+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, June 25, 2009

Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel


Alhamdulillah, saya akhirnya selesai membaca buku ini. Ini buku kedua hasil karya Abdul Latip Talib yang berjaya saya khatam selepas buku Salahudin Al-Ayubi.

Sejarah Kerajaan Usmaniah

Semasa pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian, orang-orang Turki membantu tentera Islam menawan Bukhara dan Samarkand. Orang-orang Turki terus memainkan peranan yang penting sehingga kepada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. Waktu itu, mereka sudah memegang jawatan penting dalam tentera dan politik.

Apabila berlaku perselisihan antara Khalifah Abbasiyah di Baghdad dengan Khalifah Fatimiyah di Mesir, terbentuk kerajaan Saljuk, tetapi akhirnya kerajaan Saljuk dikalahkan oleh tentera Monggol di bawah pemerintahan Gengis Khan.

Sejarah kerajaan Usmaniah bermula pada abad ke 13 apabila Ertoghul memimpin satu kabilah Turki melarikan diri daripada tentera Monggol hingga ke Anatolia. Ertoghul telah membantu Sultan Saljuk mengalahkan tentera Romawi. Sebagai membalas budi Ertoghul, Sultan Alaudin memberikan sebuah wilayah di sebelah barat Anatolia kepadanya. Pada 1288, Ertoghul mangkat dan digantikan oleh puteranya bernama Usman. Daripada nama ini wujudnya Dinasti Usmaniah. Baginda telah meluaskan lagi kawasan pemerintahannya dengan menawan kawasan-kawasan berhampiran.

Pada 1300, Dinasti Saljuk dijatuhkan oleh Monggol sekali lagi dan Sultan Alaudin mangkat menyebabkan tanah jajahannya berpecah belah. Sultan Usman berusaha menyatukan semula wilayah-wilayah Turki.

Pada 1326, Sultan Usman mangkat lalu digantikan oleh puteranya Sultan Orhan Ghazi. Baginda berjaya memperkasakan kerajaan Usmaniah. Apabila baginda mangkat pula, kerajaan Usmaniah diperintah oleh Sultan Murad (1359-1389). Pusat pemerintahan kemudian dipindahkan ke Edirne.

Selepas baginda mangkat, tempatnya diganti oleh Sultan Beyazid (1393-1403). Baginda meluaskan pemerintahan sehingga menawan Bulgaria, Perancis dan Jerman pada tahun 1393. Selepas itu bermulalah usaha bagi menawan Konstantinopel. Kota ini menjadi kebanggan kerajaan Rom kerana kedudukanya yang strategik antara Eropah dan Asia. Kerana itu Napoleon Bonarpate pernah berkata;

"Sekiranya aku menguasai Konstantinopel, maka mudahlah aku menguasai dunia"

Kerajaan Byzantium ini sering mengancam perkembangan Islam, Nabi Muhammad SAW pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyakkannya sehingga baginda Nabi berdoa, kerajaan Rom akan dikoyak-koyakkan oleh tentera Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam, pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin, dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (H.R Ahmad Bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Kerana hadis ini jugalah, usaha menakluk Kontantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah, Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397, dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.

Akhirnya pada 29hb Mei 1435 Masihi, barulah kota Konstatinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

Sebelum itu, Sultan Beyazid telah kalah dalam peperangan bersama Mongol dan mangkat dalam tahanan setelah tujuh tahun dikurung dalam tahanan. Sultan Beyazid digantikan oleh anaknya Sultan Sulaiman (1403-1411). Sultan Musa (1411-1413) dan Sultan Mehmed Halabi (1413-1421). Dan seterusnya digantikan oleh Sultan Murad II, ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.

Demikian sedikit pengenalan mengenai kerajaan Usmaniah dan sejarah percubaan penaklukan oleh orang Islam yang kesemuanya menemui kegagalan sehinggalah penaklukan dilakukan oleh Sultan Muhammad. Setelah lebih 800 tahun hadis nabi itu diucapkan oleh Rasulullah SAW, barulah ia menjadi kenyataan. Bagaimana ia menjadi kenyataan? Pastinya bukan usaha yang sedikit diperlukan dan pastinya juga, Sultan Muhammad mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Perkongsian masih panjang, namun saya terpaksa tangguhkan dulu hanya sampai di sini. Jam sudah menunjukkan jam 8 pagi, ofis memanggil-manggil. InsyaAllah, jika Tuhan izinkan, saya akan berkongsi sambungan sejarah indah lagi hebat ini. Berkongsi semangat dan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh, semoga dari itu, dapat menaikkan lagi semangat jihad dalam diri kita dan seterusnya dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya cinta kepada Allah swt yang Esa.

Sampai di sini dahulu. Hingga bertemu lagi, dengan izin Allah.

Wassalam,

2 comments:

relax said...

saya nak gi cari buku nie lah....

wann said...

yaa..sememangnya sultan muhammad adalah al-fatih..kejayaan baginda menakhluk constantinopole(kini istanbul) sangat menakjubkan..begitu juga sumpah baginda ke atas masjid aya sofia..

wallahu a'lam~


p/s : a must read bo0k!! ^_^