+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, April 20, 2009

Menjadi Wanita Bukan Mudah?

Saya melarang dia membalas emel saya lagi, adakah tindakan saya wajar? entahlah.. Saya sendiri tidak pasti. Juga tidak ada jawapan, kenapa saya bertindak 'segelojoh' itu. haih~ adakah saya menyesal sekarang? Ya Allah, pimpinlah aku...Mana yang baik datang dariMu, dan yang buruk itu sememangnya kelemahan aku sebagai hambaMu yang kerdil..

Sedikit sebanyak, ada juga perasaan kesal itu, kesal dengan sikap sendiri yang terlalu melulu.. Harus salahkan siapa? Saya sendiri yang melakukannya.. Jika pun saya ingin menjelaskan, harus bagaimana saya ingin jelaskan?

"Saya minta maaf, tak dapat berfikir dengan waras..saya memang sentiasa begini.. saya akan bertukar menjadi 'serigala jadian' setiap kali 'bulan mengambang'.." sepatutnya saya katakan begitu..tetapi adakah mereka yang tidak melaluinya bisa memahami? dan di mana malu saya jika tegar melafazkan kata-kata itu terhadap seorang yang sangat saya hormati? Tidak.. saya tidak akan sekali-kali menuturkan pengakuan yang seberani itu. Apa dah jadi, biar saja terus berlalu.

Saya positif. Kerana kami sama-sama sudah sepakat untuk berserah kepada Allah, beristiqarah dan bertawakal, maka, setiap apa yang berlaku saya terima dengan hati yang terbuka, Alhamdulillah..setiap apa yang berlaku, semuanya dengan keizinan dan kehendak Allah swt. InsyaAllah saya positif dan optimis, tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya, saya pasrah dan redha dengan segala ketentuan. InsyaAllah.

Menjadi Seorang Wanita.

Mawar Itu Indah, Baunya Harum, Durinya Tajam.

Pernah saya terbaca di ruangan forum. "Menjadi wanita bukan mudah". Mula-mula terbaca persoalan ini, saya tersenyum sendirian kerana jujur, dalam kepala saya juga ligat berputar, memikirkan 'kesusahan yang terpaksa di lalui oleh seorang wanita' , kerana saya juga wanita.

Setiap wanita yang akil baligh, pasti akan mengalami putaran haid. Ada dikalangan sahabat saya yang sakit senggugut setiap kali haid, memang tak dapat dipisahkan dengan pil penahan sakit, 'ponston'. Ada juga sahabat saya yang sakit sehingga pitam, siap kepala terhantuk meja, sorang-sorang pulak tu..

Dan saya pula, setiap kali tempoh itu datang, emosi sering terganggu. Saya yang sememangnya 'blur' bertambah hilang fokus bila kitaran ini terjadi. Risau. Kerana kerja saya sebagai jurutera memerlukan tindakan dan keputusan yang cepat dan tepat.

Selalu juga bila waktu-waktu itu, saya selalu berkhayal dan seolah-olah berada di alam lain. Hilang konstentrasi. Sebulan sekali juga kebiasaanya saya demam, batuk dan selsema. Mungkin kerana kesan akibat naik turun hormon. Dan lebih merisaukan, saya selalunya tidak dapat berfikir dengan 'waras', hinggakan ada dikalangan sahabat yang 'memahami' naik seram dengan saya tiap kali tempoh ini berlangsung. Saya yang sentiasa lemah lembut bila-bila masa berubah menjadi garang dan silap-silap boleh makan orang, eheh..

Untung kalau mereka faham saya 'berubah' kerana faktor hormon, harapnya mereka faham bahawa tindakan saya yang melulu dan 'tak guna akal' bukan berlaku dengan kehendak saya sendiri, semua di luar kawalan dan insyaAllah ada kebarangkalian, mereka tidak menyimpannya di hati.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mengenali saya? Tidak memahami sikap saya yang berubah menjadi teruk? Aduh~mungkin juga mereka boleh menyimpan dendam atau ada persepsi yang sangat buruk terhadap saya. Harus bagaimanakah saya menyelesaikan masalah ini? Wajarkah saya berterus terang, menjelaskan kepada semua orang.."Maaf lah, jangan lah ambil hati, saya PMS.." Owh...sungguh mustahil untuk saya laksanakan. Tidak!

