+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, June 20, 2009

Selamat Tinggal Cintaku.

Cintaku..

Aku memohon maaf kerana selalu lupa,

Ingatan aku kian lemah,

Sebagai petanda aku sudah tua,

Yang kian menghampiri nyanyuk.



Cintaku,

Walaupun aku tak ingat semua,

Itu tidak bermakna aku lupa segalanya,

Detik pertemuan kita, 6 Mei 2008,

Tercatat cinta pandang pertama antara aku dengan engkau.



Cintaku,

Sejak aku mengenalimu,

Sungguh aku langsung jatuh cinta,

Bukan cinta yang sedikit,

Tapi cinta yang sepenuh hati.


Cintaku,

Sejak aku bersamamu,

Aku benar-benar mengecapi bahagia,

Hidup ini kian terisi kembali bermakna,

Sungguh kau bererti buatku.


Cintaku,

Dari hari ke hari,

Kau mengisi setiap ruang hidupku,

Kau memberi penuh keikhlasan,

Aku menerima penuh kesyukuran.


Cintaku,

Sejak bersamamu,

Aku kian jelas apa matlamatku,

Kau membantu aku menunjuk jalan,

Kau memimpin aku menuju bahagia.


Cintaku,

Sudah banyak kau berbakti,

Tiba masanya aku berbudi,

4 Julai 2008, akhirnya aku bersatu denganmu,

Kita sepakat memperjuangkan CINTA kita.


Cintaku,

Sejak kau dan aku menjadi satu,

Banyak istilah baru yang aku pelajari,

Suka dan duka kita lalui bersama,

Terima kasih cintaku kerana ada untukku.


Cintaku,

Masa berjalan ke hadapan, tak mungkin ke belakang.

Insan-insan yang menemani kita juga kian bertambah.

Aku bahagia melihat mereka gembira bersama kita.

Aku senang dapat berbakti kepada mereka.


Namun cintaku..



Kian lama..

Bahagia dan ghairah yang aku rasai kian pudar..

Luntur..

Aku juga tidak tahu mengapa,

Maafkan aku cintaku,

Kerana tidak berjaya memperjuangkan rasa cinta itu.


Cintaku,

Biar ku nyatakan padamu..

Ada masanya aku kecewa..

Dengan mereka yang bersama kita,

Mereka yang kononnya ingin perjuangkan CINTA kita yang sama,

Namun menyalahgunakan kau..

Sungguh aku sedih..

Melihat kau dipermainkan.


Cintaku,

Dengan nama CINTA kita,

Mereka sebenarnya memperolokkan kita,


Rupa-rupanya,

Mereka menemui kamu bukan kerana CINTA kita,

Tapi kerana hasrat yang berbeza..

Mereka melaungkan kalimat ikhtilat,

Tapi mereka merobeknya.

Mereka menghentam kalimat 'couple',

Namun mereka mengutipnya.

Mereka melaungkan kalimah CINTA kita,

Namun mereka menghancurkan CINTA kita.

Mereka kata mereka benci 'zina hati'..

Tapi sebaliknya..

Mereka mengibarkan bendera rindu kepada insan bergelar manusia..

Yang dikenali melalui engkau..

Mereka curang, mereka tidak setia kepada CINTA kita..

Mereka mengambil kesempatan terhadap engkau..

Sungguh aku kecewa...

Aku sedih...

Dan mungkin..

Hanya satu cara untuk aku mengubati rasa kecewa ini..

Mungkin kita terpaksa berpisah sampai di sini..

Kerana aku sudah tidak sanggup melihat sandiwara mereka...

Bersama kamu cintaku,

Bermakna aku bersama ceritera mereka,

Aku sudah tiada upaya lagi,

Kaki ku seakan sudah lenguh,

Nafasku kian sempit menghimpit,

Aku lemas, kian mati.

Ya, aku menuju mati, tapi kau harus tetap hidup,

Untuk mereka, bersama mereka!

Mereka perlukan kau..

Biar apa pun nawaitu mereka..

Dan aku..

Biarkan aku mati sendirian,

Dan kau jangan mati,

Jangan mati.

Kau cinta sejati ku.

Yang di kotori mereka yang khilaf.

Demi cintaku kepada CINTA kita.


Aku harus berundur.

Membawa diri.

Biarlah kau membawa haluanmu.

Dan aku membawa haluanku.

Arah yang berbeza.

Namun CINTA kita akan tetap aku perjuangkan.

Ya, walaupun arah kita berbeza.

