+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, April 29, 2009

Lawatan iLuvislam Ke Karangkraft.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini 29 April 2009, mengukir satu lagi sejarah bermakna buat kami krew-krew iLuvislam.com dan juga web ini sendiri, suatu pencapaian istimewa untuk semua pengunjung iLuvislam. Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar..

Pagi yang penuh makna, kami berkumpul di perkarangan karangkraf kira-kira jam 9 pagi. Selain daripada krew iluvislam, turut sama adalah staff dan CEO dari IM Global Property Consultant, alhamdulillah, lebih kurang 25 orang kesemuanya yang hadir. Masing-masing tiba dengan kenderaan sendiri. Saya bersama Saidah dan Surinah yang datang jauh nun USM sana. Semalaman mereka menginap di rumah saya semata-mata untuk menyertai lawatan ke karangkraf ini. Semangat yang sangat saya kagumi, tahniah untuk kedua-duanya.

Aktiviti di mulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh En Hashim yang telah bertugas di karangkraf selama lebih kurang 31 tahun. Beliau menceritakan tentang sejarah penubuhan karangkraf, bagaimana ianya bermula dengan perit jerih dan tidak bergantung belas kasihan daripada pihak kerajaan semata-mata. Hambir 95% daripada pekerjanya adalah terdiri daripada bumiputera Melayu dan insyaAllah Islam, Alhamdulillah..

Untuk makluman juga, karangkraf memegang rekod Malaysia Books of Record untuk kategori penerbit majalah melayu terbanyak di Malaysia buat masa ini. Jika tak silap saya, karangkraft terbitkan lebih kurang 41 majalah termasuk, dara.com, pa&ma, nur, midi, mingguan wanita, laman, impiana, dapur, majalah i, nona, pengantin, remaja, media hiburan, dan lain2 termasuk sinar harian.

Selesai sesi taklimat, kami memulakan sesi lawatan ke setiap unit. Bermula dengan unit editor, kemudian unit grafik dan seterusnya melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana majalah di cetak, alhamdulillah, suatu pengalaman baru yang sangat berharga, yang jarang sekali dapat diperolehi. Kemesraan dan keramahan staff karangkraft juga benar-benar menyentuh hati kami.

Sesi lawatan bermula di lobi karangkraf.


Unit pertama yang dilawati: Editorial Unit


Unit Grafik/Design: Banyak yang dikongsikan di sini.


Dibawa berjalan-jalan ke unit printing

Kemudiannya, kami kembali ke meja mesyuarat untuk membincangkan hala tuju seterusnya antara iLuvislam dan karangkraf. Dan ternyata, Allah merahmati niat murni ini, sebesar-besar syukur dan pujian hanya kepada Dia...alhamdulillah yang tidak terhingga, CEO karangkraf iaitu Dato Husamuddin setuju untuk menjadi 'bapa angkat' kepada iLuvislam. Ini bermakna, karangkraf bersedia untuk membuat kerjasama bersama iluvislam dalam perancangan lain di masa hadapan. InsyaAllah, semoga kesudian ini membuka lembaran baru yang lebih bermakna terhadap iLuvislam dan seluruh ummat Islam, dengan izin Allah, insyaAllah.

Subhanallah...kami sebagai krew yang turut sama di dalam majlis memanjatkan syukur ke hadrat ilahi mendengar berita gembira itu. Tahniah kepada semua tenaga kerja iLuvislam dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengunjung iLuvislam, tanpa anda siapalah kami, terima kasih kerana masih setia dan terus sedia menyokong iLuvislam, semoga ganjaran syurga yang kita idam-idamkan akan menjadi milik kita semuan, ameen..

Majlis berakhir dengan sesi jamuan ringan dan sesi bergambar serta penyampaian cedera hati dari pihak karangkraf, terima kasih daun keladi. Terima kasih kepada semua staff karangkraf terutama Dato' Hishamuddin, yang bermurah hati, staff yang peramah dan ceria meraikan kehadiran kami, tak jemu melayan dan menjawab soalan-soalan kami, menerangkan dengan terperinci tentang karangkraf, terima kasih banyak-banyak.

Sesi bergambar bersama CEO Karangkraf sebelum menjamu selera.

Tunggu teduh dulu: Sekali lagi bergambar.

Baru berkesempatan bertakruf: Krew khusyuk dengar celoteh adv_red. Sebenarnya tak dengar apa sebab bunyi mesen potong rumput lagi hebat..yang dengar "tujuan saya datang hari ini kerana tunaikan janji saya yang tak dapat datang masa gathering kat PWTC dan saya sekolah MRSM Jasin, sekolah budak pandai tapi saya tak pandai..", tu jer.^^


Semoga iLuvislam terus maju jaya. Semoga misi dan visi dapat dicapai dan sama2 kita doakan agar di lain hari dan waktu, Tuhan izinkan kita dapat menjalankan suatu aktiviti yang turut melibatkan user iluvislam..insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan, semoga Allah temukan kita dalam majlis yang lebih berkat agar dapat merapatkan ukhwah sesama kita, krew dan juga pengguna iLuvislam.

Akhir kalam, bersama kita terus bersatu hati, bulatkan perpaduan, ikhlaskan niat berkerja demi ummah kerana Allah. InsyaAllah, mudah-mudahan, ganjaran syurga dan pahala yang kita impikan bakal menjadi milik kita.


Wallahua'alam.


p/s: Gambar di cilok dari sini dan akan di update lagi kemudian, maaf, tak bawa kamera...just tunggu n cilok je, lol~

7 comments:

Lisam said...

tetibe wase nak buat baik ngan makngah...
bestnye kalo sebijik buku itu didermakan kepada insan memerlukan (macam saya)...ekekeke

AsNiza said...

shooh~shooh~
akak gila kuasa tamak haloba, tk leh share2..huk3..sabar neh~

pakcik nak buku mende?
hok mane se?

dara.com ke nur? lalalala~pilih la..^^

UkhwAh said...

alhamdulillah...

bersama kita panjatkan kesyukuran atas nikmat dan kurniaan_nya yang tidak putus2 ke atas ILuvislam.com..

semoga dengan berita baik ini mmenambahkan lagi semangat warga kerja dan user2 utk sama2 berganding bahu menjadikan ILuvislam.com cemerlang, gemilang dan trbilang dalam melebarkan sayap ke medan dakwah!aminn..

Allahuakbar!!

AsNiza said...

amin..amin..amin ya rabbal alamin..

semoga Allah terus merahmati iLuvislam dan seluruh pengunjungnya..amin..

p/s: atul, bila lak nk beraktiviti sama2? isk3..

Wal said...

aik.

maw perli sayekah? haha

UkhwAh said...

huk2..
sadisnya pertanyaan akak tu=(

Insya'ALlah dengan izin-Nya ;)

nnt kita jumpa ramai2 ya ^_^

jeles ni!Luka yg lama xsmbuh2 lg
dah tmbah luka yg baru..isk3..

Jolynn said...

Semoga iLuvislam terus maju wa maju. All the best. Kesian Syawal sebab speech dia kena cover dgn grass-cutter. Hahaha~

Bila lah Adawiyah dapat berjumpa kalian semua? Takpe... One day, insyaAllah...

=)