+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, April 26, 2009

Indahnya Perasaan Itu-Siri Satu

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Syukur kerana Allah menggerakkan hati saya untuk menyertai pertemuan bersama sahabat iLuvislam. Alhamdulillah.. Ternyata, banyak hikmah dan manfaat yang dapat saya kutip dari pertemuan sementara itu dan mudah-mudahan, pertemuan yang pertama ini tidak menjadi pertemuan yang terakhir, insyaAllah, ameen..

Saya tiba agak lewat dan terlepas sesi takruf dan juga sesi beraktiviti mereka di PWTC. Sedikit kecewa juga kerana tidak berkesempatan untuk bertemu dengan dua tiga sahabat krew yang pulang terlebih awal, optimis, mungkin Allah akan memberi keizinan lagi kepada kami untuk bersua muka di lain waktu. InsyaAllah.

Agak kelakar bila bersua dan memperkenalkan diri, seolah blind date dengan kekasih di alam maya, sekadar tahu nick name, tiada gambaran rupa paras dan asing dengan nama sebenar, jadi bila berkenalan, terpaksa pula bertanya, "kat iLuvislam pakai nick apa?" eheh...tersenyum sendirian pula bila terkenangkan pertemuan sementara namun membuahkan kenangan yang manis itu..

Kami makan di The Mall, maka saya yang lambat sampai mengambil kesempatan yang sekejap itu untuk bermesra dengan sahabat. Alhamdulillah, indahnya ukhuwah..walaupun pertama kali bersua, terasa sudah lama berbual mesra...subhanallah..Selesai makan, majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup berlangsung. Seterusnya kami berpisah sementara hingga ditakdirkan Allah untuk bertemu lagi.

Mulanya kami merancang untuk solat di surau The Mall, Alhamdulillah, surau sesak dengan jemaah muslimin dan muslimat. Alhamdulillah,dalam leka membeli belah, solat masih menjadi keutamaan dan tidak terabaikan, Alhamdulillah..Memandangkan surau sangat sesak sehingga tidak mampu menjejakkan kaki, kami membuat keputusan untuk bersolat di surau PWTC.

Dalam perjalanan, ketika merentasi Hotel Seri Pacific, Allah permudahkan kami untuk bersolat, terperasan ada surau di luar hotel lalu kami manfaatkan peluang yang ada untuk bersolat di surau tersebut..Subhanallah, Alhamdulillah, syukur kerana dapat menunaikan kewajipan kami pada tengah hari itu, segala puji hanya bagi Allah.

Selesai solat, kami berpecah..saya sendirian menjelajah pesta buku, mencari bahan bacaan untuk mendidik diri dan jiwa. Sedang asyik sendirian, tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon dari kakak saya, rupa-rupanya kakak saya dan keluarganya, serta emak kami juga berada di PWTC yang sama, namun keadaan yang sangat sesak menghalang kami untuk bertemu, saya pasrah saja..^^

Saya cuma sempat singgah di 3 gerai buku, pertama sudah tentu booth Nufair Shop (join venture bersama iLuvislam), banyak juga buku yang sempat saya beli kali ini walaupun pada Sabtu yang lepas juga saya sudah membeli 4 buah buku di sini. Kebanyakan buku yang di cari dan di beli adalah buku untuk menaikkan semangat saya supaya lebih cintakan Islam dan lebih mendekatkan diri kepadaNya yang Esa. Ya..saya memang sedang mencari dan sentiasa tercari-cari, semoga pencarian saya akan bertemu destinasi yang paling indah, mudah-mudahan.

Gerai kedua yang di tuju adalah Galeri Ilmu.. Ustaz Hasrizal hadir di situ menaikkan lagi semangat saya untuk membeli buku-buku penulisannya. Walaupun saya sudah memiliki Aku Terima Nikahnya, saya tetap tidak lepaskan peluang untuk membeli pakej promosion, 3 buku untuk RM50, iaitu buku Rindu Bau Pohon Tin, Bercinta Sampai ke Syurga dan Aku Terima Nikahnya. Alhamdulillah juga kerana saya berkesempatan untuk mendapatkan tandatangan ustaz juga dapat berbual dengannya bertanya khabar terutama tentang blog beliau, saifulislam.com. Subhanallah..

Syukur yang tidak terhingga juga kerana walaupun poket sudah kosong, seorang sahabat sudi mengeluarkan wang dan seterusnya menghadiahkan buku yang saya idam-idamkan. "Bidadari Dari Timur.." Alhamdulillah..Terima kasih sahabat.

Selesai membeli belah, saya bersama teman serta beberapa krew yang lain menuju ke rumah seorang krew, subhanallah, Tuhan yang menentukan segalanya, peluang bertemu sebuah keluarga yang hebat, peramah dan sangat mengalu-alukan tetamu sungguh menyentuh hati saya, Maha Suci Allah yang menentukan segalanya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Di sini, kami singgah untuk solat Asar, solat Maghrib dan makan malam, Alhamdulillah..sekali lagi duduk semeja, makan bersama sahabat krew dalam suasana yang aman dan tenteram, sunyi dan mesra..rasa bahagia menusuk ke hati, ibarat sebuah keluarga bahagia, si ketua membaca doa makan dan sahabat lain saling mencedokkan nasik...aduh..indahnya perasaan itu. Saling berkongsi cerita bertukar pandangan, lebih merapatkan ukhwah..

Subhanallah.. Moga keindahan itu akan dapat dinikmati lagi di lain hari. lagi dan lagi..Ya Allah, makbulkanlah doa kami ini..Ameen..


4 comments:

azzahra_solehah said...

salam....

moga ukhwah yg terbina di jalan Allah ini, terjalin antara kite berkekalan hingga ke syurga...

indahnya pertemuan, diakhiri dgn perpisahan yg seketika....moga kite dipanjangkan usia, untuk bersua kembali...dgn keizinanNya, insyaAllah...

terima kasih kak, sebab susah payah berpusing kL...semata-mata nk ke rumah sy...terima kasih juga sebab sudi tumpangkan sy dan sahabat2 yg lain smp shah alam...
hanya Allah dpt membalas jasa baik akak...

Wal said...

salam kak.

gambar tiadekah? jgn kate nk cilok dr blog lain lagi...hahaha

AsNiza said...

::zahra..mekasih yer buku tue, mekasih belanja kami minum petang, makan malam dan tumpangkan kami bersolat asar dan maghrib..alhamdulillah..^^

mekasih suapkan akak makan nasik goreng..hehehehehe..(saje je ni statekan supaya ada org jeles...ekekek..joke)

semoga pertemuan pertama mencetuskan lagi pertemuan yang seterusnya dan menambahkan lg kemesraan antara kita..

ukhuwah kerana Allah..bertemu tak jemu dan berpisah tak gelisah..^^

jumpa lg yer...karangkraf nanti..=)

AsNiza said...

::syawal..akak tk bawa kamera...hehe..cilok pun cilok lah..janji ada gambar.. eheh..

karangkraf nanti pegi tak? insyaAllah akak pegi...krew dr penang sanggup dtg, apa la sgt akak yg dh mmg duk shah alam ni..ekekek