+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, April 13, 2009

Semuanya OK~!!

Situasi 1:

Anda dalam proses ingin ke rumah bakal mertua, ini kali pertama anda bertemu dengannya. Anda mendekati kereta anda yang baru di cuci, merah berkilauan. Sebaik tiba berhampiran kereta, darah anda tiba-tiba terasa panas melihat tompokan najis burung di atas kereta anda.

Bersangka Baik 1:

Jangan ler marah..positif..mungkin burung kecik di kejar burung besar yang sangat jahat, kerana ketakutan, burung kecik secara tidak sengaja telah terbuang sesuatu. Kesian burung kecik tu entah masih hidup entah tidak..isk3..sayangilah sesama makhluk Allah..^^

Situasi 2:

Anda sedang memandu kereta kecil warna merah anda. Tiba-tiba sebuah kereta kuning yang menghimpit anda telah hon kepada anda. Anda tidak melakukan kesalahan, namun dia masih merapati anda dan tiba-tiba memotong di hadapan anda tanpa sebarang signal.

Bersangka Baik 2:

Kemungkinan isteri pemandu kereta kuning sedang sakit ingin bersalin. Mereka harus cepat sampai ke hospital, kerana cemas juga, pemandu itu secara tidak sengaja telah tertekan hon, apalah malangnya nasib mereka hari itu, lampu signal pulak rosak..isk2..kesian..

Situasi 3:

Anda ingin singgah membeli buah tangan untuk bakal mertua. Anda parkir kereta lalu masuk ke kedai. Barang yang anda cari tidak dijumpai, anda ingin bertanya kepada pembantu kedai yang pertama, dia memandang ke arah anda tapi tiba-tiba buat derk..Anda tidak berputus asa dan cuba bertanya kepada pembantu kedai kedua. Dia cuma berlalu tanpa memberi reaksi apatah lagi mahu membantu.

Bersangka Baik 3:

Jangan cepat melatah..pembantu kedai yang pertama sebenarnya juling badak. Matanya mengarah kepada anda tapi sebenarnya dia tidak nampak anda pun..sabar yer..pemandu kedua tu pulak pekak, haih~ cmne la tokey kedai tu bleh upah derang keje sini eh? kesian..OKU tuh..=)

Situasi 4:

Anda sudah sampai di rumah bakal mertua. Dengan konfidennya anda memberi salam. Kekasih anda tidak menjemput anda masuk..sebaliknya adiknya yang berusia 5 tahun menyambut anda di muka pintu. Bakal mentua pula menginterview anda, banyak pulak tu soalannya...haih~

Bersangka Baik 4:

Kekasih anda mungkin tersepit kaki di dalam lubang tandas. Emak dan ayahnya pula sedang sibuk berdandan meraikan kedatangan bakal menantu. Tak kenal maka tak cinta, tu yang banyak tanya tu supaya mereka pun cinta kat anda, seperti anda cinta kat anak mereka..ekeke..boleh gitu? positif..^__^

Situasi 5:

Si dia datang bersama sedulang air, cuma air teh o..itu jer. Anda tersenyum kelat manis. Minum je la rezeki tuh..tetiba anda rasa semacam nak muntah..erkk..air apa nie??? masinnya!!

Bersangka Baik 5:

Bertenang..si dia sayangkan anda, takut anda terkena kencing manis, silap2 leh potong kaki...darah tinggi tkde la smpai potong kaki, iye dak? sekali sekala cuba resipi air yg baru apa salahnya..gurau-gurau manja la kata...bersangka baik yer..=)

Situasi 6:

Setelah puas di temuramah dan puas anda membodek, kemudiannya ayah kekasih anda menyatakan kepada anda bahawa anda tidak layak menjadi menantunya.. malah, kekasih anda itu akan di nikahkan anak Pak Mael yang rumahnya di hujung kampung..isk3..keciwa hati anda..

Bersangka Baik:

Jodoh anda bukan dengan dia. Tuhan ada aturan yang tersendiri dan tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ia macam tak best tapi sape tau, sebenarnya itu yang terbaik untuk anda dan si dia..dah takde jodoh, nak wat guano lagi, iye dak? balik je la..hehehe..

Okies, itu antara contoh bersangka baik dalam kehidupan kita..sebenarnya, tak kira dalam melakukan apa sekalipun, kita hendaklah sentiasa bersangka baik dan optimis. Jangan pesimis atau mudah berburuk sangka, kelak anda juga yang rugi~

Wallahua'alam.

2 comments:

Lisam said...

indahnya kalau otak & hati kita mampu bersangka baik dalam semua situasi2 ni. kebanyakannya darah panas yang naik melebihi takat didih dulu sebelum disejukkan dengan iman & fikiran yang positif..

AsNiza said...

memang tak mudah tapi tak mustahil..=)

kadang2, tk sempat sel saraf menghantar isyarat ke otak supaya jangan marah, hormon adrenalin dah naik mendadak..terus di tendang apa yang ada berdekatan..haih~

latih diri, latih hati, latih sel dan saraf, latih hormon..jom sama2 mencuba...=D