+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, June 25, 2009

Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel [Siri Akhir]

Alhamdulillah, entri kali ini adalah sambungan daripada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, (kesinambungan dari kisah INI..). Syukur juga kerana kali ini saya telah berjaya menamatkan kisah perjuangan jihad Sultan Muhammad Al-Fateh setelah mengambil masa kira-kira 3 jam untuk mencatitnya semula di ruangan ini. Saya berbesar hati sekiranya sahabat sekalian dapat meluang masa membaca entri kali ini, dengan harapan semoga semangat jihad tokoh terkenal ini dapat meresapi jiwa kita semua. InsyaAllah.

Pengenalan

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun, beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Ketika baginda berusia 21 tahun, baginda berjaya menakluk Konstantinopel pada tanggal 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu, Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria, dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam juga berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan Hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Jihad Ke Jalan Allah.

Sebelum ini saya sekadar mendengar daripada sahabat dan taulan mengenai kisah penakluk hebat ini. Saya juga pernah membaca sipi-sipi mengenai baginda Sultan Muhammad Al-Fateh, namun, akhirnya, dengan selesainya saya membaca buku ini, Alhamdulillah, saya lebih jelas dan seolah-olah dapat membayangkan peristiwa yang diceritakan dalam buku ini satu persatu. Cara buku ini diolah seperti novel membuatkan kita lebih tertarik untuk mengetahui kisah seterusnya tanpa ada fakta yang tertinggal. Sekalung tahniah kepada penulis yakni Abdul Latip Talib. Semoga lebih ramai penulis-penulis berbakat seperti beliau dapat dilahirkan dalam kalangan muslim khususnya di Malaysia.

Melalui pembacaan saya kali ini, apa yang paling saya kagumi mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh adalah kejayaan baginda menakluk Konstantinopel pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 21 tahun. Baginda telah di lantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya Sultan Murad yang mangkat ketika baginda berusia 19 tahun. Sebelum itu, ketika berusia 16 tahun, baginda pernah menjadi pemangku sultan, semasa ketiadaan ayahandanya di dalam wilayah.

Baginda Sultan Muhammad di latih dan di didik dengan ilmu agama dan ilmu ketenteraan sejak kecil. Ketika berusia 5 tahun, hari pertama belajar membaca A-Fatihah, baginda mampu meghafalnya dalam masa sehari sahaja. Kehebatan dan sifat-sifatnya yang terpuji terpamer sejak kecil lagi. Tambahan pula, ayahandanya Sultan Murad, benar-benar mahu menakluki Konstantinopel seperti dalam hadis nabi. Beberapa kali mencuba namun gagal, sehinggalah suatu hari, seorang ulamak memaklumkan firasatnya kepada Sultan Murad..

"Bukan Tuanku yang akan menakluk Konstatinopel, tapi anakanda Tuanku yang di dalam buaian itu yang akan melakukannya"

Berbekalkan keyakinan itu, baginda bersungguh-sungguh melatih dan mendidik puteranya agar kelak menjadi pemimpin kepada tentera yang baik dan rakyat yang baik. Disamping dibekalkan dengan ilmu kepahlawanan, baginda Sultan Muhammad juga mendapat bimbingan agama dan sering didampingi oleh seorang ulamak yang masyhur, iaitu Syeikh Syamsudin al-Wali.

Maharaja Konstantinople tidak pernah mahu berdamai dengan kerajaan Sultan Muhammad. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menyerang dan memporak perandakan kerajaan Islam yang berjiran dengannya itu. Sesungguhnya peperangan tidak lagi dapat dielakkan.

Bertahun lamanya Sultan Muhammad memikirkan strategi yang untuk menakluk Konstatinopel. Strategi berperang Nabi Muhammad Saw dijadikan sebagai panduan. Contohnya, setiap perkara dibincangkan melalui mesyuarat dan sesiapa saja berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan. Sebagai persediaan penaklukan, Sultan Muhammad memastikan rakyatnya adalah rakyat yang baik, yang kaya kasihani yang miskin, yang miskin hidup terbela, arak, judi, riba dihapuskan. Peniaga juga dilarang sama sekali menipu dalam timbangan dan sebagainya.

