+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, April 4, 2009

Tegak Rumah Kerana Sendi.

Jangan pelik kenapa entri kali ni begini. Jangan ditanya kenapa. Kerana saya pun tak tahu. Tapi sungguh, saat saya menulis kali ini, saya benar-benar di landa rasa yang seribu satu. Ah~!! Celaru pulak jadinya. Maaf, awal-awal saya memohon maaf andai entri kali ini buruk dan hodoh. Maaf. Entri ini mungkin entri yang paling tidak bermanfaat.

Kita yang merancang, Tuhan jua yang menentukan, saya cuma manusia biasa, tiada apa yang istimewa..maka sering juga angan-angan saya hancur berkecai. Gagal~!! lagi dan lagi. Seriously i feel sick~!! Why now? why? and why? ah...Aku kuciwa..Apa-apa pun, life must goes on, apa yang sepatutnya saya ucapkan, sudah diluahkan, selebihnya terserah kepada dia yang membuat keputusan. Mana yang dia rasakan terbaik untuk dirinya, insyaAllah saya akan menyokong, walau dengan hati yang tidak rela, eheh..

Dua tiga hari ni, pakcik demam pulak sibuk ngendeng..aduyai..sibuk la pakcik demam nih, jenuh nak halau suh pi main jauh-jauh tapi degil...sakit tekak, tidur malam asyik terjaga sebab lemas tak boleh bernafas, sakit sendi sakit segala pun kena keja...demi mencari sesuap nasi, heheh

Semalam blog AsNiza@iLuvislam 'selamat' saya kerjakan, nazak dah tak tau apa nak buat..aduss..itu la nk memandai-mandai, lagi merosakkan terus tak boleh log in. Oh lagi satu, hari ini DS Najib dilantik jadi PM ke 6..Hahahahaa~ tadi masa drive, dengar berita jam 6, pertama kali dengar perkataan DS Najib sebagai perdana menteri ke-6, selamba saya tangkap gelak sorang-sorang, isk3..macam tak percaya, cita-cita beliau menjadi kenyataan, siyes rasa macam mimpi,hmmm..

Apa lg nk ckp? tegak rumah kerana sendi, tegak ummah kerana? lupa...

Btw, saya doakan pasukan yang saya sayangi ni maintain cool, kekal bahagia..takde pecah belah atau terkeluar list. Saya harap semuanya kekal sengal macam nie, takde kurang walau satu pun. Semuanya sentiasa bersatu padu, bantu membantu. ah...saya sebenarnya mati akal dan tiada idea.. =(

Akhir kalam, jom nak kongsi lagu nasyid Raihan-Bersatu, eheh..pernah buat persembahan nasyid dengan lagu nie, kenangan..^___^

Raihan-Bersatu

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

No comments: