18 April 2009, hari ini dalam sejarah kerana pertama kali saya bertemu dengan keluarga iluvislam.com yang melibatkan team lain selain daripada team forum dan juga Alhamdulillah, kami dikurniakan kesempatan untuk bersama meluangkan masa bersama dengan Presiden iLuvislam.com. Imran Koyube, Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Lain dirancang, lain yang jadi kerana Allah jualah yang menentukannya. Saya membuat keputusan untuk ke pesta buku antarabangsa di PWTC ‘last minit’. Mulanya Fadhilah (Princess_Islam) menyatakan hasrat untuk bertemu di PWTC. Kemudian saya pula mendapat tahu Amany juga ingin turut serta. Jadi saya menyusun waktu agar kami dapat bertemu serentak. Teringat Nisa di UIA lalu pagi Jumaat saya menelefon beliau untuk mengajaknya turut serta dan Alhamdulillah dia bersetuju. Tak cukup dengan itu, saya turut memaklumkan di ruangan forum team, memberi tahu akan hala tuju kami, maknanya, sapa-sapa yang nak ikut serta, sila lah sila datang..^_~
Mengikut ‘perancangan nakal’ kami, kami sekadar mahu mengintai dari jauh, hehe..kononnya tak mahu mendedahkan identity masing-masing tapi ‘malangnya’ Presiden iLuvislam dapat menghidu plan kami then ask us to give a hand at the booth. Hmmm..
Nama sahaja dah ‘berusia’. Tapi masih tidak tahu memandu luar kawasan sendiri. Mulanya saya merancang untuk memandu sendiri ke PWTC. Kononnya nak belajar. Kakak tak dapat ikut kerana anak saudara saya ada latihan karate dan kawan serumah tak dapat ikut kerana ada urusan di Rawang.
Memandangkan saya selalu kelam kabut, careless dan susah nak decide jalan, kawan saya akhirnya memaklumkan bahawa dia akan menghantar saya ke PWTC. Subhanallah. Kerana sayang kepada kawannya yang comel nie, dari Rawang kawan saya (Nana) kembali ke Kota Kemuning untuk mengambil dan seterusnya menghantar saya ke PWTC. Subhanallah, Alhamdulillah, terima kasih yer kawan, moga Allah sentiasa mengekalkan ikatan ukhuwah antara kita, sampai bila-bila.
Saya tiba di PWTC dalam kira-kira jam 11.45. Syukur juga senang nak dapat parking. Mula-mula masuk ke ruang legar PWTC, di tiang ke dua selepas pintu masuk utama, saya terpandang seorang anak muda sedang sibuk mengedar brochure kepada hadirin yang datang. Ramai benar pengunjung di sini. Dari jauh dah Nampak dah senyuman beliau yang mesra melayan pengunjung. Mulanya saya nak mengelak, heheh..then change my mind, “rugi la kalau tak bertegur sapa ngn Presiden..” ekekeke..
Dengan lagak selamba, saya mendekati anak muda itu, mengambil brochure darinya kemudian tanpa melihat dan mendongakkan wajah saya ke arahnya (tunduk je, haha) saya meminta dia menunjuk arah ke booth iLuvislam. Huhu..tak cukup awet muda nampaknya kali ini coz he called me “akak”. “ Akak ikut sini, dua tiga booth, akak masuk kanan, boleh Nampak..bla bla bla..” katanya..tanpa memandang ke arah beliau I said thanx then terus menuju ke gerai buku Nufair.
Wah…banyak buku best di gerai ni, macam-macam ada..isk3..rambang mata saya jadinya, hehe..rugi kalau tak datang..(promote). Sambil-sambil memilih buku, saya sempat SMS “Im, akak dah sampai, tadi ada tegur Im, sekarang akak kat kedai Nufair” lebih kurang gitu lah ayatnya..Sibuk memilih buku, (sempat beli 3 buku je) hinggakan Presiden call dan SMS pun saya tak sedar. Tak lama kemudian saya ternampak kelibat Presiden lagi..dah alang-alang jumpa lagi saya dekat dan menghadiahkan senyuman kepada beliau. LOL. And yup, of course he can recognize me, tadi dah SMS, then sengih-sengih pulak, so sempat lah borak sepatah dua kata ngan beliau. Peramah orangnya, kaya dengan senyuman.
Setelah bayar buku yang dibeli, saya keluar dari gerai Nufair dan menuju ke kedai buku lain pula. Sedang asyik melihat buku, tiba-tiba seseorang datang menegur dari belakang. Ku toleh ku lihat Im berdiri di belakang, “Akak, saya ada hal jap, lepas ni kitorang kumpul kat ruang legar yang ada kerusi meja, nanti akak gi sana eh,” katanya. Saya angguk dan cakap OK, ^_^
Orang yang ramai, keadaan yang sangat sesak, memandangkan amany, ila dan nisa pun dah nak sampai, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke ruang legar. Im ngan seorang lagi anak muda (Syawal) serta dua kakak bertudung labuh sedang duduk semeja. Saya mendekati mereka. Kot-kot boleh bantu apa yang boleh, Alhamdulillah, mereka sedang menyiapkan brochure dan pemplate yang ingin diedarkan kepada pengunjung. Boleh juga saya hulurkan tangan.
