+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, April 16, 2009

Kata - Kata Aluan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sahabat yang sudi menjengah, menjenguk, melawat, menziarah, mengintai dan membaca blog saya ini. Jazakillah khairan kathira.. Sungguh, saya benar-benar menghargai kesudian anda meluang masa menziarah blog saya yang tak seberapa ini, atau mungkin juga picisan cuma..T______T

Walau apa pun, terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi..Doa-doakan semoga saya sentiasa sihat badan, akal dan iman, dipermudahkan urusan dan di beri ruang waktu supaya saya dapat selalu mengemaskini blog ini..^_^

Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat yang sudi berkongsi cerita, pengalaman, idea dan masalah dengan saya. Sama ada melalui emel, blog atau PM di iluvislam. Sungguh, saya benar-rasa di hargai kerana kesudian anda berkongsi luahan dengan saya. Rasa lebih dekat di hati, merapatkan hubungan sesama saudara sefikrah. Anauhibbukafillah..

Pun begitu, saya meminta jutaan maaf kerana dek kesibukan dengan kerja dan urusan peribadi yang lain, ada yang sempat di balas dan di jawab dan ada juga yang tergantung tidak berbalas. Khilaf dari pihak saya, bukti kelemahan saya sebagai manusia. Saya mohon kemaafan kerana kelemahan dan kekurangan saya ini. Asif..

Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi YAHOO.ID atau nombor telefon dengan sahabat yang saya kasihi. Maaf yang teramat. Antara tujuan saya tidak berkongsi adalah kerana saya amat jarang online, dan bila pun online, saya sekadar menyiapkan tugasan di iluvislam. com, membalas emel, dan juga update blog ini..^_^. Jadi saya mohon, jika anda ada sebarang pertanyaan atau masalah yang ingin di kongsi, haraplah sudi kiranya menghubungi saya melalui emel: skyredbutterfly@gmail.com.

InsyaAllah, selagi saya termampu, cepat atau lambat, saya akan cuba membalas dan menjawab semua pertanyaan anda. (asal tahu batasan syarak..^_^ ) Dan jika pun saya tiada jawapan itu, insyaAllah saya akan semampu saya cuba untuk mencari penyelesaian, dengan izin Allah.

Dengan kesempatan ini juga, saya ingin memohon izin daripada sahabat, untuk berkongsi pengalaman/masalah anda di ruangan blog saya. Tak perlu risaukan soal aib atau maruah kerana saya semampu saya, dengan amanah yang diberikan oleh anda untuk menjaga rahsia anda, akan melindungi siapa anda yang sebenarnya. Amanah, kisah anda tidak akan di jaja untuk mengaibkan anda, cuma akan di kongsi jika saya rasakan ianya sesuai di kongsi dan mampu memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca lain atau masalah itu adalah masalah umum yang biasa di lalui oleh semua orang, contoh yang paling senang, masalah cinta. Sama-sama kita bantu membantu antara satu sama lain.

Tambahan pula, antara tujuan asal pembinaan blog ini juga adalah kerana saya ingin berkongsi cara meningkatkan motivasi dalam diri, (menasihati diri sendiri dan anda juga) dan lebih mengarah kepada mencari penyelesaian kepada permasalahan remaja yang dewasa ini sentiasa di uji dan di duga. Saya juga pernah menjadi seorang remaja dan insyaAllah, dengan pengalaman yang telah di lalui, juga pengalaman dari orang sekeliling, saya optimis dapat menunjuk jalan kepada anda yang masih tertanya-tanya dan paling tidak, saya dapat membantu dengan menjadi pendengar yang setia..tak gitu..;)

Oh lupa, dengan 'imej garang' saya di forum iluvislam, saya rasa kebanyakan dari user juga takut untuk dekati saya, ada tak? eheh.. Jangan risau, saya juga manusia biasa, di forum saya mesti lah 'garang', kerana saya sekadar 'polis forum' yang sedang melaksanakan tugas..Dah kenal saya nanti tahu la kot saya cam mane? =)

Sekian dulu tinta dari saya. Kita semua bersaudara. Mana yang salah sama-sama kita perbetulkan. Sama-sama kita cari penyelesaian..insyaAllah, niat yang baik akan dipermudahkan Allah..Wabillahiltaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt..


No comments: