+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, June 15, 2009

Adab-Adab Bersin


عَن ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم إِنَّ الله يُحِبُّ العُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثاَؤُبَ فإذا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَحَقَّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أن يُشَمِّتَهُ وَاَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنَ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ ( رواه البخاري

Maksudnya :

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersin dan benci orang yang menguap. Jika antara kamu yang bersin dan memuji Allah ( alhamdulillah ) hendaklah orang Islam yang mendengarnya bertasmit dengan mengucapkan ( يرحمك الله ) . Adapun menguap itu daripada syaitan. Sekiranya antara kamu yang menguap, maka hendaklah menahan semampu mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.


HURAIAN

1.Bersin adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia, kerana bersin itu dapat menolak penyakit, ianya juga merupakan tanda seorang itu dipelihara Allah akan kesihatannya dan sebagai rahmat dari Allah SWT.

2.Maka dengan itu ketika bersin perlulah mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan rahmatnya kepada orang yang bersin itu.

3. Mengikut satu kajian bahawa ketika bersin jantung kita berhenti seketika, dan sebab itulah kita disunatkan bertahmid iaitu mengucap Alhamdulillah kerana jantung kita berfungsi seperti sediakala. Namun kadang-kadang kita tersilap apabila kita bersin kita akan mengucapkan excuse me, bukan pula mengucapkan pujian kepada Allah SWT, ini adalah satu kesalahan yang kita tidak nampak dan jarang diambil perhatian.

4. Imam nawawi berkata disunatkan bagi orang yang mendengar bersin yang mengucapkan Alhamdulillah mendoakannya dengan mengucapkan ( يرحمك الله ) . At tasmit ialah mendoakan orang yang bersin dengan kebaikan dan keberkatan dan orang yang bersin perlu mendoakan kembali kepada orang bertasmit dengan lafaz يهدكُمُ الله ويصلحُ بالكم semoga Allah memberi hidayah dan mensejahterakan keadaan kamu.

5. Bertasmit adalah dalam memenuhi hak-hak muslim sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa Abu Hurairah mendengar Rasulullah SAW bersabda hak seseorang muslim terhadap saudaranya ada lima iaitu menjawab salam , menziarahi orang sakit , menghantar jenazah, memenuhi undangan dan bertasmit .

6. Orang yang bersin juga perlu menutup mulutnya sama ada dengan meletakkan tangan atau pakaian ke arah mukanya, sunat juga merendahkan suara ketika bersin, bagi orang yang bersin apabila tidak ditahan, suaranya akan menjadi besar dan akan tersemburlah apa yang ada di dalam hidungnya.

Perbuatan menutup muka ini adalah sunnah Nabi kita kerana Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah meletakan tangan atau pakaian ke atas mulutnya dan merendahkan suara ketika bersin. Bersin dengan suara yang kuat datang daripada syaitan kerana Ummu Salamah berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Menguap dan bersin dengan suara yang tinggi itu datang daripada syaitan ".

7. Kita disuruh mendoakan orang yang bersin apabila ia bersin sampai 3 kali, akan tetapi jika ia bersin lebih 3 kali maka tidak lagi mendoakannya dengan يرحمك الله tetapi berubah kepada عفاك الله

Ada seseorang yang bersin lebih dari tiga kali. Jika seseorang bersin lebih dari tiga kali, Kita pun tidak disyariatkan untuk mendoakannya, kecuali doa mudah-mudahan Allah menyembuhkannya.

8. Sunat juga mengingatkan supaya bertahmid bagi orang yang bersin yang tidak mengucapkan tahmid ( Alhamdulillah )

10.Kita mengaku muslim dan mengaku bahwasanya kita mencintai Allah, serta membenci dan menjauhi segala sesuatu yang dibenci oleh Allah. Salah satu perkara yang dibenci oleh Allah adalah menguap. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahwa Nabi SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap."

Allah membenci menguap karena menguap adalah berpunca seseorang banyak makan, yang pada akhirnya membawa pada kemalasan dalam beribadah. Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah, terlebih-lebih ketika pada waktu solat. Dalam sebuah hadis rasulullah SAW bersabda maksudnya:

" Menguap dalam solat datang daripada syaitan, jika kamu menguap maka hendaklah berusaha menahannya ( dari membuka mulut lebar )."

