Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dalam tempoh lebih setahun menyertai iLuvislam.com, banyak sungguh manfaat yang saya perolehi. Selain daripada dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan, melalui iLuvislam juga saya mendapat ramai kenalan baru (adik-adik yang comel-comel belaka). Alhamdulillah, sesungguhnya Allah jua Yang Maha Mengetahui betapa indahnya perasaan ini.
Sebagai kakak yang agak 'senior', sering juga saya dijadikan tempat rujukan. Saya kerap mendapat PM dari user dengan pelbagai persoalan, dan persoalan yang kerap berulang adalah mengenai masalah cinta. Kadang-kadang, buntang juga kedua-dua mata ini bila membaca kebanyakan user sering menulis " couple adalah haram". Sungguh, saya tidaklah mengatakan pendapat ini salah, namun, untuk nenyokong ianya 100% tepat juga saya tidak berdaya. Seperti yang pernah saya katakan di sini.. pendapat saya masih kekal begitu. Lain-lain pandangan terhadap cintan-cintun boleh di rujuk di sini pula.. Wallahua'alam.
Top 25!!
Memandangkan saya sering menulis, walaupun hasilnya tidaklah secemerlang mana, saya suka berkongsi hasil cetusan idea saya bersama sahabat dan adik-adik. Besar harapan saya agar ia mampu memberi manfaat kepada mereka dan pada masa yang sama dapat dijadikan peringatan buat diri sendiri. Atas niat ingin berkongsi, saya pernah menghantar hasil penulisan ke ruangan artikel. Hasilnya, 3 karya saya telah terpilih dan suka cita (dukacita juga mungkin kerana artikel mengenai cinta lebih mendapat perhatian), dua daripada tiga artikel tersebut menduduki carta top artikel, tergolong dalam 25 artikel paling top.
Saya berbesar hati dan rasa sungguh terharu kerana karya saya yang bertajuk Cinta Pertama, Hirisan Pertama, berjaya mendapat tempat di hati pembaca, alhamdulillah.. Artikel ini adalah sebuah perkongsian mengenai kegagalan dalam cinta pertama dan bagaimana menghadapi kekecewaan akibat putus cinta. Memandangkan kemungkinan kebanyakan daripada kita mempunyai kenangan 'cinta pertama' maka akhirnya artikel ini berjaya menduduki tempat ke 22, dengan jumlah dibaca sebanyak 18210 sejak di terbitkan pada February 10 2009, jam 09:09:09. Subhanallah, Alhamdulillah.. suatu pencapaian yang tidak di sangka-sangkakan, segala pujian hanya bagi Allah yang Maha Berhak.
Syukur Alhamdulillah, pencapaian yang tiada pengiktirafan ini sedikit sebanyak menjadi pemangkin dan pembakar semangat buat saya untuk terus berkongsi pandangan dan idea. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan jalan buat saya untuk meneruskan lagi perjuangan dalam bidang penulisan ini. Memimpin tangan sahabat terutama adik-adik yang dikasihi agar tidak terjatuh atau tergelincir di tempat sama yang pernah saya jatuh suatu masa dahulu, mudah-mudahan hasrat tercapai, amin..
Seterusnya, artikel ke dua saya yang diterbitkan di ruangan artikel adalah Cinta Itu Bukan Pilihan.. Dimana tajuk asalnya adalah Kenapa Mahu Bernikah. Sejak di terbitkan pada March 16 2009, jam 13:28:35 , jumlah artikel dibaca adalah sebanyak 16921 Reads. Menduduki tempat ke-24. Alhamdulillah. Artikel ini merupakan perkongsian pandangan terhadap kenapa perlunya cinta dan kenapa cinta selepas nikah itu lebih baik daripada cinta sebelum nikah. Banyak juga feedback diperolehi daripada sahabat yang membaca artikel ini dan sejujurnya, saya benar-benar menghargai kesudian mereka meluang masa membaca artikel tersebut. Jutaan terima kasih saya ucapkan.
Artikel ke tiga saya yang diterbitkan akhirnya berjaya lari dari norma cintan cintun, kali ini bertajuk Bila Usia Kian Meningkat. Sejak diterbitkan pada June 02 2009 jam 11:38:46, jumlah dibaca adalah sebanyak 3513 Reads. Walaupun tidak secemerlang kedua-dua artikel sebelumnya, namun saya masih berasa berbesar hati dan terharu atas kesudian sahabat membaca dan seterusnya memberi feedback terhadap artikel tersebut, sekaligus membantu saya untuk memperbaiki lagi mutu penulisan saya di masa hadapan. Terima kasih sahabat, alhamdulillah.. Artikel ini adalah muhasabah diri sendiri tentang perjalanan hidup ini, selama saya hidup, apa yang telah saya kumpulkan sebagai bekalan ke akhirat kelak dan apa yang sepatutnya saya lakukan pada masa hadapan seiring dengan pertambahan usia saya. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, insyaAllah.
Semoga saya terus dikurniakan kekuatan untuk menulis, mungkin saya lemah dalam bidang selain daripada bab cintan cintun, jadi saya seharusnya perbanyakkan lagi sumber bacaan agar lebih banyak idea dapat dicambahkan untuk dijadikan modal asas perkongsian. Memandangkan sahabat gemar membaca tulisan saya berkaitan soal cinta, insyaAllah saya akan pergiatkan lagi hasil penulisan berkaitan dengan cinta, semoga dapat membimbing sahabat dan adik-adik, juga diri sendiri agar mendapat cinta yang paling hakiki.
Sekian buat masa ini, wassalam.

2 comments:
buat review dan pencapaian tulisan sendiri..not bad
:: Yup3.. Review, tp tkde apa yg best pun, pencapaian belum sampai tahap memuaskan lagi, hehe
Post a Comment