"Mr Dev, saya tak mahu guna internet, boleh tak tolong block internet ke komputer saya?" Petang ini, saya memberanikan diri meminta sesuatu dari beliau. IT department.
"Kenapa? Email google semua tak nak ke?" Dia bertanya kepada saya. Kehairanan barangkali. Saya cuma tersenyum. Masih berdiri di hadapannya.
"Haah.. Saya tak nak, tak boleh fokus dengan kerja, menggangu.. saya cuma nak outlook dengan share document pada my network saja" Teguh saya menjawab.. Dia kemudian bersetuju dan berjanji akan 'mengblock' internet ke komputer saya, sooner or later. Wallahua'alam.
Ramai sahabat saya merungut kerana tidak dibekalkan dengan kemudahan internet di tempat kerja.. Tapi berbeza dengan saya, 17 Jun ini genap 2 tahun saya berkerja di konsultan ini. Sejak hari pertama bekerja hingga ke saat ini, internet di hujung jari saja. Bila-bila masa sahaja saya boleh menggunakannya,( asal tak kantoi dengan bos, hehe)..Dan bukan saya sahaja, malah semua staff di bekalkan dengan kemudahan internet, alhamdulillah, 'rezeki'..pandai-pandailah membawa diri...^^
Saya sedar kelemahan diri sendiri. Sungguh, saya kalah dengan godaan internet. Aduh...lemah betul...haish..Tak kira di mana walau bila-bila masa sahaja, saya gerenti terpaut dengan pesona internet. Gagal mengawal diri. Bagai si uda rindukan dara. Haih..Sehinggakan mampu menganggu konsentrasi saya di tempat kerja. Mana tidak, buat kerja setengah jam, klik tengok forum. Sambung keje lagi 15 minit, klik yahoo mail/ ym.. keje lagi 10 minit kemudian klik pulak blog etc etc..Benar-benar menganggu fokus saya jadi saya nekad, untuk terus menghalang talian internet terus ke meja saya. Azam baru sempena ulangtahun kedua saya berkerja di sini- no more internet at the workplace.. Doakan saya kuat semangat, ameen..
Biarlah. Biarlah kalau ada yang mengata saya tidak siuman, yang penting, niat dan tekad saya ke tempat kerja tidak terganggu dan tidak bercampur aduk dengan anasir-anasir internet yang menggugat keimanan. Keberkatan dalam mencari rezeki itu yang paling penting dan itulah yang sedang saya cari, insyaAllah, mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Ameen..

Jadi, dengan ketiadaan internet (tak sure bila start) ini bermakna saya tidak lagi berkemampuan untuk mengaktifkan diri di dunia maya. Di forum dan juga di blog. Semuanya akan turun ke tahap minima. Namun begitu, semangat dan keinginan saya untuk bersama sahabat alam maya dan keinginan untuk berkongsi pandangan dan idea pastinya tidak akan pernah susut, selagi itu, saya akan terus tetap menulis, lagi dan lagi. moga Allah permudahkan urusan. Semoga ukhuwah yang pernah terjalin akan terus berkekalan dalam redha Ilahi..insyaAllah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment