+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa: iLuvislam Dot Com

18 April 2009, hari ini dalam sejarah kerana pertama kali saya bertemu dengan keluarga iluvislam.com yang melibatkan team lain selain daripada team forum dan juga Alhamdulillah, kami dikurniakan kesempatan untuk bersama meluangkan masa bersama dengan Presiden iLuvislam.com. Imran Koyube, Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Lain dirancang, lain yang jadi kerana Allah jualah yang menentukannya. Saya membuat keputusan untuk ke pesta buku antarabangsa di PWTC ‘last minit’. Mulanya Fadhilah (Princess_Islam) menyatakan hasrat untuk bertemu di PWTC. Kemudian saya pula mendapat tahu Amany juga ingin turut serta. Jadi saya menyusun waktu agar kami dapat bertemu serentak. Teringat Nisa di UIA lalu pagi Jumaat saya menelefon beliau untuk mengajaknya turut serta dan Alhamdulillah dia bersetuju. Tak cukup dengan itu, saya turut memaklumkan di ruangan forum team, memberi tahu akan hala tuju kami, maknanya, sapa-sapa yang nak ikut serta, sila lah sila datang..^_~

Mengikut ‘perancangan nakal’ kami, kami sekadar mahu mengintai dari jauh, hehe..kononnya tak mahu mendedahkan identity masing-masing tapi ‘malangnya’ Presiden iLuvislam dapat menghidu plan kami then ask us to give a hand at the booth. Hmmm..

Nama sahaja dah ‘berusia’. Tapi masih tidak tahu memandu luar kawasan sendiri. Mulanya saya merancang untuk memandu sendiri ke PWTC. Kononnya nak belajar. Kakak tak dapat ikut kerana anak saudara saya ada latihan karate dan kawan serumah tak dapat ikut kerana ada urusan di Rawang.

Memandangkan saya selalu kelam kabut, careless dan susah nak decide jalan, kawan saya akhirnya memaklumkan bahawa dia akan menghantar saya ke PWTC. Subhanallah. Kerana sayang kepada kawannya yang comel nie, dari Rawang kawan saya (Nana) kembali ke Kota Kemuning untuk mengambil dan seterusnya menghantar saya ke PWTC. Subhanallah, Alhamdulillah, terima kasih yer kawan, moga Allah sentiasa mengekalkan ikatan ukhuwah antara kita, sampai bila-bila.

Saya tiba di PWTC dalam kira-kira jam 11.45. Syukur juga senang nak dapat parking. Mula-mula masuk ke ruang legar PWTC, di tiang ke dua selepas pintu masuk utama, saya terpandang seorang anak muda sedang sibuk mengedar brochure kepada hadirin yang datang. Ramai benar pengunjung di sini. Dari jauh dah Nampak dah senyuman beliau yang mesra melayan pengunjung. Mulanya saya nak mengelak, heheh..then change my mind, “rugi la kalau tak bertegur sapa ngn Presiden..” ekekeke..

Dengan lagak selamba, saya mendekati anak muda itu, mengambil brochure darinya kemudian tanpa melihat dan mendongakkan wajah saya ke arahnya (tunduk je, haha) saya meminta dia menunjuk arah ke booth iLuvislam. Huhu..tak cukup awet muda nampaknya kali ini coz he called me “akak”. “ Akak ikut sini, dua tiga booth, akak masuk kanan, boleh Nampak..bla bla bla..” katanya..tanpa memandang ke arah beliau I said thanx then terus menuju ke gerai buku Nufair.

Wah…banyak buku best di gerai ni, macam-macam ada..isk3..rambang mata saya jadinya, hehe..rugi kalau tak datang..(promote). Sambil-sambil memilih buku, saya sempat SMS “Im, akak dah sampai, tadi ada tegur Im, sekarang akak kat kedai Nufair” lebih kurang gitu lah ayatnya..Sibuk memilih buku, (sempat beli 3 buku je) hinggakan Presiden call dan SMS pun saya tak sedar. Tak lama kemudian saya ternampak kelibat Presiden lagi..dah alang-alang jumpa lagi saya dekat dan menghadiahkan senyuman kepada beliau. LOL. And yup, of course he can recognize me, tadi dah SMS, then sengih-sengih pulak, so sempat lah borak sepatah dua kata ngan beliau. Peramah orangnya, kaya dengan senyuman.

Setelah bayar buku yang dibeli, saya keluar dari gerai Nufair dan menuju ke kedai buku lain pula. Sedang asyik melihat buku, tiba-tiba seseorang datang menegur dari belakang. Ku toleh ku lihat Im berdiri di belakang, “Akak, saya ada hal jap, lepas ni kitorang kumpul kat ruang legar yang ada kerusi meja, nanti akak gi sana eh,” katanya. Saya angguk dan cakap OK, ^_^

Orang yang ramai, keadaan yang sangat sesak, memandangkan amany, ila dan nisa pun dah nak sampai, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke ruang legar. Im ngan seorang lagi anak muda (Syawal) serta dua kakak bertudung labuh sedang duduk semeja. Saya mendekati mereka. Kot-kot boleh bantu apa yang boleh, Alhamdulillah, mereka sedang menyiapkan brochure dan pemplate yang ingin diedarkan kepada pengunjung. Boleh juga saya hulurkan tangan.

Beberapa minit kemudian, ila, amany dan nisa tiba. Masing-masing berteman. Rancak kami bersembang sambil membantu apa yang patut, tak dilupakan Alia gadis berniqab (team ipt, kot…) . Subhanallah, bertemu dengan orang yang selama ini sekadar bertegur melalui tulisan, tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan setelah dapat bertentang mata. Maha suci Allah, Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin atas dasar perjuangan yang sama di iLuvislam.com. Moga Allah memberkati pertemuan kami pada hari ini.

Gambar dicilok dari SINI.


Imran Koyube, Presiden iLuvislam.com. Peramah dan sentiasa tersenyum. Sempat mengajarkan kami cara-cara senyum. Lol. Ada aura dan karisma sebagai pemimpin. Berpengetahuan luas dan optimis. Mudah bergaul tidak mengira batas usia, dari nenek hingga ke budak kecik, pandai mengambil hati orang, (mungkin sebab lahir bulan March, ekekek). Banyak juga pengalaman dan ilmu beliau dikongsikan bersama kami. Personally saya kagum dengan semangat dan kesungguhan beliau, moga Allah permudahkan segala urusannya. Ameen~

Syawal, artikel team. Mula-mula diperkenalkan dengan nama Syawal, konfemla kami tak kenal. Buat muka pelik, hehe..setelah perkenalkan ‘dirinya di alam iLuvislam.com’, barulah kami semua…”oooooo adv_red rupanya”..juga berkaca mata, kelihatan lagi matang dari umurnya yang baru mendapat keputusan SPM. Lebih banyak diam dan sentiasa tersenyum, menjawab bila di Tanya, segan agaknya kerana muslimah lebih ramai. Hari ini, Syawal sentiasa setia di sisi Im. Bagus2~ Macam dah lama kenal, padahal baru hari ini bertemu. Beliau lari pecut 100m bila tersedar kunci motornya tercicir, haih..sib baik jumpa. Alhamdulillah masih ada rezeki. Syawal, syawal..^_^

Fadhilah, moderator forum, datang bersama kakaknya Miza dan adiknya Zawawi. Pemalu dan sopan santun orangnya. Suka bercakap dan ambil berat tentang forum. Selama ni sekadar bertegur sapa di forum dan YM. Bertanya khabar melalui SMS dan Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan kami untuk bertemu di sini. Walaupun sedang mengejar masa namun masih sanggup meluangkan masa untuk bertemu kami di PWTC, Alhamdulillah.

Begitu juga Amany, walaupun baru selesai SPM, masing-masing seolah tiada batasan usia, semuanya kelihatan sama, bercerita dan bersembang, berkongsi pengalaman dan pandangan. Sempat juga kami membincangkan mengenai masalah di forum dan juga tentang user yang bermasalah, Subhanallah.. Indahnya perasaan ‘mengumpat’ ini, hehehehe…Bukan apa..Mencari penyelesaian. Lol.

Nisa, apa lagi yer nak di cerita. Hari ini adalah kali ketiga saya bertemu dengan beliau. Pertama kali di biliknya di UIA dan kali kedua bersama dengan seorang lagi moderator forum, Atul @ Ukhuwah. Jika di forum dan YM mesra orangnya, di dunia nyata pun dia begitu. Mesra dan banyak benda yang ingin di ceritakan, terlalu cintakan buku, dan tak pernah berkira kalau masuk bab buku. Sesungguhnya, pertemuan dengan Nisa dan Atul pada bulan March yang lepas antara kenangan terindah dalam hidup saya. Beberapa jam bertemu, kami tak henti-henti bersembang dan gelak, bahagia sangat rasanya, ^_^

AtulZaNisa

Oh, off topic, setelah selesai membuat apa yang patut, lebih kurang pukul 2 petang, kami bersolat di surau PWTC kemudian bertemu semula di ruang legar untuk makan tengah hari bersama-sama. Alia dan Amany meminta diri untuk pulang terlebih awal. Sob3..moga dapat bertemu lagi di lain hari. Ameen..Kami yang masih ada menuju ke The Mall untuk makan tengah hari. Hehe..dah kul 3 lebih, tak rasa lapar pun sebab seronok bersembang sambil buat kerja.