Sultan Muhammad sendiri pernah menyamar untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar. Sahabat Nabi Muhammad saw yakni khalifah yang ke dua. Askar-askar pimpinan Sultan Muhammad juga diajar ilmu agama selain daripada ilmu peperangan. Setelah dua tahun menjadi Sultan, pada usianya 21 tahun, baginda mengatur strategi untuk memulakan penaklukan.

Strategi.

Sebelum memulakan penaklukan, bagi memastikan wilayahnya selamat dari ancaman musuh, baginda bercadang untuk menggali parit, mencontohi strategi ketika zaman Rasulullah Saw ketika Perang Khandaq. Namun begitu, oleh kerana keadaan wilayah mereka yang berbatu, adalah amat sukar untuk menggali parit. Jadi, sebagai menggantikan parit, mereka membina tembok yang besar di seberang Selat Bosphorus.

Kewujudan tembok itu berjaya menggerunkan musuh, lalu Mahajara Konstantinopel mengerahkan 1000 orang askarnya bertindak pada waktu malam untuk merobohkan tembok itu. Keesokannya, setelah tentera Turki mendapati tembok mereka telah roboh, mereka agak kecewa dan marah. Namun Sultan Muhammad tetap tidak berputus asa lalu mengerahkan tenteranya untuk membina tembok itu semula. Para tentera kemudiannya menggandakan usaha untuk membina tembok itu semula.

Selain daripada tentera, rakyat juga berlapang dada bekerja sukarela. Malahan, Sultan Muhammad sendiri turut membuka serbannya dan ikut serta membina tembok bersama rakyatnya, diikuti menteri-menterinya yang lain. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan, bekerja siang dan malam untuk membina tembok itu. Akhirnya, dengan izin Allah, tembok itu siap dibina dan dinamakan Rumeli Hisarri.


Rumeli Hisarri

Selain daripada membina tembok pertahanan, tentera-tentera juga kian giat berlatih. Di waktu siang mereka berpuasa dan berlatih dan waktu malamnya pula mereka beribadat kepada Allah swt. Sebagai persediaan rapi juga, Sultan mengerahkan tenteranya dan rakyatnya memperbanyakkan lagi kapal-kapal yang besar. Kira-kira 200 buah kapal semuanya siap untuk berperang.

Sebelum memulakan penaklukan juga, pelbagai strategi telah di atur. Baginda sultan Muhammad Al-Fateh juga telah menyelamatkan seorang lelaki yang telah menjadi tawanan Maharaja Kontantinopel, namanya Urban. Urban adalah seorang yang mahir dalam membuat senjata meriam. Kerana keengganannya untuk berkerjasama dengan Maharaja Konstantinopel yang zalim, Urban dikurung di bilik tahanan di bawah tanah dan diseksa saban hari. Berita mengenai Urban sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad, lalu baginda menyusun strategi bagi mendapatkan Urban.

Dengan perancangan yang rapi, kepakaran, kesungguhan dan petunjuk dari Allah swt, pihak Sultan Muhammad telah berjaya menggali terowong bawah tanah, sehingga menembusi bilik kurungan Urban. Melalui terowong itu, Urban dilarikan dengan selamat dan dibawa mengadap Sultan Muhammad. Dengan kehendak Allah juga, Urban telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Sultan Muhammad untuk mencipta meriam. Dengan itu, banyak meriam dicipta sebagai persediaan menakluki Konstantinopel.

Beberapa bulan sebelum memulakan usaha menakluk, Sultan Muhammad bersama pasukan tenteranya ke Pulau Magnesis untuk menjalani latihan ketenteraan selama 40 hari . Di sini jjuga mereka memperhebatkan lagi amal ibadat mereka. Seterusnya, sekembali dari tempat latihan, tentera-tentera itu dibenarkan pulang bertemu keluarga selama seminggu.

Perjuangan Jihad Bermula.

Bagi tujuan menakluk Konstantinopel, Sultan Muhammad cuma membawa 250,000 tentera bersamanya dan 80 buah kapal sedangkan mereka mempunayi 500,000 tentera dan 200 buah kapal. Tujuannya adalah kerana memilih tentera yang benar-benar baik dan disamping itu, supaya tentera yang tinggal dapat menjaga dan mempertahankan kota sepanjang ketiadaan mereka. Kapal-kapal yang tinggal juga diperlukan sekiranya mereka memerlukan bantuan ketika sedang berperang.

