)
btw, thnx yer izza..^^
salam,minta izin untuk guna cerita ni, akan bagi credit to the blog, thanks :)
w'salam, silakan ruzaini, saya berbesar hati..^_^
btw.. minta di berikan link blog anda juga, untuk mudahkan saya menjejak semula..terima kasih
Post a Comment