+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, March 31, 2012

Hujan Panas

"Ish! Hari-hari hujan, nak jemur pakaian pun payah. Nak keluar rumah pun leceh!" Rungut Ali. Mukanya masam mencuka.

Dengan takdir Allah, hari esoknya panas terik. Tidak lagi hujan seperti hari-hari semalam. Ali ingin beriadah bersama anak-anak dan isterinya di taman berhampiran. Tiba di taman, matahari masih memancar cahaya, bersinar terang. Bahangnya terasa. Mereka berpeluh-peluh, kulit pula terasa perit.

Thursday, March 29, 2012

Wednesday, March 28, 2012

Berehat Jom!


Assalamualaikum wbt. Apa khabar iman kita hari ini? Moga semuanya baik-baik belaka, insyaAllah. Doakan saya juga.

Alhamdulillah, hari ini saya telah dipilih untuk mengikuti latihan di luar tempat kerja. Sekali sekala tukar angin keluar dari ofis enak juga rasanya. Keluar daripada rutin harian, bertemu dengan orang baru, bukan muka sama yang kita jumpa hari-hari. Seronok juga.

Tuesday, March 27, 2012

Jangan Takut Pada Bayang

Allah berfirman dalam Surah Al-An'am, ayat yang ke - 134 yang bermaksud,

"Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu, pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya.."

Sifat Tanah

"Syaitan diperbuat daripada apa?" Suatu hari, seorang teman bertanya.

"Syaitan daripada api," Saya menjawab.

"Sifat api bagaimana?" dia bertanya lagi.

"Api tu panas, boleh membakar." saya menyahut.

"Lagi?" dia terus menduga saya.

Seperti Kera

Bunga yang cantik, indah berwarna-warni lagi wangi baunya, jika diberi kepada kera, tiada nilainya. Dicampak dan dipijak. Silap haribulan mungkin akan dibaling semula ke muka si pemberi lalu berdarah. Begitu juga, kata-kata yang indah, nasihat dan peringatan, jika diberikan kepada orang yang tidak tahu menghargai, semuanya hanya sia-sia. Tiada bermanfaat.

Saturday, March 24, 2012

Misteri Sebuah Ikatan


Barangkali, waktu itu saya masih terlalu kecil. Terlalu muda untuk mengerti apatah lagi membuat penilaian terhadap beberapa 'kejadian aneh' yang terjadi antara kedua ibu-bapa saya. Ya lah. Waktu itu saya tak tahu apa. Cuma tahu pergi ke sekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. 

Pulang dari sekolah, saya mencari makanan di dapur. Apa yang ada di dapur, sedap atau tidak, itulah makanan saya. Kemudian saya bermain dengan kawan-kawan jiran tetangga. Lalu hari pun malam. Oleh kerana zaman kanak-kanak, rumah saya belum ada bekalan elektrik, selepas makan malam, saya adik-beradik terus masuk tidur. Begitulah rutin harian saya.

Di celah-celah rutin hidup saya juga, tidak terpisah dengan 'kejadian aneh' yang terjadi antara emak dan ayah saya. Aneh. Sungguh aneh.

Beautiful of Islam - Pictures


Friday, March 23, 2012

Dengan Nama Mu Ku Pohon

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.. Dengan nama-Mu ya ALLAH, aku memohon..

Ya Allah.. Ya Muntaqim, jangan Kau siksa aku atas segala dosa yang pernah aku lakukan. Samada sengaja ataupun tidak. Besar ataupun kecil. Ya Hakam, jangan Kau hukum aku dengan hukuman yang tidak mampu aku galas. Ya Khafidh, janganlah Kau biarkan aku terhina di dunia dan di akhirat...

Ya Wadud, Engkaulah yang Maha Pencinta berikanlah aku cinta agar aku dapat mencintai-Mu dengan sepenuh hatiku dan cintailah aku.. Ya Ghofur, hanya Engkau yg maha pengampun, ampunilah aku yang telah banyak berdosa pada-Mu. Ya 'afuww, maafkanlah aku. Tanpa kemaafan dari-Mu sungguh aku tergolong dalam golongan yang rugi..

Ya Muqtasir, tentukanlah aku kesudahan yang baik. Matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah. Ya Nur, berikanlah aku cahaya hidayah-Mu, keluarkanlah aku dari kegelapan. Ya Haadi, berikanlah aku petunjuk-Mu agar aku tidak tersesat dan terus menzalimi diri sendiri. 

Ya Qobidh, janganlah Kau sempitkan aku. Ya Hasib, cukupkanlah aku. Ya Basith, lapangkanlah hidupku jangan sampai aku meminta-minta selain daripada Engkau. Ya Wahhab, berikanlah aku sebaik-baik anugerah dari sisi Mu. Hanya pada-Mu tempat ku berserah diri dan tempat aku memohon pertolongan.

Ya Waliy, lindungilah aku daripada maksiat dan azab api neraka. Ya Sami' dengarlah permintaan-permintaanku ini. Engkaulah Ar Rahman, Ar Rahim, Al Malik. Al Malikul Mulk. Ya Dzal jalalil wal ikram. Ya Mujib, makbulkanlah doa-doa ku

Thursday, March 22, 2012

Early in The Morning

Hasniza Ibrahim
Early in The Morning

The alarm knocking. 
New day began. 
We open our eyes. 
We standing on the start line. 
Ready to race with time.

We left our bed. 
Brought all burdens along. 
Few said hamdalah.
Many forgot to thanks to Allah. 

Few went to mosque. 
Worship Allah, pray for strenght. 
Many were not, 
Worry late to work they said.

And the life began. 
Similarly like yesterday. 
We just copied and pasted. 
We repeated the same routines. 
We re-do the same activities.

We woke our children up
Sent them to school with hustle. 
Told them to study and score As
We drove like crazy
 Rushing to work but stuck in jammed!

The blood preasure increased fast. 
We pushed our hon started to shout. 
We were totally in mad. 
Our face turn to red.
Our mood spoiled and ruined.

Our stomach singing in pain. 
So early in the morning. 
Sometimes we took our breakfast. 
Most of the time we did not. 
Time was running fast. 
We always lost in the race.

Still early in the morning. 
The sun did not rise yet. 
Cars and bikes line up on roads.
Like a train without a rail.

Early in the morning. 
We did not hear the sound of cock. 
Here we heard sound of engines and hons. 
Sound of our neighbours on our left and our right. 
So close. 
Just like in a same room.

Rarely we heard they laughed.
Usually we heard they screamed. 
Voices of stressed people, surrounding us. 
Haunted us.

Oh God.
Please save us.
Everyday we race with time. Everyday we lost!
Not because we are slow.
But time running fast.

Oh God you knows best.
Give us light show us way.
Help us out from the crazy race.
Early in the morning.


This is my early in the morning. At place where people racing with time. Running without giving up. Although most of the time, they always lost.



*lot of mistake on grammar and vocab, apologize ye, hehe

Tuesday, March 20, 2012

Belum Berakhir

Mustafa membuka matanya perlahan-lahan. Bunyi tembakan senapang, pekik tangis manusia bersilih ganti tidak lagi kedengaran. Kesunyian kini memenuhi ruang. Darah masih belum berhenti mengalir dari perutnya. Mustafa mula terasa kedinginan.


Teratak Ilmu, di situlah Mustafa dilahirkan dan dibesarkan. Begitu juga Wardah dan Malik. Juga Haikal, Hanim, Hanum dan ramai lagi. Di bawah bumbung teratak itulah mereka bernaung dan berteduh. Dan di teratak itu jugalah, ramai pemuda-pemudi dari segenap pelosok negeri datang berkumpul demi menuntut ilmu. Mereka datang membawa sejuta harapan dengan satu niat, semuanya kerana Allah Taala.

Love Stories



Saturday, March 17, 2012

Hidup Biarlah Bermatlamat

"Aku hidup untuk makan" dengan "Aku makan untuk hidup" sangat besar bezanya. Bunyinya hampir sama tapi ternyata maksudnya berbeza kerana matlamat antara keduanya itu jauh berbeza.

Dalam tiap apa yang kita lakukan, perlu ada matlamat. Bayangkan dua pasukan bola sepak berentap di atas padang, tapi tiang golnya tiada. Bagaimana agaknya permainan mereka? Berlari ke sana sini tanpa haluan akhirnya terduduk lelah. Bayangkan juruterbang menerbangkan kapal terbang tapi tidak tahu ke mana arah hendak di tuju. Berkelana di awang-awangan hingga akhirnya bahan bakar habis lalu ia akan jatuh terhempas.

Begitu jugalah kita manusia yang hidup di dunia ini, perlu ada matlamat hidup. Ada misi dan visi. Ada tujuan dan keinginan. Ada haluan dan panduan. Ada destinasi yang ingin di tuju. Ada keinginan yang ingin dicapai.

Sebagaimana firman Allah swt, Dia menciptakan kita sebagai hamba untuk beribadah kepadaNya. FirmanNya juga, manusia adalah khalifah di muka bumi.

Bandingkan kita dengan gajah, siapa yang lebih kuat? Tapi kenapa kita yang terpilih. Bandingkan kita dengan kuda, siapa yang lebih pantas, tapi kenapa kita yang terpilih? Bandingkan kita dengan katak, di darat hidup, di air tak lemas, tapi kenapa kita yang terpilih? Bandingkan kita dengan malaikat, siapa yang lebih taat, tapi kenapa kita yang terpilih sebagai khalifah? Jawabnya, kerana Allah lebih mengetahuì segalanya.

Bagaimana pula menjadi khalifah tapi pada masa yang sama juga hamba?

Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui. Maka Dia tidak membiarkan kita termanggu, kebingungan. Dia mengirimkan rasul untuk memimpin dan memberikan contoh yang terbaik. Dia juga menurunkan al-quran, lengkap sebagai panduan hidup agar tidak sesat.

