+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, June 16, 2009

Wahai Diri Ingatlah~!!

Wahai diri ingatlah..
Setiap yang bernyawa pasti akan mati..
Tiada yang kekal abadi kecuali Dia.

Wahai diri ingatlah..
Apa yang kau miliki hari ini semuanya pinjaman..
Biarpun jasad atau nyawa...
Hembusan nafasmu atau aliran darahmu..

Tiada satu pun kau yang punya...
Segalanya milik Dia Yang Esa.

Wahai diri ingatlah..
Ajal maut adalah ketentuan Ilahi..
Ia pasti akan tiba menjemput engkau...
Mungkin esok atau lusa..

Bila masanya tiada siapa yang tahu..
Kecuali Dia yang Maha Mengetahui.

Wahai diri ingatlah..
Kesengsaraan di dunia ini cuma sementara..
Sakit di dunia hanya seketika..
Bila mati tiba, semuanya akan berakhir..
Di dunia sana dunia abadi..
Harta dan rupa tiada sebarang makna..
Yang dihitung cuma amalan dan ketakwaan.

Wahai diri percayalah...
Mati itu bukan pengakhiran kehidupan..

Mati itu detik permulaan..
Kita akan dibangkitkan semula..

Kubur persinggahan menuju dunia akhirat..
Berbekalkan segala amalan di dunia..
Kita bakal meneruskan pengembaraan..
Menempuh perjalanan yang sangat jauh...
Tiada siapa yang tahu bagaimana nasib kita kelak..

Menempuhi Padang Masyar merentasi Siratul Mustakim..
Pengembaraan menuju syurga yang hakiki..
Semoga mati menjadi detik permulaan..
Mengecapi kebahagiaan yang hakiki.

Wallahua'alam.


4 comments:

wann said...

Semoga mati menjadi detik permulaan..
Mengecapi kebahagiaan yang hakiki..


Aminn..

^_^

relax said...

:) yeaahhh betul tuh komen yang pertama

Nur Hana said...

wan::insyaallah~

AsNiza said...

InsyaAllah..

Amin..