Sasaran pertama adalah KFC namun memandangkan tiada ruang untuk kami, kami kemudiannya menuju ke food court. Tapi kerana mind setting nak kfc jadi Im tapaukannya untuk kami. Sambil makan, sambil berbincang masalah forum seperti masalah isu semasa aka politik dan juga masalah couple. Im dengan pendapatnya tentang couple dan nisa dengan pendapatnya, saya? Tiada apa-apa pandangan. HaHa..rasanya banyak gak blur arini..banyak kali gak sempat berangan kea lam fantasia bulan madu.. tak cukup tido, senteng agaknya, haha!

Kira-kira dalam pukul 5 petang, kami semuanya ingin pulang ke rumah masing2. Sob3. Semoga diberikan kesempatan olehNya untuk bertemu lagi di lain hari. Semoga pertemuan pertama ini bukanlah yang terakhir. Harapan..moga ukhuwah yang terjalin akan sentiasa berkekalan dan direstui Ilahi. Ameen~


27 comments:

UkhwAh said...

o' krn hati melonjak2 ign tau akhirnya ceq gagahkn dri jg buka blog ni!hehe!

hehe ada jg tu point seakan2
mmjuk2 diri ini..eskem satu!hehe..

walaupun ati ni sdikit jeles (nyorok dlm selimut) tapi best baca =) nisa pun ad bercerita.
semoga ukhuwwah yg terjalin berkekalan ^-^

sygnya xda pic nak tgk :,{

Masrurah said...

salam..
akak rindu la plak nk jumpe krew iluvislam..
sy ade pi jgk tp agak lmbat.
dlm kul 4 cmtu..
actually sy tak tahu plak ade pameran dri iluvislam..
oh klu sy tau la..
sy aim awl2 booth tu.
yg mane ye akak..booth tu..level ats or bwah?
maybe sy leh pi lagi..ade ms Insyaallah.

Jolynn said...

Assalamu'alaikum akak... Bestnya akak dapat mengeratkan ukhwah dengan ahli-ahli serta krew iLuvislam... Ana jeles dan dengki. Haha~

InsyaAllah moga-moga ana dapat bertemu anda semua kelak... Mungkin pada hari perkahwinan ana? Haha~

Berlawak pula ana ni. Haha~

Tapi ana nak sangat jumpa dengan anda semua... =D

Jolynn said...

Erm... Lagi satu, ana pun tak free hari Sabtu dan Ahad. Ana free hari Isnin - Jumaat je. Hari-hari lain iLuvislam ada buka booth tak? Harap2 buka la... Huhu~

AsIAh YuSRa said...

salam..saya baru je pegi hari ni..saya pun xtahu iluvislam ada buka booth kalo x mesti dah jd antara sasaran utama...:D

AsNiza said...

::atul~tu laa..akak ada bwa kamera tp sayangnya rosak so suh member bwa balik je, ahah..xde rezeki..=(

::masrurah~laaa..dlm kul 4 kami ada lagi, hehe..tgh makan2 kat The Mall..sayangnya terlepas bertemu..mmg pasni kena collect sume fon number u all la nampaknya..=)

::Adawiyah~w'salam..Alhamdulillah..seronok juga jumpa krew2 yang lain..walopun tk plan pun..=)
Ameen..moga2 kite ada peluang untuk bertemu..

Lor~ akak keje weekdays..=((

AsNiza said...

::Asiah pegi ke? cmne arini? rasanya ada gak krew kat sana, asma dan syawal rasanya g sana arini..erm..tp tak sure..sygkn kalau masing2 dh ada sana,kot2 dah selisih bahu tp tk bertegur sapa..=(

azwashamsuddin said...

salam..kak niza,,
besh nye leh pegi klbf tu..
kalu de kt area sne ley je pgi..wuwuwuwuu~~ :(

AsNiza said...

salam whitelover...sayangnya tk dapat ikut serta.. :(

belum masanya lagi kot, harap2 kte dpt bertemu yea, one sweet day~ =)

AsNiza said...

booth nufair (kerjasama ngn iluvislam) letaknya di tingkat bawah. dari entrance utama..selepas tiang kedua/booth anamuslim, masuk kanan..

lepas 3 gerai, belah kanan, letaknya booth nufair..mcm2 ada..buku diskaun yg sgt best, buku islamik pun bykkkk sgt..antaranya aku terima nikahnya, buku tokoh2 Islam, panduan menjadi wanita solehah, panduan solat, doa, dan mcm2 ada..

buku terbitan iluvislam dan badge iluvislam pun ada..jgn lupa untuk dapatkanyya yer..=)

Lisam said...

ngehehe...dapat nengok muke korang sumer yang sengal..

(dalam hati cakap)...ooooo, gini ghupenye wajah2 engkorang ye. ooo, camni ye korang. ish43x..lain yang ku bayang, lain yang ku nampak..

25hb..kalo nak p, kene pakai topeng otromen ler...ekekeke

AsNiza said...

pakcik gelak guling2 eh, sampai ati na...isk3..

kami ada pengecualian, tk perlu topeng otromen, kalu nk juga, hehehe..niqab kan ada...

p/s: pasni leh bukak entri baru. "kisah gadis berniqab" hahaha

UkhwAh said...

hehe..

sengih sorg2 jg tgk gmbr ni kat blog bro im semalam.(xsngaja terjumpa)

nasib bek dh kenal akak n nisa jd sengih sikit ja.akhirnya dpt tgk juga gmbr len2..lepas ni kalau sembang dh blh image muka..hehe..

comei ja semua lagi2 yang ehem..hem..tu (xblh ckp nnt kembang xkuncup2)ekekee..

Pakcik nak pinjam topeng otomen cucu ka?hehe..

p/s: pyakit spam dh berjngkit d blog makNgah.jgn gtaw pakpis nnt kena tembak!shh..

AsNiza said...

haha~ beliau sudah tensi melihat thread ukhuwah sesama moderator byk spam katanya..^_^

shh..jgn gtau die kte ngumpat kt sini..hehe

aisya humaira said...

huaaa.akak..yg kat india nie rase jeleshnye tengok korang2 berjumper~ huhu.. i wish i were there too..
nti mira blk mesia leh wat gathering? *wink2~ ^_~

makan2 tu, bro IM blanje kee???hehehhh..

the sun said...

assalamualaikum wbt

wah wah wah, jelesnya tgk famili mod bertemu~

saya ja yang keseorangan esoknya, berteman krews team lain...

Ya Rabbi, adakan sekali lagi pertemuan kami, amen~

sayang kalian semua~

AsNiza said...

hehe asma, at least asma dpt la juga jumpa Im dan syawal, ekekeke..mira ngn sorang lg kt Ukrida tu apa cerita tah..lol~

jangan sedih2 yer...nangis terus lagi bagus..haha..seronoknya menyakat korang, ^_^

UkhwAh said...

luka yg kering berdarah kembali!!
nak juga tu mention UKRIDA tu..sob3..
saja ja akak nk wat kami jeles =(
tak moh tegur slama 24 jam!huk3

kak asma, aisya jom2 kita boikot
blog makNgah selama 24 jam..hehe!

p/s: makNgah ceq dh addicted dgn blog makNgah ni..hepi dpt SPAM!!ekeke ^_^ sshhh rahsia2!

Wal said...

salam

x best btol klh hari kedua.
nasib baik saya blom berduit kalau x
saya pun kopak. haha

anyway, kak niza mesti dtg la kn sabtu ni?

sabtu ni akak xyah blanje dah. haha

AsNiza said...

:: atul~dah bape jam dah atul, ekekeke..seronok buli atul,hehe..
bagus2 addicted la ramai2, cepat kaya skit akak, haha

::syawal~lenkali cuba lg, senyum byk2, penat je Im ajar, huhu..

kalu akak jadi pegi, syawal plak belanja akak eh. ^_^

Wal said...

senyum??? hahaha

satu kesukaran yg besar utk saya.

AsNiza said...

kan Im dah ajar...1 cm kanan, 1 cm kiri..huhu...dah berapa hari berkepit pun tak master ilmu senyum lagi ke?

haha

Wal said...

master ajar pun trase mcm susah in universe la. hohoho

Masrurah said...

ye ye ..jumpe 25hb ni..hehe

tu la kak..kn ade no tel la...ym akak pun sy xadd lagi..alahaiii...

Thuaibah said...

jeles tak terkata...mulanya decide tak nak komen sbb jeles sgt~

tapi bila dtg2 tgk makin byk komen...sy nk cakap juga

"moga ada rezeki utk sy jumpa org lain juga"

sedey2

Anonymous said...

bukan ke kfc tu boikot?

γƒ«γƒΌγ‚Šγ‚“ said...

muke datin2 ili bertiga~