Sebagai seorang muslim, kita perlu percaya dan yakin akan adanya hari akhirat, adanya syurga dan neraka. Dalam membina matlamat, jangan sekali-kali lupa matlamat kita yang paling utama yakni syurga.

Tidak salah andai kita punyai matlamat yang variasi, tapi ingat, apakah matlamat kita 'yang lain-lain' itu akan membawa kita kepada matlamat yang paling utama?

Janganlah kita jadi seorang yang hebat, berjaya - tapi sekadar untuk duniawi. Selepas mati, kita pun tidak tahu bagaimana nasib kita kerana matlamat kita yang utama kabur.

Islam bukan agama yang menyekat ummatnya mencapai kejayaan di dunia, tapi lebih dari itu, Islam menganjurkan umatnya agar berjaya di dunia dan di akhirat. Matlamat kita tidak terhenti setakat mati, tapi dilanjutkan hingga ke alam barzakh, alam akhirat yang kekal abadi.

Oleh itu, sebagai makhluk Allah yang istimewa, buatlah pilihan dengan bijak. Pilih dan doronglah matlamat kita dengan sebaik-baiknya.

"Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat."

Kehidupan yang Baru

Monday, March 12, 2012

Belajar Kenapa?


"Kalau ingat kita masa kanak-kanak dulu, siapa sangka kita sekarang macam ni. Aku sendiri pun kadang-kadang rasa macam tak percaya. Dulu kita susah, sekarang ni alhamdulillah." Kata kakak saya pada suatu hari. Saya setuju ikut tersenyum mengia-iakan kata-katanya.

Sunday, March 11, 2012

PRU-13

Kerap saya terbaca perkongsian status FB sahabat-sahabat saya yang bunyinya lebih kurang begini, "Tak sabar menanti PRU-13 berakhir. Sudah penat melihat tv dan membaca akhbar yang 'tidak normal' ".

Kalau setuju dengan status FB sahabat kita, biasanya kita terdetik dalam hati 'a-ah betullah!', kadang-kadang kita tekan 'like' atau 'share'. Kadangkala kita reply comment bila setuju atau pun tidak bagi melanjutkan lagi perbincangan.

Syurga atau Neraka

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam buat Nabi junjungan, keluarga dan para sahabat.

Indahnya janji-janji Allah, antaranya yang tercatit pada ayat yang ke-22 dalam Surah Ar-Rad.
 
"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik."
 

Saturday, March 10, 2012

Biar Tersilap Tidak Hukum daripada Tersilap Hukum

"Buat apa bazir duit ribu-ribu pergi Mekah? Duit banyak tu, dah boleh buat macam-macam."

"Eleh! Kalau buat umrah setakat nak menunjuk-nunjuk, nak orang nampak dia hebat, buat apa?"

"Ah. Tak heranlah dia pergi Mekah. Tak ada makna pun!"

Friday, March 9, 2012

10 Perkara yang Merosakkan Otak

Salam wbt, perkongsian ini saya copy dari wall FB sahabat saya. Saya kongsikan di sini, bagi memudahkan diri saya sendiri merujuknya suatu hari nanti dan moga bermanfaat kepada kalian juga, ya? InsyaAllah.

Terima Kasih "Anonymous"

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Semoga dirahmati Allah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas segalanya. Yang mencetuskan ilham, yang memberi idea kepada saya untuk terus menconteng dan berceloteh di sini. Alhamdulillah. Jika sebelum ini, saya sering rasa bersalah kerana kurang 'memberi' kepada ummah. Jarang update blog. Tiada perkongsian menarik apatah lagi bermanfaat untuk saya coretkan di ruangan blog saya ini. Namun syukur alhamdulillah, Allah kirimkan sahabat-sahabat seperjuangan untuk saya mencabar diri saya sendiri dan sekaligus mencetuskan idea untuk berkongsi di sini. Terima kasih Allah.

Melalui entri blog saya "Utamakan yang Lebih Utama" yang ditulis pada tarikh 20 Julai 2010, setelah lebih setahun, alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat feedback dari 'secret admirer' yang merahsiakan namanya. Barangkali beliau terlupa, saya mula menulis blog sejak tahun 2007. Atau tidak tahu bahawa saya menulis atas niat 'memberi kepada ummah'. Kerana sedar diri bahawa saya ini tiada banyak harta untuk disedekahkan. Tapi, tak mengapalah. Kerana menghargai usahanya yang telah gigih menulis untuk saya, suka saya kongsikan untuk peringatan buat diri ini pada masa hadapan. InsyaAllah. 

Kita Sahabat



Sunday, March 4, 2012

Ikan Hidup



 
"Kita boleh dengar apa jua cerita orang kerana kita sememangnya tiada upaya menutup mulut mereka. Tapi kita juga ada akal, ada naluri, pandai-pandailah memilih dan menapis mana yang memudaratkan dan mana pula memanfaatkan. Yang buruk buanglah jauh-jauh. Yang baik simpanlah sungguh-sungguh. Jadilah seperti ikan di laut masin. Selagi hidup tak mungkin menjadi ikan masin, melainkan ianya telah MATI."