+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, April 16, 2009

Adakah Wanita Dari Tulang Rusuk Lelaki?



"Betul ke wanita ni asal dari tulang rusuk lelaki?" suatu hari saya bertanya kepada seorang sahabat. Terasa ingin tahu.

"Entah, cuba ah ko kira tulang rusuk ko..ada berapa? Cukup ke kurang? Rasanya aku belajar biologi tak de pun cakap tulang rusuk ni berbeza ikut jantina, entah.." Petah pula dia menjawab. Mungkin dia juga tidak tahu.

"Erk..cmne nak kira?" Saya mengomel lagi. Garu-garu kepala yang tidak gatal. Kemudian kami sama-sama diam.

(Dia jauh nun di sana, saya pun tak pasti dan tak nampak samada dia betul-betul mengira tulang rusuknya sendiri ataupun tidak..haha~)

Walau apapun, saya juga sebenarnya masih tertanya-tanya dan mencari jawapan. Terasa ingin tahu. Saya sering tertanya-tanya. Siapa jodoh kita? Bagaimana kita ingin tahu sekiranya benar dia adalah jodoh kita? Bagaimana pula dengan wanita yang bernikah lebih dari satu? Dia adalah tulang rusuk siapa??

Sahabat...Seandainya sahabat sekalian ada jawapan yang lebih meyakinkan, sila2 lah kongsi..untuk sementara waktu, sama-sama ktia hayati apa kata Dr Asri, Jom~!! Semoga bermanfaat, wallahua'alam.

5 comments:

AsNiza said...

Haish~~

Takde sape nak komen ke..seronok tau dengar Dr Maza ceramah kali ni, comei jer..

"Wanita, kita marah je nangis, kita marah je nangis, biarlah dia, mmg tu lumrah wanita...cuba kalau dia sama macam kita..kita marah je sekali dia jawab, kalau abang anak jantan, jom kite lawan.."

Sweet~ T_T

AsNiza said...

"Tulang rusuk itu bengkok..kalau kau cuba luruskannya, ia akan patah dan patahnya tulang rusuk itu maksudnya talak.."

sakura said...

salam.. dpt info br.. besh dgr ceramah td tu..

shairah said...

biologically nye, setau sye, mmg same je bilangan tulang rusuk pompuan n laki. xde beza pon. rasenye la. tak tau la plak kalo ade scientific proof in terms of bilangan sel ke hape ke kan. wallahualam.

AsNiza said...

yup..

mmg sama..tp as per dr asri said, di cipta dari tulang rusuk tak semestinya bermaksud dari sebatang tulang rusuk, mungkin juga cuma dari satu sel, atau wallahua'alam..hehe