Orang yang menguap hendaklah menutup mulutnya sama ada dengan meletakkan tangan atau pakaian ke arah mukanya untuk menutup pandangan yang tidak menarik ketika mulut terbuka, juga menghalang sesuatu memasuki ke dalam mulutnya, dan selepas menguap hendaklah beristigfar kerana menguap adalah lambing kemalasan daripada syaitan.

KESIMPULAN

Sebagai manusia dan hamba Allah kita hendaklah sentiasa mengingatinya di mana sahaja dalam apa jua bentuk perkara yang kita lakukan sama ada ketika senang mahupun ketika susah.

Sentiasa mengucapkan Alhamdulillah ketika selepas bersin, dan bagi orang mendengar itu hendaklah mendokan dengan يرحمك الله dan orang yang bersin itu hendaklah menjawab kembali dengan يهدينا ويهدكم الله ويصلح بالكم .

Ucapkanlah istigfar selepas menguap dan jagalah adab-adab seperti menutup mulut dengan tangan atau kain, tidak mengeluarkan suara yang kuat ketika menguap dan tidak membuka mulut dengan lebar kerana akan diketawakan oleh syaitan.

Sunat menegur orang yang tidak mengucapkan tahmid selepas bersin dan orang yang tidak beristigfar selepas menguap.

Ada seseorang yang bersin lebih dari tiga kali. Jika seseorang bersin lebih dari tiga kali, Kita pun tidak disyariatkan untuk mendoakannya, kecuali doa mudah-mudahan Allah menyembuhkannya.


P/S: Sumbangan tazkirah adalah daripada Akhi Mohd Fadzil Abu Samah, Jazakallah khairan kathira ya akhi.. Semoga bermanfaat. ^_^

12 comments:

Anonymous said...

salam..

dh bce dah..mmg bermanfaat..
mohon copy:sy nk bg kat kwn yg mmg suke bersin kuat2(dy de sakit resdung tp mmg xske..cover2 la)..hehe

p/s:teringat waktu sy form1..kem kat skul..de ustz bg cermh. Dia x bg owng menguap..spe mnguap kne denda..haha

AsNiza said...

w'salam..

Alhamdulillah kalu bermanfaat, akak pun copy dr member juga nie, benda baik elok dikongsikan, tak gitu..^_^

Cover jgn tk cover, karang hingus terkuar kang naya member sebelah, huhu

Wal said...

bersin tu tanda sihat kan???

Nurshila Sulaiman said...

Assalamualaikum.

Selalu tebersin bila nampak cahaya dan bila terhidu bau yang kurang menyenangkan.

Pengumuman:
Bau badan orang yang tak mandi adalah lebih menggerunkan dan tragik. Haha.

Good article anyway. =)

fadzil said...

bersin adalah tanda sihat kerana bersin dapat menolak penyakit...tetapi jika bersin lebih dari 3 kali ,berkemungkinan ia adalah penyakit kita digalkkan mendoakan " semoga allah meyembuhkan "aminnn

azwashamsuddin said...

ark..akak saya bersin sekuat2 hati kak..sehingga sakit jantung (haha), tapi bila time exam bersin ala2 batuk.. *blushing

arizWanmerahs said...

Alhamdulillah.. br je lepas terbersin.. Bagus artikel ni. Terimakasih kerana sudi mengziarahi blog saya..

wann said...

xmo menguap dah..

=p

AsNiza said...

:: Syawal, ustaz dah jawabkan, hehe, itulah jawapannya..^_^

:: Ila.. bau badan sendiri ke? lalalala~ =p

:: Terima kasih fadzil, krn berkongsi artikel n tolong jwb soalan..JZKK..

:: Whitelover.. itu namanya kontrol cun..hehehe

:: Merah_s.. terima kasih kembali..semoga bermanfaat..

:: Wann.. kalu rasa nk menguap tu cepat2 bersin... cuba buat eh nnt.. kekeke

azwashamsuddin said...

hahaha..iyep betol kak..tapi skrg ni time xam saya akn amik tmpt belakang2..senang nk bersin sesuke hati..ececeh~ ;P

asrar said...

hemm..kne bersin secomel yg mugkin..huhu
mnguap plak,mulut biar kne tutup,biar idung je yg kembg cket..he2

AsNiza said...

:: whitelover..

jgn karang mentang2 duk belakang, bersin tk hengat plak..keke


:: aini..

kalu terkembang banyak plak cmne? kekekeke