Saat berganti saat, minit berganti minit. Hari demi hari, minggu terus berlalu, bulan bersilih ganti, dari tahun ke tahun. Bermula sebagai bayi sebesar tapak tangan, saya meningkat menjadi kanak-kanak, masa berlalu pantas dan kini, saya sudah dewasa. Syukur pada Tuhan, saya masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Segala pujian hanya bagi Allah.
Masa terus berjalan samaada kita suka atau tidak, mahu atau tidak. Dan seiring dengan itu, kita juga kian dewasa. Pengalaman yang di lalui mengajar kita makna sebuah kehidupan. Ada masa kita ketawa dan ada masa kita menangis. Ini perencah sebuah kehidupan. Sepanjang perjalanan menuju kedewasaan, ada yang terpaksa kita tinggalkan, ada yang terpaksa kita lupakan, ada yang terpaksa kita abaikan. Dalam mengejar sesuatu, ada masanya kita kehilangan sesuatu yang lain pula. Price to pay. Setiap kejayaan hadir bersama pengorbanan.
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas." [Al-Baqarah:212]
Bukan mudah untuk mudah. Bukan senang untuk senang. Kegemilangan Islam juga memerlukan pengorbanan yang sangat banyak. Telah banyak airmata, keringat dan darah yang tumpah demi menegakkan syiar Islam. Nabi Muhammad saw pernah dicaci di hina namun akhirnya Islam tersebar serata dunia. Alhamdulillah..
Ada masanya saya rindukan zaman kanak-kanak saya. Zaman saya hidup untuk bermain bersama adik-adik dan teman-teman. Saat di mana hidup ini dipenuhi dengan ketawa. Bahagia saja walaupun waktu itu hidup saya sekeluarga agak susah. Mungkin kerana waktu itu, akal masih tidak berapa bijak mentafsir, mungkin waktu itu cara melihat saya adalah berbeza. Dan mungkin juga kerana waktu itu saya belum kenal satu makna "masalah".
Adakah tiada wang sewaktu saya kecil berbeza dengan tiada wang sewaktu saya dewasa? Maka waktu itu walaupun miskin saya masih mampu ketawa? Tidak! Cuma yang berbeza adalah cara saya melihat dan menilai, 180 darjah, tidak lagi sama.
Apa yang kita fikir, apa yang otak kita tafsirkan, itulah yang akhirnya mempengaruhi hormon kita, mengerahkan saraf-saraf dalam tubuh kita. Mempengaruhi mood kita dan kebolehmampuan kita, seterusnya mampu mencetus kejayaan atau kegagalan. Mind set the limit. Ini kata Puan Pengetua saya sewaktu saya di MRSM, kata beliau lagi, dalam apa pun urusan atau tindakan kita " we must begin with the end in our mind". Tambah beliau pula, thousands step begin with one step. Waktu itu, saya terlopong mendengar butir bicara beliau, kagumnya.
Dan ya, jika kita fikirkan kita boleh, insyaAllah, kita memang boleh melakukanya. Just if you believe, there will be a miracle..
Kadang-kadang, dalam menuju alam kedewasaan, kita terlupa untuk ketawa. Dalam kesibukan mengejar impian, kita terlupa menikmati indahnya panorama alam, kita terlupa berhenti sejenak dan menghidu wanginya haruman bunga yang kembang mekar. Kita terlupa untuk bertanya khabar dan bermesra dengan teman-teman. Hasilnya, keceriaan dan kebahagiaan dalam diri kita akan beransur pergi dan hilang. Pupus. Jadilah kita manusia umpama robot, yang sekadar melakukan rutin harian tanpa iringan rasa bahagia dan gembira.
Jika sewaktu kecil, kita seronok bermain lumpur. Ketawa bersama teman-teman berlumuran lumpur demi mengejar sebiji bola. Seronoknya kita waktu itu. Bahagia. Dan bila dewasa, kadang-kadang terfikir, alangkah indahnya jika waktu dapat di undur semula. Benar, ia mustahil, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukanya dalam keadaan kita 'memakai sarung seorang dewasa?'. Mungkin bukan lumpur tapi sekali sekala melakukan sesuatu diluar kebiasaan, ternyata mampu mengembalikan gelak tawa itu. Contoh, ketika di universiti, selalunya besday girl menjadi mangsa di comotkan dengan kek, seronok juga.. sekali sekala, eheh..Dan kadang-kadang, ada juga curi-curi saya sengaja mandi hujan. Haha! Seronoknya~!! Tak perlu menari dan menyanyi. Cukup sekadar menikmatinya. Feel. Terimbas keseronokan zaman kanak-kanak. Cubalah...(Natijah demam tu tanggung la sendiri, hehe)
Untuk menjadi dewasa kita tidak semestinya harus melupakan secara total bagaimana menjadi seorang kanak-kanak. Untuk menjadi dewasa, ada masanya kita terpaksa korbankan sesuatu yang sangat kita sayangi. Untuk menjadi dewasa, kita harus sentiasa positif dan optimis. Bukan mudah untuk mudah tapi selagi kita yakin dengan kebolehan diri kita, insyaAllah kita mampu melakukannya.

Wish you all the best, moga Allah memimpin kita menuju jalan bahagia, dunia dan akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam usaha mencari sebuah destinasi-InsyaAllah.
5 comments:
mase kecik selalu kene kejar ngan ayah. anak nakal la katekan. sumer ape orang buat, kite pun nak buat. akibatnye, berjalur gak tubuh nih.
tapi sekarang, ayah dah lain, kita pun dah lain. ayah dah tak garang2, sebab kita dah tak nakal. kita tak nakal sebab kita dah besar, dah dewasa, dah tahu berfikir secara rasional mana patut dan mana tak patut.
tapi, keriangan waktu kecil pasti kita akan tetap ingati dan kenang sampai lah kita tua. keriangan dan kegembiraan yang tidak mungkin kita kecapi buat kedua kalinya..
p/s: ehem..dah tua ye..bila nak berdua? takkan nak berseorangan je...ahhaah
woo baru tau, masa kecik2 selalu buat marathon jogathon ngn ayah eh? haha, konfem la pakcik menang =p
muda sebelum tua, dah tua mmg la tk bleh nk undur semula dah..
erkk..berdua je tk cukup, ber sepuluh ber dua puluh baru best, ahah..
masa kecik...
sape xnk balik zaman2 sewaktu kecil kn?
rindu pun ada...
ketika mak abah still have time utk sy n abg sy...
now,everyone is busy...
tp sy amat syukur dlm kesibukan kedua ibubapa sy,mereka maseh meluangkan masa utk kami adik beradik...
dan mereka sibuk bkn utk sesiapa,tp utk kami jugak...
kn kak as? :)
betul3...mereka bekerja keras demi membesarkan anak2..
allah..kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami..ameen..
ameen :)
Post a Comment