+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, June 29, 2009

Sesuci Kasih Umairah

Seperti malam-malam yang sudah, Umairah masih setia berdiri di tingkap biliknya, mencari kelibat bulan. Dia memandang ke arah timur, tiada. Kemudian Umairah alihkan pandangan ke barat, selatan dan utara, namun sang rembulan masih tidak menampakkan wajahnya. Dada langit hitam pekat. Rembulan membisu, bintang juga menyepi. Sekali-sekala kedengaran suara sang katak bersahutan.

"Malam ini bumi akan menangis lagi, membasahi bumi. Turunlah hujan, bersatu dengan tangisan dan rintihanku..." bisik Umairah di dalam hatinya. Wajahnya sayu. Tiada sedikit pun garis senyum terukir di wajahnya. Jiwanya dirundung hiba. Hatinya sedang menangis hebat namun airmata masih ditahan agar tidak terus tumpah. Daun jendela ditarik, kemudian dikunci rapat. Umairah mengatur langkah menuju ke birai katilnya. Langkahnya lesu. Lemah sekali. Tiba di birai katil, Umairah melabuhkan punggungnya. Matanya dipejamkan rapat.

Umairah masih lagi hanyut dalam lamunannya. Fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Umairah hampir bisa menggapai bintang dan bulan. Namun sebaik sahaja tangannya dihulur untuk menyentuh sang bintang, Umairah kemudian jatuh tersungkur ke bumi. Sakitnya bukan kepalang. Cepat-cepat Umairah membuka matanya. Memandang ke kiri dan ke kanan. Dia mengucap lafaz syukur kerana dirinya tiada sebarang luka atau cedera, masih lagi di dalam kamarnya yang sunyi dan sepi. Bulan masih lagi tergantung di langit. Jauh sekali.

Angin malam menderu kuat. Kesejukan mula menggigit hingga ke tulang. Umairah merebahkan badannya ke atas tilam. Selimut di tarik ke paras pinggang. Guruh dan petir kedengaran bersahutan. Hujan mulai turun menyimbahi bumi.

"Mudahnya kau menangis wahai bumi, aku juga ingin menangis bersamamu, namun aku tidak bisa, airmata ini sudah kekeringan...." Umairah bermonolog lagi. Dia cuba memejamkan matanya. Beberapa ketika kemudian matanya dicelikkan semula. Sungguh, dia tidak mampu melelapkan matanya. Fikirannya benar-benar kecelaruan. Jiwanya gundah gulana, hatinya tidak tenang, ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dan kebahagiaanya kini.

"Tuhan, betapa sengsaranya aku kini.. Tabahkanlah hati hamba-Mu ini.." di dalam hati Umairah memohon dan merayu..

Umairah bosan terbaring, dia bingkas duduk, badannya disandarkan pada kepala katil. Dia melihat ke arah kirinya, merenung sekeping bingkai gambar yang bersulam indah. Cantik. Secantik senyuman dua insan yang terpotret di dalamnya. Senyuman sang hawa dan sang adam manis, memakai baju sutera sedondong berwarna putih. Bahagia di hari bersejarah mereka,di hari pernikahan.

4 comments:

Jolynn said...

Mesti orang di dalam gambar tu mak ayah Umairah...

AsNiza said...

Cubaan yang bagus tapi tetttttttttt..salah!! kekeke..cuba lagi yer.. hehe

UkhwAh said...

atul nak teka!nak teka!nak teka!

tu mesti gmbr Umairah dgn arwah suami dia.

kan?kan?

<== dah siap pejam mata n tadah tangan!hadiah!hadiah!nge~~

rs mcm nak nges jg ja wlaupun dh lama tgu hujan, tak hujan2 jg =((

AsNiza said...

:: nak ke? hadiah rotan.. ekekeke...

tak mo ckp betul ke salah, tak suspen la nnt, haha