Bukan mudah menjadi seorang wanita namun hakikatnya juga, bukannya susah untuk memahami seorang wanita.

Mungkin ada yang berfikiran dangkal, menyatakan wanita punca kebinasaan seorang lelaki. Sebagaimana Adam yang dihukum turun ke bumi kerana pujuk rayu seorang wanita. Lalu wanita sering dipersalahkan dan direndahkan martabatnya. Naauzubillah.

Alhamdulillah..Kerana Islam, martabat wanita di angkat, tidak lagi dipandang hina. Wanita tidak lagi dipandang sebagai boneka seks dan bayi-bayi perempuan tidak lagi ditanam hidup-hidup. Maha Suci Allah dan selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. Lelaki atau perempuan, sama sahaja, sesungguhnya jantina bukan penentu 'siapa yang boleh masuk syurga'..tapi ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah, itulah yang dinilai.

Pesanan Untuk Wanita.

Banggalah menjadi seorang wanita. Kita hiasan dunia, jangan biarkan kita menjadi fitnah dunia. Kita penyeri rumah tangga, jangan jadikan rumah kita sebagai neraka. Biarlah kita menjadi penyebab berjayanya seorang lelaki, bukan pemusnah. Kita bukan lemah, kita lebih kuat dari lelaki. Kita mengandung sembilan bulan lamanya. Dari rahim kita lahirnya pejuang agama. Dalam dakapan kita mereka membesar dan meningkat dewasa. Kita bukan lemah..

Airmata bukannya bukti kelemahan seorang wanita..Jika kita memahami..Allah menciptakan segalanya sempurna, kita istimewa...Setiap apa jua yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Yakinlah dan percayalah..

Sekian, Wallahua'alam.

6 comments:

faha mieza said...

Salam...
wah, pe yg akak alami tiap kali musimnya lebih kurang la mcm sy...
setiap kl samp musimnya...
mesti trk sgt emosi sy..
samp kan kwn2 pun dah tau...
bl emosi t'ganggu, tak lama lg kena la....
Subhanallah Allah menciptakan wanita dengan keindahan dan keunikan sendiri....

AsNiza said...

erm..

kadang2 kasihan dengan diri sendiri..kadang2 menangis sebab bnda yang kecik..

tapi bagus juga, sbb selalu gak time2 'gini' akak ingt mati..adess~kadang2 nangis tk nk berhenti, baca quran banyak2 sbb rasa macam dh nak mati..

Tuhan sayangkan kita, insyaAllah..mungkin selama kita 'sihat walafiat' kita selalu lupakan dia..jadi, ini sebagai salah satu cara utk kita mendekatiNya..

wallahua'alam..

Unknown said...

sy pun moody jgk kdg2 kak as...
and sakitnye,bukan kepalang...
tp sy ingt,bila kita sakit,dosa2 kecil terhapus...

thanks kak as for another great article =)

Nurjannah Saifullah said...

assalaamu'alaykum

jemput baca http://al-syahidah.blogspot.com/2009/02/seindah-hiasansebesar-fitnah.html

LEE said...

assalamu'alaikum kak
bez kan jadi ppuan...kita ada cuti..tp time cuti tu, kalo kita byk buat amal soleh, lg berganda pahala kita.sbb kita masih ingt Allah...cuma tak best time PMS je..kalo akak menjadi lg garang, saya ni jadi kuat merajuk..sikit2 nk merajuk..sampai kawan2 penin..padahal, kalo time2 biasa takdenye nak merajuk2 ni...penciptaan kita ni unik kan,..

nurecch said...

'jika kita tak lepaskan kekhuatiran tntang masa lalu dan kegelisahan untk masa depan.. kita tak miliki ari ni untuk kita syukuri..'

all the best kak...
akak kan kuat...
tabah selalu...(^,^)