Beberapa minit kemudian, ila, amany dan nisa tiba. Masing-masing berteman. Rancak kami bersembang sambil membantu apa yang patut, tak dilupakan Alia gadis berniqab (team ipt, kot…) . Subhanallah, bertemu dengan orang yang selama ini sekadar bertegur melalui tulisan, tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan setelah dapat bertentang mata. Maha suci Allah, Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin atas dasar perjuangan yang sama di iLuvislam.com. Moga Allah memberkati pertemuan kami pada hari ini.

Gambar dicilok dari
SINI.Imran Koyube, Presiden iLuvislam.com. Peramah dan sentiasa tersenyum. Sempat mengajarkan kami cara-cara senyum. Lol. Ada aura dan karisma sebagai pemimpin. Berpengetahuan luas dan optimis. Mudah bergaul tidak mengira batas usia, dari nenek hingga ke budak kecik, pandai mengambil hati orang, (mungkin sebab lahir bulan March, ekekek). Banyak juga pengalaman dan ilmu beliau dikongsikan bersama kami. Personally saya kagum dengan semangat dan kesungguhan beliau, moga Allah permudahkan segala urusannya. Ameen~
Syawal, artikel team. Mula-mula diperkenalkan dengan nama Syawal, konfemla kami tak kenal. Buat muka pelik, hehe..setelah perkenalkan ‘dirinya di alam iLuvislam.com’, barulah kami semua…”oooooo adv_red rupanya”..juga berkaca mata, kelihatan lagi matang dari umurnya yang baru mendapat keputusan SPM. Lebih banyak diam dan sentiasa tersenyum, menjawab bila di Tanya, segan agaknya kerana muslimah lebih ramai. Hari ini, Syawal sentiasa setia di sisi Im. Bagus2~ Macam dah lama kenal, padahal baru hari ini bertemu. Beliau lari pecut 100m bila tersedar kunci motornya tercicir, haih..sib baik jumpa. Alhamdulillah masih ada rezeki. Syawal, syawal..^_^
Fadhilah, moderator forum, datang bersama kakaknya Miza dan adiknya Zawawi. Pemalu dan sopan santun orangnya. Suka bercakap dan ambil berat tentang forum. Selama ni sekadar bertegur sapa di forum dan YM. Bertanya khabar melalui SMS dan Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan kami untuk bertemu di sini. Walaupun sedang mengejar masa namun masih sanggup meluangkan masa untuk bertemu kami di PWTC, Alhamdulillah.
Begitu juga Amany, walaupun baru selesai SPM, masing-masing seolah tiada batasan usia, semuanya kelihatan sama, bercerita dan bersembang, berkongsi pengalaman dan pandangan. Sempat juga kami membincangkan mengenai masalah di forum dan juga tentang user yang bermasalah, Subhanallah.. Indahnya perasaan ‘mengumpat’ ini, hehehehe…Bukan apa..Mencari penyelesaian. Lol.
Nisa, apa lagi yer nak di cerita. Hari ini adalah kali ketiga saya bertemu dengan beliau. Pertama kali di biliknya di UIA dan kali kedua bersama dengan seorang lagi moderator forum, Atul @ Ukhuwah. Jika di forum dan YM mesra orangnya, di dunia nyata pun dia begitu. Mesra dan banyak benda yang ingin di ceritakan, terlalu cintakan buku, dan tak pernah berkira kalau masuk bab buku. Sesungguhnya, pertemuan dengan Nisa dan Atul pada bulan March yang lepas antara kenangan terindah dalam hidup saya. Beberapa jam bertemu, kami tak henti-henti bersembang dan gelak, bahagia sangat rasanya, ^_^

AtulZaNisa
Oh, off topic, setelah selesai membuat apa yang patut, lebih kurang pukul 2 petang, kami bersolat di surau PWTC kemudian bertemu semula di ruang legar untuk makan tengah hari bersama-sama. Alia dan Amany meminta diri untuk pulang terlebih awal. Sob3..moga dapat bertemu lagi di lain hari. Ameen..Kami yang masih ada menuju ke The Mall untuk makan tengah hari. Hehe..dah kul 3 lebih, tak rasa lapar pun sebab seronok bersembang sambil buat kerja.
Sasaran pertama adalah KFC namun memandangkan tiada ruang untuk kami, kami kemudiannya menuju ke food court. Tapi kerana mind setting nak kfc jadi Im tapaukannya untuk kami. Sambil makan, sambil berbincang masalah forum seperti masalah isu semasa aka politik dan juga masalah couple. Im dengan pendapatnya tentang couple dan nisa dengan pendapatnya, saya? Tiada apa-apa pandangan. HaHa..rasanya banyak gak blur arini..banyak kali gak sempat berangan kea lam fantasia bulan madu.. tak cukup tido, senteng agaknya, haha!
Kira-kira dalam pukul 5 petang, kami semuanya ingin pulang ke rumah masing2. Sob3. Semoga diberikan kesempatan olehNya untuk bertemu lagi di lain hari. Semoga pertemuan pertama ini bukanlah yang terakhir. Harapan..moga ukhuwah yang terjalin akan sentiasa berkekalan dan direstui Ilahi. Ameen~