+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, June 21, 2009

Masalah Datang dan Pergi.






Kita adalah hamba ciptaan-Nya. Kita dilahirkan ke bumi bersebab. Walaupun kita hidup cuma sementara tapi kita ada misi dan visi yang harus dilaksanakan. Dalam kehidupan ini, setiap dari kita pasti ada masalah masing-masing yang tersendiri, tiada siapa yang sempurna, tiada siapa yang memperolehi segala apa yang mereka inginkan. Tiada siapa yang sentiasa berjaya dan bahagia. Hidup ini ada kitaran, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah.


Tiada yang sempurna melainkan Dia. Kita manusia pasti ada kekurangan. Ada yang kaya harta namun miskin kasih sayang, ada yang melimpah-limpah kasih sayang tapi mungkin cacat fizikal atau mental.


Ada yang bijak pandai tapi selalu dibuli dan dianiaya. Ada yang cantik dan lawa tapi selalu dipermainkan. Ada yang selalu berjaya dan cemerlang tapi bila bersendirian jiwa terasa kosong dan merintih hiba. Kebahagiaan yang diidamkan tetap tidak mahu kunjung tiba.


Pendek kata, semua orang pasti ada masalah dan kesukaran yang tersendiri, cuma terserah kepada kita bagaimana menerima dan mengadaptasi masalah tersebut dalam kehidupan seharian kita. Bagaimana kita menerima dan menyelesaikan masalah tersebut dan bagaimana pula sikap dan attitude kita ketika berhadapan dengan sesuatu masalah.


Selebihnya, kita perlukan sifat-sifat yang positif dalam meneruskan kehidupan yang tidak pernah lekang daripada masalah seperti bersyukur dengan apa yang ada, pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi, sentiasa bersangka baik dan optimis, tidak mudah mengalah dan tidak mudah berputus asa. Kita juga seharusnya ada semangat juang yang tinggi. Kita tidak seharusnya membebankan akal dan jiwa kita dengan masalah-masalah yang tidak pernah padam. Jangan terlalu memandang remeh dan mengabaikan masalah, sebaik-baiknya adalah berpada-pada dalam setiap apa jua yang kita lakukan.

Be cool and relax. Tenang dan sabar dalam menempuhi dugaan. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.


Masalah yang kecil jika dikumpul lama kelamaan akan menjadi besar. Sikit-sikit lama-lama jadi busut, kemudian jadi bukit dan akhirnya menjadi gunung. Cuba selesaikan dengan baik satu persatu dan hadapi hidup yang terbentang di hadapan mata dengan positif. Busut lebih mudah ditarah, bila dah menjadi bukit, dah tak boleh pakai cangkul lagi dah, paling tidak kena pakai jentolak. Begitulah perumpamaan masalah kita. 

Elakkan seboleh mungkin untuk mengumpul masalah. Jangan sampai jiwa dan mental kita tidak lagi mampu menahan bebanan. Impaknya akan lebih merbahaya, sehingga ada yang sanggup membunuh diri dan ada yang menjadi gila, naauzubillah.


Jangan lari dari masalah. Lari dari masalah bukanlah suatu penyelesaian yang terbaik kerana kelak, ia tetap akan pasti membayangi kehidupan kita. Leraikan simpulan dengan cermat. Selesaikan masalah dengan baik. Berfikir sebelum bertindak dan jika boleh, kaji setiap baik buruk apa yang terjadi. Apa kesan dan apa punca harus di ambil tahu, supaya kelak, jika masalah sama berulang, kita tahu bagaimana menyelesaikan, atau setidak-tidaknya kita tidak mengulangi kesilapan yang serupa, learn from mistake.


Forgive and forget juga sedikit sebanyak dapat membantu kite menyelesaikan masalah, setidak-tidaknya mengurangkan bebanan perasaan yang menghimpit jiwa. Maafkan kesalahan orang lain dan jauhi dendam dan persengketaan, ia tidak akan ke mana-mana malah merosakkan diri sendiri. Merugikan diri sendiri. Bila kita memaafkan, kita akan berasa lebih tenang dan tenteram.


Sedangkan Allah Sang Pencipta Maha Pengampun, siapalah kita ini untuk tidak mengampunkan kesalahan sahabat kita. Allah yang mencipta, Allah yang memberi rezeki, Allah yang paling berhak, tapi pintu taubat-Nya sentiasa terbuka untuk hamba-Nya, jadi, siapalah kita untuk tidak memaafkan? Tidakkah kita malu kepada Dia jika kita enggan memaafkan? Siapa kita? Sama-samalah kita muhasabah diri.


Saya bersyukur kerana punyai ibu yang pemaaf, dan sentiasa positif. Alhamdulillah, dari dia, saya pelajari, setiap apa yang terjadi, itu adalah ketentuan dari Ilahi, bak kata ibu saya..

"Doh bendo nok jadi..nak buat guano.."


Sejak kecil saya seorang yang sangat cuai, pinggan mangkuk segala kaca sayalah juara pemecah. Barang-barang peralatan juga sering rosak angkara perbuatan saya. Bak kata orang tua-tua, "tangan saya panas." Maksudnya lebih kurang, 'tangan perosak'. Barang yang saya guna atau pegang, selalunya rosak. Haih..


Pernah di zaman kanak-kanak, saya pecahkan hampir sedozen pinggan sekaligus, belum sempat ibu berkata apa, saya menangis. Saya tahu ibu takkan memarahi saya, saya menangis bukan kerana takut dimarahi, tapi menangis kerana rasa bersalah yang teramat sangat. Ibu saya datang kepada saya, mengutip kaca-kaca dengan sabar. Sungguh, dia tidak marahkan saya, sebaliknya memujuk saya..

"Benda dah nak jadi, nak buat camne lagi, dah Tuhan kata gini, gini la yang jadi, kalau Tuhan dah takdirkan pinggan ini pecah, walau camne pun, ia tetap akan pecah. "
(Lebih kurang maknanya di alih suara dari loghat Kelantan ^_^)



Dan kata-kata ibu itu sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga saya, mengajar saya menjadi seorang yang tabah dan positif dalam mengharungi kehidupan ini. Yakin dan percaya, setiap apa yang berlaku semuanya dengan keizinan Allah dan setiap apa yang berlaku, semuanya sudah di tulis dan di catat, kita hanya 'pelakon' di pentas kehidupan. Menyesali apa yang berlaku bukanlah suatu tindakan yang bijak. Malah merugikan. Apa yang sepatutnya kita lakukan adalah bangkit dari setiap kekalahan dan kejatuhan, kemudian melompat lebih tinggi agar tidak jatuh di tempat yang sama berulang kali.


Berlapang dada dan berbaik sangka. Jangan kusutkan fikiran dengan masalah-masalah yang remeh. Hidup ini bukan untuk disia-siakan dengan menangisi perkara remeh, hidup ini bukan untuk menyesali perkara yang sudah lepas. Hidup ini cuma sementara, persinggahan mengumpul bekalan menuju kehidupan yang abadi di hari kebangkitan, jangan sia-siakan peluang yang hadir cuma sekali cuma. Benda yang paling jauh dari kita adalah masa lampau, semakin kita mengejarnya, semakin ia menjauhi, kita tak mungkin dapat kembali ke masa silam, jadi, biarkanlah apa yang berlaku terus berlalu kerana yang berlalu tidak akan berlaku lagi... 

Pasrah dan redhalah dengan ketentuan Ilahi.


Masalah akan sentiasa datang dan pergi. Biarlah ia terus begitu. Itu lumrah kehidupan. Sekian, kurang atau lebih mohon dimaafkan.


Wassalam.




3 comments:

relax said...

saya seorang yang selalu lari dari masalah.....saya takut betul kalau ade masalah lepas tu saya dok diam. :) baru sekarang saya belajar hadapi masalah. baru sekarang berani.

wann said...

berlapang lah dada..masalah sebesar gunung p0n iA masih terkawal..jadilah seperti sungai, garam seguni pun masih belum terasa masinnya..

^_^

Qalam Aisyiq said...

Bismillahhirahmanirrahim..

Erk!!
Terkena pada hidung batangku..
Erk!
Batang hidungku..


hahaha~
Syukran ya kak....
berikan Sha sedikit kata-kata smangat.^_^

Even sekarang, kena hadapinya..
Huhh!
Ntahlah kak..

Hidup kena teruskan bukan..^_^