Al-kisah Zaman Tok Kadok.
Biasalah, saya anak 80'an, di lahirkan di awal 80'an. Permainan saya sewaktu kecil-kecil dulu tak sama dengan kanak-kanak zaman sekarang. Dulu, saya bermain lompat getah, bermain teng-teng, bola beracun, bola kaki tiga, panjat pokok, mandi sungai, bermain guli, laga getah dan seangkatan dengannya.
Mula-mula dikenalkan dengan komputer ketika saya di tingkatan 4 sewaktu menuntut di MRSM, kena pulak waktu tu cikgu tengah mengandung anak sulung, haish~ garang semacam. Masuk kelas komputer memang kecut perut segala, seram sejuk jadinya. Kalau tak menengking, memang tak sah. Waktu itu, saya betul-betul merasakan komputer adalah menyusahkan dan suatu bebanan yang sangat hebat. huhu. Takut-takut saja guna PC, sampaikan cikgu komputer selalu marah.." JANGAN RISAU LA, IA TAKKAN MELETUP!" haha..agaknya cikgu tu pun tension melihat kami sekelas yang majoriti adalah buta PC.

Zaman Sudah Berubah.
Saya pun tak sedar bagaimana, atau mungkin lupa. Masuk saja universiti, saya seolah-olah sudah 'terror' menggunakan komputer. Alhamdulillah. Saya mula-mula diperkenalkan dengan permainan komputer dan semasa cuti selepas SPM, kakak saya buka akaun hotmail dan yahoo untuk saya (Alhamdulillah masih guna hingga kini). Kakak saya juga ajarkan saya cara-cara menggunakan Yahoo Messenger.
Ketika tahun satu di universiti, saya kemudian berjinak-jinak dengan dunia chatting. Waktu itu 'MIRC' sangatlah popular. Sesiapa saja pasti ada pengalaman berchatting di MIRC. Pelbagai gelagat manusia ada di dalamnya. Setahun juga lah saya kemaruk berchatting. eheh..nasib baik cepat-cepat tersedar.
Selain daripada internet, salah satu lambang kemajuan teknologi adalah dengan berkemabngnya permainan komputer. Saya juga tak terlepas dari 'auranya'. Salah satu hobi saya di zaman 'kegemilangan' adalah bermain permainan komputer. Antara game favourite saya adalah Magic Lines dan Freecell. Sempoi dan tak susah-susah kusutkan kepala. Sekali main terus dapat keputusan, menang atau kalah. Untuk kedua-dua game ini, saya suka mencabar diri sendiri, mesti menang untuk dapatkan markah atau statistik yang paling tinggi. Siapa yang nak kalah, iya kan? ^_~
Pisau itu Tajam.
Teknologi kian canggih seiring dengan peredaran masa. Terserah kepada kita bagaimana ingin mengadaptasi kemudahan yang ada, samada ingin menjadikannya positif atau sebaliknya. Salah satu hasil perkembangan teknologi adalah permainan komputer dan internet. Saya tak berapa pasti apa kebaikan permainan komputer selain melegakan tekanan. Berdasarkan pengalaman sendiri, permainan komputer lebih banyak mendatangkan keburukan.
Antara keburukan permainan komputer adalah membuang masa, tidak sedar masa berlalu dengan sia-sia. Buku entah ke mana, silap-silap solat pun terabai. Kesihatan kian terjejas kerana tidak berlaku pergerakan fizikal. Penyakit seperti obesiti mudah menyerang. Kesihatan mata senang merosot.
Hubungan dengan sahabat dan keluarga juga boleh terjejas kerana kurangnya pergaulan dan komunikasi kerana masa lebih banyak dihabiskan untuk bermain. Jika dulu, ramai yang suka menghabiskan masa lapang dengan membaca buku, menambahkan ilmu pengetahuan, sebaliknya pula yang terjadi kini. Membaca jambatan ilmu, permainan komputer pula jambatan apa? Entahla..
Di tangan Saya Ada Pisau.
Di tangan saya ada pisau. Pisau ini boleh digunakan untuk memotong sayuran dan daging-daging di dapur. Pisau ini juga boleh menghiris jari saya, malah mampu membunuh. Apa yang harus saya lakukan dengan pisau ini? Haruskah saya menggunakannya atau sekadar menggantungnya di ruangan dapur, biarkan ia berkarat dan tumpul? Atau bolehkah sekiranya saya gunakan pisau ini, untuk tajamkan 10 batang kayu, kemudian kayu yang tajam itu boleh digunakan sebagai lembing, untuk melindungi saya di kemudian hari sekiranya kelak saya sudah tumpul dan tidak bermaya?
Begitu juga dengan kemajuan teknologi, ia umpama pisau yang tajam. Jika kita menggunakannya dengan baik, Alhamdulillah banyak manfaat yang bakal kita perolehi, sebaliknya jika kita tidak menggunakannya dengan baik, ia mampu membinasakan kita dan memudaratkan masa hadapan kita.
Kalian juga punyai 'pisau' itu, terserah kepada diri kita sendiri, bagaimana ingin mengatur langkah. Wallahua'alam.
Pisau itu Tajam.
Pisau

1 comment:
Baru teringat clan petani tu nama apa..Serpeant rasanya, eheh
Post a Comment