+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, June 5, 2009

Anak Rosak: Siapa Yang Bersalah?

Kenapa Kita Ke Sekolah?

Mungkin ada yang menjawab, kerana ingin menuntut ilmu. ada pula yang menjawab, bosan tinggal di rumah kena buat kerja rumah, jaga adik-adik dan mungkin ada yang menjawab, kerana seronok ingin bertemu kawan-kawan.

Kurangnya kesedaran dari dalam diri pelajar menyebabkan mereka tidak bersungguh2 dalam pelajaran. Pergi sekolah sekadar menjalankan rutin atau kerna di paksa. Mungkin akan di rotan jika berani ponteng? atau pergi ke sekolah kerana inginkan wang saku? Sampai separuh jalan, langkah di lencongkan ke arah pusat hiburan atau pusat membeli belah, ponteng dan melepak bersama kawan2. Seterusnya berisiko terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti merokok, vandalisme atau berzina.

Cabaran Menjadi Ibubapa.

Mentaliti remaja dewasa ini semakin sukar untuk di dalami, apatah lagi untuk di fahami. benar, ibubapa di sarankan dan di tegur, jangan mendidik anak2 sama dengan cara ibubapa kita dahulu mendidik kita, kerana zaman ibubapa kita dan zaman anak2 kita secara keseluruhannya tidak sama. Berbeza sama sekali.

Anak2 ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berhak mencoraknya. Ingin belang-belangkah atau ingin bertompok-tompok atau berwarna warni? Jawapan ada di tangan ibu dan bapa. malangnya, peredaran zaman dan kehendak semasa membataskan segala. kebanyakan ibubapa lebih berminat untuk menghabiskan masa dengan bekerja (demi anak2) dan selebihnya berehat di rumah dgn menonton tv atau tidur. bila masa untuk mendidik anak2? lantas, anak2 terabai dan terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat. ibubapa tidak boleh menyerahkan tugas mendidik anak2 seratus peratus kpd guru kerana kuasa dan masa guru juga adalah terhad.

Kadang2 hairan juga melihat ibu bapa bersungguh2 merotan anak2 apabila anak2 mendapat keputusan yg tidak memberangsangkan dlm pelajaran, namun sebaliknya apabila anak2 tidak menunaikan solat, ibubapa seolah2 tiada sebarang tindakan. Sekadar melihat. Nah, didikan dan asas agama yang tidak kukuh ini akhirnya mendedahkan remaja kepada masalah2 sosial yang semakin menular.

Apa yang dimakan juga mempengaruhi sikap dan adab seseorang remaja. maka ibubapa perlu bertanggungjawab dan menitik beratkan soal halal haram rezeki yang ingin di suap ke mulut anak2. Soal halal haram bukan benda remeh. Keberkatan dlm rezeki itu perlu. Kadang2 dek dikejar masa yang selalu tidak mencukupi, ibu bapa lebih senang menyuap anak2 dengan makanan segera yang tidak di jamin khasiatnya dan di ragui status halalnya. Air tangan org yg memasak juga ada kesannya. Apa agaknya kesan sekiranya anak2 sering disuap dengan air tangan peniaga pasar mlm yang mengabaikan solat maghrib? wallahua'alam.

Cara mendidik anak2 zaman kini memerlukan tindakan yang bijak. Mereka tidak boleh terlalu di kasari dan juga tidak boleh terlalu di manjakan. Mereka hendaklah sentiasa di dekati dan cuba di fahami secara berhemah. Merekalah permata hati dan penyambung warisan.

Peranan Anak.

Sebagai remaja yang sudah baligh dan waras dalam pemikiran sepatutnya tahu membezakan mana yg baik dan mana yang buruk. Jangan menunding jari menyalahkan ibubapa sekiranya anda menjadi rosak kerana anda yang paling berkuasa terhadap diri anda. Anda adalah apa yang anda fikir dan apa yang anda mahu. Berfikir sebelum bertindak. jangan tergopoh gapah dalam melakukan tindakan.