CINTA itu tetap akan teguh tidak mati.



Cintaku,

Selamat tinggal aku ucapkan...

Teruskan hidupmu bersama mereka..

Yang telah merobek hatiku..


Cintaku,

Selamat tinggal...

Kau tetap dihatiku..

Biar seribu tahun lagi aku bernafas..

Kau tak mungkin aku lupakan..

Selamat tinggal cintaku..

iLuvislam.com.

Aku cintakan kau.





11 comments:

Anonymous said...

woh? makcik da pencen?

AsNiza said...

dah tua woo.. kudrat dah tak banyak.. duk umah goyang kaki main2 ngn anak cucu lagi best...

relax said...

assalamualaikom.... sekali melangkah dalam perjuangan jangan sesekali menoleh ke belakang.. teruskan melangkah walaupun tak banyak yang ikut alunan langkah kita tetapi teruskan melangkah moga penamatnya kita sentiasa berusha untuk melangkah bukan destinasi yang di cari tetapi usaha langkah untuk sampai ke distinasi. hehehe apalah yang saya merepek nie..

AsNiza said...

terima kasih ikhwana syuahda..

tak merepek pun, mesej tu sampai, akak faham..^_^

memang ingin benar melangkah, tapi perlu ke teruskan menari walau kite sedar lenggok kite byk yg sumbang, tidak senada dgn irama dan lagu, pincang sana sini...sumbang sana sini..

ingin perbetulkan, tapi tidak berdaya, lalu harus gi mana dong~

relax said...

saya ukirkan senyuman buat akak moga tabah...apa yang akak fikir yang terbaik buat hanya iringan doa mengiringi akak. saya tak mampu hadiah kan semangat juang atau tenaga untuk akak tapi hanya senyuman ikhlas buat akak :) ^_^

AsNiza said...

terima kasih sekali lagi ikhwana...

senyuman sama macam kucing kt sebelah tu ker?

kekekke..

nak senyum gak la...

^___________________^

Thuaibah said...

lalala~ tabah !!

jadi pembela cinta itu, jom!

Anony said...

selamat berjuang sahabatku,
semoga Allah berkatimu,
kenangan indah bersamamu,
takkan ku biar ia berlalu.

berjuanglah hingga keakhirnya.
dan ingatlah semua ikrar kita..

UkhwAh said...
This comment has been removed by the author.
UkhwAh said...
This comment has been removed by the author.
UkhwAh said...

wahai cinta,
kasihan benar diri ini kepadamu,
mereka melaungkan setia bersamamu,
sanggup mempertahankan dirimu tika
tangan hina menyentuh dirimu,
memahat dirimu sebagai mahkota hati,
tak rela berpisah walau badai datang menguji,
rela berkorban sehidup semati.

namun cinta,
bila diri lelah, terluka dengan permainan dunia,
segala janji seakan kabur di pandangan mata,
dirimu dibebaskan dengan pemeliharaan Pencipta Suci,
sebagai pengganti penjagamu yang akur dengan
permainan duniawi..

Wahai cinta,
janganlah engkau bersedih,
inilah lumrah dunia,
saat kudrat mengiringi jiwa,
diri merasa mampu menggalas segalanya,
namun tika ujian melanda,
dunia seakan gelap gelita,
harapan yang dulu bersinar indah,
kini semakin pudar di pandangan mata.

Pasrahlah wahai cinta,
mereka sudah tidak betah lagi melayan kerenahmu,
pergilah dikau pada mereka yang masih mencari nur di sebalik fitrahmu,
berbaktilah selagi kudrat bersamamu,
menyampaikan seruan pemilik yang Abadi,
petanda dirimu berserah mengabdikan diri.

Wahai cinta,
janganlah dikau berputus asa,
walau mereka tidak lagi bersamamu,
ingatlah dikau tidak pernah sendiri berjuang
mempamerkan matlamatmu,
ingatlah pada Dia yang setia mengiringi langkahmu.

Jangan sesekali engkau merasa lelah seperti mereka,
berjuanglah pertahankan hukum Tuanmu,
Majulah ke hadapan dan jangan sesekali engkau berpaling,
doaku sentiasa bersamamu,
juga kesetiaanku padamu kuserahkan pada-Nya
sebagai pemelihara Cinta dan Cita-cita ku.

p/s: buat renungan bersama..cinta itu masih setia menanti, menunggu penjaganya kembali bersama2 berjuang di jln murni..semoga diberi ketenangan dan kelapangan.ana uhibbuki fillah..