Sebelum berperang, tentera dibahagikan kepada 4 pasukan melalui darat dan satu pasukan menyerang melalui laut, pasukan laut diketuai oleh Panglima Zaqhanus, seorang paderi yang memeluk Islam setelah melihat sendiri kekuasaan Allah. Zaqhanus mengepalai 80 buah kapal perang. Namun, ketika pelayaran, mereka berhadapan dan terpaksa berperang dilautan. 10 buah kapal mereka tenggelam ditelan lautan.

Pasukan tentera yang dipimpin oleh Panglima Tharhan tiba lebih awal kerana mereka melalui kawasan tanah rata. Mereka mengambil kedudukan di sebelah timur kota Konstantinopel. Pasukan kedua yang tiba adalah pasukan yang dipimpin oleh Khalil Pasya diikuti pasukan ketiga yang dipimpin oleh Sulaiman Olgo. Cuma pasukan keempat yang dipimpin oleh Hamzah Pasya yang paling lambat tiba kerana mereka terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukit.

Pada hari Khamis, 6hb April 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota Konstantinopel. Kecuali tentera yang melalui jalan laut kerena mereka tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana disekat dan dihalang oleh rantai besi rasaksa. Tetapi, tentera Turki tidak terus melakukan serangan, mereka bermalam dan berehat terlebih dahulu. Pada keesokannya, Jumaat 7hb April 1453, selesai solat Subuh, tentera Turki berzikir berama-ramai sehingga suara mereka bergema sampai ke kota Konstantinopel. Ketika itu barulah tentera Rom menyedari kedatangan mereka.

Sebelum menyerang, Sultan Muhammad menawarkan dua pilihan kepada Maharaja Konstantinopel, samada mahu menyerahkan kuasa secara aman ataupun berperang. Ternyata, tawaran itu membuatkan Maharaja Konstantinopel bertambah berang dan memilih untuk berperang.

Serangan Demi Serangan.

Serangan demi serangan dilakukan, namun kedua-dua pihak masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengaku kalah. Tentera Turki rela syahid demi jihad dan tentera Rom pula sanggup mati demi mempertahankan Kota Konstantinopel. Kedua-dua pasukan berjuang mati-matian. Namun, pasukan tentera Turki melalui lautan pula masih tidak tiba seperti yang dirancang kerana terhalang oleh rantai besi sebesar pemeluk.

Walau pelbagai usaha telah di lakukan untuk memutuskan rantai itu, semuanya tidak berhasil. Di tembak meriam tiada sebarang kesan kerana ia di dalam lautan, di rempuh kapal juga tidak berhasil kerana rantai itu sangat kuat dan tajam, boleh mengakibatkan kapal-kapal bocor dan tenggelam. Urban turut mencipta gergasi besi untuk memotong rantai itu namun malangnya mereka tetap tidak berjaya memutuskan rantai besi itu. Pasukan laut kian terhimpit.

Sultan Muhammad benar-benar memerlukan bantuan dari pasukan laut. Pelbagai cara difikirkan namun kesemuanya menemui jalan buntu. Setelah solat sunat, baginda tertidur dan dalam tidurnya baginda bermimpi melihat kapal-kapalnya berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan Kota Konstantinopel. Setelah bermesyuarat, akhirnya mereka setuju untuk menjadikan mimpi itu sebagai kenyataan.

Pada masa yang sama, Maharaja Konstantinopel pula memohon bantuan daripada Eropah namun bantuan itu dijangka tiba dalam masa seminggu, demi menantikan bantuan itu, dan dengan kehendak Allah jua adanya, Maharaja Konstantinopel mengajak tentera Turki melakukan genjatan senjata. Bagai pucuk diidam ulam mendatang, gencatan itu diterima baik oleh tentera Turki. Sepanjang masa gencatan itu, mereka berusaha keras memindahkan kapal-kapal mereka melalui kawasan berbukit Tanjung Fera hingga ke Tanduk Emas. Pokok-pokok kayu ditebang kemudian dipotong lalu dijadikan landasan bagi dilalui kapal-kapal. Kayu-kayu itu dilumur dengan lemak dan darah haiwan supaya menjadi licin.