Hargailah pengorbanan dan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kedua ibu bapa kepada anda. kenanglah jasa ibu yang bertarung dengan maut semasa melahirkan kita. Ingatlah setiap titik susu yang pernah ibu berikan untuk hilangkan kehausan anda semasa bayi. Darah yang mengalir dalam tubuh anda juga darah mereka. Bukan sedikit jasa mereka terhadap anda jadi tergamakkah anda menghancurkan harapan mereka? Senangkanlah hati mereka dengan kejayaan. Biarlah mereka menangis kerana kegembiraan, bukan kerana kecewa.

Anda yang menetukan siapa teman baik anda. anda yang lebih tahu. Pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak, memberi pengaruh yang tidak baik. Maka, jauhi dan elakkan pergaulan yang tidak sihat. Teknologi yang semakin canggih juga tidak seharusnya di salah gunakan. Kepercayaan yang di berikan oleh ibubapa juga harus di manfaatkn dengan sebaiknya. perjalanan hidup bukan sebuah kisah ceritera yang boleh di edit atau di erase, sekali kita tersilap langkah, selama-lamanya kita akan menanggung kesannya. Sayangi diri anda dan masa depan anda.

Apa yang dilaporkan di sebuah akhbar baru2 ini suatu yang mengejutkan.

"Remaja Megah Tiada Dara"

Suatu berita yang tidak menyenangkan, malah menjengkelkan. remaja belasan tahun mengaku terlanjur dan melakukan seks luar nikah sejak di bangku sekolah rendah, malah ketagihan seks dan sanggup mengumpan sesiapa saja untuk memuaskan nafsu. Mengikut kenyataan mereka, dalam 20 org rakan mereka boleh dikatakan 17 org semuanya tidak mempunyai dara. Lebih menyedihkan, sesiapa yang masih dara di ejek dan di kutuk hingga akhirnya mereka terpengaruh untuk berzina. Naauzubillah. Suatu berita dan pendedahan yang menakutkan, apa peranan ibu bapa? Ttergamakkah mereka melihat anak2 gadis mereka terus merosakkan diri?

Zina itu haram. Ia haram kerana ada banyak kesan buruk . Antara kesan buruk akibat melakukan zina, kecelaruan dalam penentuan ayah si anak, penyebaran penyakit merbahaya dan sebagainya. Apabila Islam melarang perhubungan haram, tujuannya adalah untuk melindungi maruah dan keturunan manusia. Akibat dari zina, hubungan yang mengikat masyarakat luntur dan masyarakat dipenuhi dengan penyakit yang merebak melalui perhubungan seks, menandakan kemurkaan Allah terhadap mereka yang mencabuli sempadan suci Nya dan menghalalkan yang haram.

Bagaimana jika sudah terlanjur?

Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba2Nya. Terus berhenti melakukan maksiat dengan penuh tekad dan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali mendekatinya atau mengulanginya, lakukan solat taubat dan bertaubatlah bersungguh-sungguh. Menangislah memohon keampunan dr Allah dan menangislah kerana takut kpd azab Allah. Elakkan dan jauhi pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak baik. Dekatkan diri kepada Allah dan luangkan banyak masa di rumah melakukan perkara2 yang bermanfaat.

Penutup.

Anak2 mutiara hati ibubapa. Ibu bapa yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia ini. syurga kita di tapak kaki mereka maka janganlah sekali-kali sakiti atau lukai mereka. Ibu bapa berkerja keras membesarkan kita, memberi kita makan dan tempat tinggal, menyekolahkan kita, dan peranan kita cuma sedikit, patuhi dan hormati mereka. Jika kini tugas kita adalah belajar menuntut ilmu, maka lakukanlah dengan bersungguh2. Jangan pula abaikan suruhan Allah dan jadilah anak yang soleh.

Semoga kita dapat membahagiakan ibu ayah dunia dan akhirat. kasihilah dan berbaktilah kpd mereka.tanpa mereka kita tidak akan lahir kedunia yang indah ini. Semoga kita dan mereka kembali bersama di syurga kelak. Amin..

No comments: