Saya berlindung dengan nama Allah, dari gangguan syaitan yang direjam.
Dimulai dengan menyebut nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama sekali, sebelum meneruskan celoteh saya pada kali ini, terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari, memohon keampunan andai apa yang bakal saya coretkan di sini, mungkin akan melukai atau mengguris hati mana-mana pihak. Sekali lagi maaf saya pohonkan, andai ada salah dan silap, moga sudi-sudilah menegur dan perbetulkan saya. InsyaAllah, saya akan cuba berlapang dada, menerima pandangan dan pendapat sahabat yang dirahmati Allah.
Begini.
Isu yang ingin saya kupas kali ini adalah berkenaan dengan warna kulit, ras, agama, bangsa, kaum, puak dan sewaktu dengannya.
Diciptakan Allah, kita makhluk yang unik. Di beri 'kebebasan' untuk berfikir dan membuat pilihan. Maka dengan izin-Nya, jadilah kita berpuak-puak. Juga menganuti pelbagai agama. Samada agama wahyu mahupun agama ciptaan manusia itu sendiri. Malaysia negara kita tidak kurang uniknya juga. Kita terkenal dengan masyarakat majmuk, pelbagai kaum dan anutan. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Ada agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Imran ayat ke-18;
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam ........ "
Dengan kekuasaan dan sifat-Nya yang Maha Pencipta. Allah boleh saja menciptakan umat manusia hanya satu kaum. Namun mengapa, Dia menciptakan kita sebaliknya? Kita bukan terdiri hanya dari satu kaum, tapi pelbagai kaum! Berbeza warna kulit dan fahaman. Berbeza cara hidup dan pegangan. Berbeza budaya dan bahasa.
Maha Suci Allah yang Maha Mencipta.
Kita mungkin tertanya-tanya. Namun tentunya hanya Allah yang Maha Mengetahui atas segala kejadian. Walau apapun, mari kita ambil iktibar dan ibrah di sebalik kejadian dan penciptaan. Kerana sesungguhnya, setiap apa yang Allah ciptakan, tiada yang untuk sia-sia.
Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49:13)
Berkenalan dan beramah mesra.
Saya anak jati Kelantan. Di sekeliling saya, hampir 99.99% adalah kaum Melayu. Ketika kecil, di zaman sekolah rendah, saya tidak pernah berkawan dengan kawan sekelas yang berbangsa selain daripada bangsa saya sendiri.
Namun saya ingat lagi, ketika di sekolah rendah. Ada satu keluarga Cina yang menghantar anak-anaknya ke sekolah tempat saya belajar. Jika tidak silap saya, nama keluarga itu adalah Quek. Agak miskin dan jika saya tidak silap, bapanya pengayuh beca. Biarpun adik-beradik Quek tidak sekelas dengan saya, namun mereka cukup popular kerana mereka satu-satunya berlainan bangsa dengan kami. Malangnya, kehadiran mereka seolah-olah tidak disenangi oleh pelajar-pelajar lain. Mereka bukan sahaja dipulaukan malahan diberi gelaran dan diejek. Tidak lama mereka di sekolah itu. Akhirnya mereka bertukar sekolah dengan sebab yang hanya mereka dan Tuhan yang tahu.
Itu kenangan pertama saya mengenali bangsa lain. Hakikatnya, waktu itu saya kenal beberapa kawan ayah yang berlainan bangsa seperti Ah Peng dan Ah Seng. Tapi berbeza kerana mereka dewasa, saya masih kanak-kanak, sekadar melihat dari jauh, tidak pernah bercakap. (Orang Cina di Kelantan fasih bercakap loghat Kelantan)
Kenangan kedua adalah apabila naik tingkatan satu, dalam lebih 40 orang pelajar Melayu, akhirnya ada seorang pelajar Cina. Saya ingat namanya, Su Wan Hui. Anak saudara kepada guru Inggeris sekolah kami. Memandangkan saya berada di kelas pertama, persaingan antara para pelajar untuk mendapat tempat pertama agak sengit. Su Wan Hui tidak mudah mengalah, begitu juga pelajar yang lain.
Beza kali ini, Su Wan Hui tidak dipandang rendah seperti adik beradik Quek, kerana dia pandai, anak saudara cikgu, kelihatan kemas dan selalu tersenyum. Dan sifat keanakan dalam diri kami juga sudah mula berkurang, jadi, saya kira Su Wan Hui beruntung kerana tidak dipulaukan, tidak diejek dan diberi gelaran buruk. Pun begitu, tamat tingkatan satu, naik tingkatan dua, dia berpindah sekolah, khabarnya menyambung pengajian di Singapura, wallahua'alam.
Selesai mendapat keputusan PMR, naik tingkatan empat, saya diterima masuk ke salah sebuah MRSM. Kebetulan barangkali, batch saya waktu itu, semuanya bumiputera, lebih tepat lagi, semuanya berbangsa Melayu. Sekali lagi saya 'selesa' dalam lingkungan sahabat-sahabat yang sebangsa dengan saya.
Namun segalanya berubah bila saya melangkah ke alam universiti.
Nisbah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera hampir sama banyak. Beza pun mungkin sedikit sahaja. Kali ini, bagai kejutan budaya. Saya tiba-tiba terpaksa bergaul dengan teman-teman yang berlainan bangsa dengan saya, dalam jumlah yang banyak.
Barulah saya dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam, setelah bergaul dengan mereka dengan lebih rapat. Akhirnya saya tahu.. "Oh, rupanya begini..."
Tamat zaman belajar dan kini, saya di alam pekerjaan.
Kita dan mereka berkongsi satu negara. Berjalan di atas tanah yang sama, menjunjung langit yang sama. Suka atau tidak, kini saya dan mereka bekerja di bawah satu bumbung, bernaung di tempat kerja yang sama untuk mencari sesuap nasi.
Tidak saya nafikan, sebagaimana ada kaum Melayu yang perjuangkan bangsa Melayu, sebenarnya Kaum Cina lebih hebat perjuangannya memperjuangkan bangsa mereka. Jika Melayu ada yang racist, bangsa lain pun tidak kurangnya juga. Namun saya melihat dari pandangan yang positif, 'bagusnya' racist mereka adalah apabila mereka tidak banyak bersuara, tidak banyak menunjuk-nunjuk sikap perkauman mereka sebagaiamana yang sering dilakukan oleh orang Melayu. Tapi dalam diam, mereka berisi. Mereka saling membantu sesama mereka, bukan seperti kaum kita yang tidak suka melihat orang lain lebih berjaya. Sedih.
Dilema rakan sekerja berlainan bangsa.
Sebagaimana orang Melayu yang ada sikap dan peel yang pelbagai. Saya akui, kaum lain juga serupa. Begitulah rakan sekerja saya.
Dalam percakapan dan perbualannya, jelas dan ketara, dia mempunyai persepsi yang negatif terhadap orang Melayu. Jika sekali dua mungkin tidak kelihatan, tapi bila diulang berkali-kali, dan boleh dikatakan dalam setiap tutur bicara, memang ketara sekali, 'dia tidak suka orang Melayu.'
Refleksi daripada rakan-rakan sekerja Melayu yang lain. Tentunya negatif. Siapa tidak 'panas' bila bangsa sendiri selalu diperlekehkan, dipandang serong dan negatif secara pukal?
Saya mengerti, namun saya bersyukur kepada Allah, kerana masih diberi kekuatan untuk berhadapan dengannya. Alhamdulillah kerana sehingga ke saat ini, saya masih lagi belum membencinya.
Walaupun beberapa kali dia pernah meninggikan suara, menengking saya di hadapan rakan sekerja lain tanpa sebab yang munasabah. Sedangkan dia bukanlah superior (bos) saya. Alhamdulillah, perasaan benci terhadapnya belum lagi terbit dalam diri saya, dan saya berdoa, agar ketenangan ini terus kekal di dalam jiwa saya. Amin ya rabb.
Cumanya, saya agak terkilan dan kecewa dengan rakan sekerja Melayu yang lain. Yang seolah-olah membenci dia, tidak menganggap dia seperti rakan sekerja, seolah-olah mengasingkan dia.
Saya mengerti, ada kalanya saya juga tidak suka sikapnya yang negatif. Namun, sering saya ingatkan diri sendiri, yang saya benci adalah sikapnya, bukan dia. Jika dia berkelakuan buruk, benar saya benci kelakuannya itu, tapi bila kemudiannya dia tidak melakukan keburukan itu, insyaAllah, saya terima dia seadanya. Kerana saya tidak pernah membenci dirinya.
Dan saya cuba untuk faham. Kenapa dia berprasangka negatif terhadap orang Melayu?
Mungkin dia ada sejarah dan pengalamannya yang tersendiri. Di 'pow' oleh polis yang berbangsa Melayu, misalannya. Atau mungkin ketika di zaman sekolah, dia dipulaukan seperti adik beradik Quek. Kita tidak tahu.
Memang sukar untuk membuat orang memahami diri kita, agak mustahil mengubah orang lain, namun insyaAllah, jika kita mahu, kita boleh cuba untuk memahami orang lain. Dan ini, kita mampu lakukannya, dengan izin Allah.
Setiap kali berhadapan dengannya. Saya selalu ingatkan diri sendiri.
"SAYA DUTA AGAMA SAYA. SAYA DUTA BANGSA SAYA"
Oleh itu, walaupun saya banyak kekurangan, namun saya cuba semampu saya, untuk tunjukkan sifat dan contoh yang terbaik. Bersabar. Bergaul dengannya semampu saya. Manalah tahu, mudah-mudahan, pintu hatinya terbuka untuk menidakkan segala kesalah fahamannya terhadap agama dan bangsa saya. Dan alangkah indahnya, andai suatu hari nanti, hidayah Allah mengetuk pintu hatinya, dan dengan izin Allah, dia mungkin kembali kepada agama Allah yang satu, Islam.
Saya menyeru, kepada sahabat sekalian, dan diri saya sendiri agar teruslah menjadi duta kepada agama dan bangsa.
Jika mereka berkelakuan buruk, sematkan dalam fikiran, "Maafkanlah kerana mereka belum mendapat hidayah Allah." "Bersabar kerana aku manusia yang terpilih untuk merasai nikmat Islam dan Iman". "Bersabar kerana mereka masih di dalam kegelapan sedangkan aku telah mendapat cahaya Ilahi." "Aku harus tunjukkan sikap yg terbaik, kerana aku menganut agama yang benar, kerana Allah Tuhanku, kerana Muhammad rasulku."
Renung-renungkanlah.
Jika mereka bersikap buruk, dan kita membalasnya serupa, maka, apa bezanya kita dengan mereka?
Bukankah kita hamba Allah? Bukankah kita ummat Muhammad? Bukankah kita punyai Al-Quran?
Di dalam Al-Quran tercatit;
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat 49:11)
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat 49:12)
Benarlah firman Allah..
Mohon izin berundur. Ambil mana yang baik, buang mana yang keruh. Andai ada salah dan khilaf, mohon dibetulkan. Andai ada yang senget dan serong, mohon diluruskan. Sekian sekadar pandangan dari diri ini yang hina. Sehingga bertemu lagi dengan izin Allah.
Wassalam wbt.

1 comment:
terima kasih atas perkongsian.entry yang sangat bagus!Thumbs up:)
Post a Comment