Dengan izin Allah adanya, ribut kencang berserta hujan lebat melanda. Tentera Turki mengguna peluang itu memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal perang mereka ke atas daratan Semenanjung Fera. Kemudian, kapal-kapal itu ditarik sejauh tiga batu sehingga berlabih di Tanduk Emas. Sebuah demi sebuah, akhirnya kesemua 70 buah kapal berjaya dipindahka ke Tanduk Emas.

Selepas 44 hari kota Konstantinopel dikepung dari segenap penjuru dan selepas berpuluh-puluh kali serangan dilancarkan namun tentera Turki masih belum dapat menembusi benteng pertahanan tentera Rom.

Selasa 29 Mei 1453

Panglima Ardogan berjaya menyeru semua penduduk Konstantinopel bangun mengangkat senjata berjuang bersama tentera rom bagi mempertahankan kota mereka. Tengah malam itu, peperangan berlaku dengan begitu dasyat sekali. Ramai tentera Turki syahid. Melihat keadaan itu, ada juga yang ingin melarikan diri namun Sultan Muhammad kemudian menyeru,

"Kita datang ke mari demi syahid atau menang. Marilah mati di jalan Allah. Saya menyeru supaya jangan lari dari medan perang. Sesiapa mahu syahid marilah bersama-sama saya!"

Mendengar seruan itu, tentera yang ingin melarikan diri berpatah balik dan mendapat semangat baru. Mereka umpama banjir besar yang merobohkan semua yang menghalangnya. Peperangan berlaku dengan begitu hebat. Selepas Maharaja Konstantinopel terbunuh, ketua panglima Rom iaitu Ardogan juga tewas dan terbunuh. Melihatkan ketua mereka sudah mati, tentera Rom patah semangat mahu meneruskan peperangan lalu mereka menyerah kalah. Akhirnya kota Konstantinopel berjaya ditakluki.

30hb Mei 1455.

Suasana pagi itu sungguh syahdu. Tentera Islam melaungkan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyukuran dan gembira kerana berjaya menawan Kota Konstantinople selepas bertempur selama 53 hari dan selepas ramai yang syahid, akhirnya kini, hadis Nabi Muhammad SAW itu menjadi kenyataan. Untuk dijadikan masjid sebagai tempat beribadat, mereka memilih gereja Aya Sophia. Setelah dibersihkan, dibuang segala patung dan tanda salib, menjelang tengah hari Aya Sophia bertukar wajah dari sebuah gereja kepada sebuah masjid. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Aya Sophia

Apabila tiba waktu solat Jumaat, mereka bersedia mengerjakan solat Jumaat. Lalu timbul pertanyaan, siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad mencadangkan gurunya Syeikh Syamsudin al-Wali tetapi dia menolak secara baik dengan alasan dia sudah tua,

"Carilah orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam" kata Syeikh Syamsudin al-Wali. Sultan Muhammad kemudiannya keluar ke kawasan lapang di depan masjid. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata.

"Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembayang fardu lima waktu, sila duduk!"

Tiada seorang pun yang duduk menandakan kesemua tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu lima waktu.

Kemudian baginda berseru lagi," Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk"

Separuh dari tenteranya duduk. Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud, sila duduk!"

Semua yang berdiri, duduk kecuali seorang iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri. Semenjak akil baligh, baginda tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu, sembahyang sunat rawatib dan sembahyang sunat tahajud. Dan dialah yang paling layak menjadi Imam.

Sekian demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan, setelah membaca buku ini tak lebih 3 jam, saya mengambil masa tak kurang 3 jam pula untuk menulis rumusannya untuk berkongsi di ruangan ini kali ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua, supaya dapat mencontohi sifat-sifat terpuji yang ada dalam diri pejuang Islam terdahulu demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Allahuakbar!!

Sekian dulu dari saya, mana yang salah harap diperbetulkan. Wassalam.

12 comments:

wann said...

nga excited baca, tbe2 abes...huk3

sambang ye mlm ni..


.^_^.

aku dlm dilemma said...

mantap..sungguh mantap usaha yg dilakukan oleh saudari yg telah juga menghabiskan masa saudari slm 3jam untuk para pembaca semua dapat menghalusi semangat juang al-fateh dalam mnjadi seorang pemimpin yang hebat..
teruskan!
habiskan baca buku2 yg lain tu dan bagi sekali sinopsis nyer
huhuhu

Nisa_88 said...

Salam.. Sejarah? Sangat menyebalkan, sangat mengantukkan.. Buku teks sejarah boleh wat ubat tido. Bukak je, tak lebih 5 saat terus Zzzz.. Namun dgn sejarah jugak, kita adalah kita hari ini.. Menulusuri video yang naqibah saya bagi, telah termengalir air mata ni.. Ya Allah.. Sungguh hebat Islam suatu ketika dulu.. Begitu cemerlang, sangat gemilang.. Lalu ditunjukkan anak muda masa kini, bagai nak gila terangguk2kan kepala kat club2.. Berzikir ya? Sambil bermuhasabah diri.. Apa yang kita dah buat untuk Islam? Satu hari nanti, adakah we'll be a history or making a history? Revive back our pride n dignity? Petang tadi, saya menceritakan kisah beliau pada adik n adik cakap.. Meremang bulu roma dia dengar.. Telah lama jatuh cinta dgn beliau sehingga bercita2 nak kasi nama anak laki Muhammad Al-Fateh.. Ekekekeke... Ehem! Alhamdulillah.. Malam ni Allah hadirkan kak niza ntuk menjemput aka cam terpaksa mai sini, baca entry beliau.. Sangat bermanfaat.. Dearest kak niza.. Masa menaip tu tengah feel kan? Manakan tidak.. Baru je usai baca, semangat masih membuak2.. Dapat terasa kak.. Terima kasih tak terhingga.. Saya anggap ini makanan rohani saya di pagi buta ni.. Alhamdulillah.. Ada cerita untuk adik lagi.. Moga manfaat yang saya dan adik peroleh akan membuatkan kak niza menerima ganjaranNya dan disayangi para ahli syurgawi.. Insyaallah.. Thanks always.. ^^

wann said...

maseh sbb share..best bace.. ^_^

saya p0n penah tulis sal kisah sedi aya sofia ni..sila la baca dan komen..hehe


p/s : nk pnjam buku ni ley?

.^_^.

UkhwAh said...
This comment has been removed by the author.
UkhwAh said...
This comment has been removed by the author.
UkhwAh said...

firstly, i know who u'r koryu?tulis2 berjela2 sapa xkenai..ekeke..

mantop kak!berjaya habiskan..tahniah2..

smoga 3jam makngah diganti berjuta jam kemanisan..iA =)

saya masih di post pertama..yang last sambung lps ni, nak minum air dlu..semput..huk3..

AsNiza said...

:: haha..wann sory, dh sambung dh, ^^

:: aku dlm dilemma di paksa utk komen, kekeke.. btw, mekasih yer...insyaAllah 20 buah buku lg sedang menanti..

:: koryu, akak jd perasmi eh..waaa....best3!!! btw, thnx yer sudi spent masa, sayang kamu sih..

:: wann, thnx for the aya sophia story, sedihnya dgr.. mmg laknat tul lah attartuk tu, iskkk

:: haha.. thanx atul, p minum air satu perigi naa pastu dtg sini balik komen, kekeke...

fahana_ann said...

salam singgah..saya add blog ni ek..em. dalam proses menghbskan bacaan buku tu..hehe..nak cari buku perjuangan yang lain tapi jumpa yang itu..tertarik danmemang jatuh cinta dengan Sultan Muhaammad ni..Betullah cakap pengomen kat sini..nak bagi nama anak Muhammad Fateh..cara penceritaanya santai dan menarik..seronok nak baca..tak terlalu formal cerita sejarahnya..

cikgu N said...

Sultan Muhammad Fateh is Naqshbandi murid

cikgu N said...

kembalikan kerajaan bersultan di Malaysia... the best ruler is Sultan and the best army is Ottoman(sultan Fatih army)...Rasullah saw never said democracy.

cikgu N said...

Sultan is the system mention by Rasullah saw .to rule the country...eg Sultan Fateh